You are on page 1of 5

Susun atur bilik darjah yang mesra budaya

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya menjadi faktor keberkesanan


kepada proses pengajaran dan pembelajaran . Mesra didefinisikan sebagai satu
perasaan yang menggambarkan kegembiraan, keceriaan dan keselesaan yang
wujud dalam interaksi sesama individu dalam sesebuah masyarakat. Budaya pula
boleh didefinisikan sebagai satu amalan yang diamalkan dalam sesebuah
masyarakat.

John W.Santrock (2007) mendefinisikan budaya sebagai “the behaviour,


patterns, beliefs, and all other products of a particular group of people that are
passed on from generation to generation”. Takrifan lain bagi budaya adalah hasil
interaksi antara beberapa kumpulan masyarakat dengan persekitaran melewati satu
tempoh masa yang lama iaitu banyak tahun. Budaya itu sendiri boleh mempengaruhi
identiti, cara pembelajaran, dan tingkah laku sosial ahlinya (Bornstein, M.H., 1999;
Goodnow, 1995).

Secara umumnya, persekitaran bilik darjah yang mesra budaya boleh


difahamkan sebagai suatu persekitaran bilik darjah yang selesa, gembira dan ceria
yang telah diwujudkan oleh guru melalui amalan dan perlakuan yang telah
diterapkan dalam pengajaran guru tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert
(1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa
dan di mana pelajar duduk juga dapat membantu dalam interaksi antara murid dari
latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Persekitaran bilik darjah yang positif tercapai apabila murid dapat melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Murid akan berasa tenang,
seronok dan bermotivasi untuk belajar. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa
dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid.
Salah satu cara bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang positif ialah melalui
susun atur ruang pembelajaran dalam bilik darjah. Ruang pembelajaran di dalam
bilik darjah perlu menarik dan meyokong aktiviti pembelajaran di dalamnya. Ruang
pembelajaran di dalam bilik darjah dirangka supaya ada ruang persendirian , ruang
untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan dan ruang untuk alat bantu belajar yang
kondusif kepada murid-murid.
Kami telah melakar satu lakaran kasar bilik darjah prasekolah yang dapat
menyumbangkan persekitaran yang mesra budaya. Bilik darjah yang kami lakar
adalah satu bilik darjah prasekolah yang mesra budaya. Pengurusan bilik darjah
prasekolah berbeza dengan persekitaran bilik darjah arus perdana. Hal ini kerana
persekitaran fizikal memainkan peranan penting dalam pemupukan minat dan
kesedian untuk belajar bagi murid-murid prasekolah.

Perkara utama yang kami tekankan semasa melukis pelan lantai prasekolah
ialah, aspek pencahayaan dan pengudaraan yang baik iaitu kedudukan pintu,
tingkap. Hal ini bagi memudahkan kami untuk menempatkan peralatan yang sesuai
di dalam kelas supaya tidak menghalang pencahayaan dan pengudaraan.
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan
murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap
dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan dan pengudaraan yang
mencukupi. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun tidak menghalang
tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan.

Antara aspek lain yang kami tekankan dalam penyusunan bilik darjah
prasekolah ini ialah, meja guru, sudut pembelajaran, rak guru, sudut multimedia,
meja murid, bakul sampah,dapur, peti pertolongan cemas,alat pemadam api, bakul
sampah, tandas dan sebagainya.

Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi


membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas
bukan di tengah supaya penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang. Meja ini
tidak diletakkan di sebelah pintu supaya laluan keluar masuk tidak terhalang,
sebaliknya diletakkan di sebelah tingkap bagi memberi pencahayaan dan
pengudaraan yang cukup untuk keselesaan guru. Keselesaan guru dapat
merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.

Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk
menyimpan bahan bantu belajar termasuk CD untuk kegunaan murid. Selain itu juga,
rak guru disediakan bagi memudahkan guru menyimpan fail peribadi murid, rekod-
rekod perkembangan murid dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan
prasekolah.

Meja murid disusun mengikut kumpulan berlima dalam bentuk bulatan supaya
memudahkan berlakunya komunikasi antara ahli dalam kumpulan. Susunan ini turut
menggalakkan pembelajaran berorientasikan murid yang membolehkan murid
terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Di samping itu, susun atur sebegini
memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan. Jika terdapat pelbagai kaum
di dalam kelas tersebut guru akan meletakan dalam setiap kumpulan akan terdiri
daripada pelbagai kaum. Hal ini bagi membentuk bilik darjah yang mesra budaya.
Bagi aktiviti kelas, murid akan berada di atas permaidani yang berdekatan dengan
meja guru. Hal ini membolehkan murid-murid dapat menumpukan perhatian kepada
guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Kedudukan murid yang
berhampiran dengan guru juga membolehkan murid berinteraksi dengan guru
dengan lebih jelas lagi.

Di kelas prasekolah, terdapat pelbagai sudut mengikut tunjang pembelajaran


iaitu, tunjang komunikasi bahasa (bahasa malaysia dan bahasa inggeris), tunjang
sains dan teknologi (awal sain dan matematik), tunjang kemanusiaan, tunjang
pendidikan islam dan moral, tunjang perkembangan fizikal dan kesihatan, tunjang
perkembangan kreativiti dan estetika serta tunjang pengurusan sosioemosi. Selain
itu, terdapat juga sudutmain peranan, sudut main bongkah dan sudut main pondok
dan sudut rehat bagi murid-murid prasekolah.

Setiap sudut ini berada di tepi kelas. Hal ini memudahkan murid
menggunakan sudut-sudut tersebut. Di setiap sudut ini, dihamparkan permaidani
dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih
bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka
berada di rumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus turut disusun di sudut
ini untuk bacaan umum murid-murid. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina
seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu
disusun kembali di atas rak selepas digunakan dan sebagainya. Peraturan sebegini
boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Murid-
murid boleh menggunakan sudut ini pada bila-bila masa seperti pada waktu pagi
sebelum sesi p&p bermula, sewaktu menunggu ibu bapa datang menjemput dan
ketika waktu rehat. Dengan adanya sudut pembelajaran ini murid-murid dapat
berinteraksi dengan rakan sekelas dengan lebih rapat

Pada sudut multimedia, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet


untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di
bahagian tepi dinding bilik darjah prasekolah berdekatan dengan meja guru. Sudut
ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat
bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada
guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak
dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media
ini. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini serta
pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya
kerosakan atau kemalangan.

Peti pertolongan cemas juga sangat penting dalam sesebuah kelas


prasekolah. Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas dan
berhampiran dengan meja guru. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu
mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas
kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya
peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya
kemalangan.
Pemadam api amatlah penting sekiranya berlaku kebakaran. Dengan adanya
pemadam api dalam bilik darjah, kebakaran kecil dapat dipadamkan dengan segera
serta dapat dielakkan daripada merebak. Guru perlu menjemput pegawai bomba ke
sekolah untuk menerangkan kepada tindakan yang perlu mereka ambil sekiranya
berlaku kebakaran dan bagaimana cara untuk menggunakan pemadam api.

Kami meletakkan pada setiap sudut kelas satu bakul sampah. Hal ini kerana
kami ingim melatih murid-murid supaya menjaga kebersihan kelas. Dengan adanya
bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu
membuang sampah ke dalam bakul sampah. Guru juga perlu menjadikan amalan
membuang sampah ke dalam bakul sampah sebagai rutin kepada murid-murid.
Dengan adanya amalan dan budaya membuang sampah ke dalam bakul sampah
ini, maka kebersihan kelas akan terjamin sekali gus dapat menjadikan kelas
sebagai persekitaran yang bersih dan mesra budaya.

Di prasekolah kami juga terdapat sebuah dapur yang menempatkan barang-


barang untuk memasak. Dapur ini akan dikendalikan oleh pembantu pengurusan
murid (PPM). Makanan untuk murid-murid disediakan di dapur prasekolah oleh
PPM. Dapur terletak pada bahadian belakang kelas dan dihalang oleh dinding
supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di
dapur juga terdapat peti ais bagi menyimpan bahan mentah. Perlatan yang tajam di
letakkan di tempat yang tinggi supaya tidak dapat di capai oleh murid-murid. Selain
itu, peraturan penggunaan dapur di beritahu oleh guru kepada murid. Sebagai
contoh, murid-murid tidak dibenarkan Masuk ke dapur tanpa kebenaran guru.

Seterusnya, di kelas prasekolah juga terdapat dua buah tandas. Iaitu tandas
lelaki dan tandas perempuan. Tandas ini terletak dibahagian belakang kelas dan
dan bertentangan dengan meja guru. Peraturan penggunaan tandas juga
ditetapkan seperti meminta izin guru dahulu sebelum ke tandas serta mambaca doa
sebelum masuk ke tandas. Kedudukan yang tandas hendaklah tidak telindung
daripada pandangan guru supaya jika sesuatu yang berlaku guru dapat
mengenalpasti dengan segera seperti murid-murid berada di dalam tandas terlalu
lama dan sebagainya.

You might also like