You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK : ARISTOTLE

NAMA : NUR FARHANA BINTI AHMAD KHAIRI

NO. MATRIK : JEA 080096

SEMESTER/SESI : 1 (2008/2009)

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN B. MUHAMMAD

FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

1
Aristotle merupakan seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani dan

dilahirkan pada tahun 384 S. M. Pada tahun 322 S. M. iaitu pada musim bunga Aristotle

telah meninggal dunia ketika berusia 62 tahun. Pada ketika itulah Aristotle berada

di kemuncak kekuatannya: seorang sarjana yang tidak kenal penat lelah, menjalankan

penyelidikan saintifiknya yang meluas dengan mendalamnya spekulasi falsafah. Beliau

berasal daripada keluarga berada dan agak suka bersolek. Beliau seorang pemidato yang

baik, syarahannya terang, cakapnya menawan dan tempelaknya tajam. Karya-karya

falsafahnya tidak mengandungi sentimen dan beliau cukup bangga dengan pencapaiannya.

Terdapat banyak sumbangan Aristotle dalam bidang falsafah iaitu beliau telah

mengumpul fakta-fakta zoologi, astronomi, meteorologi, sosiologi dan sejarah. Sebagai

contoh, kajian zoologi dan biologi iaitu kajian tentang haiwan menjadi asas sains biologi

yang dilakukan oleh Aristotle. Fakta-fakta yang Aristotle dapat itu dipaparkan dalam dua

jilid yang besar, History of Animals ( Sejarah Haiwan ) dan Dissections ( Pembedahan ).

Buku Dissections sudah tidak ada lagi. Seperti dibayangkan pada namanya, ia

memperihalkan bahagian-bahagian dalam dan struktur haiwan dan sebahagian besarnya

terdiri daripada rajah dan lukisan. Buku tentang History of Animals masih ada sehingga

sekarang. Perkataan ‘history’ mentransliterasikan perkataan Yunani ‘historia’ bermakna

‘pertanyaan’ atau ‘kajian’, dan terjemahan tajuk yang lebih baik adalah Zoological

Researches ( Penyelidikan Zoologi ). Researches membincangkan secara terperinci tentang

bahagian-bahagian haiwan, luar dan dalam, bahagian yang berdarah, tulang, bulu dan lain-

lain, yang membina tubuh haiwan; pelbagai cara pembiakan yang didapati di kalangan

haiwan; pemakanan, habitat dan tingkah laku mereka. Sebagai contoh dalam kajiannya

tentang merpati, belatuk, kura-kura, cicak, ular berbisa dan lain lagi. Beliau menjalankan

tugasannya sehingga selesai.

2
Banyak falsafah yang boleh kita ketengahkan tentang falsafah Aristotle ini.

Antaranya, falsafah tentang konsep kebahagiaan yang ditunjukkan oleh Aristotle. Mengikut

Aristotle, konsep “kebahagiaan” ( eudaimonia ) menjadi satu tujuan utama dalam perbuatan

dan tingkah laku manusia. Maksud “kebahagiaan” dalam skim Aristotle telah ditinjau

tentang beberapa parmasalahan yang timbul dengan pendapat Aristotle bahawa kebahagiaan

ialah tujuan utama dan muktamad dalam kehidupan kita. Pertama, terdapat dua jenis

perbuatan yang ditunjukkan oleh Aristotle. Aristotle membezakan antara perbuatan yang

dilakukan untuk nilai perbuatan itu sendiri dengan perbuatan yang dilakukan untuk mencapai

sesuatu tujuan seperti menghasilkan sebuah kerusi, atau supaya majikan akan menaikkan gaji

pekerjanya, atau supaya seorang perempuan itu akan mencintai seseorang lelaki, dan lain-

lain. Mengikut sesetengah pendapat iaitu Ross, Aristotle menganggap perbuatan bermoral

bukan sebagai perbuatan yang mempunyai nilai sendiri, tetapi sebagai perbuatan yang

ditujukan kepada pencapaian sesuatu tujuan. Tujuan itu adalah “apa yang baik untuk manusia

(dan ini bererti kebahagiaan)”. Bagi pendapat lain iaitu Geach, Aristotle tidak berhak

berhujah daripada “setiap perbuatan yang dipilih untuk mencapai sesuatu itu mesti

mempunyai tujuan terakhir” kepada “terdapatlah sesuatu tujuan terakhir dalam semua siri

perbutan yang dipilih untuk mencapai sesuatu”. Walaubagaimanapun, kita tidak dapat

menafikan bahawa terdapat ahli-ahli falsafah yang berpendapat Aristotle telah menegaskan

bahawa semua perbuatan kita yang dilakukan dengan sengaja dan secara sukarela mempunyai

satu, dan hanya satu, tujuan utama. Dan jika Aristotle berpendapat sedemikian, maka beliau

telah melakukan falasi yang disebut Geach. Tetapi kita boleh merujuk kepada sumber-

sumber tekstual bagi menunjukkan bahawa Aristotle tidak merujuk kepada satu, dan hanya

satu, tujuan utama. Jika Aristotle mengatakan bahawa hanya terdapat satu tujuan utama, iaitu

kebahagiaan, maka beliau tidak konsisten, dan beliau tentu telah memberi dua pendirian yang

bertentangan. Jika Aristotle konsisten dalam pendirian beliau, maka beliau harus

3
menganggap kebahagiaan cuma sebagai satu tujuan dalam kehidupan kita, dan terdapat juga

tujuan-tujuan utama lain. Satu perkara yang timbul ialah jika Aristotle mengganggap

kebahagiaan sebagai salah satu tujuan utama kita, adakah beliau mempercayai bahawa semua

individu akan berusaha untuk mencapai kebahagiaan? Dan adakah benar dari segi fakta atau

secara logik bahawa setiap seorang manusia itu akan mencari kebahagiaan dalam setiap

perbuatan yang dipilih dan dilakukan olehnya dengan sengaja atau secara sukarela? Untuk

menjawab persoalan ini Hardie membuat satu perbezaan sebagai suatu tujuan utama dan

muktamad, dan kebahagiaan sebagai suatu tujuan yang “inklusif”. Menurut Aristotle,

kebahagiaan bukanlah suatu keadaan mental tetapi merupakan suatu aktiviti, dan aktiviti

tersebut dilakukan sepanjang kehidupan kita.

Selain itu, falsafah yang boleh diketengahkan ialah kebaikan moral. Aristotle

merujuk kepada perasaan dan perbuatan dalam perbincangan beliau tentang kebaikan moral.

Sesuatu kebaikan moral boleh ditakrifkan melalui perasaan kita terhadap sesuatu objek atau

situasi, dan juga melalui tindakan kita dalam keadaan kita. Salah satu kebaikan moral dalam

sistem Aristotle ialah keberanian. Keberanian merupakan suatu perasaan yang berada di

tengah-tengah antara perasaan takut dengan keyakinan diri. Seseorang yang terlalu takut,

iaitu seseorang yang takut pada perkara yang tidak patut ditakuti, atau berasa takut dalam

situasi beliau tidak patut barasa takut, dari segi moral merupakan seorang yang penakut.

Sebaliknya, seseorang yang terlalu yakin dan jarang atau tidak berasa takut akan membuat

atau melakukan sesuatu secara tergopoh-gopoh. Seseorang yang berani ialah seseorang yang

tidak berasa takut dan juga tidak berasa terlalu yakin. Dan keberanian ialah suatu kebaikan

moral. Jadi Aristotle menganggap perasaan yang yakin dan perasaan takut sebagai dua

perasaan yang bertentangan, dan seseorang yang berani itu mesti mempunyai perasaan takut

dan yakin yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Keadaan yang sama timbul bagi satu lagi

kebaikan moral yang dinamakan kesederhanaan. Jika seseorang itu selalu terlibat dalam

4
perbuatan yang membawa keseronokan kepada dirinya, maka dia mestilah seorang yang

terlalu mengikut hawa nafsu sahaja. Sebaliknya, jika seseorang itu sama sekali tidak terlibat

dalam perbuatan yang membawa keseronokan, dia dianggap oleh Aristotle sebagai orang

yang buta hati. Jadi seorang yang bersikap kesederhanaan akan mengawal perbuatan yang

membawa keseronokan, dan dia akan menjamin supaya penglibatannya dalam perbuatan

yang membawa keseronokan itu tidak berlebihan, dan tidak berkurangan. Satu lagi kebaikan

moral dalam sistem Aristotle ialah kemurahan hati. Jika seseorang itu selalu membelanjakan

wangnya, dan selalu memberi wang kepada orang lain walaupun perbuatan seperti itu akan

menjejaskan dirinya, dia merupakan seorang pemboros. Sebaliknya, seseorang yang tidak

terlalu membelanjakan wangnya mestilah dianggap sebagai seseorang yang tidak lokek.

Seseorang yang murah hati itu ialah seseorang yang tidak membazirkan wangnya, tetapi

masih membelanjakan wang semasa perlu, dan memberikan wangnya kepada orang lain pada

masa dia patut berbuat demikian. Agak jelas di sini bahawa Aristotle merujuk kepada

beberapa banyaknya atau kuantiti perasaan (seperti ketakutan, keyakinan diri, dan lain-lain)

dan beliau juga merujuk kepada kuantiti kebaikan dan kejahatan. Aristotle juga menegaskan

bahawa sesuatu perbuatan yang baik dari segi moral juga dilakukan “pada masa yang sesuai

dan ia harus dilakukan dengan tujuan yang betul”. Dalam sistem Aristotle, sesuatu perbuatan

itu hanya boleh dianggap sebagai pilihan jika ia dilakukan dengan keinginan atau kemahuan

(boulesis atau will). Jadi seseorang itu perlu mempertimbangkan cara-cara untuk mencapai

sesuatu tujuan tetapi tujuan itu bukan keinginannya, maka perbuatan yang dilakukan olehnya

bukanlah pilihan. Keinginan merupakan tabiat moral, dan tabiat merupakan kelakuan yang

tetap. Jadi, jika seseorang itu mempertimbang cara bagi mencapai tujuannya, perbuatan yang

berakibat pertimbangan itu hanya boleh dianggap sebagai suatu pilihan jika orang yang

melakukannya juga mempunyai kelakuan orang yang akan melakukan perbuatan. Oleh yang

demikian, dia tidak akan kecewa selepas dia melakukan perbuatannya.

5
Terdapat juga falsafah lain iaitu, seni. Aristotle sering dituduh memberi pandangan

intelektual yang sempit tentang kehidupan yang baik. Namun begitu, dalam amalannya,

Aristotle memberi penghormatan yang tinggi kepada kepintaran demikian. Pada fikiran

Aristotle, seni itu soal penggambaran atau ‘peniruan’. Seni meniru atau menggambarkan

kehidupan manusia, terutama perbuatan manusia. Perbuatan manusia berbeza dari segi

sifatnya, ‘dan perbezaan inilah yang membezakan tragedi daripada komedi; kerana yang

akhir itu sepatutnya meniru manusia yang buruk, manusia yang awal itu lebih baik, daripada

apa yang ada pada hari ini. Daripada enam elemen tragedi yang dikenal pasti oleh Aristotle –

plot, watak, bahasa, pemikiran, pemandangan, lagu – plotlah yang terpenting. Kerana plotlah

sebuah tragedi itu lengkap dan mencapai kesatuan. Dalam sistem Aristotle, rangka cerita

(atau “plot”) ialah elemen yang mewakili aksi dan perbuatan manusia dalam sebuah drama.

Elemen yang kedua yang disebut Aristotle adalah kelakuan atau tabiat watak (character), dan

elemen ketiga ialah pemikiran watak (thought). Dalam sistem Aristotle, terdapat sebuah

karya yang menjelaskan maksud kelakuan watak dan pemikiran. Menjelaskan tiga elemen

drama tragedi lain iaitu elemen berkenaan bahasa, melodi dan pertunjukkan. “Bahasa

merujuk kepada proses mencantumkan perkataan-perkataan untuk menjadi rangkap, atau

untuk menjadi suatu susunan perkataan yang dapat difahami pembaca. Elemen bahasa

haruslah mengandungi melodi. Dan elemen yang terakhir ialah, pertunjukkan. Aristotle

menegaskan bahawa, disebabkan drama tragedy perlu dilakonkan, maka aksi-aksi mereka

perlu diadakan. Oleh sebab itu, tragedi memerlukan elemen pertunjukkan.

Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah, Aristotle merupakan seorang ahli

falsafah yang terkemuka sehingga beliau dapat mengeluarkan falsafahnya sendiri.

Berdasarkan falsafah beliau iaitu tentang konsep kebahagiaan, kebaikan moral dan seni dapat

disimpulkan bahawa Aristotle mempunyai pemikiran yang tersendiri untuk menyatakan

falsafahnya. Oleh itu, wajarlah Aristotle menjadi seorang tokoh falsafah yang disegani.

6
BIBLIOGRAFI :

Awang Sariyan. (2008). Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergy Sdn. Bhd.

Hashim Musa. (2001). Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajan Melayu.

Jonathan Barnes. (1991). Aristotle. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka

Lok Cheng Hoe. (1997). Falsafah Barat Klasik Plato dan Aristotle :Universiti Sains
Malaysia

http :// en.wikipedia.org/wiki/Aristotle

7
8

You might also like