You are on page 1of 7

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

JXEA 1104 –
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TAJUK:

PUISI MELAYU LAMA


CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI

NAMA : RAMIZAH BT SULAIMAN

NO. MATRIK : JEA 080113

NO. K/P : 881204-06-5168

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMAD


PENGENALAN

Puisi-puisi Melayu lama merupakan contoh terbaik yang menceritakan berkaitan

akar budi Melayu yang tersembunyi di sebalik ketinggian bahasa. Puisi Melayu lama

yang diolah secara berentak dan berirama dengan pemilihan kata yang memikat hati budi

sehingga mudah melekat dalam ingatan, merupakan khazanah warisan Melayu sejak

zaman-berzaman dalam bentuk sastera lisan seperti pepatah, pantun, gurindam dan

peribahasa.1 Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu

epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak.

Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu

pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek

komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah sebagai

sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral,

etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yang

dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan

keindahan.2

Dalam konteks sastera Melayu, genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan

teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh

daripada puisi tradisional menggabungkan nilai estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai

budi serta kesantunan orang Melayu. Secara umumnya, budi didefinisikan sebagai akal

atau daya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal

ataupun teoritikal.

1
http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/
2
http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/
PANTUN BUDI – CERMINAN KETINGGIAN AKAL BUDI

Sutan Muda dari Lampung,


Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah serkah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
Budi yang baik tetap di hati

Banyak orang di Bukit Cina,


Daun nanas serak-serakan,
Burung tempua di pohon saga;
Zaman sekarang ringgit berguna,
Emas perak jadi taruhan,
Budi baik terpinggir juga.

Padi bukit padi huma,


Taruh mari di dalam peti,
Dibawa orang ke Tanjung Jati;
Budimu tuan saya terima,
Sudah terlekat di dalam hati,
Terpahat kukuh hingga ke mati.

Buah lada lebat di pangkal,


Gugur daun dengan buahnya,
Dibawa dagang pergi seberang;
Sungguh ringgit penuh sekapal,
Budi tiada apa gunanya,
Nama pun tidak disebut orang.

Dari Johor ke Majapahit,


Singgah berlabuh di Pulau Bangka,
Ambil muatan gula dan rempah;
Jika masyhur budi yang baik,
Jangan pula mengada-ngada,
Orang keliling jadi menyampah.

(Sumber: Hamidah Adam, Batu Pahat, Johor, 2001)3

3
Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Tugasan ini memfokuskan kepada Pantun Budi. Menurut Harun Mat Piah (1989)

definisi pantun berdasarkan aspek dalaman dan aspek luaran atau struktur visualnya.

Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi (tema dan persoalan). Unsur estetik

berdasarkan penggunaan lambang-lambang tertentu dan hubungan makna antara

pembayang dengan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak. Aspek isi (tema dan

persoalan), biasanya menyentuh hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu. Aspek

luaran atau struktur visualnya pula dapat dilihat daripada segi bilangan baris dalam

serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris, rima akhir dan sebagainya.4

Pantun budi ini memerihalkan masyarakat Melayu yang terus mengingat,

menghargai, dan menyanjung budi dan jasa yang diterimanya walaupun orang yang

menaburkan budi itu telah tiada di muka bumi ini lagi dan tidak memberikan bantuan

kepadanya lagi. Hal ini menggambarkan betapa budi dapat menjadi penyambung ingatan

kepada orang yang menerima budi.

Selain itu, pantun ini juga menyerlahkan kelaziman yang berlaku pada zaman

tersebut, contohnya, sesetengah masyarakat Melayu pada zaman itu tidak lagi

mementingkan budi, sebaliknya yang lebih mendapat perhatian ialah wang ringgit, emas

dan perak (harta). Dalam konteks ini, masyarakat Melayu tersebut dikatakan tidak

bersedia memberikan bantuan (berbudi) secara ikhlas, sebaliknya setiap bantuan (budi)

yang diberikan mestilah ada cagarannya atau sandarannya. Dengan kata lain, seseorang

itu akan beroleh bantuan jika ia bersedia mempertaruhkan harta lebih dahulu kepada

4
Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional:Satu Pembicaraan genre dan fungsi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
orang yang menjadi tempat ia meminta bantuan itu. Hal ini bermakna, soal budi tidak lagi

menjadi keutamaan mereka.5

Pantun ini juga menyerlahkan kemuliaan hati masyarakat Melayu yang menerima

budi daripada seseorang. Masyarakat Melayu sangat menghargai budi yang diterimanya

dan tidak sekali-kali akan melupakan budi dan jasa insan tersebut daripada ingatannya. Ia

juga memperlihatkan peranan budi berbanding dengan wang ringgit dan harta benda.

Dalam hal ini, pantun ini secara jelas menyindir golongan hartawan yang kaya raya tetapi

enggan berbakti dan memanfaatkan harta bendanya untuk membantu golongan yang

memerlukan. Oleh sebab mereka tergolong sebagai golongan yang kedekut, kekayaan

mereka tidak membawa apa-apa makna dan nama mereka akan luput begitu sahaja.6

Pantun ini mengingatkan masyarakat Melayu yang pernah menaburkan jasa bakti

kepada orang lain. Mereka diingatkan supaya menjauhi sikap mengada-ngada atau

mengungkit-ungkit jasa yang pernah diberikan kerana perbuatan yang sedemikian akan

menimbulkan kebencian dalam kalangan orang-orang yang mendengarnya. Dengan kata

lain, seseorang yang pernah berbudi tidak harus mengungkit-ungkit apa-apa bantuan yang

pernah diberikannya kerana perbuatan yang berunsur riak dan takabur itu dapat

mencacatkan kemurnian budi tersebut.

5
Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003. Analisis Autentik Sastera-
Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
6
Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003. Analisis Autentik Sastera-
Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
KESIMPULAN

Dalam masyarakat Melayu tradisional, individu yang dianggap mempunyai nilai

etika dan moral yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dinamakan sebagai

orang yang budiman iaitu yang mempunyai budi pekerti, budi bahasa, budi bicara, akal

budi atau hati budi dan adab sopan yang tinggi dan mulia.

Budi pekerti dan adab sopan yang mulia merujuk kepada tingkah laku,

keperibadian, fiil perangai dan tindak tanduk yang baik,sopan

santun,sesuai,wajar,pemurah,penyayang dan penuh menyumbang dan bermanfaat kepada

masyarakat dan komunitinya.7 Budi bahasa dan budi bicara yang mulia pula merujuk

kepada pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran

serta sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya.

Manakala, akal budi dan hati budi yang tinggi pula merujuk kepada akal fikiran

dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan,

kemuliaan, dan kebaikan. Nilai dan harga budi yang begitu tinggi dalam masyarakat dan

kehidupan orang Melayu dapat dibayangkan dengan jelas oleh rangkap pantun tersebut.

7
Hashim Bn Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-Suatu Pengenalan.
Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
BIBLIOGRAFI

BUKU

Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, 2003. Analisis

Autentik Sastera-Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson

Malaysia Sdn. Bhd.

Harun Mat Piah, 1989. Puisi Melayu Tradisional:Satu Pembicaraan genre dan fungsi.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Bn Haji Musa,Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu-Suatu

Pengenalan. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Majlis Peperiksaan Malaysia, 2006. Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN WEB

Perbilangan Adat Melayu, http://penyair.wordpress.com/category/puisi-tradisional/

You might also like