You are on page 1of 1

Satu pameran ilmiah telah diadakan di IPG KDRI berkaitan dengan kanak-

kanak pendidikan khas. Maklumat-maklumat yang kami perolehi daripada hasil


seminar, lawatan dan menonton filem kami pamerkan kepada orang ramai. Kami
telah mempamerkan mengenai kanak-kanak pendidikan khas yang mengalami
masalah pembelajaran iaitu, ADHD, sindrom down, disleksia dan celebral palsy.
Kami mempamerkan maklumat-maklumat yang kami perolehi secara terperinci.

Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada


orang ramai mengenai kanak-kanak pendidikan khas. Memandangkan masih ramai
lagi masyarakat yang belum didedahkan dengan maklumat kanak-kanak pendidikan
khas. Sejarah pendidikan khas sehingga akhir tahun 1960 di negara barat,
memaparkan kanak-kanak khas dibiarkan dirumah ataupun dihantar ke rumah
kebajikan untuk di didik. Kita tidak mahu sejarah itu diteruskan di negara kita. Kanak-
kanak khas ini perlu di didik dengan sewajarnya dan tidak sepatutnya dibiarkan di
rumah sahaja serta. Mereka memerlukan pendidikan khas bagi membantu mereka
mencapai tahap berdikari yang tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan.

Maklum balas yang kami perolehi daripada pameran ini adalah positif.
Dengan adanya pameran seperti ini kami dapat berkongsi maklumat dengan orang
ramai seperti pelajar-pelajar lain dan juga pensyarah. Kami berkongsi maklumat dan
pengalaman masing-masing berdarkan pemeran yang yang diadakan. Pameran
seperti ini amat berkesan terutama kepada golongan guru pelatih yang bakal menjadi
guru pada masa yang akan datang. Adalah lebih baik pameran ini dapat di adakan
kawasan orang awam supaya mereka juga mengetahui maklumat-maklumat
menganai kanak-kanak pendidikan khas. Dengan adanya maklumat dan
pengetahuan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas, mereka tidak akan
memandang rendah kepada golongan ini, bahkan mereka sama-sama memberi
sokongan dan menbantu kanak-kanak ini bagi mencapai tahap kehidupan yang baik
dan berdikari.

Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan sokongan orang ramai agar


mereka dapt hidup seperti kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak seperti ini adalah
insan yang istimewa yang memerlukan jagaan yang rapi dan didikan yang
sewajarnya.

You might also like