You are on page 1of 10

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA1104

KARYA MELAYU KLASIK

NAMA : NORAIN BINTI ABDULLAH

NOMBOR MATRIK : JEA080081

NAMA PENSYARAH : DR.AMRAN MUHAMMAD

SEMESTER SATU SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA

Petikan dari cerita Bawang Putih Bawang Merah

Oleh sebab takut, Mak Kundur menceritakan tentang Bawang Merah. Datuk Hulubalang
mengatakan bahawa perempuan itulah yang sebenarnya yang dilihat dan bukannya Bawang
Putih. Raja pun menitahkan Bawang Merah naik ke buaian dan bergurindam. Raja terpesona
dengan kemerduan suara Bawang Merah dan berasa hairan melihat buaian itu berayun tanpa
sesiapa pun yang mengerakkannya. Raja sangat berkenan dan meminta Bawang Merah
mengikutnya ke istana. Tetapi, Bawang Merah hanya akan mengikut Raja kiranya Bawang putih
dan Mak Kundur dibawa bersama-sama. Akhirnya Raja bersetuju.
Bawang Merah telah menjadi permaisuri. Oleh sebab berkelakuan jahat dan dengki,
Mak Kundur dan Bawang Putih tidak dibenarkan tinggal di istana. Atas permintaan permaisuri,
mereka kemudian dibenarkan datang ke istana. Bawang Merah tidak pernah menyangka bahawa
Mak Kundur masih menyimpan dendam. Oleh sebab itu ia bersikap ramah-tamah dan baik hati
kepada mereka berdua. Segala nasihat yang diberikan Mak Kundur diikutinya. Mula-mula Mak
Kundur menyuruh permaisuri bertanya tentang bagaimana sayangnya Raja kepadanya. Mulanya
Raja murka, tetapi akhirnya baginda menyatakan sangat sayang kepada permaisuri.
Untuk kali kedua Mak Kundur menyuruh permaisuri menaburkan miang rebung atas
tempat tidur Raja dengan mengatakan miang rebung yang dibawanya itu telah dijampi dan
mempunyai banyak khasiat. Pada mulanya Raja sangat murka tetapi kemudian baginda
memaafkan permaisuri setelah mengetahui perbuatan permaisuri menuruti rancangan jahat Mak
kundur.
Kemudian Mak Kundur datang lagi, dan kali ini membawa sebilah kapak. Ia menyuruh
permaisuri menggantungkan kapak itu di depan pintu bilik. Apabila Raja mahu masuk ke dalam
bilik, disuruhnya permaisuri mengayunkan kapak itu supaya terkena Raja. Perbuatan itu
dimurkai oleh Raja dan Raja menjatuhkan hukuman bunuh kepada permaisuri kerana berniat
membunuhnya. Hulubalang dan dayang kemudian menerangkan hal yang sebenarnya. Raja
membatalkan hukuman kepada permaisuri tetapi baginda menjatukan hukuman bunuh kepada
Mak Kundur.
Mak Kundur meminta ampun dan belas kasihan dengan berjanji tidak akan mengulangi
lagi perbuatan itu. Raja tidak dapat memaafkan lagi kesalahan Mak Kundur, malahan telah
menjatuhkan hukuman disebat dengan ekor pari terlebih dahulu sebelum dibunuh.
Permaisuri sangat kasihan melihat kesakitan yang ditanggung oleh Mak Kundur.
Permaisuri pun bermohon kepada Raja supaya tidak menjatuhkan hukuman bunuh kepada ibu
tirinya itu. Mulanya Raja menolak tetapi setelah permaisuri bersungguh-sungguh merayu,
baginda bersetuju tetapi Mak Kundur dan Bawang Putih tidak dibenarkan tinggal dalam negeri
itu lagi.

Cerita teladan

Cerita teladan adalah merupakan sebuah cerita yang mengisahkan tentang golongan

rakyat biasa dan berlatarkan alam nyata. Cerita teladan mengetengahkan bahawa watak yang

baik itu akhirnya akan mendapat pembelaan, sebaliknya watak yang jahat akan menerima

pembalasan setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka. Unsur kesaktian dan

keajaiban dalam cerita teladan ini amat berkurang berbanding yang terdapat dalam cerita lipur
lara. Walau bagaimanapun, unsur kebetulan memainkan peranan penting dalam cerita ini,

terutama sekali ketika titik perubahan watak utama.

Di dalam cerita teladan terdapat banyak unsur didaktik dan pendidikan moral yang akan

diterapkan melalui nilai-nilai murni. Unsur-unsur pengajaran dan pendidikan yang terdapat

dalam cerita teladan yang ingin disampaikan ini lebih tertumpu kepada golongan kanak-kanak

terutama dalam aspek peraturan sosial dan ajaran agama. Watak utama dalam cerita teladan ini

selalunya akan menanggung penderitaan, kekejaman, nasib malang, dan penindasan di awal

cerita sebelum berlakunya perubahan nasib di akhir cerita.

Sinopsis cerita teladan Bawang Putih dan Bawang Merah

Pak Ali mempunyai dua orang isteri iaitu Mak Labu dan Mak Kundur. Mak Labu

melahirkan seorang anak yang bernama Bawang Merah dan Mak Kundur pula melahirkan

seorang anak bernama Bawang Putih. Pak Ali mati akibat terkena sengat ikan sembilang. Mak

Kundur yang telah lama berasa cemburu dengan Mak Labu telah membunuh Mak Labu dengan

cara menolak Mak labu ke dalam perigi. Perbuatan Mak Kundur ini tidak diketahui oleh Bawang

Merah. Tetapi telah berlaku keajaiban apabila Mak Labu telah menjelma menjadi seekor ikan

kaloi. Ikan kaloi itu kemudian telah ditangkap dan telah digulai oleh Mak Kundur. Bawang

Merah telah memakan gulai ikan kaloi tersebut. Apabila Bawang Merah telah mengetahui

bahawa gulai ikan yang dimakan olehnya itu adalah ibunya sendiri, Bawang Merah telah

mengutip tulang-tulang ikan itu dan tulang tersebut telah ditanam. Tempat tulang ikan itu

ditanam telah ditumbuhi oleh sebatang pohon beringin. Di tempat pohon inilah Bawang Merah

bermain buaian dan menyanyi.

Seorang Raja telah terpikat kepada Bawang Merah walaupun pada mulanya Bawang

Putih yang cuba untukmenyamar sebagai Bawang Merah. Apabila Bawang Merah telah

berkahwin dengan Raja, Mak Kundur masih menyimpan dendam terhadap Bawang Merah. Mak
Kundur telah menyuruh Bawang Merah melakukan pekara-pekara yang menyakitkan hati Raja.

Apabila Bawang Merah bertindak lebih kasar, Raja sangat murka. Apabila Raja telah

mengetahui kebenaran disebalik segala yang telah berlaku Bawang putih dan Mak Kundur telah

diusir dari istana itu.

Melalui petikan yang diambil daripada cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini terkandung

pelbagai falsafah yang terdapat dalam cerita ini. Antara falsafah yang terdapat dalam cerita ini

ialah baik hati. Baik hati adalah perbuatan yang lahir dari hati nuraini yang perlu dibuat dengan

perasaan yang tulus ikhlas tanpa mendapat paksaan dari mana-mana pihak. Sesungguhnya sikap

baik hati ini tidak terdapat dalam diri setiap manusia.

Sikap baik hati ini jelas dapat ditonjolkan melalui watak Bawang Merah. Walaupun

Bawang Merah sering dianiaya oleh Mak Kundur dan Bawang Putih, namun Bawang Merah

tetap bersikap baik hati terhadap mereka berdua. Sikap ini jelas dilihat apabila Bawang Merah

hanya akan mengikut Raja sekiranya Mak Kundur dan Bawang Putih dibawa bersama-sama.

Bawang Merah juga telah memohon kepada Raja agar Mak Kundur dan Bawang Putih

dibenarkan untuk melawatnya di istana. Bawang Merah tetap bersifat baik hati kepada Mak

Kundur dan Bawang putih tanpa menyimpan sebarang syak wasangka yang buruk terhadap
mereka walaupun sebenarnya Mak Kundur dan Bawang Putih tidak pernah insaf dan masih

menyimpan dendam terhadap Bawang Merah.

Sesungguhnya sikap baik hati yang ditonjolkkan melalui watak Bawang merah ini wajar

dicontohi oleh semua agar kehidupan akan sentiasa aman dan harmoni. Sekiranya seseorang itu

mengamalkan sikap baik hati ini dalam kehidupan seharian mereka kehidupan di dunia ini akan

menjadi lebih mudah tanpa adanya sebarang persengketaan dan pergaduhan.

Selain itu, falsafah yang turut terdapat dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini

juga ialah perasaan hasad dengki dan pendendam. Perasaan hasad dengki dan pendendam ini

akan wujud akibat daripada kebencian yang terdapat dalam diri seseorang akibat terlalu cemburu

atau iri hati. Perasaan hasad dengki dan pendendam adalah satu perbuatan yang tidak baik.

Dalam ajaran agama juga telah melarang perbuatan ini. Perbuatan ini amatlah dimurkai oleh

Allah S.W.T.

Dalam cerita Bawang Merah dan Bawang Putih ini perasaan hasad dengki dan

pendendam ini jelas dapat dilihat melalui watak Mak Kundur. Ini terbukti apabila Mak Kundur

telah menyuruh permaisuri menaburkan miang rebung ke atas tempat tidur Raja dengan

mengatakan miang rebung yang dibawanya itu telah dijampi dan mempunyai banyak khasiat.

Perbuatan ini seterusnya telah menimbulkan kemarahan kepada Raja. Mak Kundur juga telah

menyuruh permaisuri menggantungkan kapak di depan pintu bilik. Apabila Raja masuk ke dalam

bilik, disuruhnya permaisuri mengayunkan kapak itu supaya terkena Raja. Niat Mak Kundur

melakukan semua ini adalah supaya Bawang Merah dimurkai oleh Raja dan seterusnya akan

menyebabkan Bawang Merah menerima hukuman. Mak Kundur juga mempunyai niat agar
Bawang putih pula yang akan dapat berkahwin dengan Raja. Walaubagaimanapun, segala

rancangan yang telah dijalankan oleh Mak Kundur ini tidak berjaya malah perbuatannya ini telah

memudaratkan diri sendiri apabila Raja telah mengetahui hakikat di sebalik apa yang telah

berlaku. Kejujuran yang terdapat dalam diri Bawang Merah telah dapat mengatasi segala

kejahatan yang telah dilakukan.

Disamping itu, falsafah yang juga terkandung dalam cerita ini juga ialah maaf. Maaf

boleh didefinisikan sebagai mengampunkan atau dilepaskan dari sebarang kesalahan. Kemaafan

perlulah datang dari hati yang tulus ikhlas dan dengan perasaan rela hati tanpa mendapat

paksaan dari mana-mana pihak. Kemaafan adalah sesuatu yang amat penting. Sekiranya kita

melakukan sebarang kesilapan terhadap seseorang individu, kita perlulah memohon kemaafan

terhadap individu tersebut. Sekiranya kita telah melakukan kesalahan kepada Allah S.W.T kita

perlulah memohon keampunan dan kemaafan kepada-NYA. Kemaafan ini adalah sesuatu yang

amat penting dalam kehidupan seseorang individu agar dapat menjalani kehidupan yang lebih

tenang di dunia ini dan juga di akhirat kelak. Kemaafan juga adalah sesuatu yang dituntut dalam

agama Islam juga.

Dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga dapat juga dilihat unsur

kemaafan. Ini dapat dilihat apabila Raja telah memaafkan permaisuri apabila mengetahui

bahawa perbuatan permaisuri menabur miang rebung di atas tempat tidur Raja adalah kerana

menuruti segala rancangan jahat Mak Kundur. Raja juga telah mengampun kesalahan Mak

Kundur apabila Mak Kundur telah meminta ampun dan belas kasihan dengan berjanji tidak

akanmengulangi lagi perbuatan itu. Pada mulanya Raja amat murka dengan segala angkara jahat

yang telah dilakukan oleh Mak Kundur dan telah menjatuhkan hukuman disebat dengan ekor

pari terlebih dahulu sebelum dibunuh. Permaisuri berasa amat kasihan dengan kesakitan yang
telah ditanggung oleh Mak Kundur. Permaisuri bermohon kepada Raja supaya tidak menjatuhkan

hukuman bunuh kepada Mak Kundur. Akhirnya Raja telah bersetuju dan mengampunkan Mak

Kundur. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa sikap pemaaf ini adalah penting untuk

dipraktikkan dalam kehidupan agar lebih harmoni.

Dalam cerita Bawang Merah dan Bawang Putih ini juga terdapat juga falsafah cinta.

Cinta adalah satu perasaan yang dirasai secara semulajadi yang hadir dalam hati tanpa perlu

dipaksa. Cinta lahir dalam keadaan yang sungguh halus hingga tidak diketahui dari mana dan

mengapa ia hadir. Cinta adalah sesuatu yang sangat suci dan murni. Setiap insan yang ada di

muka bumi ini tidak dapat lari daripada perasaan cinta. Cinta ini adalah seperti cinta kepada

ILAHI, kekasih, ibu bapa, alam sekitar, negara dan sebagainya.

Dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga terdapat unsur percintaan. Ini

jelas dapat dilihat apabila Raja telah jatuh cinta kepada Bawang Merah. Apabila Raja melihat

Bawang Merah menaiki buaian dan bergurindam, Raja sangat terpesona dengan Bawang Merah.

Raja seterusnya telah meminta agar Bawang Merah mengikutnya untuk pulang ke istana dan

menjadi permaisuri. Cinta yang dipaparkan melalui kisah Raja ini adalah cinta pandang pertama

dan Raja telah yakin bahawa Bawang Merah adalah amat sesuai untuk dijadikan sebagai teman

hidupnya.

Selain itu, dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga terdapat falsafah

kejujuran. Kejujuran boleh ditakrifkan sebagai lurus hati, tulus dan ikhlas. Seseorang yang jujur

ini akan selalu menerima kebaikan sebagai balasan baik daripada Allah S.W.T. Dalam cerita

Bawang Putih dan Bawang Merah ini ditonjolkan juga unsur-unsur kejujuran. Ini dapat dilihat

melalui watak Bawang Merah. Kisah kejujuran ini dapat dilihat apabila Bawang Merah yang

tidak mempunyai niat untuk membunuh Raja. Segala perbuatan yang dilakukan olehnya adalah
semata-mata menurut ajaran Mak Kundur dan mempercayai kata-kata Mak Kundur bahawa

segala perbuatan yang dilakukan akan menyebabkan Raja akan semakin sayang terhadap dirinya.

Ketika Raja telah murka terhadap segala perbuatan Bawang Merah dan akan

menjatuhkan hukuman bunuh kepada Bawang Merah, hulubalang dan dayang telah menceritakan

hal yang sebenarnya kepada Raja. Raja yang telah mengetahui hal yang yang sebenar telah

membatalkan hukuman kepada Bawang Merah tetapi baginda telah menjatuhkan hukuman

bunuh kepada Mak Kundur. Melalui cerita ini jelaslah menunjukkan bahawa kejujuran yang

terdapat dalam diri seseorang akan dapat mengatasi segala kejahatan dan kejujuran akan

mendatangkan kebaikan kepada diri seseorang. Setiap manusia perlulah menanamkan sifat jujur

ini dalam diri kerana ini adalah satu sifat yang terpuji.

Disamping itu, dalam cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini juga terhadap juga

falsafah kasih sesama manusia. Kasih pula boleh didefinisikan sebagai perasaan sayang atau

cinta. Perasaan kasih ini perlu ada dalam diri setiap manusia agar kehidupan akan kekal harmoni

selamanya. Melalui cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini jelas dapat memaparkan nilai

kasih. Ini dapat dilihat melalui watak Bawang Merah. Perasaan kasih Bawang Merah terhadap

ibu tirinya iaitu Mak Kundur dan Bawang Putih tidak berbelah bahagi. Walaupun Mak Kundur

telah melakukan pelbagai perkara yang amat teruk terhadap Bawang Merah, namun Bawang

Merah tidak pernah menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap mereka berdua. Sebaliknya

kerana perasaankasih Bawang Merah terhadap mereka berdua, Bawang Merah tetap ingin

membawa mereka untuk tinggal di istana. Atas dasar perasaan kasih juga, Bawang Merah juga

tidak sanggup untuk melihat Mak Kundur dijatuhi hukuman bunuh dan telah memohon kepada

Raja agar membatalkan hukuman tersebut. Melalui kisah yang berlaku ini jelaslah menunjukkan

bahawa perasaan kasih adalah sesuatu yang amat mulia dan perlu ada dalam diri setiap individu.
Penutup

Melalui cerita Bawang Putih dan Bawang Merah ini jelaslah menunjukkan terdapat

banyak unsur-unsur falsafah yang terkandung di dalamnya. Segala unsur yang terdapat dalam

cerita ini adalah realiti sebenar kehidupan manusia. Nilai baik hati, cinta, maaf, kasih sesama

manusia, kejujuran, hasad dengki adalah sesuatu yang akan ditemui dalam kehidupan seharian.

Nilai-nilai yang murni seperti baik hati, kasih sesama manusia, cinta, kejujuran adalah amat

penting dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Manakala nilai-nilai yang negatif seperti

hasad dengki dan pendendam perlulah dihindari kerana ini adalah satu perasaan yang tidak baik

dan boleh menimbulkan kecelaruan dalam hidup seseorang individu tersebut.

Sikap yang terdapat dalam diri Bawang Merah adalah wajar dicontohi oleh semua.

Bawang Merah tidak pernah menyimpan dendam terhadap sesiapa dan sentiasa berfikiran positif.

Bawang Merah juga sentiasa berkelakuan baik terhadap semua orang. Sikap yang ditonjolkan

oleh Bawang Merah melalui cerita ini adalah wajar untuk diamalkan dalam kehidupan yang

sebenar. Berbeza pula dengan Mak Kundur yang sentiasa menyimpan dendam. Watak yang

ditonjolkan oleh Mak Kundur ini perlulah dihindari. Dalam norma kehidupan manusia juga

sememangnya sikap yang terdapat dalam cerita ini adalah benar-benar terjadi dan ini adalah

lumrah dalam kehidupan manusia.

BIBLIOGRAFI
Adnan Abdul Majid. 2003. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur: Synergymate Sdn.Bhd.
Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu Suatu pengenalan.
Universiti Malaya: Akademi Pengajian Melayu.
M. Jasni Majed. 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Malaysia: Marshall Cavendish
Sdn.Bhd.

You might also like