You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

HIKAYAT :

CERITA SI SUTON

NAMA : RAHIMAH BINTI JUSOH


NO. MATRIK : JEA 080112
NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMAD

SEMESTER 1 SESI 2008 / 2009


AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, halaman 457, keluaran Dewan Bahasa Dan

Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hikayat bermksud cerita ( khasnya cerita-cerita lama ).

Cerita-cerita lama dalam bentuk prosa contohnya hikayat Merong Mahawangsa.

Manakala bagi riwayat atau sejarah pula seperti Iskandar Zulkarnain dan

sebagainya. Ia juga mengandungi sejarah hidup.

Cerita Si Suton merupakan sebuah hikayat klasik yang telah dituturkan oleh

Encik Ismail b. Hassan daripada Kampung Nesam kurong Batang, Kangar, Perlis

dan dirakamkan oleh Bahagian Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka. Cerita Si

Suton mengisahkan tentang seorang raja yang bernama Si Suton yang telah

berkahwin dengan permaisurinya Ikadon. Beliau juga telah memperisterikan seorang

puteri dari kayangan iaitu Tuan Puteri Cempaka Biru yang merupakan puteri

bongsu kepada Dewa Ratu Daha. Baginda Si Suton dan Tuan Puteri Cempaka

Biru sentiasa berhadapan dengan dugaan dan cabaran dalam melayari kehidupan

mereka sebagai suami dan isteri.

Walaupun sentiasa berhadapan dengan dugaan, namun kasih sayang mereka

berdua tetap utuh. Baginda pernah berpisah dengan Puteri cempaka Biru, namun

kerana kasih sayang yang mendalam terhadap Puteri Cempaka Biru, baginda

sanggup mengikut Puteri Cempaka Biru ke kayangan dan menyelamatkan Puteri

Cempaka Biru dengan menewaskan Dewa Si-Tangkal Ali. Selepas berjaya

mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan, Si Suton akhirnya dikahwinkan sekali

lagi dengan Puteri Cempaka Biru dan hidup bersama dengan bahagianya. Cerita Si

Suton mempunyai persamaan dengan “ Hikayat Malim Demam” yang dituturkan

oleh Pawang Ana.

2
Melalui kajian yang telah saya jalankan terhadap beberapa hikayat lama, saya telah

memilih Cerita Si Suton. Salah satu nilai falsafah yang terdapat dalam Cerita Si

Suton ialah falsafah kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Nilai falsafah

kasih sayang seorang suami terhadap isterinya ini ditunjukkan oleh Raja Si Suton

apabila baginda sedaya upaya ingin menunaikan keinginan isterinya iaitu

Permaisuri Ikadon yang mengidam untuk merasai daging rusa. Selepas mengetahui

tentang keinginan permaisurinya itu, baginda terus bertitah kepada orang

bawahannya iaitu Tok Pawang untuk segera mencari daging rusa.

“ Pergi-lah tuan dengan segera. Kira-nya engkau ta’ mendapat kali ini, tentulah engkau

mendapat sengsara. Beta berjanji jikalu ta’ dapat rusa itu dalam tujoh hari, beta akan

taroh engkau di dalam jil. Lebeh baik-lah engkau segera pergi.”

Melalui petikan tersebut jelas menonjolkan kasih sayang Si Suton terhadap

permaisurinya Ikadon. Baginda mahu menunaikan keinginan permaisuri Ikadon

dengan secepat yang mungkin. Walaupun baginda sentiasa sibuk dalam memerintah

negeri, namun baginda tetap tidak mengabaikan isterinya. Baginda sentiasa

meluangkan masa untuk menemani isterinya. Baginda telah memberikan tempoh

selama tujuh hari kepada Tok Pawang untuk mencari rusa tersebut kerana ingin

menunaikan keinginan permaisurinya dengan masa yang singkat. Ini membuktikan

bahawa baginda amat menyayangi permaisurinya itu.

Kira-nya: sekiranya, ta’: tidak, tujoh: tujuh, taroh: menahan, jil: penjara @ bilik tahahan, lebeh: lebih

3
Selain itu kasih sayang baginda Si Suton juga ditunjukkan terhadap

isterinya yang kedua iaitu Tuan Puteri Cempaka Biru. Ini dapat dilihat sewaktu

baginda diperdaya oleh Nenek Tok Belian yang menyamar sebagai Dewa Angkasa

dan menyuruh baginda mencari gajah putih gading hitam, di padang. Katanya lagi,

gajah putih gading hitam itulah merupakan kenaikan yang layak untuk Tuan Puteri

Cempaka Biru. Gajah putih gading hitam itu boleh dijumpai di Bukit Kaf. Kerana

terlampau sayang dan kasih kepada isterinya, baginda mempercayai kata-kata Nenek

Tok Belian. Baginda segera bertitah kepada Mamak Pemangkubuminya yang baru:

“ Hai Mamak Pemangkubumi yang baharu, dengar-lah beta ini hendak bersabda. Kita

berdua ini kena-lah pergi ka-Bukit Kaf dengan segera. Malam tadi beta telah mendengar

sa-orang nenek dari Indera turun melayang ka-muka bumi yang rata. Ia bertitah konon,

hendaklah kita ini pergi chari gajah puteh gading hitam untok kenaikan Tuan Puteri

Cempaka Biru.”

Selepas itu baginda dan Mamak Pemangkubumi yang baru iaitu Tok Pawang

segera berangkat mencari gajah putih gading hitam yang dimaksudkan itu. Hal ini

jelas membuktikan bahawa baginda Si Suton sanggup melakukan apa sahaja hanya

yang terbaik untuk isterinya itu. Baginda sanggup meninggalkan negerinya, semata-

mata kerana ingin mencari gajah putih gading hitam untuk dijadikan kenaikan

Puteri Cempaka Biru.

Mamak Pemangkubumi: nama jawatan, baharu: baru, ka-bukit: kebukit, sa-orang: seorang, ka-muka: kemuka, chari: cari, gajah puteh:

gajah putih, untok: untuk

4
Falsafah lain yang terdapat dalam Cerita Si Suton ini ialah falsafah

keberanian diri yang tinggi. Falsafah keberanian ini ditunjukkan oleh Raja Si

Suton sewaktu baginda ingin mengikut isterinya iaitu Tuan Puteti Cempaka Biru

balik ke kayangan. Hal ini kerana, sekiranya baginda ingin ke kayangan juga,

baginda harus menempuhi pelbagai rintangan termasuk melalui tempat dua ekor

naga sedang berjuang dan dihantar oleh geroda ke kayangan. Baginda juga tidak

gentar untuk mempertahankan Puteri Cempaka Biru dari dirampas oleh

tunangannya di kayangan iaitu Dewa Si Tangkal Ali yang merupakan anak kepada

Dewa Maha Bisnu. Peperangan antara Raja Si Suton dan Dewa Tangkal Ali telah

berlanjutan selama lima bulan dan akhirnya kemenangan berpihak kepada baginda

Si Suton.

Selain itu, falsafah keberanian diri yang tinggi ini juga dapat dilihat

sewaktu Raja Si Suton tidak gentar dan takut ketika baginda diuji oleh Dewa

Ratu Daha menyelesaikan empat permintaan sebagai ujian sekiranya baginda ingin

berkahwin semula dengan Tuan Puteri Cempaka Biru. Walaupun permintaan

tersebut amat sukar untuk disempurnakan namun baginda Si Suton tidak mudah

berputus asa. Baginda tetap menyelesaikan semua cabaran tersebut. Akhirnya

baginda Si Suton dapat menyelesaikan semua permintaan tersebut dengan sempurna

dan dapat memuaskan hati Dewa Ratu Daha. Baginda bersungguh-sungguh ingin

membuktikan bahawa baginda mempunyai kesaktian dan mampu menjadi suami

yang baik kepada Tuan Puteri Cempaka Biru.

5
Kesimpulannya, nilai falsafah yang ditonjolkan dalam Cerita Si Suton ini

mengandungi bukti-bukti yang jelas. Cerita rakyat mengandungi sifat umumnya

iaitu berunsur `romantik’. Ini jelas dapat dilihat melalui falsafah kasih sayang

seorang suami kepada isterinya yang ditunjukkan oleh Raja Si Suton kepada

kedua-dua isterinya. Selain itu, cerita rakyat berlaku dalam dunia yang tidak

terbatas kemungkinannya. Sebagai contoh alam kayangan. Ini juga terdapat dalam

Cerita Si Suton apabila Raja Si Suton dari dunia nyata iaitu bumi berkahwin

dengan Tuan Puteri Cempaka Biru yang berasal dari kayangan.

Melalui jalan cerita yang terdapat dalam Cerita Si Suton ini, dapatlah kita

menyimpulkan bahawa nilai falsafah kasih sayang dan keberanian merangkumi

hampir keseluruhan cerita ini. Cerita Si Suton amat padat dengan nilai-nilai murni

melalui falsafah yang terdapat dalam cerita ini. Cerita rakyat mempunyai jalan

cerita yang sama iaitu watak utama di dalam cerita tersebut akan mengalami

kesulitan seperti terpaksa berpisah di awal cerita dan kembali bersama akhirnya

setelah melalui pelbagai rintangan dan penderitaan. seperti raja Si Suton yang

akhirnya hidup bahagia bersama Tuan Puteri Cempaka Biru setelah melalui

pelbagai dugaan dan cabaran dalm kehidupannya.

6
BIBILIOGRAFI

Hamsiah Bt. Hj. Abdul Hamid.( Cherita Si Suton )

Siri klasik DBP Bil. 8, 1964

`Hikayat Malim Deman’

Oxford University Press

Kamus Dewan Edisi Ketiga

Halaman 457, keluaran DBP,2002

Http://www.cerita rakyat.com.my

Http://www.hikayat klasik melayu.com.my

You might also like