You are on page 1of 9

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104 –
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TAJUK:
AL-FARABI - TOKOH ILMUWAN ISLAM

NAMA : RAMIZAH BT SULAIMAN

NO. MATRIK : JEA 080113

NO. K/P : 881204-06-5168

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD

1
PENGENALAN

Bumi Turkistan yang selama beberapa abad di bawah empayar Islam telah

menjadi pusat aktiviti keintelektualan dan keagamaan. Kini telah menjadi sebuah jajahan

di bawah pemerintahan Soviet Union. Namun, kita harus berterima kasih kerana bumi

Turkistan ini telah melahirkan al-Farabi, seorang ahli falsafah yang begitu agung dalam

dunia Islam mahupun Barat. Pengkajian beliau meliputi banyak bidang, daripada Disiplin

Logik dan Falsafah kepada Ilmu Fizik dan Psikologi; daripada Linguistik dan Matematik

kepada Sains Politik dan Perbandingan Agama. Al-Farabi merupakan ahli falsafah

Muslim yang berpandukan al-Quran dan Sunnah, bukannya berteraskan ahli falsafah

Greek sepertimana yang sering didakwa. Malahan, cara hidup dan berfikir beliau dalam

dunia keintelektualan, juga berpandukan al-Quran, As-sunnah dan syariah.

LATAR BELAKANG

Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan

Ibnu Awzalagh Al-Farabi, lebih dikenali dengan nama Abu Nasr Al-Farabi. Beliau

dilahirkan di Wasij, sebuah perkampungan kecil di daerah Farab iaitu di wilayah

Transoxiana, Turkistan sekitar tahun 870 Masihi.1 Bapanya merupakan seorang anggota

tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan

di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr

Muhammad Ibn al-Sariy.

1
Ibn al-Nadim, 1970. The Fihrist of al-Nadim. Dodge, B., New York and London: Columbia University
Press. hlm 629.

2
Selepas beberapa waktu, beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan

perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Sayf al-

Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan beliau hidup dalam

keadaan yang serba kekurangan. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan

beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih

menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi.

Oleh sebab itu, Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau

menghembuskan nafas yang terakhir.2

Beliau meninggal dunia di Damsyik pada bulan Rejab 339 Hijrah bersamaan

Disember 950 Masihi, semasa berusia 80 tahun. Jenazahnya dikebumikan di sebuah

perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut. Sayf al-

Daulah sendiri yang mengetuai sekumpulan pembesar istananya menyembahyangkan

jenazah al-Farabi.

SUMBANGAN

Beliau merupakan seorang saintis terkemuka Islam dan termasyhur kerana hasil

kerja dan penulisannya terutamanya dalam bidang Falsafah, Logik dan Sosiologi. Ilmu

pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu sahaja kerana beliau

juga banyak memberikan sumbangan dalam bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan,

matematik dan muzik. Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai
2
http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html

3
‘Neoplatonism’ yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan Aristotle.3

Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah

Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logik dan sebagainya. Kehebatannya dalam bidang

falsafah menyebabkan beliau digelar guru kedua (al-Mu’allim al-Thani) iaitu selepas

guru pertama dalam bidang falsafah iaitu Aristotle.4

Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai pelbagai jenis bahasa.

Beliau banyak mengembara dan membuat kajian terutamanya di Damsyik dan Mesir.

Salah satu daripada sumbangan utama Al-Farabi ialah membuat kajian mengenai logik

dengan memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea

(Takhayyul) dan bukti (Thubut). Dalam bidang Sosiologi, beliau menulis buku bertajuk

Ara Ahl al- Madina al-Fadila yang merupakan sebuah buku yang terkenal.

Beliau juga menulis buku mengenai muzik yang dikenali sebagai Kitab al-Musiqa

al-Kabir. Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja dalam bidang Falsafah dan Sosiologi semata-

mata, sebaliknya, beliau merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Bakat beliau

sangat menakjubkan apabila Al-Farabi juga telah mereka cipta beberapa peralatan muzik,

selain menyumbang kepada ilmu nota muzik. Dalam bidang Fizik pula, beliau

menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu

pengetahuan yang mendalam dalam bidang Perubatan, Sains, Matematik, dan Sejarah.

3
http://www.muslimphilosophy.com/ip/rep/H021.htm
4
http://zaidirazali.com/blog/?p=21

4
Namun, ketrampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terulung lebih dalam bidang

falsafah. Bahkan, kehebatannya dalam bidang ini mengatasi ahli falsafah Islam yang lain

seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusyd. Sebagai seorang ilmuwan, Al-Farabi banyak

mencurahkan ilmu dan hasil kerjanya dalam bentuk buku. Sayangnya, kebanyakan buku-

buku tersebut telah hilang. Hanya 117 buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat

dikenal pasti. Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai Logik, 11 buah

(Metafizik), 7 buah (Sains Politik), 17 buah (Muzik, Perubatan, dan Sosiologi) manakala

11 buah lagi adalah dalam bentuk komentar. Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-

Hikam telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di pusat-pusat

pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di beberapa buah institusi di Timur.5

TEORI DAN FALSAFAH

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan

wahyu adalah satu hakikat yang padu. Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan

kedua-dua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta

masyarakat yang kacau-bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar

kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan

Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan.

Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali sebagai orang yang paling memahami falsafah

5
http://zaidirazali.com/blog/?p=21

5
Aristotle. Dia juga merupakan orang yang terawal menulis mengenai ilmu logik Yunani

secara teratur dalam bahasa Arab.6

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi

beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam

kehidupan manusia. Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya

memisahkan dirinya daripada Sains dan Politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-

duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Seorang ahli falsafah tidak

mempunyai cukup peralatan untuk dieksploitasikan bagi kepentingan orang lain tanpa

penggunaan ilmu sains. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasai

sebarang perbezaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya

merupakan komponen yang saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini, beliau

mencadangkan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang diketuai oleh ahli

falsafah.7

Pandangan falsafahnya yang kritikal telah meletakkannya sebaris dengan ahli

falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali

sebagai Aristotle kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu adalah segala-galanya dan para ilmuwan

harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan

ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi

6
http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html
7
http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html

6
di dalam sistem sosial sesebuah negara. Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan

banyak pandangan yang mendahului zamannya. Antaranya beliau menyatakan bahawa

keadilan itu merupakan sifat semula jadi manusia, manakala pertarungan yang berlaku

antara manusia merupakan gejala sifat semula jadi tersebut.8

Al-Farabi juga turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa

kajian dalam bidang perubatan. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak

menjadikannya masyhur tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup

bermakna terhadap perkembangn ilmu perubatan di zamannya. Salah satu pandangannya

dalam bidang perubatan yang menarik ialah mengenai betapa jantung adalah lebih

penting berbanding otak dalam kehidupan manusia. Hal ini menyebabkan jantung

memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan

itu menurut keperluan anggota tubuh badan.

8
http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html

7
KESIMPULAN

Al-Farabi merupakan model cendekiawan Islam yang pakar segenap bidang.

Beliau menguasai banyak bahasa. Selain bahasa Arab, Turki, dan Parsi, dikatakan bahawa

beliau mengetahui loghat-loghat Asia Tenggara dan bahasa tempatan termasuk bahasa

Syria dan Greek.

Penulisan Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga

mempengaruhi daripada segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan juga dunia

Latin di Barat. Beliau pernah menghuraikan secara terperinci pandangan tokoh falsafah

Aristotle dalam bidang Fizik Meteorologi dan Logik. Berdasarkan pemikiran intelektual

itu, beliau diberi gelaran utama al-Mu’allim al-Thani (guru yang kedua).

Beliau digambarkan dengan seadil-adilnya sebagai tokoh yang kuat pegangan

agamanya. Beliau seorang Muslim sejati yang hidup dan berfikir dalam sinaran ajaran

Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah. Al-Farabi membentuk gagasan

idea sebagai tindak balas intelektual kepada pemikiran Greek. Pengislaman sains dan

falsafah Greek yang diusahakannya perlu mendapat perhatian yang wajar daripada

kalangan sarjana Muslim hari ini.

8
BIBLIOGRAFI

BUKU

Ibn Nadim, 1970. The Fihrist of al-Nadim, Dodge, B. (ed. dan trj.).jilid II. New York dan

London: Columbia University Press.

LAMAN WEB

Al-Farabi, Abu Nasr (c. 870-950), http://www.muslimphilosophy.com/ip/rep/H021.htm

Kenali Tokoh Ilmuwan Islam-Al-Farabi, http://zaidirazali.com/blog/?p=21

Tokoh Islam (Al-Farabi), http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html

You might also like