You are on page 1of 12

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

KARYA MELAYU KLASIK

NAMA : ROHAYA BINTI RAMLI

NO. MATRIK : JEA 080117

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN BIN


MUHAMMAD

SEM 1 SESI 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU


PENGENALAN

Pantun ialah sejenis karya Melayu Klasik yang telah lama digunakan oleh

masyarakat nusantara lagi. Mereka mengagungkan serta melihat pantun sebagai alat atau

bahan yang digunakan bagi menyampaikan keadaan dan makna sesuatu kejadian yang

berlaku dalam hidup mereka. Dalam Sastera Melayu Klasik pantun dikenali sebagai

karya non-naratif. Pantun mempunyai pembayang dan maksud yang digunakan untuk

melengkapkan antara satu sama lain serta bagi memudahkan maksud pantun difahami

oleh pembacanya.

Pantun mempunyai pelbagai cabang antaranya ialah pantun agama, pantun budi,

pantun kasih sayang, pantun kanak-kanak, pantun nasihat dan sebagainya. Kebiasaannya

pantun digunakan dalam adat-adat pepatih, adat-adat perkahwinan dan sebagainya.

Dalam adat-adat perkahwinan kebiasaannya digunakan ketika adat merisik. Pantun

digunakan ketika keluarga pihak lelaki datang ke rumah keluarga pihak perempuan untuk

merisik bakal pengantin perempuan.


PANTUN

Ramai orang menggali perigi


Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Halia ini tanam-tanaman


Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya

Kera di hutan terlompat-lompat


Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat

Sayang-sayang buah kepayang


Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan

Sungguh indah pintu dipahat


Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan
HURAIAN PANTUN

Halia ini tanam-tanaman


Ke barat juga akan rebahnya
Dunia ini pinjam-pinjaman
Ke akhirat juga akan sudahnya.

Dalam pantun ini mempunyai maksud yang tersirat dan mendalam. Pantun ini

menceritakan tentang kehidupan umat manusia di dunia ini. Antara maksud tersirat yang

terdaat dalam pantun ini ialah memberitahu bahawa kehidupan di dunia ini tidak kekal

selamanya, maka seseorang insane hendaklah sentiasa mengikut perintah Allah SWT

agar dapat dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Umat Islam khususnya diingatkan supaya sentiasa beramal soleh bagi menjamin

kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Umat Islam adalah ditegah sama sekali dari

melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT, kerana ia akan dilaknat oleh

Allah SWT. Pantun ini mengingatkan umat Islam supaya tidak terlalu leka dan lalai

dengnan keseronokkan dunia, kerana kehidupan di dunia ini hanya sementara dan tidak

akan kekal selamanya.


Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat.

Falsafah yang terdapat dalam pantun ini ialah mengenai kepentingan ilmu. Ilmu

sangat penting dalam kehidupan seseorang manusia. Ilmu ini bukan satu tetapi bersifat

pelbagai. Antaranya ialah ilmu fizik, sains, matematik, agama, falsafah dan sebagainya.

Ilmu-ilmu ini sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa ilmu kehidupan

seseorang itu tidak akan berubah dari semasa ke semasa. Dengan adanya ilmu

pengetahuan maka manusia dapat berfikir pelbagai cara untuk mencipta pelbagai alat

bagi memudahkan menjalani kehidupan seharian. Amatlah rugi jika ilmu yang diperolehi

tidak diamalkan. Mencari ilmu tidak akan rugi kerana ia boleh buat bekalan di dunia

mahupun akhirat.
Kera di hutan terlompat-lompat
Si pemburu memasang jerat
Hina sungguh sifat mengumpat
Dilaknat Allah dunia akhirat.

Dalam pantun ini pula menjelaskan tentang dosa pahala sesuatu perbuatan umat

Islam di dunia ini. Umat Islam haruslah sedar bahawa setiap perkara yang dilakukan ada

ganjaran pahala serta balasan dosa dari Allah SWT. Dosa pahala ini telah ditetapkan oleh

Allah SWT. Umat Islam hendaklah patuh dan taat kepada perintah Allah SWT bagi

menjamin kehidupan di dunia dan di akhitrat kelak.

Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala kepada sesiapa sahaja umatnya

yang taat dan patuh kepada perintahNya. Walaupun dengan hanya berniat untuk

melakukan kebaikan, Allah SWT akan memberikan ganjaran pahala kerana mempunyai

niat yang baik dan mulia. Memberi salam kepada orang lain juga dapat pahala dari

Allah.

Allah SWT itu Maha Adil, maka Allah telah menetapkan setiap perkara yang baik

diberikan ganjaran pahala manakala perkara yang buruk pula akan diberi balasan dosa.

Dalam pantun ini ada menyebut sifat mengumpat adalah dilaknat oleh Allah SWT. Sifat

mengumpat ini adalah sifat yang keji dan dipandang hina oleh manusia mahupun Allah

SWT. Oleh itu, umat Islam digalakkan menjauhkan diri dari mengumpat atau

memburuk-burukkan orang lain.


Sayang-sayang buah kepayang
Buah kepayang hendak dimakan
Manusia hanya boleh merancang
Kuasa Allah menentukan.

Setiap rangkap pantun dan patah perkataan yang terdapat dalam pantun ini

mempunyai pelbagai maksud yang tersendiri. Pantun ini pula menceritakan tentang

kuasa Allah SWT. Sebagai umat Islam, kita diwajikan percaya dengan kekuasaan dan

kewujudan Allah SWT. Segala pergerakkan, perbuatan, tingkah laku manusia telah

ditakdirkan oleh Allah SWT. Maka umat Islam haruslah menerima dengan reda segala

kejadian atau takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Dalam pantun ini menjelaskan Allah lebih berkuasa menentukan apa sahaja takdir

dan kejadian kepada umatnya. Manusia hanya mampu merancang sesuatu yang diingini

tetapi Allah yang menetapkannya sama ada sesuatu yang dirancang itu menjadi kenyatan

ataupun tidak.
Sungguh indah pintu dipahat
Burung puyuh di atas dahan
Kalau hidup hendak selamat
Taat selalu perintah Tuhan.

Falsafah yang terdapat dalam pantun agama ini ialah menerangkan tentang

kehidupan seseorang umat Islam di dunia ini. Kehidupan ini bermaksud corak kehidupan

seseorang umat Islam haruslah sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Dalam Al-quran ada menyebut tentang amar makruf nahi mungkar yang bermaksud

melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Sesunggguhnya

melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang akan mendapat

ganjaran pahala yang besar dari Allah SWT. Kita sebagai umat Islam hendaklah taat

pada perintah Alah bagi mendapat keredaan Alah dunia akhirat. Bagi kehidupan yang

lebih terjamin kita hendaklah sentiasa beramal soleh dan percaya tentang kewujudan

kehidupan alam barzakh.


KESIMPULAN

Kesimpulan dari semua rangkap pantun agama ini ialah mengisahkan tentang

corak kehidupan yang harus dilalui oleh umat Islam. Umat Islam haruslah melalui

kehidupan seharian mengikut kehendak syariat Islam.

Antara contoh syariat Islam yang harus dipatuhi ialah batasan pergaulan antara

lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Syariat ini ditetapkan bagi mengelakkan

berlakunya perlakuan-perlakuan yang tidak senonoh seperti zina, rogol, liwat, bercumbu

dan lain-lain. Syariat ini ditetapkan kerana perlakuan-perlakuan ini akan mendapat

balasan dosa dari Allah SWT. Maka kuranglah bekalan amalannya di akhirat.

Pantun agama ini juga dijadikan bahan untuk memberi peringatan kepada yang

lupa serta menasihati umat Islam supaya tidak terlalu lalai dan leka dengan keseronokkan

dunia yang sementara ini.


BIBLIOGRAFI

Abd. Rahman Kaeh dan Mohd Yusof Mohd. Noor. 1985. Puisi Melayu Tradisi. Petaling
Jaya : Penerbit Fajar Bakti.

Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur : Synergate
Sdn. Bhd.

Hashim Musa. 1999. Falsafah dan Logika Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur :
Akademi Pengajian Melayu.

http://www.wikipedia.com.
BIBLIOGRAFI

You might also like