You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

PANTUN ADAT

NAMA : NOR HAZIRAH BINTI HARUN

NO.METRIK : JEA 080073

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD

NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH BINTI ABDOL

RAHMAN

SEMESTER SATU SESI 08/09

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
PENGENALAN

Pantun terbahagi kepada dua iaitu pembayang dan juga maksud, pantun juga ada

bicara, kias, makna kasih sayang, nasihat dan sebagainya. Ia merupakan salah satu cara

penyampaian dalam menyatakan sesuatu perkara atau hasrat yang ingin disampaikan

secara beradat dan bersopan santun. Pantun masih lagi diamalkan hingga sekarang

terutama dalam adat-adat pepatih seperti adat-istiadat pinang-meminang, dan

sebagainya. Pantun dikatakan wujud terawal dilihat pada teks Hikayat Raja-Raja Pasai

dan juga Hikayat Salatus-Salatin. Pantun diguna oleh pelbagai suku dan bahasa di

nusantara dengan bukti kewujudan perkataan sebelum pantun iaitu panton, pantung dan

juga pantoong. Pantun dikatakan sudah wujud lebih daripada 600 tahun lagi.

Masyarakat di nusantara melihat alam sebagai cermin atau simbolik untuk keadaan atau

makna kehidupan manusia seperti pepatah Melayu Riau ada berkata ‘kalau nak tengok

perangai manusia tengoklah rimba dan begitulah sebaliknya. Ibarat alam menjadi satu

inspirasi untuk mengambar keindahan dunia manusia yang sarat dengan epistemenya

yang menjadi panduan untuk manusia. Bahasa yang diguna amat ringkas, padat dan

bernas sering membalut pengertian yang tersirat dan perlu dihuraikan untuk mencari

makna disebaliknya dengan pentafsiran yang tepat.


Bebuah lebat pohan mempelam,
Rasanya manis dimakan sedap,
Bersebarlah adat seluruh alam,
Adat pusaka berpedoman kitab.

Pantun ini dapat digambarkan sebagai sebuah negara yang menjadi tunjang dalam

melahirkan masyarakat atau satu komuniti yang hidup aman dan sentosa, yang saling

melengkapi, bersatu padu dan saling berkerjasama sehingga menjadi satu negara yang

utuh dari segi teknologi, ilmu pengetahuan dan sebagainya yang sentiasa berkembang.

Sehingga menjadi sebuah masyarakat yang sentiasa bergembira dan bahagia

kerana rakyatnya yang baik hati dan senantiasa sabar dalam mengharungi liku-liku

kehidupan yang penuh ranjau. Masyarakat Melayu juga ingin adat mereka tersebar luas

sehingga seluruh alam, kerana mereka sanggat berbangga dengan adat-adat pepatih yang

mereka ada dan ingin semua manusia di seluruh pelusuk dunia mengetahui tentang

kewujudan adat-adat Melayu yang mengagumkan.

Setiap adat yang diamalkan mesti ada tujuan yang tertentu dan juga ada pantang

larangnya. Namun apa adat sekalipun yang masih diamalkan, masyarakat Melayu tidak

boleh lari dengan berpegang teguh pada ajaran dan tidak menuruti apa yang boleh

menyebabkan dosa dan terpesongnya akidah seseorang dengan melakukan sesuatu

upacara atau adat istiadat dengan berpandukan kitab yang telah diturunkan oleh ALLAH

kepada umatnya supaya niat yang baik dalam melakukan sesuatu upacara yang telah

diturunkan oleh nenek moyang kita itu untuk mengeratkan lagi silaturahim antara semua

masyarakat diredhai oleh ALLAH, kerana semua manusia akan kembali kepada Nya.
Menanam kelapa di Pulau Bukum,
Tinggi sedepa sudah berbuah,
Adat bermula dengan hukum,
Hukum bersandar di kitab ALLAH.

Pantun ini dari sudut falsafah digambarkan sebagai sebuah masyarakat yang perlu

menyanjungi adat yang di ibaratkan sebagai maruah seorang melayu sehingga ada

pepatah melayu yang menyatakan ‘Biar mati anak, Jangan mati adat’’ menunjukkan

betapa tinggi dan pentingnya kedudukan adat dalam masyarakat Melayu kita dan ia perlu

diterapkan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi supaya mereka dapat

mengadaptasikan adat dalam kehidupan mereka apabila mereka dewasa kelak dan

sekaligus menjadi seorang anak yang berakhlak tinggi dan terpuji dengan nilai-nilai

murni yang tinggi di dalam jiwa mereka.

Seterusnya dapat melahirkan generasi pada masa depan yang dapat

memartabatkan lagi adat-adat istiadat orang melayu ke seluruh alam. Namun semua

adat yang diamalkan dan disanjung haruslah bermula dengan hukum-hakam yang telah

ditetapkan oleh ALLAH s.w.t kerana hukum itu semuanya datang dari kitab yang telah

diturunkan oleh ALLAH kepada hambanya.

Sebagai masyarakat Melayu dan beragama isla wajib menuruti semua suruhannya

dan mengamalkan adat-adat di dalam masyarakat Melayu yang bersandarkan kitab

ALLAH supaya adat-adat yang kita amalkan bukanlah suatu adat yang melanggari

hukum ALLAH dan berunsurkan tahyul kerana islam menolak masyarakat Melayu

mengamalkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan khurafat


Pagi-pagi pergi ke ladang,
Hendak menyemai benih padi,
Berapa tinggi Gunung Ledang,
Tinggi lagi hajat di hati.

Pantun seterusnya mengambarkan mengenai masyarakat Melayu yang perlu keluar

mencari rezeki untuk memberi nafkah kepada keluarga atau untuk menyara kehidupan

seharian dan dalam islam juga mengalakkan umatnya keluar mencari rezeki semasa

terbitnya matahari, manusia perlu berkerja untuk mendapatkan rezeki dan perlu berusaha

dalam melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil.

Sesuatu perkara yang baik seperti adat untuk merisik perlu bermula dari bawah

seperti datang dengan cara yang sopan, membawa hadiah, berbalas pantun dan

sebagainya untuk menyatakan sesuatu hajat di hati yang lebih besar dan penting sehingga

tidak dapat ditandingi oleh perkara penting yang lain.

Masyarakat Melayu juga mementingkan adat istiadat dalam memberitahu atau

melahirkan hasrat seperti datang untuk merisik dengan cara berpantun, kerana orang

Melayu malu untuk berterus-terang dan mengamalkan sifat bersopan santun lebih-lebih

lagi jika tidak diterima oleh pihak perempuan, maka dengan cara adat istiadat ini ia

dapat memelihara dan menjaga hubungan kedua-dua belah pihak.


KESIMPULAN

Pantun adat tersebut dapatlah kita simpulkan bahawa masyarakat pada zaman dahulu

begitu mementingkan adat istiadat dalam melakukan sesuatu upacara-upacara tertentu

seperti dalam perkahwinan, merisik dan sebagainya dalam meluahkan sesuatu perkara

secara bersopan-santun untuk menjaga hubungan antara anggota masyarakat.

Pantun adat juga dikatakan dapat mengajar masyarakat agar selalu bersikap penuh

sopan-santun dalam menyatakan sesuatu perkara misalnya dalam memberi nasihat,

pengajaran dan lain-lain lagi dalam bentuk pantun dan pantun merupakan salah satu

media yang terbaik pada masa dahulu untuk menyatakan sesuatu.

Pada masa sekarang ada sesetengah masyarakat yang masih lagi berpegang teguh

dengan adat-adat pepatih ini, dan ini amat digalakkan bagi memartabatkan lagi tradisi-

tradisi melayu ini supaya tidak ditelan dek zaman dan semoga pantun-pantun ini akan

terus diguna dan diperkembangkan lagi oleh generasi-generasi akan datang dala

menyatakan sesuatu perkara yang tersirat.

Pantun-pantun adat yang diamalkan mampu menjaga silaturahim yang baik antara

sesama masyarakat bak pepatah Melayu ada berkata ''Biar mati anak, jangan mati adat.''

menunjukkan betapa tingginya kedudukan adat di dalam masyarakat kita. Walaupun

pantun amat ringkas namun, makna yang tersirat di sebaliknya amat mendalam untuk

kita sama-sama fahami.


BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan, 2007, Falsafah Dan Logika Melayu.

Jabatan Bahasa Melayu.


Akademi Pengajian Melayu.
Synergymate Sdn.Bhd.

Hashim Bin Haji Musa, 2001, Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu Suatu
Pengenalan.
PhD.
Akademi Pengajian Melayu.

Mariah Binti Mahdi, 1996, Pantun Pemikiran Falsafah Dan Pemikiran Melayu.
Tesis.

Mohd Yusof Md Nor, Abd Rahman Kaeh, Puisi Melayu Tradisi.

Http://usm, Pengertian Pantun Antarabangsa. Pulau Pinang.

You might also like