You are on page 1of 5

Sejarah pendidikan telah memainkan peranan penting dalam membentuk

perpaduan negara menerusi Akta Pelajaran 1961 yang dilaksanakan berdasarkan


Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Dasar Pelajaran
kebangsaan yang digubal lebih menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan
semua kaum: Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak
menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar,
walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan
hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.

Sekiranya kita meninjau secara kasar, dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, ia
berupaya melahir dan mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak),
beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warga negara yang
cukup baik.

Pelaksanaan penggunaan unsur-unsur sastera telah mula diperkenalkan dalam


mata pelajaran Bahasa Melayu bermula pada tahun 1984. Lanjutan daripada
pengenalan tersebut, unsur sastera telah dijadikan sebagai satu komponen yang
khusus dan wajib diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah
secara berperingkat mulai Mac 2000, bagi tingkatan satu dan empat, manakala
pada tahun 2001 untuk tingkatan dua dan lima serta tahun 2002 bagi tingkatan tiga.

Hasil Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.4/99 bertarikh 24 Februari 1999 mencadangkan


supaya Komponen Kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Lima. Gesaan ini telah diterima oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum dengan mencadangkan supaya Kesusasteraan Melayu
diperkenalkan sebagai satu komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
sekolah menengah. Cadangan ini diluluskan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum Pusat Bil.2/99 pada 11 Jun 1999. Komponen Sastera (Komsas)
dimasukkan dalam pengajaran bahasa bagi mencapai matlamat pembinaan insane
yang positif terhadap ilmu pengetahuan dan ke arah pembentukan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan jasmani.

Sebagai sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum, mempunyai tata cara hidup
yang berbeza, ketidakfahaman terhadap sesuatu budaya bangsa lain seringkali
menimbulkan konflik antara kaum. Pengenalan dan pengajaran komsas yang
diperkenalkan oleh PPK yang bertujuan untuk mewujudkan sebuah masyarakat
yang aman dan harmorni, terutama dari segi pembangunan dan kerohanian. Impian
dan harapan negara akan tercapai melalui pengajaran komsas yang bersifat
serampang dua mata seperti yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri pada tahun
2003 yang telah menggariskan dasar dan matlamat sosial negara.
Hasrat penyatuan bangsa ini terus diperkukuhkan oleh kerajaan melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang dilancarkan oleh Menteri Pelajaran
Malaysia, Dato’ Hishammudin Bin Hussin pada tahun 2006. Antara elemen yang
terdapat dalam PIPP menyarankan beberapa dasar pendidikan yang bertujuan
membina bangsa Malaysia yang mempunyai ciri – ciri glokal, patriotik dan
menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa dengan perasaan bangga. Hasrat
ini akan dapat disempurnakan melalui pengajaran komsas dengan menerapkan
sistem nilai, displin , sahsiah, akhlak dan jati diri semua pelajar. Cadangan dan
saranan yang di kemukakan oleh Dato’ Hishammuddin adalah bertitik tolak dari
dasar pendidikan yang dikemukakan oleh Tun Abdul Razak sebelum kemerdekaan
bagi mewujudkan perpaduan antara kaum. Antara intipati adalah berbunyi seperti
berikut,

Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem
pendidikan kebangsaan menyatakan:“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini
ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di
dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta
melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” ( Penyata Razak,
perenggan 12, 1956 )

Pengajaran komsas juga bertujuan membentuk membentuk sebuah masyarakat


yang bersatu padu dalam membina masyarakat. Sehubungan itu, fokus
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-
usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan dan
bahasa ilmu disamping memantapkan perpaduan dan integrasi nasional. Dengan
pemupukan kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Gabungjalin
yang terdapat dalam pendidikan komsas diharap akan dapat melahirkan sebuah
negara yang mantap perpaduan dan berintergrasi nasional.

Pendidikan komsas dan sastera yang diajarkan di sekolah- sekolah telah banyak
membantu dalam melahirkan sebuah masyarakat yang besatu padu tanpa mengira
warna kulit. Penggunaan teks yang sama dalam pengajaran komsas akan dapat
melahirkan sebuah masyarakat yang bangga terhadap warisannya. Pembelajaran
sastera dan komsas yang berkaitan dengan tokoh masyarakat secara tidak
langsung akan dapat melahirkan semangat nasionalisme. Kita seharusnya
berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara. Kita perlu
menghormati pemimpin kita dan berusaha bersama- sama mengekalkan perpaduan
dan kemajuan negara bukan dengan mengkritik. Tokoh- tokoh utama negara
sepatutnya dihormati dan dihargai, tanpa mereka negara kita belum tentu lagi
memperolehi kemerdekaan.

Pengajaran komsas dalam Bahasa Melayu banyak membantu pelajar dalam


membentuk semua masyarakat yang harmoni. Berkenaan dengan pengajaran yang
dijalankan, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dalam menyampaikan isi
pengajaran seperti teknik lakonan, syarahan, deklamator dan sebagainya yang
memerlukan interaksi antara murid. Melalui tugasan yang diamanahkan, golongan
pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum terpaksa berinteraksi antara satu sama lain
samada melalui perbincangan dan sumbangan idea. Hubungan sesama pelajar
dalam melunaskan tugasan tersebut, secara tidak langsung akan menjalinkan
hubungan yang erat sesama pelajar. Intergriti pelajar akan dapat dijalinkan denagn
baik berdasarkan medium pengajaran komsas seperti yang dituntut dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran
Malaysia pada tahun 2006, berkenaan dengan Teras II, PIPP.

Pendedahan yang berterusan kepada bahan sastera diharap dapat melahirkan


sebuah masyarakat yang bersatupadu, membangunkan sahsiah diri pelajar serta
dapat menarik minat pelajar untuk terus membaca bahan-bahan sastera secara
berdikari tanpa lagi bergantung kepada guru selepas alam persekolahan. Hal ini
penting sebagai langkah memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia yang dilihat
begitu rapuh

Bahasa berperanan sebagai penghubung dan mempunyai elemen dalam membina


nilai-nilai perpaduan. Pendidikan bahasa dan sastera merupakan peluang yang
terbaik bagi guru menerapkan nilai-nilai perpaduan kaum dengan menggunakan
bahasa sebagai simbol perpaduan tidak seperti mata pelajaran matematik. Melalui
pengajaran sastera, pendedahan terhadap kehidupan masyarakat yang penuh
variasi seperti pngajaran puisi, novel, cerpen, drama dan sebagainya dapat
memberikan teladan kepada masyarakat yang berbilang kaum. Penggunaan karya
yang ditulis oleh penulis Melayu dan bukan Melayu dapat mengambarkan suasana
Masyarakat Malaysia yang pelbagai pandangan. Masyarakat Malaysia yang terdiri
dari pelbagai kaum seringkali menimbulkan perasaan tidak puashati, dengki dan
salahanggap akibat suasana sosial yang tidak seimbang. Berdasarkan penghasilan
sastera, seseorang pengarang akan dapat mencipta sebuah hasil kesusasteraan
yang bertangungjawab dan menumpukan ke arah perpaduan negara dengan
menggunakan fakta sejarah yang telah terjadi dan telah diolah dengan lebih bebas
bagi mencipta hasilnya sendiri. Menurut Georg Lukacs (1962: 53), novel sejarah
yang sebenar ialah novel yang membawa masa lampau kepada kita dan membuat
kita mengalami hakikat masa silam yang sebenar

Peranan sasterwan negara dalam meningkatkan perpaduan negara tidak dapat


dinafikan lagi.
Usman Awang sebagai contoh telah berjaya menyatukan masyarakat yang
berbilang kaum di Malaysia melalui puisi – puisi ciptaannya. Kesungguhan beliau
dirintis dengan penubuhan Persatuan Persahabatan China – Malaysia. Teras
kerjasama ini tidak saja terhad kepada penubuhan persatuan, tetapi terbuka dalam
pelbagai kerjasama penganjuran sastera berpaksikan perpaduan melalui Gabungan
Penulis Nasional ( GAPENA ). GAPENA contohnya pernah menganjurkan
Sayembara Puisi Kemerdekaan bagi melahirkan masyarakat yang berjiwa Malaysia.
Kesungguhan Usman Awang lewat puisi ciptaan seperti ‘Pemuda dan Gadis
Tionghua’, ‘Anak jiran Tionghua’, ‘Kambing Hitam’ adalah antara usaha
memperatkan hubungan kaum. Menurut Lawrance Quek tidak banyak penulis di
Malaysia yang melahirkan karya mereka dengan menggunakan bahasa Melayu
melainkan menggunakan bahasa ibunda mereka kecuali keturunan baba dan
nyonya yang terdapat di Melaka. Namun demikian terdapat beberapa penulis bukan
Melau yang aktif dalam melahirkan karya sastera perpaduan seperti Raja Rajeswary
dan Uthaya Sankar S.B,

Karya kesusasteraan banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Menurut Carlton


J. H. Hayes (1931: 6 ), sebuah karya yang memaparkan tentang kebudayaan
bangsanya yang berkaitan dengan kebangkitan bangsa di tanah air yang
menggunakan sastera sebagai medium penyatu bangsa dengan mengambil
pengajaran dengan memberikan gabungan rasa kesetiaanegaraan dengan
kesedaran rakyat. Sastera yang berkaitan dengan sejarah banyak ditulis untuk
mewujudkan perasaan cinta dan sayang terhadap negara. Contohnya seperti karya
Merdeka! Merdeka! Oleh A. Rahman Hanafiah yang telah diadikan teks komsas
tingkatan 3. Novel ini mengisahkan tentang bagaimana masyarakat Melayu yang
terdiri daripada Dato’ Onn dan lain – lain berjuang menentang Malayan Union dan
Pengganas.

Penggunaan bahasa Melayu sebagai satu alat penyatu bangsa adalah amat
bersesuaian dengan kedudukannya yang sudah menjadi lingua franca di seluruh
kepulauan Nusantara pada masa ini dan agama Islam sebagai kepercayaannya.
Jadi faktor ini dijadikan sebagai tunjang untuk menyatukan sebuah masyarakat yang
berbilang kaum seperti yang dikatakan oleh Ben Anderso (1986: 19) yang
memfokoskan tentang komuniti masyarakat yang beragama , berdinasti akan saling
mengenali walaupun pada zahirnya tidak disebabkan mereka berada dibawah satu
komuniti bayangan iaitu bangsa. Azam Hamzah (1990 : 25- 26) mengatakan nilai –
nilai keluhuran yang terpapar dalam teks sastera akan dapat melahirkan sebuah
masyarakat yang luhur tentang nilai kemanusiaan berbanding kebendaan, nilai-nilai
sastera dapat membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun.

Menurut Atan Long ( 1984: 186 ) Bahasa Melayu. Berperanan sebagai bahasa
penyatu kemudian digabungjalinkan dalam pengajaran sastera sebagai alat
perpaduan tidak dapat disangkal lagi. Berdasarkan Laporan Kabinet yang bertujuan
menyatukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Sesuai dengan kedudukan
bahasa Melayu dan komas sebagai mata pelajaran wajib, ia memainkan peranan
yang penting sebagai bahasa perantaraan berbagai kaum yang terdapat di
Malaysia. Peranan Bahasa Melayu melalui komsas atau Kesusasteraan dapat
membantu dalam merealisasikan hasrat kerajaan mencapai perpaduan negara.

Karya kesusasteraan akan dapat membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai


keperibadian dan kenegaraan yang tinggi. Walaupun negara kita telah dijajah oleh
bangsa asing lebih ratusan tahun, namun jati diri dan semangat nasionalisma masih
menebal dalam diri kita. Sejarah yang diungkapkan melalui karya-karya
kesusasteraan telah mengikat kehidupan kita supaya sentiasa bersatu padu. Karya
seperti Bustanus Salatin, Salatus Salatin, Hikayat Hang Tuah antara karya yang
memberikan panduan dalam membentuk sebuah masyarakat yang bersatu .

Rumusan
Dasar mewujudkan bangsa Malaysia yang berteraskan pendidikan wajar diteruskan.
Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak boleh berharap perpaduan akan terbentuk
dengan sendirinya. Konsep perpaduan yang terbentuk atau diasaskan melalui karya
kesusasteraan perlu diperkayakan lagi agar hasrat kerajaan membentuk sebuah
masyarakat yang bersatu dapat direalisasikan.

You might also like