You are on page 1of 5

PENGENALAN GAHARU

Gaharu merupakan sejenis kayu damar yang terhasil menerusi pengeluaran resin atau
teras dari pokok Karas@depu. Gaharu di gelar ‘Emas dari belantara’ kerana nilainya
yang tinggi. Nama saintifiknya ialah Aquilaria. Terdapat beberapa spesis Aqualaria yang
mempunyai nilai yang tinggi, antaranya ialah A.Agaloccha, A.Crassna, A.Sub-integra,
A.Malacensis A.Bailloni dan A.Grandiflora.

Pokok Karas/Gaharu adalah spesis yang diletakkan dibawah kawalan CITES, iaitu
spesis yang terancam kerana kepupusan populasinya. Gaharu digunakan di dalam
industri minyak wangi, produk perubatan , perubatan ayurvedic dan juga untuk majlis
keagamaan.

Pokok Karas ini dapat menghasilkan Damar (teras pokok karas) yang dikenali sebagai
gaharu yang terkenal boleh mengeluarkan bauan harum dan banyak diguna pakai bagi
menghasilkan minyak wangi yang bermutu tinggi.

Jika dibandingkan dengan negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Kemboja,


tanaman pokok karas di Malaysia masih baru dan dalam proses meningkat naik.
Dengan ini peluang untuk memajukan industri gaharu di negara ini amat besar. Jadi
pihak kami ingin menjemput setiap individu, syarikat korporat, dan badan kerajaan
untuk sama-sama memajukan industri gaharu ini. Dengan iklim khatulistiwa yang
dikurniakan Tuhan kepada negara ini pokok karas dapat membesar dengan lebih baik
dan Malaysia berpotensi untuk menjadi antara pengeluar utama gaharu dunia.

PASARAN GAHARU

Kayu gaharu sangat jarang ditemui, oleh yang demikian harga pokok gaharu sangat
tinggi di pasaran.Harganya berbeza-beza bergantung pada pengaruh bentuk muka
bumi. Harga gaharu adalah dalam lingkungan USD$10 per kilogram untuk gred rendah
hingga melebihi USD$30,000 per kilogram bagi resin dan minyak yang bernilai
tinggi.Dari segi pemasarannya, pasaran dan permintaan gaharu sangat tinggi di seluruh
dunia terutamanya di pasaran Timur Tengah yang mana adalah menjadi satu budaya
pada penduduk di sana menggunakan gaharu sebagai salah satu keperluan hidup dan
budaya mereka.

LATAR BELAKANG PROJEK

Projek penggalakan penanaman pokok gaharu ini adalah secara usahasama di antara
syarikat UR Mart Sdn Bhd dengan syarikat Kayu Gaharu(M) Sdn Bhd. Kami memilih
syarikat Kayu Gaharu kerana mereka mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang
penanaman gaharu ini serta mempunyai kilang memproses gaharu mereka sendiri. Ini
secara tidak langsung dapat mengelak daripada masalah pasaran untuk pokok gaharu
yang telah matang. Dalam projek ini, peserta program akan menanam pokok gaharu
secara komersial mengikut pakej-pakej yang ditawarkan di tanah persendirian milik
peserta. Pihak syarikat akan menawarkan tiga jenis pakej kepada setiap peserta iaitu
Pakej A, Pakej B dan Pakej C. Pihak syarikat secara langsung akan menjadi konsultan
kepada peserta program.

Syarikat UR Mart akan menawarkan khidmat:


1. Anak pokok gaharu jenis Aquilaria Subintegra kepada setiap peserta.
2. Membantu menanam anak pokok gaharu (minimum 100 batang).
3. Memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar seperti kaedah pengredan, kaedah
penjagaan, teknik inokulasi kepada peserta sepanjang tempoh projek.
4. Menyediakan pakar-pakar dalam tanaman gaharu untuk memantau penanaman anak
pokok selama 3 bulan pertama secara percuma.
5. Membekalkan baja, kepakaran dan vaksin inokulasi kepada peserta projek.
6. Menyediakan pasaran untuk penjualan pokok gaharu yang boleh dijual. Syarikat
bersedia menawarkan pembelian semula pokok yang telah mengeluarkan hasil
daripada peserta program.
7. Syarikat juga sedia untuk membeli dan menjual teras gaharu dan minyak gaharu
daripada pengusaha pokok gaharu yang sedia ada.

LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat: UR Mart Sdn Bhd (894693-P)


Alamat : 77-G-24, Penang Times Square,
Jalan Dato Keramat, 10150,
Pulau Pinang.
Tel/Fax : 04- 228 0032

UR Mart Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Pulau Pinang yang
menjalankan perniagaan berkenaan pokok gaharu. Kami mempunyai pengalaman yang
luas dalam penanaman pokok gaharu dan di antara pelopor penanaman gaharu di
bahagian utara Malaysia. Tapak projek kayu gaharu kami terletak di Ara Kuda, Pulau
Pinang. Kami telah menjalinkan usahasama dengan Syarikat Kayu Gaharu (M) Sdn
Bhd dalam:
1. Menjadi pengedar yang sah bagi anak pokok gaharu, minyak wangi berasaskan
gaharu dan produk-produk gaharu yang lain seperti teh gaharu, kopi gaharu, kopi
strawberi gaharu, losyen gaharu, shampu gaharu, sabun gaharu dan lain-lain produk
gaharu yang mana Syarikat Kayu Gaharu telah bekerjasama dengan Universiti Putra
Malaysia (UPM) untuk membuat penyelidikan (R&D).
2. Pemindahan teknologi dalam membangunkan kilang tradisional memproses minyak
gaharu di tapak milik Syarikat UR Mart.
Syarikat UR Mart juga telah membuka sebuah kedai di Penang Times Square untuk
menjual segala produk gaharu seperti minyak wangi.

Jadi, syarikat telah menawarkan beberapa pakej untuk sesiapa yang


berminat dengan penanaman pokok gaharu ini.Pakej dibawah yang
akan saya tunjukkan ini adalah sesuai kepada mereka yang
mempunyai tanah sendiri..kalo tanah kt kampung tu terbiar, apa
salahnye kita berkebun betul tak??dapat juga hasil..banyak pulak tu

PAKEJ-PAKEJ YANG DI TAWARKAN

PAKEJ A
Kos Projek: RM16,000

Jumlah pokok: 1000 batang

Jangka Masa: 5 - 7 tahun

Jangkaan Pulangan: RM1,000,000

Perkhidmatan:
• Pembekalan anak pokok gaharu jenis Aquilaria Subintegra
• Menanam pokok (Mengorek lubang, menanam, memasang pancang buluh, membaja)
• Pemantauan selama 3 bulan.
• Jaminan anak pokok selama 3 bulan.
• Jaminan pasaran.

PAKEJ B
Kos Projek: RM8,000

Jumlah pokok: 500 batang

Jangka Masa: 5 - 7 tahun

Jangkaan Pulangan: RM500,000

Perkhidmatan:
• Pembekalan anak pokok gaharu jenis Aquilaria Subintegra
• Menanam pokok (Mengorek lubang, menanam, memasang pancang buluh, membaja)
• Pemantauan selama 3 bulan.
• Jaminan anak pokok selama 3 bulan.
• Jaminan pasaran.

PAKEJ C
Kos Projek: RM2,000

Jumlah pokok: 100 batang


Jangka Masa: 5 - 7 tahun

Jangkaan Pulangan: RM100,000

Perkhidmatan:
• Pembekalan anak pokok gaharu jenis Aquilaria Subintegra
• Menanam pokok (Mengorek lubang, menanam, memasang pancang buluh, membaja)
• Pemantauan selama 3 bulan.
• Jaminan anak pokok selama 3 bulan.
• Jaminan pasaran.

PAKEJ ANAK POKOK


Pakej ini untuk mereka yang nak jaga beli dan jaga sendiri pokok ni
Harga: RM8.00 sebatang anak pokok
Untuk 300batang anak pokok dan keatas sahaja akan dihantar kepada
pembeli, kurang daripada itu kena amik sendiri

OK, MACAMANA PULAK KALO SAYA TAKDA TANAH, TAKPA JANGAN


RISAU, KAMI JUGA ADA PAKEJ UNTUK MEREKA-MEREKA YANG
BELUM LAGI MEMILIKI TANAH SENDIRI..KALAU ADA TANAH PON DAH

BUAT RUMAH KAN?? OK INI PAKEJ NYE (DAH RAMAI BOOK,


AKHIR BULAN MAY 2010 INI TARIKH TUTUP,PASAL TANAH DAH
PENUH...BAIK CEPAT!!)

PAKEJ D
Kos Projek: RM2,000

Jumlah pokok: 10 batang

Jumlah lot: 1

Jangka Masa: 5-7 tahun

Jangkaan Pulangan: RM10,000 - RM30,000

Perkhidmatan:
• Tanah Syarikat
• Menanam pokok (Mengorek lubang, menanam, memasang pancang buluh, membaja)
• Menjaga anak pokok dari mula ditanam sehingga dituai
• Jaminan anak pokok sehingga dituai (hanya bencana alam sahaja akan diadakan
perbincangan dengan tuan lot)
• Jaminan pasaran.

Jadi apa tunggu lagi. Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya:

Nama:Mohd Faizal b Abu Bakar


Contact: 019-2294476
Y! : jingkoe@yahoo.com
skype: mfaizalab

waktu sesuai untuk chatting/call:


Isnin - Jumaat : 2.00ptg - 12.00mlm
Sabtu- Ahad : Anytime
__________________
Jom Memorek
Jom Buat duit dengan menanam pokok

Last edited by blik; 09-05-2010 at 01:22 AM. Reason: tambahan

You might also like