You are on page 1of 61

KURSUS BAHASA ARAB

SEKOLAH RENDAH
Sebelum melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran, guru mestilah memberi
perhatian kepada perkara-perkara berikut :
1. Setiap murid mempunyai
kebolehupayaan untuk menguasai
perkara yang dipelajari.

2. Kebolehupayaan penguasaan terhadap


sesuatu perkara adalah berbeza antara
setiap orang murid.
 1.Pembelajaran Masteri ( ‫) تعلم الجادة‬
 2.Pembelajaran Kontekstual ( ‫) التعلم السياقي‬
 3.Pembelajaran Akses Kendiri ( ‫) التعلم الذاتي‬
 4.Pembelajaran Konstruktivisme ( ‫) التعلم البناء‬
 5.Teori Kecerdasan Pelbagai (‫نظرية تعدد‬
‫(الذكاء‬
 Suatu pendekatan pembelajaran yang
memastikan semua murid menguasai
sesuatu hasil pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

 Kaedah ini memerlukan guru mengetahui


tahap keupayaan dan kebolehan murid
terlebih dahulu sebelum melaksanakan
P&P.
 1.Hasil pembelajaran mengikut aras
kebolehan murid.
 2.Aktiviti P&P selari dengan keupayaan

setiap individu/kumpulan murid.


 3.Perlu jalankan aktiviti pemulihan dan

pengayaan.
 1.Penentuan hasil pembelajaran
 2.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
 3.Penilaian
 4.Pengayaan
 5.Pemulihan
 1. Berpusatkan guru
- penerangan / bercerita / memberi nota /

demonstrasi

 2. Berpusatkan murid
- bacaan / latih tubi / akses kendiri / nasyid
/ soal jawab / lakonan / simulasi
/ penyelesaian masalah / projek / amali
 Penilaian dalam konsep pengajaran dan
pembelajaran masteri amat diperlukan
untuk :
i-Mengenal pasti keupayaan murid
(cerdas / sederhana dan lemah)
ii-Mengesan penguasaan murid
iii-Mengenal pasti kelemahan
iv-Menentukan aktiviti pemulihan dan
pengayaan
 LISAN
- Soal jawab

 TULISAN
- Lembaran kerja :
-Suai gambar dengan kalimah
-Sambung kalimah
 Tajuk : Ahlan Wasahlan
 Hasil : 1. Murid dapat menyebut ahlan
wasahlan / ahlan bik
 Aktiviti : 1. Kaedah latih tubi.
2. Kaedah soal jawab, iaitu guru
menyapa murid dengan ‘ahlan
wasahlan’ dan murid secara
spontan menjawab ‘ahlan bik’.
3. Kaedah lakonan, iaitu
guru meminta murid melakonkan
sapaan kalimah tahiyyat itu di
dalam kelas.
K
“ ebanyakan pelajar di sekolah tidak
mampu membuat kaitan antara apa yang
mereka pelajari dengan bagaimana
pengetahuan itu dapat dimanfaatkan”
 Kontekstual jika diambil daripada ayat
asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa
Latin con = with + textum = woven)
bermaksud mengikut konteks atau dalam
konteks. Konteks pula membawa maksud
keadaan, situasi dan kejadian.
“ Teori Pembelajaran Kontekstual
menumpukan kepada kepelbagaian aspek
persekitaran pembelajaran sama ada di
bilik darjah, makmal, tempat kerja atau
kehidupan harian termasuk pengalaman
hidup serta pembacaan”.
 Relating (Hubung kait)
◦ Mengaitkan ucapan ““ahlan wasahlan” dengan
ungkapan selamat sejahtera / welcome dalam
bahasa lain.
 Experiencing (Mengalami)
◦ Meminta murid mengucapkan “ahlan wasahlan”
selepas memberi salam bila bertemu rakan
atau guru.
 Applying (Mengaplikasi)
◦ Mengucapkan “ahlan wasahlan” dalam situasi
lain spt sambut tetamu atau mengalu-alukan
seseorang.
 Cooperating (Bekerjasama)
◦ Mencari ungkapan selamat dalam pelbagai
bahasa secara berkumpulan.
 Transfering (Memindahkan)
◦ Menggunakan bentuk sapaan lain ketika
berkomunikasi spt sobahal Khair dll.
 Suatu pendekatan pembelajaran yang
memberi akses kepada sumber
pembelajaran dan membolehkan murid
memperoleh pengetahuan dan kemahiran
secara berdikari.
 Guru menyediakan bahan-bahan rujukan
atau alat bantu pembelajaran untuk murid
belajar secara kendiri dengan memenuhi
minat, gaya kecenderungan dan
kemampuan mereka.
 1.Menggalakkan murid berinteraksi
sesama sendiri.

 2.Murid berpeluang menguji kemampuan


sendiri.

 3.Melatih murid belajar secara kendiri.


 a. Persekitaran pembelajaran yang fleksibel,
selesa dan tanpa tekanan.

 b. Bahan PAK yang mudah diakses.

 c. Topik dan bahan hendaklah mengikut


tahap dan kadar kemampuan murid.
 Tajuk : Fil Fasli ( unit 4 / 1)
 Hasil : Murid dapat menyebut kalimah
“kursiyyun ,maktabun,sabburatun”
 Aktiviti :1.Guru mempamerkan gambar
“kerusi , meja ,dan papan hitam”.
2.Guru menyediakan beberapa kamus
bergambar pada kumpulan murid.
3.Guru meminta murid mencari dan
menyebut kalimah bahasa Arab
berdasarkan kepada gambar-gambar

tersebut.
4.Guru memantau kerjasama antara
murid.
“Constructivism is an approach to teaching
based on research about how people learn.
Many researchers say that each individual
constructs knowledge rather than receiving
it from others”
( McBrien & Brandt, 1997)
 Konstruktivisme adalah satu pendekatan
pembelajaran berdasarkan kepada
penyelidikan tentang bagaimana manusia
belajar.

 Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap


individu membina pengetahuan dan
bukannya menerima pengetahuan daripada
orang lain.
 “They are constructing their own knowledge
by testing ideas and approaches based on
their prior knowledge and experience,
applying, these to a new situation and
integrating the new knowledge gained with
pre-existing intellectual constructs”

( Briner, M.1999 )
 Murid membina pengetahuan mereka
dengan menguji idea dan pendekatan
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada, mengaplikasikannya kepada
situasi baru dan menginegrasikan
pengetahuan baru yang diperoleh dengan
binaan intelektual yang sedia wujud.
 Konstruktivisme adalah satu fahaman
bahawa murid membina sendiri
pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada.

 Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan


pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru.
 1.P&P berpusatkan murid.
 2.Guru sebagai fasilitator.
 3.Guru menyediakan bahan pembelajaran.
 4.Guru mengetahui pengetahuan sedia ada

murid.
 5.Murid memperoleh ilmu secara kendiri.
 1.Galakkan murid bertanya dan berdialog.
 2.Guru menerima daya usaha murid.
 3.Mengambil kira kepercayaan dan sikap

murid.
 4.Menjadikan soalan/idea murid sebagai

panduan merancang pengajaran.


• BERFIKIR Murid dapat berfikir untuk menyelesaikan
masalah, menjana idea dan membuat
keputusan dengan kefahaman sendiri.

• FAHAM Penglibatan yang aktif menjadikan


kefahaman murid dapat ditingkatkan
melalui pengetahuan baru semasa P&P.

• INGAT Penglibatan murid yang aktif memberi


impak yang positif terhadap kekuatan
ingatan murid.
• YAKIN Keyakinan murid dipupuk melalui
peluang yang diberi ketika murid
membina kefahaman mereka
sendiri.

• KEMAHIRANMurid dapat berinteraksi dengan


rakan dan guru dalam menghadapi
SOSIAL sebarang masalah dan cabaran.

• SERONOK Murid lebih berminat untuk belajar


sepanjang hayat apabila murid
dapat membina pengetahuan dan
menjana idea sendiri.
 Tajuk : Al-Ta’aruf
 Hasil : Murid dapat memperkenalkan
diri di antara mereka.
 Aktiviti : 1.Guru memperkenalkan diri

kepada murid.
2.Guru meminta murid
memperkenalkan diri mereka
secara individu.
3.Murid berta’aruf sesama
mereka.
1. Teori kecerdasan pelbagai dikemukakan
oleh Howard Gardner.

2. Meliputi lapan bidang kecerdasan.

3. Kebanyakan orang memiliki kecerdasan


yang tinggi dalam semua bidang jika
disusuli dengan penggalakan dan
pengkayaan.
• Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kemahiran atau kebolehan mengguna
perkataan dengan berkesan, baik secara
lisan atau tulisan.

Contoh aktiviti
-Menyebut perkataan secara berulang.
-Mengajak rakan menyebut dan membaca.
-Bercerita / menjawab soalan secara lisan /
tulisan.
• Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan mengguna nombor-nombor
secara efektif dan dapat mengulas dengan
baik.
Contoh aktiviti
-Mengenal nombor.
-Menjumlah nombor.
-Menyebut bilangan berdasarkan benda
yang dipelajari.
• Kecerdasan Visual-Ruang
Peka terhadap bentuk, ruang, warna, garisan
dan
corak serta berkebolehan membentangkan
idea
Contoh aktiviti
secara grafik.
-Melukis atau mewarna gambar .
-Menyusun suai gambar (jigsaw puzzle).
-Grafik.
-Membentuk huruf atau objek menggunakan
bahan tertentu ( Plastesin ).
• Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan mengguna tubuh badan untuk
menghuraikan idea-idea dan perasaan,serta
menyelesaikan masalah. Kemahirannya
termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan
gerak-geri dan perimbangan tubuh badan.

Contoh aktiviti
-Simulasi.
-Berlakon.
-Permainan Bahasa .( ‫) اللعبة اللغوية‬
• Kecerdasan Muzik
Peka terhadap rentak, pic, dan melodi.
Kemahiran dalam mengenali lagu-lagu
mudah dan dapat mengubah kelajuan,
tempo dan rentak dalam lagu mudah.

Contoh aktiviti
-Nasyid.
-Penggunaan Alat Muzik sambil menyebut isi
pelajaran.
-Penggunaan Anggota Badan (Tepuk
tangan).
• Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan hati (mood),
Motivasi, tabiat dan keinginan orang lain.
Kemahiran bertindak secara berkesan dalam
menyelesaikan masalah dan mengatasi
konflik bila berhubung dengan orang lain.

. Contoh Aktiviti
-Perbincangan dalam kumpulan.
-Aktif dalam permainan yang memerlukan
kerjasama.
-Permainan Bahasa ( ‫) اللعبة اللغوية‬- permainan berkumpulan.
• Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri seperti
kekuatan,kelemahan, hasrat dan kehendak
termasuklah kemahiran bagaimana
seseorang
itu sama atau berbeza dengan orang lain,
dan
membantu menangani perasaan, beradab
sopan serta mengawal kemarahan atau
kesedihan diri sendiri.
Contoh aktiviti

- Melukis atau melakar gambar ahli


keluarga
berdasarkan pengamatan kendiri.
- Menulis biodata tentang diri sendiri –
(Murid tahap 2)
• Kecerdasan Naturalis
Kebolehan mengenali dan mengklasifikasi
tumbuh-tumbuhan galian dan
binatang,termasuk
rumput dan batu-batan serta pelbagai flora dan
fauna. Ia juga merupakan kebolehan untuk
mengenali artifak budaya dari segi pakaian dan
makanan.
. Contoh aktiviti
-Lawatan sekitar kawasan sekolah.
-Mengenal jenis pakaian dan makanan.
• Eksistensial (Spiritual)
Kebolehan individu untuk peka dengan
kewujudan manusia dan kematian.

-Memiliki sensitiviti yang kuat terhadap


masalah manusia.
-Kerap berfikir tentang kerohanian & falsafah

Contoh Aktiviti - Penghayatan terhadap kata-kata hikmat.


Kesimpulan
 PEMBELAJARAN MASTERI – Penguasaan sesuatu isi pelajaran
secara tepat dan menyeluruh.

 PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL – Perkaitan antara isi pelajaran


dengan pengalaman harian.

 PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI – Maklumat diperoleh secara


kendiri.

 PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME – Bina pengetahuan baru


melalui pengetahuan sedia ada.

 TEORI KECERDASAN PELBAGAI – Berdasarkan kelebihan diri


individu.

You might also like