You are on page 1of 13

BAB 1 PENDUDUKAN TENTERA JEPUN DI NEGARA

KITA
Slide 2
HASIL PEMBELAJARAN Menyatakan sebab-sebab
Jepun meluaskan kuasa Memerihalkan kedatangan
Jepun Menyenaraikan faktor kejayaan Jepun
menguasai Tanah Melayu Menceritakan taktik Bumi
Hangus yang dijalankan oleh British Menceritakan
strategi pertahanan British. Memerihalkan
pentadbiran Jepun Menyatakan dasar ekonomi
Jepun Memerihalkan dasar penjepunan
Menceritakan kesengsaraan hidup pada zaman
Jepun Menyatakan reaksi penduduk tempatan
terhadap pemerintahan Jepun Mengumpul
maklumat tentang tokoh-tokoh tanah air yang
berjuang menentang Jepun Menceritakan
kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua
Menyenaraikan kesan pemerintahan Jepun di
negara kita
Slide 4
1. Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa
imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja
Meiji pada tahun 1868. Ia dikenali sebagai
Kebangkitan Meiji. 2. Kemenangan Jepun yang
telah menewaskan Russia dalam Perang Russia-
Jepun pada tahun 1905 menyebabkan Jepun
dianggap sebagai kuasa besar. Jepun menakluki
Korea dan Manchuria pada tahun 1931, dan
sebahagian besar timur negara China sejak tahun
1937.
Slide 5
3. Sebab-sebab Jepun menakluki Asia Tenggara.
(a) Mendapatkan bahan mentah bagi kegiatan
industrinya. (b) Mendapatkan pasaran baru bagi
barangan buatan Jepun (c) Mendapatkan kawasan
baru untuk pertanian dan menampung
penduduknya yang semakin bertambah. (d)
Kebangkitan pengaruh ketenteraan Jepun dalam
pentadbiran. (e)Amerkia Syarikat juga telah
mengenakan sekatan ekonomi ke atas Jepun. Ini
menyebabkan Jepun terdesak dan menyerang Asia
Tenggara.
Slide 6
Jepun dalam propagandanya telah menggunakan
slogan dalam melaksanakan dasar perluasan kuasa
untuk mempengaruhi penduduk Asia Tenggara.
Slogan itu ialah (a) Asia untuk Asia – bermaksud :
negara Asia untuk orang Asia dan ia tidak wajar
dijajah Barat. (b) Semangat Asia- bermaksud
negara Asia juga kuat. (b) Kawasan
Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya –
bermaksud : rancangan Jepun mewujudkan zon
ekonomi di kalangan negara negara Asia.

Kemaraan Tentera Jepun


1. Pada 8 Disember 1941, Jepun mendarat di Kota
Bharu dan seterusnya ke Kuantan dan Mersing. 2.
Tentera jepun meneruskan kemaraan dengan
menawan Jitra pada 12 Disember 1941. 3. Tentera
Jepun memasuki Kuala Lumpur pada 1 Januari
1942. 4. Repulse dan Prince of Wales adalah dua
buah kapal perang British yang digunakan utk
mempertahankan perairan Tanah Melayu dari
serangan Jepun. 5. Malangnya kapal itu telah
ditenggelamkan oleh Jepun di perairan Pahang. 6.
Akhirnya, Singapura ditawan pada 15 Februari
1942.
Slide 11
. Pihak British telah mengambil tindakan ‘bumi
hangus’ dengan memusnahkan kepentingan
ekonomi seperti membakar ladang, memusnahkan
jalan dan jambatan dan telaga minyak. Tujuan
bumi hangus ialah untuk mengelakkan kekayaan
negara ini daripada jatuh ke tangan tentera Jepun.
Kemusnahan ini menyebabkan Jepun mempunyai
masalah menguasai bahan mentah negara kita
Slide 12
Faktor-faktor Kemenangan Jepun 1. Perancangan
awal perang- kejayaan perisikan Jepun dan
propaganda Jepun 2. Kelemahan Tentera British-
British hanya bersedia menghadapi serangan dari
laut, iaitu selatan Singapura. Kebanyakan tentera
dan kelengkapan digunakan dalam peperangan di
Eropah. 3. Kelengkapan Perang Tentera Jepun
-Jepun menggunakan pesawat Zero Fighter dan
berjaya menenggelamkan kapal perang induk
British (Prince of Wales dan Repulse) 4. Tentera
Jepun lebih bersemangat dan sanggup mati dalam
peperangan. Tentera Jepun juga cekap, terlatih,
berani, dan berdisiplin 5. Taktik serangan Jepun -
Penggunaan basikal membolehkan Jepun
menyusur dengan pantas ke seluruh Tanah
Melayu. Pakatan Jepun-Thailand. Jepun mendapat
bantuan Thailand yang memberi laluan utk
menyerang Tanah Melayu. Peranan Kesatuan
Melayu Muda (KMM)
Slide 13
Tentera Jepun menaiki basikal untuk memudahkan
pergerakan
serangan tentera Jepun yang menyerang melalui
udara, darat dan laut
Slide 15
Askar Melayu seperti Leftenan Adnan
mempertahankan tanahair daripada jatuh ke
tangan Jepun
Slide 16
Tentera British akhirnya menyerah kalah pada
Jepun
Slide 18
l. Jepun telah mewujudkan pemerintahan tentera
di tanah Melayu, Sarawak, dan Sabah. 2. Tanah
Melayu dikenali sehagai Malai Baru dan Singapura
pula dikenal sebagai Syonan (Cahaya Selatan). 3.
Pentadbiran Jepun terbahagi kepada tiga peringkat
iaitu pentadbiran pusat, wilayah, dan daerah. 4.
Pentadbiran pusat diletakkan di bawah seorang
Jeneral di Singapura. 5. Tanah Melayu dibahagikan
kepada tujuh daerah, iaitu: (a) Melaka (b) Pulau
Pinang (c) Johor (d) Pahang (e) Selangor (f)
Negeri Sembilan (g) Perak 6. Setiap daerah diletak
di bawah pentadbiran seorang Mayor 7. Majlis
Penasihat Negeri yang mewakili pelbagai kaum
telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Gabenor
Jepun. 8. Kempeitai ditubuhkan untuk menjaga
keselamatan negara. 9. Sultan dikekalkan sebagai
ketua agama Islam dan adat istiadat.
Slide 19
10. Negeri-Negeri Melayu Utara (Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu) diserahkan kepada
Thailand sebagai membalas jasa Thailand yang
telah memberi laluan kepada Jepun utk menyerang
Tanah Melayu 12. Sabah, Sarawak, dan Brunei
pula digabungkan menjadi satu unit pentadbiran
pusat dikenal sebagai Borneo Utara.
Slide 20
Dasar-dasar Pemerintahan Jepun 1. Melalui
pendidikan, Jepun telah menjalankan dasar
'penjepunan'. 2. Tujuannya ialah untuk melahirkan
masyarakat Tanah Melayu yang setia terhadap
maharaja dan kerajaan Jepun. 3. Golongan belia,
guru-guru dan murid murid diajar mengenai
bahasa dan kebudayaan Jepun di sekolah-sekolah
khas. 4. Dasar pendidikan Jepun menumpukan
kepada kemahiran teknikal dan sikap pengorbanan
diri kepada negara.
Slide 21
Cara Penjepunan (a) Sekolah Inggeris dan Cina
diharamkan. (b) Kebudayaan Jepun dan bahasa
Jepun diajar. (c) Bahasa Jepun diwajibkan di
sekolah. (d) Kelulusan bahasa Jepun menjadi
syarat naik pangkat. (e) Bahasa Jepun digunakan
dalam semua urusan.
Slide 22
Dasar Ekonomi 1. Jepun mengexploitasi ekonomi
Tanah Melayu untuk membiayai perang. 2.
Memperkenalkan mata wang Jepun. 3. Pengenalan
ekonomi kawalan dan ekonomi sara diri untuk
menambahkan hasil makanan. Catuan makanan
dibuat utk mengatasi masalah kekurangan
makanan.
Slide 23
Layanan Jepun dan Reaksi Rakyat
Slide 24
1. Orang Cina Layanan: Mendapat layanan yang
amat buruk. Sebab: Mereka menyokong China
yang berperang dengan Jepun pada tahun 1937.
Slide 25
2. Orang India Layanan: Diberi layanan yang amat
baik. Sebab:Jepun inginkan kerjasama org India
untuk mengusir British dari India.
3. Orang Melayu Layanan: Baik kerana
bekerjasama dengan Jepun. Mereka diberikan
jawatan yang tinggi seperti: i. Ibrahim Hj Yaacob
sebagai Ketua Tentera Sukarela. ii. Dr.
Burhanuddin al-Helmi sebagai Penasihat
Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.. iii.
Kesatuan Melavu Muda dibubarkan dan Ibrahim
Yaacob dibenarkan bergerak dalam Pembela Tanah
Air (PETA) dan Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung (KRIS IBRAHIM HJ YAACOB
Gerakan Menentang Jepun I . Orang Cina
menyertai MPAJA (Bintang Tiga) untuk menentang
kezaliman Jepun. 2. Orang Cina di Sabah
memulaukan kegiatan ekonomi Jepun dan
Kumpulan Gerila Kinabalu di bawah Albert Kwok
telah memberontak. 3. Force 136 berpakat dengan
MPAJA untuk menentang Jepun. 4. Force 136
beribu pejabat di Sri Lanka dan India. Antara
mereka yang menganggotainya ialah (a) John
Davis (b) Richard Broome 5. Askar Melayu Setia
berkerjasama dgn Force 136 dengan melancarkan
perang gerila. 6. Di Pahang, Tentera Wataniah
juga menentang Jepun. 7. Pasukan gerila Datu
Mustapha menjalankan penentangan di Kudat. 8.
Pasukan gerila Sandakan pula menjalankan
penentangan di Sandakan.
Jepun Menyerah Kalah
I . Pada bulan Mei 1945, Jerman (sekutu Jepun di
Eropah) telah tewas. 2. Ini membolehkan pihak
Berikat kembali memberi tumpuan ke Asia
Tenggara dan Lautan Pasifik. 3. Kedudukan Jepun
sebagai kuasa besar di kawasan ini mula tergugat.
4. Pada bulan Ogos 1945, bandar Hiroshima dan
Nagasaki telah dibom. 5. Jepun terpaksa menyerah
kalah dengan serta-merta. 6. Pada 12 September
1945, Jeneral Itagaki telah menyerahkan kuasa
kepada pihak Berikat.
Ledakan Bom Atom di Nagasaki yang membawa
kepada kekalahan Jepun dalam Perang Dunia
kedua.
HIROSHIMA NAGASAKI Bandar Hiroshima selepas
dibom.
Jeneral Itagaki menyerah senjata sebagai simbol
menyerah kalah

KESAN PENDUDUKAN JEPUN


Slide 34
Kesan Politik. 1. Pendudukan Jepun
menyemarakkan semangat kebangsaan. 2. Org
Melayu diberi peluang menjadi pentadbir. 3. Jepun
mengharamkan akhbar dan petubuhan yang anti
Jepun. 4. Parti Komunis Malaya dan Bintang Tiga
menjadi semakin berpengaruh.
Slide 35
Kesan Ekonomi 1. Ekonomi kawalan hanya
menguntungkan pihak Jepun. Amalan rasuah dan
menyorok barang berleluasa. 2. Inflasi sangat
tinggi dan wang pokok pisang tidak bernilai.
Kekurangan makanan dan ubatan menjadikan
hidup sengsara. 3. Pembelian beras mesti
menggunakan kad catuan makanan. Pembelian
beras setiap keluarga dihadkan sebanyak dua
gantang sebulan. Ini menyebabkan penduduk
bergantung kepada ubi kayu dan keledek. 4.
Penduduk tempatan menjadi kreatif dgn mencipta
pelbagai alat dari sumber tempatan.
Slide 36
Mata wang Jepun
Slide 37
Kesan Sosial. 1. Penduduk hidup dalam kebuluran,
kebimbangan dan kesengsaraan. Ramai penduduk
dipaksa menjadi buruh utk membina "jalan kereta
api maut" di sempadan Thailand Burma. 2.
Kempeitai sentiasa mengintip dan bertindak kejam
dan ganas. 3. Kekurangan makanan yang berzat
memyebabkan penyakit beri-beri, batuk kering,
dan malaria.
KESAN PENDUDUKAN JEPUN :
KESAN PENDUDUKAN JEPUN MEMBERI BANYAK KESAN NEGATIF
PERUBAHAN YANG RADIKAL TERHADAP KEADAAN
SOSIAL,EKONOMI DAN POLITIK SEMUA PERUBAHAN YANG
DILAKUKAN OLEH JEPUN TELAH MEMBUAT INGGERIS MEROMBAK
DASAR NYA DAN TELAH MEMPERCEPATKAN PROSES PENCAPAIAN
KEMERDEKAAN DI TANAH MELAYU

KESAN TERHADAP SOSIAL :


KESAN TERHADAP SOSIAL ORANG CINA TELAH DI TINDAS JEPUN
SEBAHAGIAN ORANG MELAYU DAN ORANG INDIA DIJADIKAN
BURUH PAKSA BURUH PAKSA DI HANTAR KE SEMPADAN THAILAND
DAN BURMA UNTUK MEMBINA JALAN KERETAPI JALAN KERETAPI
ITU DIKENALI “JALAN KERETAPI MAUT” KERANA RAMAI BURUH
PAKSA MENINGGAL AKIBAT KEBULURAN DAN PELBAGAI PENYAKIT
MASAALAH SETINGGAN BERMULA APABILA ORANG CINA MEMBUKA
KAWASAN BARU DI PINGGIR HUTAN PERMUSUHAN BERLAKU
ANTARA ORANG MELAYU DENGAN ORANG CINA APABILA JEPUN
MEMBERI LAYANAN YANG AGAK BAIK PADA MELAYU CONTOHNYA
ORANG MELAYU DILANTIK MENJADI POLIS ,TENTERA,PENGINTIP
JEPUN DAN MENGGALAKKAN ORANG MELAYU BERGIAT DALAM
POLITIK

Slide 3:
SELEPAS JEPUN MENYERAH KALAH BERLAKU PERGADUHAN
DIANTARA ORANG MELAYU DENGAN ORANG CINA PALING HEBAT DI
PERAK DAN JOHOR SISTEM PENDIDIKAN JEPUN TELAH
MENIMBULKAN SEMANGAT RAJIN DAN BERDIKARI DI KALANGAN
ORANG MELAYU JEPUN JUGA MENIMBULKAN KESEDARAN ORANG
MELAYU TERHADAP PENTING NYA PELAJARAN DI MANA SELEPAS
PERANG SEKOLAH-SEKOLAH MELAYU BERKEMBANG DENGAN
PESAT .

KESAN TERHADAP EKONOMI :


KESAN TERHADAP EKONOMI KEGIATAN PERDAGANGAN LUMPUH
KERANA BRITISH MENGAMALKAN “BUMI HANGUS” DIMANA MEREKA
TELAHMEROSAKKAN POKOK-POKOK GETAH , KIALNG-KILANG,
LOMBONG-LOMBONG DAN JENTERA PERLOMBONGAN SEBELUM
BERUNDUR DARI TANAH MELAYU EKONOMI DAN TARAF HIDUP
JUGA TURUT MEROSOT JEPUN MEMASA PENDUDUK TANAH
MELAYU BERCUCUK TANAM SEPERTI UBI KAYU , KELEDEK
,JAGUNG,PISANG DAN SEBAGAINYA PENGEDARAN WANG KERTAS
YANG TIDAK TERKAWAL MENYEBABKAN INFLASI .

KESAN TERHADAP EKONOMI :


KESAN TERHADAP EKONOMI WUJUDKAN KESEDARAN POLITIK DI
KALANGAN PEDUDUK TANAH MELAYU (KHUSUSNYA ORANG
MELAYU) MENAIKKAN SEMANGAT ORANG MELAYU UNTUK
MEMBEBASKAN TANAH AIR ORANG MELAYU BERKEINGINAN
MEMERINTAH SENDIRI KERANA MEMPUNYAI PENGALAMAN DALAM
KERJA-KERJA PENTADBIRAN JEPUN SIKAP ANTI PENJAJAH DI
KALANGAN ORANG MELAYU SEMAKIN BERKEMBANG PERMUSUHAN
ANTARA ORANG CINA DAN ORANG MELAYU AKIBAT TINDAKAN
JEPUN MENIUPKAN AGI SEMANGAT NASIONALISME MELAYU JEPUN
JUGA MENYEBABKAN ORANG-ORANG CINA DAN INDIA LEBIH
MENGUKUHKAN LAGI KECINAAN DAN KEINDIAAN MEREKA

Slide 6:
MISALNYA ORANG INDIA TELAH DIGALAKKAN MEMBERI PERHATIAN
TERHADAP PEMBEBASAN NEGARA MEREKA DARIPADA JAJAHAN
INGGERIS DENGAN SEMANGAT YANG ADA PADA ORANG–ORANG
CINA DAN INDIA MENYULITKAN LAGI PROSES MEWUJUDKAN
SEMANGAT KENEGARAAN DI MALAYA PADA TAHUN 1945-1948
PARTI YANG TERKUAT DI MALAYA IALAH PARTI KOMUNIS MALAYA
INI TERJADI KERANA KEKEJAMAN JEPUN TERHADAP ORANG CINA .
PERTI KOMUNIS MALAYA RAMAI DIANGGOTAI OLEH ORANG-ORANG
CINA DAN MEREKA TALAH MEMPENGARUHI DAN MENGUASAI
MALAYAN PEOPLE ANTI JAPANESE ARMY(MPAJA).

Kesan Poliik

Kesan Ekonomi

Sumber ekonomi utama –pengeluaran bijih timah dan getah terhenti sama sekali
Dasar Bumi Hangus British menyebabkan Jepun yang mengambil alih lombong bijih timah
tidak dapat beroperasi. Rakyat mengalami kebuluran kerana kekurangan makanan. Bekalan
beras terpaksa diimport dari Thailand dan Burma.Jepun melancarkan kempen pertanian –
rakyat dipaksa menanam tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi.

Kadar inflasi meningkat akibat kekurangan barang keperluan dan pengedaran wang kertas
Jepun.Perusahaan tempatan yang ditubuhkan untuk menghasilkan barang keperluan tidak
dapat diimport. Perusahaan yang besar dan penting diambil alih oleh syarikat Jepun. Orang
ramai diwajibkan mendapatkan kupon dari Pejabat Kawalan Makanan.Petani dan nelayan
dipaksa menjual hasil pertanian dan ikan kepada pembeli yang dilantik oleh Jepun.

Kesan Sosial

Perpindahan orang Cina ke kawasan pinggir hutan untuk mengelak kekejaman tentera
Jepun.Permusuhan semakin menebal antara orang Melayu dengan orang Cina – cetus
pergaduhan kaum.Orang Cina yang anti-Jepun menubuhkan MPAJA – bekerjasama dengan
Force 136 yang memberi bekalan senjata dan latihan ketenteraan.

Tahap kesihatan rakyat merosot – terdedah kepada wabak penyakit. Banyak nyawa
terkorban akibat penyakit malaria,beri-beri, taun dan kudis.Pembinaan jalan keretapi maut
mengorbankan banyak nyawa.Dasar niponisasi Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu
menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun – mengancam adat istiadat dan
kebudayaan orang Melayu.

Kesimpulan

Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial , politik dan ekonomi
Tanah Melayu.Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang
kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu.Pengalaman mentadbir di bawah Jepun
menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada
kesedaran untuk menuntut kemerdekaan

You might also like