You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH :

IBN TAYMIYYAH

NAMA : RAHIMAH BINTI JUSOH


NO. MATRIK : JEA 080112
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMAD

SEMESTER 1 SESI 2008 / 2009


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
Kajian tokoh yang dijalankan oleh saya melibatkan seorang tokoh yang amat

dikagumi dalam dunia islam iaitu Ibn Taymiyyah. Nama penuh Ibn Taymiyyah

ialah Ahmad bin Abd al-Halim bin Abd al-Salam bin Abd Allah bin Muhammad

bin al-Khidir bin Ali bin Abd Allah bin Taymiyyah. 10 Rabiul-awwal tahun 661

H bersamaan 22 Januari 1263 M, merupakan tahun dimana beliau dilahirkan. Ibn

Taymiyyah dilahirkan di Harran iaitu sebuah Bandar yang masyhur. Tempat itu

terletak di utara Syria. Tempat ini juga terkenal sebagai pusat keagamaan dan ilmu

pengetahuan, khususnya di dalam bidang falsafah dan ilmu-ilmu Greek klasik. Ibn

Taymiyyah telah pulang ke rahmatullah pada malam Isnin 20 Zulkaedah 728 H

bersamaan 26 September 1328 M. Jenazah beliau dikebumikan di perkuburan al-

Sufiyyah yang kini terletak di sebuah taman kecil dalam Kampus Universiti

Dimashq di Syria.

Ibn Taymiyyah merupakan seorang pakar dalam pelbagai bidang

termasuklah dalam bidang tafsir, hadith, fiqh, ilmu kalam dan usul al-fiqh. Sepanjang

kehidupan beliau, Ibn Taymiyyah telah banyak menyumbangkan bakti dan

kepakaran beliau dalam menegakkan islam.Antara sumbangan yang telah diberikan

oleh beliau dapat dilihat melalui hasil penulisannya iaitu karya-karya beliau yang

mempunyai manfaat yang amat berguna kepada setiap golongan masyarakat. Selain

itu, hasil tulisannya juga amat bernilai kepada ilmu perbendaharaan Islam. Ibn

Taymiyyah juga tidak hanya tergolong sebagai tokoh akademik sahaja. Beliau turut

mempunyai ciri kepimpinan dan aktivis masyarakat yang cukup sensitif sehinggakan

beliau turut sama ke medan perang dalam mempertahankan bumi Sham daripada

serangan Tartar.

2
Melalui kajian tokoh yang telah saya jalankan, saya telah dapat menyimpulkan

bahawa Ibn Taymiyyah merupakan seorang tokoh falsafah yang amat berani dalam

memperjuangkan agama islam. Falsafah keberanian beliau dalam mempertahankan

agama islam dapat dilihat dengan jelas kerana hampir keseluruhan kehidupan yang

dilalui oleh Ibn Taymiyyah hanyalah untuk mempertahankan agama islam. Pelbagai

cabaran dan dugaan melanda diri Ibn Taymiyyah dalam menegakkan agama islam.

Melalui cabaran dan dugaan yang ditempuhi oleh beliau inilah, kita dapat melihat

betapa dalamnya nilai falsafah keberanian mempertahankan agama islam dalam diri

beliau. Beliau tidak pernah gentar dan takut dalam mempertahankan perjuangan

beliau.

Salah satu peristiwa yang membuktikan keberanian beliau ialah sewaktu

beliau mengembara ke Mesir. Ketika itu beliau berusia 40 tahun. Pada masa itu,

beliau diperintahkan oleh Sultan kesana kerana telah dituduh menyebarkan `akidah

yang menyeleweng’. Empat tahun selepas itu, beliau telah dihalau ke Iskandariyyah

oleh Jashnikir atas nasihat penasihatnya, Nash al-Munbiji, dengan tujuan untuk

menyekat perkembangan pengaruhnya. Setelah lapan bulan di Iskandariyyah, beliau

diperintahkan pula untuk kembali ke Kaherah.Setelah menghabiskan masa selama

hampir tujuh tahun di Mesir, beliau akhirnya telah pulang ke negeri asalnya iaitu

Dimashq pada tahun 712 H. Kepulangan beliau adalah dengan niat untuk berjihad

melawan Tartar. Ini jelas membuktikan keberanian beliau.

3
Ibn Taymiyyah juga pernah berdepan dengan satu kes dimana seorang

kristian dari Suwaida’ bernama Assaf telah mencela Rasullullah s.a.w. Sebagai

seorang penganut islam yang sejati, Ibn Taymiyyah dengan semangat keimanan dan

keagamaannya yang mendalam telah bangkit dan menentang celaan tersebut. Akibat

daripada peristiwa tersebut, beliau telah dipenjarakan buat pertama kalinya di

Adhrawiyyah. Walaupun dipenjarakan, namun beliau masih utuh dengan

perjuangannya dan hasilnya beliau telah menyiapkan sebuah buku yang berjudul

al-Sarim al-Maslul `ala Shatim al-Rasul.

Falsafah keberanian memepertahankan agama islam yang diperjuangkan oleh

beliau juga terserlah ketika sekumpulan penduduk Hamah di Sham mengemukakan

kepada beliau persoalan mengenai sifat-sifat Allah. Ibn Taymiyyah dengan penuh

rasa keimanan telah menggunakan kebijaksanaan beliau dalam menjelaskan perkara

tersebut. Beliau telah mengemukakan jawapan yang terperinci mengenai perkara

tersebut dengan menulis sebuah risalah yang berjudul al-Aqida al-Hamawiyyah al-

Kubra.

Sebagai seorang ulama yang agung, beliau pernah dilabelkan sebagai

seorang ulama kontroversi. Beliau telah dilabel sedemikian oleh sekumpulan ulama

lain yang telah berusaha untuk membawa beliau ke hadapan pengadilan mahkamah

dengan alasan menyebarkan akidah yang bertentangan dengan pegangan Ahl al-

sunnah. Walaupun didesak pelbagai pihak, namun Ibn Taymiyyah tidak mudah

tunduk kepada tekanan tersebut. Beliau dengan berani, tidak hadir di majlis yang

mengadilinya itu. Sebaliknya beliau telah bertemu dengan seorang ulama yang

4
terkemuka pada masa itu iaitu Imam al-Din `Umar al-Qazwini. Ibn Taymiyyah

telah menerangkan pendapatnya mengenai sifat-sifat Allah kepada Imam tersebut.

Melaui penerangan tersebutlah Ibn Taymiyyah dapat meyakinkan dan memahamkan

para ulama mengenai perkara tersebut.

Selain itu, Ibn Taymiyyah juga tidak menyokong setiap perbuatan yang

mangandungi unsur-unsur bid’ah yang mencemarkan kesucian agama islam.

Penentangan beliau terhadap unsur-unsur bid’ah ini telah ditunjukkan oleh beliau

apabila beliau telah menentang Ibrahim al-kattan kerana menghisap candu, berambut

panjang, berkuku panjang, bermisai panjang, serta memakan benda-benda yang

haram. Beliau dengan tegas telah menyuruh supaya dipotong rambut, misai, dan

kukunya itu sebagai denda terhadap perbuatan tersebut dan meminta Ibrahim

supaya segera bertaubat.

Ibn Taymiyyah juga telah menggunakan kepakaran beliau dalam bidang

falsafah dan tasawwuf apabila beliau memetik ungkapan-ungkapan yang terdapat

dalam dua buah kitab aliran hasil tulisan Ibn Arabi yang dipelajari oleh pengikut

Wahdah al-Wujud. Beliau memetik ungkapan tersebut kerana berpendapat ungkapan

tersebut telah bercanggah dengan hukum syarak. Akibat perbuatan tersebut, beliau

sekali lagi telah dipenjarakan atas tuduhan akidah menyeleweng. Hakim dan para

ulama telah bersetuju untuk membebaskan beliau dengan memberikan syarat

supaya beliau menukar sebahagian daripada akidahnya, namun Ibn Taymiyyah

langsung tidak menerima syarat tersebut, malah beliau lebih rela dipenjarakan.

Tawaran itu telah ditawarkan sebanyak 6 kali kepada beliau.

5
Kesimpulannya, Ibn Taymiyyah merupakan seorang tokoh yang amat disegani

dalam dunia islam. Walaupun beliau dianggap sebagai ulama kontroversi, beliau

tidak pernah gentar dan takut dalam menegakkan kesucian agama islam. Melalui

falsafah keberanian beliau dalam menegakkan agama islam inilah, telah dapat

membetulkan banyak fahaman atau akidah yang menyeleweng dari landasan agama

islam yang sebenar. Walaupun berdepan dengan dugaan yang amat besar dalam

kehidupan seperti dipenjarakan dan sebagainya, namun beliau tetap teguh dengan

pandangan beliau dalam mempertahankan kebenaran.

Beliau amat menyayangi agama islam dan sanggup menghabiskan sepanjang

hidupnya dalam menegakkan agama islam. Ini lebih terbukti, apabila satu versi

sejarah telah menyatakan bahawa Ibn Taymiyyah juga tidak pernah berkahwin.

Beliau juga tidak menyia-nyiakan ilmu yang dimiliki beliau. Ini kerana beliau

sentiasa menggunakan kepakaran beliau untuk membetulkan sebarang perkara yang

telah terpesong daripada hukum syarak. Jadi jelaslah bahawa, beliau merupakan

seorang tokoh yang amat berwibawa dan berjasa dalam dunia islam.

6
BIBLIOGRAFI

Mohamad kamil Hj. Ab. Majid.( Tokoh-tokoh Pemikir Islam )


Jilid 1, 1993

Syaf al-Din al-Bukhari al-Hanafi. ( al-Qawiyy al-Jaliyy )


Bulaq, 1298, halaman 162

Al-Nadwi ( Khas Bi Hayah Shaykh al-Islam Ibn Taymiyyah )


Daral-Qalam, Kuwait, 1395/1975 halaman 335-337

Http://www.tokoh falsafah islam.com.my

Http://www.Ibn Taymiyyah.com.my

You might also like