GAYA LOMPAT JAUH

Pada amnya, terdapat tiga gaya lompat jauh seperti berikut: • • • Gaya Layar Gaya Gantung Gaya Tendang Kayuh

Gaya layar biasanya digunakan oleh pelompat yang baru menceburkan diri dalam acara ini. Gaya gantung pula digunakan oleh novis dan juga pakar. Daya gaya tendang kayuh adalah gaya yang hanya digunakan oleh pakar sahaja.

FASA LOMPAT JAUH Fasa lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut: • • • • Fasa penujuan Fasa lonjakan Fasa penerbangan/layangan Fasa pendaratan

1

Fasa pendaratan Apabila badan mula jatuh. Untuk gaya tendang kayuh. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza. 11-15 langkah untuk pelompat novis. tangan dan kaki dirapatkan. pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. 2 . tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulaan mestilah bermula dengan kaki melonjak. tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan. Fasa penerbangan / layangan Dalam fasa ini.Fasa penujuan Terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasa berlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Bila tumit mula mencecah tanah. badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. kaki digerakkan seperti mangayuh basikal. Kemudian. Bila kaki memijak papan lonjak. Fasa lonjakan Setibanya di papan lonjak.

pelepasan lompatan. Semua aspek ini perlu dimiliki oleh setiap pelompat jauh. 3 . tidak mungkin seseorang itu dapat melompat jauh. Larian yang baik boleh dipelajari dan dilatih. yang boleh menyebabkan lompatan batal. Ketidaktepatan untuk menghasilkan langkah yang tepat pada sasaran di papan pelepas. Kelajuan Larian Kelajuaan larian yang sesuai penting untuk menghasilkan daya lompatan yang kuat dan mungkin juga jauh. konsentrasi dan ketepatan adalah penting. • • Penggunaan tenaga yang maksimum sebelum lompatan dibuat. Larian yang tidak sesuai boleh menyebabkan perkara berikut.ASPEK LOMPATAN Dalam acara lompat jauh. terdapat empat aspek penting yang harus diberikan perhatian utama. Penting juga diketahui bahawa kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu pergerakan menegak yang kuat semasa lompatan dibuat. Mungkin ada yang berpendapat larian tidak begitu penting dalam acara ini. lompatan di udara dan pendaratan. • Corak langkah larian menjadi tidak konsisten dan boleh mengganggu lompatan. Dalam menghasilkan larian mendatar dan menegak. iaitu kelajuan larian. tidak kira sama ada seseorang itu baru mempelajari acara ini ataupun yang sudah lama melibatkan diri di dalamnya. Pendapat ini salah kerana tanpa larian deras yang sesuai.

4 . Pelepasan Lompatan Pelepasan lompatan penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak maksimum.Biasanya . Untuk tujuan ini. Walaupun dianggarkan bahwa pelompat akan berada selama 0. Ini selanjutnya akan menjejaskan konsistensi larian yang diukur tadi. check-mark dilakukan sebelum membuat lompatan. Kaedah kedua ini begaimanapun tidak sesuai sekiranya tiupan angin terlalu kuat. Kaedah kedua ialah mencari konsistensi melalui larian dari papan pelepas. pelompat harus mencari konsistensi melalui larian yang berulang-ulang ke papan pelepas. seorang pembantu diperlukan untuk menandakan titik yang paling sesuai dengan langkah yang bakal dibuat. larian yang mengandungi antara 18-22 langkah atau jarak 25-40 meter diambil oleh pelompat. Dalam hal ini. Terdapat dua kaedah untuk melakukan check-mark. Kesesuaian dalam kelajuan larian dan daya konsentrasi yang tinggi akan dapat membantu menghasilkan pelepasn yang baik.11 saat sahaja pada tahap ini ia penting untuk menentukan daya lompatan yang baik atau lompatan yang batal. Check-mark ini dibuat untuk memudahkan peserta memberikan ketepatan anta larian mula dengan papan pelepas. Manakala untuk ketepatan yang tinggi. dan seterusnya dalam membuat lompatan yang baik dan berkesan. Pertama. pelompat perlu melakukan banyak larian sehingga ketepatan diperolehi.

teknik berikut disarankan. Daya pergerakan menegak ini bagaimanapun telah dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku pada awal pelepasan. sebanyak 12% daripada momentum mendatar telah dikurangkan sebelum lompatan dibuat. pergerakan menegak ini juga akan dikurangkan. Semasa di Udara Selepas pelepasan lompatan dibuat. iaitu dengan kedua-duanya diangkat ke atas. momentum menegak mula mengambil tempat pada diri pelompat. • Perlu ada konsentrasi yang tinggi daripada pelompat pada tahap pelepasan lompatan. Melalui pemerhatian corak dan teknik lompatan yang dibuat oleh jaguh-jaguh terkemuka peringkat antarabangsa. Selanjutnya. 5 . Penghasilan sudut hentian yang sesuai dapat dilakukan melalui aplikasi teknik yang baik. dan pada kaki pula sudut hentian yang wujud perlulah diubah. Keadaan pengurangan momentum ini dikeali sebagai sudut hentian. iaitu oleh daya graviti.Kajian yang pernah dibuat oleh bebrapa pakar sukan Amerika Syarikat menunjukkan bahawa dalam jangka masa pelepas ini. Pusat graviti semasa lompatan di udara adalah pada badan pelompat. Penghasilan sudut hentian yang searas dengan corak larian akan dapat mengurangkan kehilangan momentum apabila berlaku perubahan pergerakan daripada mendapat kepada menegak. • Bahu dan dada membantu dalam membuat pelepasan. • Teknik ini dilakukan dengan mengangkat kedua-dua belah tangan dari atas ke bawah.

Pada umumnya. terdapat tiga jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh seseorang pelompat jauh semasa di udara. teknik larian di udara (running in the air) dan mengayuh (hitch-kick) biasanya digunakan untuk menghasilkan jarak minimum. khususnya momentum menegak. Pergerakan yang sesaui bukan sahaja mampu menghasilkan jarak. rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dapat dipindahkan ke bahagian kaki dan sebahagian kecilnya ke tangan. Melalui cara ini. tetapi dapat mengelakkan gangguan pada momentum. mengayuh atau berlari di udara adalah yang paling licin dan banyak digunakan dalam lompatan bagi acara lompat jauh pada peringkat antarabangsa. Teknik ini dapat mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Teknik ini dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan.Walaupun wujud rintangan udara. Ini seterusnya dapat membantu pendaratan yang baik dan stabil. 6 . tetapi ia adalah kecil berbanding pusat graviti yang ada pada badan seorang pelompat. Teknik pendaratan yang dikenali sebagai jack-knifing adalah disarankan untuk tujuan ini. Untuk mengatasi rintangan ini. Pendaratan Aspek pendaratan tidak kurang pentingnya dalam menentukan pencapaian jarak yang maksimum. • • • Pergerakan belayar (sailing) Pergerakan mengayuh (hitch-kick atau running in the air) Pergerakan ayunan punggung (hip-swing) Daripada ketiga-tiga jenis pergerakan ini.

supaya ia bergerak atas apa yang dikenali borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak. Keduadua lengan dihayun ke belakang semasa mendarat. Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu. pinggul. Selepas melakukan lonjakan. 1. 3.TEKNIK-TEKNIK UNTUK ACARA LOMPAT JAUH. Berat badan ditumpukan ke atas kaki. atlet coasts atau lari bersahaja. 4. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan keduadua lengan dibawa ke atas kepala. memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama.lutut dn sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan. Kaki bebas dibawa ke hadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. ANSUR MAJU 7 . Atlet berlari. kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun ke hadapan sementara kaki bebas diluruskan ke bawah dank e belakang. 5. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerakan-gerakan kaki. 2.

• Seperti No. Jadi. (rajah b) 8 . melonjak daripada sebelah kaki tetapi mendarat dengan kaki lain (kaki bebas). Latihan ini adalah untuk menyesuaikan atlet melonjak daripada papan lonjak dan juga menolongnya menentukan kaki lonjak. lebih tingginya di udara. Tubuh badan tegak dan cuba menyentuh sapu tangan atau belon yang digantung dengan bahagian atas kepala. semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tending kayuh. iaitu menggunakan larian lima langkah. (rajah a) Seperti No. • Lari menuju ke papan lonjak dengan satu larian pendek (lima langkah) untuk melonjak daripada papan lonjak dari satu kaki dan mendarat dengan kedua belah kaki. Atlet cuba menyentuhnya dengan atas kepala dan bukan dengan dahi. tubuh badan hendaklah tegak. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat.2 tetapi mendarat dalam posisi split. tingginya lompatan dan pergerakan mendatar tidak ada kaitan.Dalam lompatan. Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang di poin tertinggi lompatan. 1 di atas. atlet itu memerlukan lebih masa. iaitu dengan kaki lonjakan berada di belakang dan kaki bebas (yang membongkok) di hadapan badan.

Seperti No. faktor yang paling utama yang harus diberi perhatian adalah faktor keselamatan.3 tetapi terbalikkan posisi kaki di udara dan mendarat dalam posisi split. Keselamatan penting untuk mengalakkan seseorang atlet mengalami sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap prestasi. Di samping itu.4 tetapi membawa kaki belakang bersama-sama dengan kaki lonjakan yang lurus di hadapan untuk mendarat dan menyempurnakan aksi kaki. (rajah c) Seperti No. Lengan-lengan dihayun lurus ke atas badan ke depan dan ke bawah seterusnya ke belakang untuk mengimbangi aksi kaki. 9 .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful