You are on page 1of 1

Faridatul Faraid Fi 'Ilmil 'Aqaid Karangan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fatoni

www.alraufi.blogspot.com

‫َفرِيْدَُة الْ َفرَائِدفِى ِعلْ ِم اْلعَقَائِد‬


Sifat Harus Bagi Allah
[Dan harus] bagi Allah memperbuatkan tiap-tiap mumkin atau meninggalkan
perbuatanNya dan mumkin itu tiap-tiap barang yang harus adanya dan tiadanya.

Dalil Harus Bagi Allah

[Dan dalil] atas demikian itu bahawasanya jika wajib atas Allah memperbuatkan sesuatu
atau meninggalkan dia, nescaya jadilah yang jaiz itu wajib atau jadilah yang jaiz itu mustahil.

Antara Perkara Yang Harus Bagi Allah 

1. [Maka diketahui] daripada demikian itu bahawasa Allah  itu tiada wajib atasNya
memperbuat sesuatu daripada mumkinat, bersalahan bagi Mu’tazilah pada kata mereka itu
wajib atas Allah  memperbuat Solah ( ) dan Ashlah ( ) ertinya yang baik dan yang
terlebih baik. Maka harus bagiNya  memperbuatkan keduanya dan ketiadaan
memperbuatkan keduanya. Dan Solah itu barang yang membetuli fasad ( ) seperti iman
pada membetuli kufur dan sihat pada membetuli sakit. Dan Ashlah barang yang membetuli
Solah seperti memberi makan akan seorang makanan yang sedap pada membetuli memberi
makan makanan yang tiada sedap dan kata qil keduanya perkara yang satu.
2. [Dan] bersalahan qaul bagi Mu’tazilah pada kata mereka itu wajib atas Allah  membangkit
segala Rasul . Maka harus bagiNya  membangkitkan mereka itu dan
ketiadaannya.
3. [Dan] bersalahan qaul bagi Mu’tazilah pada menafi mereka itu akan memperlihat Allah 
akan zatNya Yang Maha Tinggi. Maka harus bagiNya  bahawa memperlihat Ia akan zatNya
akan hambaNya, tetapi tiada jatuh melihatNya di dalam dunia melainkan bagi Nabi kita j
pada malam Isra’ ( ), maka telah melihat ia akan Allah  dengan dua mata kepalanya di
dalam jaga dengan ketiadaan kaifiat. Dan barang siapa mendakwa akan melihatNya  di
dalam jaga pada dunia (se)lain daripada Nabi j, maka tiada syak pada kufurnya.
4. Adapun di dalam tidur, maka tiada khilaf pada harusnya dan jatuhnya33 dan lagi akan
dilihatkan Dia  oleh Mukminun di dalam akhirat dengan tiada kaifiat.
____________________________________________________________________
33. Katanya adapun di dalam tidur maka tiada khilaf pada harusnya dan jatuhnya – dan yang dilihatkan dia di
dalam tidur jika ada ia dengan wajah yang tiada mustahil atas Allah , maka iaitu ialah . Dan jika tiada begitu
seperti bahawa ada ia dengan rupa seorang laki-laki, maka bukannya Ia  bahkan iaitu misal yang menjadikan dia
oleh Allah . Dan dikatakan tatkala itu bahawasanya melihat ia akan Tuhannya pada jumlah kerana hikmah yang
nyata pada takbir mimpi dengan bahawa dikatakan penunjuk ia atas bagi-baginya. Dan kata qil Ia Allah  jua dan
keadaanNya dengan ini wajah dan sungguhnya dengan i’tibar zihin orang yang melihat, adapun pada haqiqat maka
tiada Allah  seperti demikian itu hanya telah ditanyakan setengah Shufiyah ( ) yang mendakwakan melihatNya
 di dalam tidur. Betapa engkau lihatkan Dia? Maka berkata ia: Terpaling penglihatan mataku pada mata hatiku,
maka jadilah sekalian aku penglihatan, maka melihatlah aku akan mereka yang tiada seperti umpamanya sesuatu.
.

24

You might also like