You are on page 1of 4

PENDAHULUAN

Meritokrasi berasal daripada perkataan ‘merit’ yang bermaksud kepujian atau

kecemerlangan manakala ‘kratos’ daripada perkataan Latin yang bermaksud

pemerintahan atau sistem pentadbiran sesebuah negara (Ibrahim Abu Shah, 2001)

Manakala menurut kamus dewan edisi ke 3 sistem meritokrasi bermaksud satu sistem

sosial yang menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya dan bukan

kerana keturunan atau kekayaan. Selain itu, sistem meritokrasi juga bermaksud satu

pandangan atau memberi peluang kepada orang untuk maju berdasarkan meritnya, iaitu

berdasarkan kelayakan dan kecekapan atau kecemerlangannya. Bukan itu sahaja, sistem

meritokrasi digunakan sebagai garis panduan bagi kemasukan pelajar ke Institut

Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) dengan mementingkan keupayaan dan kebolehan

seseorang individu tanpa mengira pangkat, harta, keturunan dan agama. Dalam hal ini

sistem meritokrasi memberikan maksud penggunaan 90 peratus markah akademik dan

10 peratus markah kokurikulum dalam sistem pengambilan pelajar ke IPTA. Sistem ini

mula digunakan bermula tahun 2002/2003 hinggalah sekarang. Sistem meritokrasi ini

telah menggantikan sistem kuota yang telah digunakan sebelum ini bagi pengambilan

pelajar ke IPTA. Pengggunaan sistem baru ini, iaitu sistem meritokrasi telah

menyebabkan pelajar bumiputera kehilangan kuota mereka dalam pengambilan pelajar

ke IPTA. Hal ini disebabkan, jika dahulu dalam sistem kuota pelajar bumiputera

diberikan kuota sebanyak 55%, manakala kaum Cina sebanyak 35% dan kaum India

sebanyak 10%. Tanpa kita sedari ketuanan Melayu yang terkandung dalam Perkara 153

semakin dilupakan dan ingin dihapuskan oleh pihak kerajaan. Mungkin masih ramai

yang tidak mengetahui ataupun sudah lupa apakah Perkara 153. Perkara 153

merupakan perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang


jelas menyebut tentang keistemewaan orang Melayu. Bukan itu sahaja, sekiranya hanya

kecemerlangan diambil kira, maka ramai pelajar-pelajar dari kawasan mundur atau

daripada keluarga miskin tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain akan

keciciran untuk melanjutkan pelajaran mereka. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri

Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan tentang cadangan pelaksanaan sistem

meritokrasi menegaskan bahawa 11 pihak kerajaan akan mengambil pendekatan radikal.

Pendekatan ini bertujuan menyelamatkan pelajar-pelajar Melayu daripada dibelenggu

gejala sosial, keruntuhan moral, keciciran dan masalah pelajar lelaki di IPT dengan

mengetatkan syarat kemasukan pelajar Bumiputera ke IPTA (melalui meritokrasi) dan

tanpa bantuan kerajaan (http://www.cikgu.net.my/malay/berita/moreberita.php3?id=560).

Oleh yang demikian , kaum Melayu akan lebih kuat dan memiliki daya saing yang

tinggi. Sistem ini menjadi cabaran kepada pelajar-pelajar Melayu untuk lebih

bersemangat mengejar kejayaan di samping cekap dan maju. Secara tidak langsung,

sistem meritokrasi dapat menjadi mekanisme untuk menghapuskan amalan pilih kasih

(nepotisme), pilih bulu dan kronisme dalam pemilihan pelajar-pelajar ke IPT (Ibrahim

Abu Shah, 2002).


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, sistem meritokrasi mempunyai kebaikan dan keburukannya

yang tersendiri dan terpulang kepada individu itu sendiri untuk menerimanya sebagai

satu perubahan yang positif ataupun negativif. Sebagai contoh, nilai meritokrasi bukan

hanya ditekankan dalam bidang pendidikan, tetapi maksud sebenar nilai meritokrasi

dalam 1 Malaysia yang dihasratkan Perdana Menteri, ialah satu hala tuju yang perlu

diamalkan di dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan

memenuhi kriteria , berpeluang untuk memacu pembangunan negara. Lebih jelas lagi,

meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria yang ditetapkan

dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria itu, berhak dipilih. Dalam pelaksanaannya,

pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi

Malaysia dalam semua bidang.Sistem ini sebenarnya memberi peluang kepada semua

pihak mendapat hak pendidikan dan membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu,

tanpa memikirkan kepentingan kaum masing-masing. Jika semua pihak berfikiran untuk

menambah ilmu, nilai ini amat berguna kerana setiap individu tidak dinafikan hak

mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna. Meritokrasi juga menjanjikan

persaingan yang amat kompetitif kepada pelajar Melayu dalam mengejar kecermelangan

akademik di peringkat universiti. Meritokrasi turut menjanjikan cabaran bagi memulihkan

martabat bangsa Melayu di persada pendidikan negara. Tapi adalah lebih penting untuk

kita melihat meritokrasi sebagai usaha memberikan mana-mana pelajar yang berhak

untuk melanjutkan pelajaran di IPTA tanpa mengira bangsa dan warna. Secara tidak

langsung, pelajar-pelajar Melayu akan dibangkitkan dari "lena" mereka yang lama.

Lena yang telah membuatkan mereka alpa tentang peranan dan tanggungjawab mereka

selaku mahasiswa mahasiswi yang merupakan harapan bangsa dan negara. Jika selama

ini pelajar Melayu mampu sambil lewa dengan pencapaian akademik mereka, dengan
pelaksanaan meritokrasi ini mereka tidak akan dapat lagi berbuat demikian. Jika

keistimewaan yang diberi selama ini dipersiakan, dengan sistem meritokrasi, akan

mengajar anak-anak muda Melayu hari ini dengan realiti kehidupan dunia era

globalisasi hari ini. Meritokrasi juga akan menjadi pemangkin menamatkan diskriminasi

kaum di Malaysia. Melayu, Cina ataupun India tidak akan dibezakan lagi untuk

melanjutkan pendidikan ke IPTA. Marilah kita merenung pepatah Ibrani yang berbunyi

"Pendapat berunsur prejudis sentiasa disusuli dengan tindakan kekejaman" dalam

menyokong usul sistem meritokrasi sebagai suatu usaha positif menamatkan

diskriminasi kaum di Malaysia. Sebagai renungan, hujah Melayu pedalaman dan

Melayu miskin perlukan keisitimewaan tidak lagi relevan untuk diperdebatkan sebagai

hujah kontra meritokrasi. Tanpa kita sedar, masih ramai lagi saudara-saudara bukan

Bumiputera kita yang hidup dalam penuh kesempitan tanpa bantuan pendidikan

sempurna. Malaysi tidak lagi dimiliki oleh bangsa Melayu, meskipun ia pernah

menjadi hak milik kita sepenuhnya (Tanah Melayu). Malaysia kini milik kita bersama,

tanpa beza bangsa mahupun agama. Biarlah IPTA kita dipenuhi dengan pelajar-pelajar

yang benar-benar layak dan komited.

Bibliografi

1) Kosmo 7 mac 2011, Memupuk masyarakat berilmu


2) Berita Harian 03/05/2010 , Prinsip meritokrasi kemasukan ke IPTA kekal
3) Berita Harian 4 September 2001
4) (Utusan Malaysia 3 Ogos 2001).
5) Berita Harian 4 September 2001).
6) (Utusan Malaysia 1hb. Oktober,2009)

You might also like