You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN

LOGIKA MELAYU
JXEA 1104

NAMA : NORAZILA BINTI YAHYA


NOMBOR MATRIK : JEA 080086
TAJUK : IBNU KHALDUN

1
PENGENALAN

Ibnu Khaldun (1332-1406 M) adalah salah seorang cendekiawan Muslim yang hidup pada masa

kegelapanIslam . Ibnu Khaldun mempunyai nama lengkap iaitu Abd al-Rahman ibn Muhammad

ibn Muhammad ibn Abu Bakr Muhammad ibn al-Hassan ibn Khaldun . Ibnu Khaldun dilahirkan

di Tunisia pada 27 Mei 1332 dan meninggal dunia pada 17 Mac 1406 di Kaherah , Mesir.

Keluarga Ibnu Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik

kepadanya . Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung. Beliau juga

dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden . Ibnu Khaldun adalah

2
tokoh yang paling awal mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan . Falsafah itu

terkandung dalam karyanya iaitu Muqaddimah (“Pengenalan”).

Ibnu Khaldun tampil sebagai pemikir Muslim yang kreatif dan melahirkan pemikiran-

pemikiran besar melalui karya-karyanya seperti Muqaddimah Ibnu Khaldun , Kitab al-‘Ibar , Al-

Tarif , al-Muhashshal .

Ibnu Khaldun juga memajukan konsep ekonomi , perdagangan dan kebebasan. Ibnu

Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan

rakyatnya daripada keganasan , melindungi harta persendirian , menghalang penipuan dalam

perniagaan , mencetak dan menguruskan penghasilan wang , dan melaksanakan kepimpinan

politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan .

Ada sesetengah kritikan negatif yang diberikan kepada Ibnu Khaldun kononnya beliau

adalah pendokong dominan tradisi dan kuat mengampu pemerintah di zamannya. Ibnu Khaldun

telah meninggalkan impak yang cukup besar kepada program pembangunan masyarakat seperti

yang terkandung di dalam disiplin sosiologi. Ketokohannya telah disamakan dengan Ibn Rushd,

yang membawa paradigma pemikiran saintifik untuk ilmu sains dan teknologi moden yang

mempengaruhi perkembangan Renaisance di dalam masyarakat barat .

Merujuk khusus kepada teori perubahan sosial sesuatu masyarakat dan kaitannya dengan

pembentukan modal insan , kita dapat mengesan beberapa teori besar yang diperkenalkan oleh

Ibnu Khaldun antaranya teori yang menegaskan masyarakat sebagai suatu organisma yang

bersifat hidup , mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya

perancangan pembangunan yang rapi dan tersusun dapat dilakukan .

Selain itu , Ibnu Khaldun turut mengatakan teori tentang proses pembangunan sesuatu

tamadun bergantung kepada nisbah perpaduan sejati di dalam masyarakat berasaskan kepada

gabungan antara semangat Asabiyyah dan agama .

3
Ibnu Khaldun turut menyatakan tentang teori tentang jatuh dan bangun sesuatu tamadun

manusia , yang dilihat dari segi usia sesuatu tamadun dan faktor-faktor yang menyumbang ke

arah kecemerlangan dan kemunduran sesuatu tamadun . Kepentingan diwujudkan perancangan

pembangunan yang bersifat bersepadu , di antara elemen fizikal dan spiritual antara teori yang

dikemukakan oleh Ibnu Khaldun.

Teori besar lain yang diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun ialah teori jiwa hamba yang

dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah , yang kebiasaannya akan menganggap kuasa penjajah

sebagai suatu bangsa yang maju dan agung. Selain itu , kepentingan ilmu sejarah untuk umat

manusia , yang merangkumi persoalan manfaat dan disiplin yang harus dijaga oleh seseorang

ahli sejarah. Ibnu Khaldun turut menyatakan tentang kepentingan diwujudkan kaedah

penyelidikan sosiologi , demi untuk membantu sarjana Islam menajamkan daya artikulasi mereka

terhadap permasalahan ummahIslam .

Sebahagian besar daripada teori yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun telah diterapkan

di dalam gagasan Islam Hadhari . Kebenaran dakwaan ini boleh dilihat dari segi persamaan

gagasan Islam Hadhari dengan pelbagai teori Ibnu Khaldun , iaitu yang pertama ialah asas

pembentukan sesuatu masyarakat yang maju perlu bergantung kepada bilangan anggota

masyarakat (modal insan) yang berkualiti .

Mengikut kupasan Ibnu Khaldun , kelangsungan hidup sesuatu masyarakat bergantung

sepenuhnya dengan nisbah kewujudan kesepaduan tugas dan tanggungjawab yang perlu

dimainkan oleh setiap anggota masyarakat merangkumi anggota keluarga asas , barisan

kepimpinan politik , peniaga , para seniman , tokoh ulamak , tokoh pendidikan , dan golongan

muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan sesuatu masyarakat. Berbanding dengan

pandangan barat yang meletakkan manusia sebagai haiwan yang mampu berfikir dan perlu

diberikan keperluan fisiologi kebendaan semata-mata tanpa mempedulikan keperluan spiritual ,

4
gagasan Islam Hadhari mempunyai pandangan yang cukup berbeza dalam menangani persoalan

ini .

Persamaan yang kedua ialah kepentingan penyelidikan sosiologi bagi meneliti realiti

perkembangan realiti perkembangan perubahan yang berlaku di dalam masyarakat . Usaha Ibnu

Khaldun yang memperkenalkan disiplin sosiologi-sejarah adalah bertujuan untuk meneliti

hukum alami fenomena sesebuah masyarakat , sama ada menafsirkan sesuatu fenomena sosial

masyarakat dalam bentuk perkaitan sebab musabab ataupun meramalkan jalan penyelesaian

terhadap sesuatu permasalahan yang timbul . Bagi Ibnu Khaldun penggunaan disiplin sosiologi-

sejarah ini tidak boleh dibuat secara spekulatif (agakan) semata-mata, tetapi perlu dilakukan

secara berhemah. Ianya perlu berasaskan kerangka kajian ilmiah yang bersifat objektif ,

mementingkan sumber kajian yang tepat, tafsiran sumber yang betul dan pengaplikasian

metodologi kajian kes (observasi) yang betul. Penggunaan disiplin sosiologi-sejarah yang ketat

ini bermatlamatkan untuk memahami realiti sebenar perubahan masyarakat yang berlaku dan

menawarkan ramalan penyelesaian masalah terhadap apa-apa masalah sosial yang timbul.

Persamaan yang ketiga yang dapat dilihat daripada teori yang dikemukakan oleh Ibnu

Khaldun ialah pendekatan di dalam merangka program pembangunan masyarakat . Pengaruh

teori Ibnu Khaldun amat besar dan dapat dirujuk kepada beberapa perkara iaitu pertama ,

“menegaskan masyarakat sebagai suatu organisma yang bersifat hidup , mempunyai potensi

untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan yang rapi dan

tersusun dapat dilakukan”. Ibnu Khaldun menegaskan bahawa setiap masyarakat yang paling

teruk sekalipun akan mampu berubah dan berkembang seandainya perancangan pembangunan

yang lebih teliti dan tersusun dilakukan . Perkara yang kedua ialah konsep Islam Hadhari

menekankan penggunaan pendekatan mengenalpasti faktor kejatuhan sesuatu tamadun umat

Islam dan cuba mengatasinya secara tuntas. Usaha pengkajian terhadap faktor-faktor yang

5
menyebabkan keruntuhan sesuatu tamadun telah diaplikasi secara berhemah bagi mengelakkan

proses pembangunan Malaysia mencapai kegagalan.

Persamaan yang keempat yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun ialah kepentingan

mempelajari faktor kejayaan tamadun umat Islam berasaskan penerapan budaya ilmu di dalam

masyarakat . Menggunakan teori dan semangat yang diilhamkan oleh Ibnu Khaldun , konsep

Islam hadhari menekankan pendekatan yang berusaha memetik faktor kejayaan yang

menimbulkan tamadun Islam silam , yang kemudiannya bakal diaplikasikan sepenuhnya di

dalam program pembangunan di Malaysia. Hasil penelitian yang dijalankan terhadap

serangkaian tamadun umat Islam silam, sama ada di Timur Tengah dan rantau Alam Melayu ,

mendapati bagaimana tamadun itu timbul berpunca daripada enam faktor yang utama iaitu

pengamalan budaya ilmu , pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view

Tauhid, program penyelidikan dan pembangunan yang cukup canggih , kewujudan pengetahuan

sains dan teknologi yang baik, pembangunan sektor ekonomi yang bersepadu dan menekankan

peluang pengagihan yang seimbang di antara rakyat , dan proses pembandaran yang mampan

yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang sosial yang baik kepada rakyat .

Persamaan yang kelima ialah sifat kewaspadaan terhadap faktor kejatuhan sesuatu

masyarakat . Pada pandangan Ibnu Khaldun , di dalam proses perancangan pembangunan

sesuatu masyarakat , perhatian utama perlu diberikan kepada usaha mengenal pasti pelbagai

faktor negatif yang mungkin boleh menyebabkan kelemahan sesuatu masyarakat. Hal ini perlu

diberikan perhatian memandangkan sesuatu tamadun atau masyarakat secara hukum alami akan

melalui tiga tahap yang utama iaitu tahap kelahiran , kemajuan dan kemunduran .

Kesimpulannya , ketokohan Ibnu Khaldun sebagai seorang pemikir Islam yang

mendahului zaman jelas terbukti , apabila kebanyakan daripada teori ataupun buah pemikirannya

bersifat evergreen dan masih tetap relevan untuk dipakai bagi konteks zaman moden ini . Adalah

6
diharapkan agar pemakaian paradigma yang telah dirintis oleh Ibnu Khaldun ini , suatu hari nanti

bakal melahirkan tokoh-tokoh sarjana Melayu-Islam yang unggul .

BIBLIOGRAFI :

Prof . Dr . Azyumardi Azra . 2003 . Epistemologi Sejarah Kritis Ibnu Khaldun . Indonesia .
Fajar Pustaka Baru .

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Al-Rahman_Ibn_Muhammad_Ibn_Khaldun

http://www/jais.sarawak.gov.my

You might also like