P. 1
019 Ringkasan Makalah Jurnal Kesedaran Ergonomik Dan an Kekerapan Program Ergonomik Yang Digunakan Di Sektor Industri Pembuatan Dengan Menggunakan Kaedah Quality Func

019 Ringkasan Makalah Jurnal Kesedaran Ergonomik Dan an Kekerapan Program Ergonomik Yang Digunakan Di Sektor Industri Pembuatan Dengan Menggunakan Kaedah Quality Func

|Views: 143|Likes:
Published by mohdzubairy

More info:

Published by: mohdzubairy on Apr 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2012

pdf

text

original

Ringkasan Makalah Jurnal Kesedaran Ergonomik dan Pengenalpastian Kekerapan Program Ergonomik Yang Digunakan Di Sektor Industri Pembuatan

Dengan Menggunakan Kaedah Quality Function Deployment

Oleh

Mohd Zubairy Bin Shamsudin Penyelidik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan mohdzubairy@unisel.edu.my

Kajian ini telah dilaksanakan oleh Shaliza A.M., Shahrul K., Zalinda O., dan Mohzani M. Dan diterbitkan oleh EuroJournals Publishing, Inc. 2009. Halatuju kajian untuk menilai tahap kesedaran ergonomik sektor industri pembuatan di Malaysia dan untuk mengenalpasti program ergonomik yang terbaik dengan menggunakan kaedah Quality Function Deployment (QFD) di kalangan industri pembuatan yang mempunyai tahap kesedaran ergonomik yang tertinggi. Pengetahuan dan penggunaan ergonomik di sektor industri umumnya di Malaysia masih lagi baru dan tidak tersebar dengan meluas. Kajian memetik sumber Sen (1994 & 1998) menjelaskan bahawa di sektor industri pembuatan khususnya pengetahuan ergonomik masih lagi di tahap permulaan. Kajian ini memetik kenyataan Yeoe dan Sen, (2002) yang menetapkan lima (5) sebab mengapa ergonomik tidak tersebar dengan meluas di sektor industri Malaysia. Pertamanya bidang ergonomik masih lagi baru dan kedengaran ganjil bagi di kebanyakan industri di Malaysia. Sebab yang kedua tertumpu kepada pihak pengurusan yang memandang ergonomik merupakan sesuatu pelaburan yang merugikan serta mahal. Ketiga, kebanyakan pekerja industri di Malaysia mempunyai tahap akademik yang rendah (berdasarkan makalah jurnal: “…employees are not really educated with only nine years of school education and most of the workers are from other countries such as Indonesia and Bangladesh.”. Seterusnya kekurangan perhatian terhadap faktor penggerak program keselamatan dan kesihatan di tempat kerja khususnya dalam ruanglingkup ergonomik. Faktor penggerak ini dikepalai oleh jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Berdasarkan bukti yang disertakan oleh kajian ini; hanya 25% industri yang mematuhi kehendak undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, AKKP 1994 (Cruez, 2002). Sebab terakhir yang disenaraikan adalah kekurangan penganjur dan

pengenal (promoter) atau ahli ergonomik (ergonomis) yang menghebahkan perkara ini. Faktor penyumbang terbesar kepada isu-isu yang disebutkan di atas adalah kekurangan kesedaran dan pelaksanaan ergonomik dan manfaat yang boleh diperolehi daripadanya. Oleh itu kajian ini penting untuk mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman berkenaan ergonomik di sektor industri di Malaysia.

Kaedah Kajian Soalselidik

Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini adalah berbentuk soalselidik yang diedarkan kepada syarikat-syarikat pembuatan di Malaysia. Rangka soalselidik ini mengandungi dua seksyen, iaitu seksyen I yang memuatkan perkara-perkara demografik sampel. Seksyen II memuatkan soalselidik yang dipecahkan kepada tiga (3) bahagian iaitu Bahagian A, B dan C. Bagi bahagian A, analisis statistik kebolehpercayaan (kiraan nilai Cronbach’s Alpha) memberi nilai α = 0.939, dan aras signifikannya P = 0.01. Bahagian A mengandungi soalan yang meliputi persoalan tentang tanggungjawab personal untuk mempromosi dan melaksana ergonomik di tempat kerja dan tahap kesedaran ergonomik di dalam persekitaran syarikat. Manakala di bahagian B pula menilai tahap pengetahuan pekerja terhadap ergonomik dengan mengenalpasti sama ada syarikat telah melaksanakan program ergonomik dan jenis-jenis program ergonomik yang ada. Bagi responden yang tidak melaksanakan program ergonomik, soalan berkenaan faktor yang menyebabkan tiada perlaksanaan program ergonomik diambil kira daripada responden yang telah disenaraikan di dalam soalselidik atau pendapat responden sendiri terhadap isu tersebut. Analisis statistik kebolehpercayaan bahagian B member nilai α = 0.934, dan aras kesignifikanannya P = 0.01. Bahagian C meliputi perkara yang melibatkan pembangunan kumpulan ergonomis dan tanggungjawab mereka di dalam syarikat. Analisis kebolehpercayaan member nilai α = 0.978 dan nilai aras kesignifikanannya P = 0.001. Seksyen dua (2) dalam soalselidik ini menggunakan pendekatan skala Likert lima (5) mata.

Kaedah Kajian Ergonomic House of Quality Framework, EHOQ

Menurut Cohen (1995) kaedah ini telah dibangun berdasarkan House of Quality (HOQ) tahun 1995 Kerangka HOQ digunakan untuk mengenalpasti kekerapan yang paling tinggi program ergonomik untuk memperbaiki tahap kesedaran ergonomik di dalam industri pembuatan. Kaedah ini berasal daripada rentetan pendekatan Quality Function Deployment, QFD. QFD diguna untuk memungut dan menganalisis permintaan pelanggan atas tujuan membangun produk atau perkhidmatan dengan kualiti terbaik bagi menepati keperluan pelanggan. Pendekatan ini telah diamalkan oleh banyak cabang industri bagi mengetahui keperluan pelanggan dan kemandirian syarikat. Menurut kajian ini, pembangunan QFD melibatkan satu atau lebih matrik (kadangkala digelar fasa atau jadual kualiti). Antara lainnya adalah perancangan produk (House of Quality), rekabentuk produk, proses perancangan dan kawalan proses. Matrik pertama merujuk kepada House of Quality, HOQ kerana berdasarkan rupabentuknya seperti rumah (rujuk gambarajah di bawah);

Gambarajah HOQ berdasarkan sumber Cohen, 1995

Berdasarkan gambarajah, pendekatan QFD adalah berdasarkan taburan (deployment) kehendak pelanggan (A = WHAT’s), kemudian bahagian C merupakan ‘Bagaimana’ atau (C = HOW’s) hendak membentuk produk atau perkhidmatan baru. WHAT’s dan HOW’s dihubungkaitkan untuk mengenalpasti kesan C, diwakili bahagian D (berdasarkan gambarajah di atas). Manakala

bagi bahagian B pula mempamerkan matrik perancangan untuk keutamaan keperluan pelanggan seperti penetapan tujuan produk baru atau perkhidmatan. Bagi bahagian E mengandungi usaha membangunkan langkah penilaian perlaksanaan hubungkait antara unsur-unsur maklumbalas teknikal (technical responses). Bahagian F mengandungi jenis-jenis informasi seperti kiraan aturan keutamaan maklumbalas teknikal, berdasarkan aturan keutamaan keperluan pelanggan daripada bahagian B dan hubungkait di bahagian D. Maklumat lanjut boleh dirujuk pada bibliografi Cohen (1995).

Gambarajah satu (1) di bawah merupakan EHOQ yang diadaptasikan daripada HOQ:

Gambarajah 1: Kerangka EHOQ

Kerangka EHOQ tidak menggunakan secara sepenuhnya konsep HOQ. Matrik perancangan, bahagian B1 dan hubungkait ergonomik, bahagian E1 dikecualikan daripada kerangka EHOQ. Matrik perancangan (B1) tidak dijalankan kerana, adalah mustahil untuk mendapatkan informasi lengkap program untuk memperbaiki kesedaran ergonomik daripada apa-apa sumber. Manakala bahagian E1 tidak digunakan kerana kadangkala informasi daripada bahagian ini digunakan semasa tahap rekabentuk sebagai membangunkan produk baru yang tiada kaitan dengan pembangunan kerangka kerja EHOQ. Bahagian A1 mengenalpasti industri pembuatan dengan tahap kesedaran ergonomik yang tertinggi (berdasarkan maklumat sebelum ini). Bahagian C1 menyenaraikan jenis-jenis program ergonomik. Bahagian D1 menyenaraikan hubungkait antara jenis program ergonomik yang dilaksanakan dengan tahap kesedaran ergonomik. Bahagian F1

mempamerkan keputusan matrik untuk mendapatkan kekerapan tertinggi amalan program ergonomik.

Keputusan Kajian

Keputusan kajian menunjukkan daripada 200 syarikat yang disenaraikan sebanyak 45 syarikat dipilih bertujuan untuk meninggikan kadar maklumbalas. Melalui dapatan kajian syarikat pembuatan elektronik merupakan responden yang tertinggi, 24.44% daripada seluruh responden. Diikut dengan syarikat berlandaskan getah dan polimer masing-masing berkongsi peratusan, 11.11%. Industri pemprosesan produk kertas dan perkayuan dan industri yang berasaskan petroleum masing-masing berkongsi 2.22%. Manakala lain-lain industri pembuatan dikumpulkan dengan jumlah peratusan 20%. Bagi analisis kesedaran ergonomik, didapati sebanyak 35.60% pada tahap tertinggi, 51.10% pada tahap sederhana dan 13.30% pada tahap rendah. Keputusan ini digunakan untuk membangunkan langkah mempromosikan ergonomik untuk bahagian yang berikutnya.

Bagi

analisis

program

ergonomik,

dapatan

kajian

menunjukkan

faktor

kekurangan

informasi/pendidikan/latihan memberi peratusan sebanyak 40% dan faktor tiada tekanan/arahan daripada pihak pengurusan terhadap program ergonomik memberi peratusan sebanyak 40% merupakan faktor tertinggi mengapa isu perlaksanaan program ergonomik terjejas. Faktor-faktor lain adalah seperti kekurangan sokongan pihak pengurusan memberi peratusan sebanyak 31%, faktor sumber manusia 24.4%, faktor kekangan masa 20%, faktor sumber kewangan 17.8% dan faktor tidak berminat untuk melaksanakan program ergonomik memberi peratusan 6.7%. Dapatan lain, pecahan peratusan perlaksanaan program ergonomik iaitu 33.33% bagi perlaksanaan program yang sedikit, 33.33% juga bagi perlaksaaan program menyeluruh dan 31.10% bagi tiada sebarang perlaksanaan program.

Analisis berikutnya meliputi pecahan peratusan jenis program ergonomik yang dilaksanakan di syarikat yang dikaji. Program orientasi menduduki peratusan yang tertinggi dengan 44.4%, diikuti dengan latihan ergonomik 33.33%, pemeriksaan bulanan/tahunan 31.11%, penaksiran

risiko 28.89%, kempen ergonomik 24.44%, perwakilan ergonomik 22.22%, kempen publisiti 20% dan topik bulanan 17.78%.

Bagi analisis kumpulan ergonomik, didapati peratusan tertinggi adalah 86.7% yang menunjukkan syarikat pembuatan di Malaysia tiada membangunkan kumpulan ergonomik di syarikat. Daripada 86.7% responden berkenaan, seramai 62.2% yang bersetuju kumpulan ergonomik harus diwujudkan di syarikat. Melalui ujian korelasi Pearson didapati terdapat hubungan yang signifikan antara program perlaksanaan ergonomik di dalam peningkatan kesedaran ergonomik dikalangan responden (nilai r = 0.491 dan P = 0.01).

Diketahui sebanyak 35.6% (diperolehi daripada analisis kesedaran ergonomik) mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap ergonomik. Lebihan peratusan menunjukkan tahap

ketidaksedaran ergonomik masih lagi tinggi iaitu sebanyak 64.4%. Oleh yang demikian kajian ini mencadangkan kaedah Quality Function Deployment, QFD digunakan untuk mengenalpasti kekerapan program ergonomik oleh responden.

Dapatan kajian menunjukkan program orientasi merupakan pendekatan perlaksanaan terbaik untuk memperbaiki tahap kesedaran ergonomik dikalangan pekerja industri pembuatan Malaysia. Nilai yang diperolehi adalah 124 yang mewakili kepentingan sempurna (absolute importance). Sila rujuk gambarajah dua (2) di sebelah bagi dapatan kajian.

Gambarajah 2: Keputusan EHOQ

Sumber Utama:

Shaliza A.M., Shahrul K., Zalinda O., & Mohzani M. 2009. Ergonomics awareness and identifying frequently used ergonomics programs in manufacturing industries using quality function deployement. EuroJournals Publishing, Inc. 3(2009), pp.51-66.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->