You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA

MELAYU
JXEA II04

TOKOH FALSAFAH
( IBNU SINA )

NAMA
ROHANI BINTI ZAKARIA
NO. MATRIK
JEA 080116
NAMA PENSYARAH
DR. AMRAN MUHAMMAD
SESI
2008 / 2009
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU
UNIVERSITI MALAYA

IBNU SINA

Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali Hussain Ibnu Abdullah Ibnu Sina . Di negara barat

, beliau dikenali dengan nama Avicenna . Beliau dilahirkan pada tahun 370 hijrah

bersamaan 980 masihi di desa Afshana berdekatan dengan Bukhara di Uzbekistan .

Pelajaran yang pertama diterima oleh Ibnu Sina pada zaman kanak-kanak adalah Al

–Quran dan sastera yang diperolehi secara tidak formal . Semasa berumur 10 tahun ,

beliau telah berjaya menghafal Al-Quran dan menguasai ilmu agama seperti ilmu tafsir ,

fiqh , usuluddin dan tasawuf . Beliau dibimbing dan dididik oleh ayahnya sendiri bersama

sahabat karib ayahnya iaitu Abdullah Natili . Antara bidang yang berjaya dikuasainya

termasuklah bidang falsafah , kedoktoran , geometri , astronomi , muzik , syair , teologi,

politik , fizik , matematik, kimia, sastera dan kosmologi .

Beliau kemudiannya mempelajari ilmu kedoktoran dari tangan Al-Naili , Al –Misi

bin Yahya , Abi Sahl Al- Masihi dan Abu Mansur Al- Qamari. Ketika umurnya

meningkat 18 tahun , beliau telah menjadi “Doktor Diraja” . Hal ini adalah kerana beliau
telah menyembuhkan Nub Ibnu Mansur iaitu Raja Bukhara yang mengidap penyakit

yang tidak dapat disembuhkan oleh beberapa doktor yang terkenal pada waktu itu .

Peristiwa ini menjadi titik tolak bermulanya hubungan Ibnu Sina dengan pihak istana .

Beliau cuba mendalami falsafah tetapi tidak dapat memahamimya. Ekoran daripada itu ,

beliau telah dilantik sebagai doktor istana . Pelantikan tersebut merupakan peluang

keemasan kerana beliau telah diberi kebebasan menggunakan perpustakaan istana .

Ibnu Sina merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal . Beliau pernah menulis

sebuah buku Al–Najah yang membicarakan persoalan falsafah . Pemikiran falsafah Ibnu

Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah Al –Farabi yang telah menghidupkan

pemikiran Aristotle . Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi

oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates . Perubatan Yunani

berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah , lendir , hempedu

kuning dan hempedu hitam . Ibnu Sina telah menapis teori-teori tersebut kerana teori itu

didapati tidak tepat. Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada

empat unsur iaitu tanah , air , api dan angin . Beliau juga percaya bahawa penyakit dapat

di tawan dengan adanya ketahanan semulajadi dalam tubuh manusia .

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina

mengenai kesihatan dan perubatan tetapi juga dilihat dalam bidang falsafah . Ibnu Sina

berpendapat bahawa ilmu matematik juga boleh digunakan untuk mengenal tuhan . Ahli

falsafah Yunani iaitu Phthagoras menghuraikan sesuatu kejadian atau sesuatu barangan

mempunyai angka- angka dan angka itu berkuasa di alam ini . Berdasarkan pandangan

itu, maka Iman Al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih

merosakkan daripada kepercayaan yahudi dan nasrani .


Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan tuhan kerana dalam bukunya iaitu An-

Najah menyatakan pencipta yang dinamakan sebagai “ Wajib al-Wujud ” adalah satu .

Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dipecahkan . Menurut Ibnu Sina , segala yang wujud

(mumkin al –wujud ) terbit daripada “wajid al – wujud ” iaitu yang tiada permulaannya .

Pemikiran Falsafah dan konsep ketuhanan telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab

“Himah Ilahiyyah ” dalam fasal tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim

atasan . Pemikiran ini telah mencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu

percubaan untuk membahaskan zat Allah . Al –Ghazali telah menulis sebuah buku yang

berjudul ‘tahafat al – falasifah’ iaitu tidak ada kesinambungan dalam pemikiran ahli

falsafah untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan Al – Farabi .

Ibnu Sina mentakrifkan ilmu perubatan sebagai suatu bidang pengetahuan yang

memperkatakan tentang keadaan sakit dalam tubuh manusia bermatlamatkan

menggunakan cara- cara yang sesuai untuk mempertahankam serta memulihkan

kesihatan . Ibnu Sina juga banyak menulis karya perubatan dalam bahasa Arab dan

beberapa buah karya bahasa Parsi . Beliau terkenal dengan asas- asas falsafah ilmiah

perubatan serta kecenderungannya dalam menguasai cara rawatan yang menggunakan

unsur-unsur psikologi bagi merawat pesakit-pesakit jasmani atau perubatan psikosomatik.

Pengaruh Ibnu Sina sebagai ahli falsafah dan doktor perubatan dalam kebudayaan

Eropah adalah sangat luas . Karyanya yang terdiri daripada 14 jilid mendapat perhatian

saintis Barat . Pada abad ke-12 masihi , Gerad De Cremone telah menterjemahkan buku
Ibnu Sina ke dalam bahasa Latin . Falsafah dan teori perubatan Ibnu Sina didalam

bukunya yang mengandungi 14 jilid itu merumuskan pelbagai pendapat , antaranya

perubatan ialah satu cabang ilmu tentang kesihatan dan penyakit pada tubuh manusia ,

tugas doktor adalah untuk pemulihan atau penjagaan keadaan keseimbangan yang disebut

kesihatan dan keadaan tubuh setiap individu akan menentukan bahan makanan yang

bermanfaat baginya .

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang falsafah dan doktor perubatan dalam

kebudayaan Eropah adalah sangat luas . Buku karangannya Al-Qanun Fit- Tibb

( peraturan perubatan ) terdiri daripada14 jilid . Dalam buku ini terdapat banyak

himpunan perbendaharaan ilmu perubatan . Ilmu perubatan moden banyak mendapat

pelajaran daripada Ibnu Sina iaitu dari segi penggunaan ubat , diognosis dan pembedahan

. Buku Al-Qanun Fit Tibb merupakan sebuah kitab perubatan iaitu sebuah ensiklopedia

yang memuatkan sekitar satu juta kata yang dijadikan rujukan di Barat .

Al- Qanun Fit Tibb digunakan sebagai buku teks kedoktoran dipelbagai

universiti di Perancis . Al-Qanun Fit Tibb membincangkan serta mengetengahkan

mengenai penyakit saraf . Dalam buku tersebut terdapat cara-cara pembedahan yang

menekankan keperluan pembersihan luka . Terdapat juga hiasan gambar-gambar dan

sketsa-sketsa yang menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina sangat tinggi . Buku ini

telah dicetak sebanyak 16 kali iaitu 15 edisi dalam bahasa Latin dan satu edisi dalam

bahasa Yahudi . Selain diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Yahudi , ia turut

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris , Perancis , Sepanyol dan Itali.


Penulis-penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “ Bapa Doktor ”

kerana Ibnu Sina telah menyatukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan

pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri .

Selain itu , Ibnu Sina juga pernah diberi gelaran sebagai “medicorum principal ” atau

“ Raja Di raja Doktor ” oleh kaum Skolastik . Gelaran Raja Ubat juga pernah diberikan

kepada Ibnu Sina . Malahan dalan dunia islam , ia dianggap sebagai “ Zenith ” iaitu

puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran .

Kesimpulannya , Ibnu Sina bukan sahaja menguasai ilmu pengetahuan tentang

falsafah tetapi juga dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun

menjadi mahaguru ilmu tersebut . Selain bidang falsafah dan perubatan , Ibnu Sina turut

menguasai bidang geometri , astronomi , muzik , syair , politik , kimia , sastera dan

kosmologi.

Ibnu Sina meninggal dunia di Hamdan ketika berusia 58 tahun pada bulan

Ramadhan 428 H /1037 M . Dalam rangka-rangka memperingati 1000 tahun hari

kelahirannya , ( Fair Millenium ) di Tehran pada tahun 1955 M , telah menobatkannya

sebagai “ Father Of Doctor ” untuk selama-lamanya . Ketokohan Ibnu Sina dalam

bidang falsafah dan perubatan sangat dikagumi oleh masyarakat islam . Hal ini kerana

asas ilmu perubatan moden sekarang berasal daripada konsep-konsep yang ditimbulkan

oleh pakar- pakar perubatan islam .


BIBLIOGRAFI

Awang Sariyan . 2007 . Falsafah dan Logika Melayu . Jabatan Bahasa melayu , akademi
Pengajian Melayu , universiti Malaya .

Baharuddin Yatim dan Sulaiman Nordin . 1997. Sains Menurut Perspektif Islam .
Cetakan 9 . Pusat pengajian Umum UKM, Bangi :Fulson Trading Company .

Hashim Musa . 2001 . Falsafah , Logik , Teori Nilai dan Etika Melayu .Akademi
Pengajian melayu , Universiti Malaya .

Hassan Ahmad .1985 . Pengenalan Tamadun Islam dalam Ilmu Perubatan . Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .

Zainal Abidin Ahmad . 1974 . Negara Adil Makmur Menurut Ibnu Sina , Teori
Kenegaraan dari Filosof dan Doktor Islam Berkaliber (International Ibn Sina )
( 370-425 H / 980-1033 M ) . cetakan 1. Jakarta : Bulan Bintang .

http://google.com/ pantun

You might also like