You are on page 1of 24

FOLIO PENDIDIKAN

SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
TEMA 4 (WARISAN KEPELBAGAIAN MALAYSIA)
NAMA: REVATHI A/P WARDAN
TINGKATAN: 4 BERLIAN
NO. MAKTAB: 114124
KANDUNGAN

2.1 Tajuk kajian

2.2 Penghargaan

2.3 Matlamat kajian

2.4 Objektif kajian

2.5 Kaedah pengumpulan

2.6 Pelaksanaan kajian

2.7 Hasil kajian

2.8 Membuat refleksi

2.9 Lampiran

2.10 Rujukan
TAJUK KAJIAN
TEMA 4

 WARISAN KEPELBAGAIAN MALAYSIA (hasilkan folio tentang perayaan-

perayaan pelbagai kaum di Malaysia


PENGHARGAAN

Saya, Revathi a/p Wardan, pelajar Tingkatan 4 Berlian, ingin memanjatkan

kesyukuran kerana telah berjaya menyiapkan foilio ini. Terima kasih juga saya ucapkan

kepada kedua-dua ibu bapa saya yang telah banyak memberikan sokongan serta

bantuan kewangan kepada saya. Mereka juga telah  banyak memberikan maklumat-

maklumat tambahan. Tugasan kami mungkin bertambah sukar lagi tanpa bantuan dan galakan

mereka. Sekalung ucapan penghargaan juga saya tujukan kepada pihak sekolah,

Maktab Rendah Sains Mara Muar,Johor terutama kepada Ayahanda Tuan Pengetua,

En. Abdul Rahim Bin Mohamad dan En. Tengku Shamsul Baharin, guru Pendidikan

Sivik dan Kewarganegaraan saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dalam

menyiapkan tugasan ini sekaligus membimbing saya melaksanakan kajian ini. Ribuan

terima kasih kepada rakan-rakan yang lain yang banyak membantu dan memberikan

kerjasama kepada saya ketika mencari bahan dan maklumat semasa membuat folio ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak

langsung dalam menyiapkan folio ini.


MATLAMAT KAJIAN

 Mengaplikasikan pengetahuan serta nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik

darjah

 Menyedarkan pelajar tentang betapa pentingnya mengetahui agama dan

perayaan kaum lain di negara ini.

 Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap

masyarakat,agama dan negara.


OBJEKTIF KAJIAN

 Mengenal perayaan dan latar belakangnya dengan lebih dekat.

 Menanamkan sikap menghormati perayaan kaum lain di negara ini.

 Membangkitkan semangat patriotik di kalangan pelajar.


KAEDAH PENGUMPULAN

 Mengkaji bahan-bahan rujukan seperti buku sejarah, majalah dan berita-berita

tertentu.

 Membuat perbincangan atau temu bual dengan guru sejarah yang mempunyai

pengetahuan.

 Mencatat,menulis dan menaip bahan-bahan yang diperoleh dengan lengkap


PELAKSANAAN KAJIAN

 Mengatur tugas dengan efektif dan tersusun.

 Menyediakan gambar dan bahan-bahan yang berkaitan sebagai lampiran.

 Mengarang atau menulis bahan-bahan dalam bentuk yang mudah difahamidan

sempurna.
HASIL KAJIAN

A) HARI RAYA AIDILFITRI

LATAR BELAKANG:

Hari Raya Aidilfitri (Arab: ‫' ;عيد الفطر‬Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada

1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari

Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan

oleh umatIslam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan

lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya

bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia

merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan)

ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan,

ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim

Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada

sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

ZAKAT FITRAH DAN TAKBIR

Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat

fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa

itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia.

Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan

puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat
Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit

berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri

adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar

menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi

lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Apabila tarikh Hari Raya telah

ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah.

Tempoh bertakbirbagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari

terakhir bulan Ramadan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1

Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

SIMBOL:

Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat. Ketupat adalah

juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang

dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan

bersama dengan rendang. Juadah-juadah yang lain termasuklah lemang,

lontong, dodol, dan kuih raya. Namun begitu, simbol lain yang berteraskan Islam seperti

kalimah Allah dan Nabi Muhammad, bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, geometri, dan

lain-lain yang tiada unsur haram juga adalah digalakkan untuk digunakan sebagai

simbol perayaan Hari Raya Aidilfitri.

PERSIAPAN:

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum

perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai.


Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan

perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan

di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan

ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama

beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri. Di jalan raya utama dan lebuh

raya di seluruh negara, kesesakan akan berlaku akibat kebanjiran warga bandar yang

pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara

dan kaum keluarga. Fenomena ini juga dikenali sebagai Balik Kampung.

AMALAN LAZIM:

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan

ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya

Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya

Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara

mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian

mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan

bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya

adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali

persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah

kepada Allah. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari

Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanakmelalui

sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi

daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang

Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu
hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan

syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang

kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan

pemberian hadiah-hadiah. Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan

Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila

malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang

bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah

tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan

membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana

merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin

membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan

elektrik seperti hari ini. Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada

bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang

bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah

menerangi masjid-masjid kami.", dan juga riwayat dari Umar (‫ )رضى هللا عنه‬menyebutkan

bahawa:

"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah

akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " .

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang

bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga

sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang

pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan

dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak.


PAKAIAN:

Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di

Malaysia pada Hari Raya. Pakaian ini dilengkapi dengan songkok dan lilitan songket di

bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita pula ialah Baju

kurung dan Baju kebaya. Setiap tahun pelbagai fesyen diperkenalkan bagi

mempelbagaikan rekaan baju-baju tradisi ini. Pada tahun 2005,

pemakaian batik, songket, dan baju kebaya nyonya semakin meningkat hasil promosi

dan komersialisasi oleh Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri kepada

bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


B) HARI DEEPAVALI

LATAR BELAKANG:

Hari Deepavali (Hindi: दिपावली, Tamil: தீபாவளி) juga dikenal

sebagai Diwali dan Divali (Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh

semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti

di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti

cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut

pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan

November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja

Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh

oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar

mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang

baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar

berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang

dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi

melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai

perayaan Deepavali.

KEPENTINGAN DALAM AGAMA HINDU:

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan,

serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan

kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang
diceritakan dalam Ramayana. Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu

pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh

sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah

menjadi Divali, terutamanya di India utara. Pada hari Deepavali, ramai yang memakai

pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India

utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka

pada hari ini.

CERITA BERKAITAN DEEPVALI:

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan

Deepavali:

Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama,

Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14

tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh

raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita

sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama

pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi

bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih

awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar

Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.

Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum

hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam

bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama,


isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini

dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta

rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu

Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya

berwarna-warni.

Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan

bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan)

untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai

kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja

Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma

sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya

mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukankalasha dengan 21 benang dalamnya dan

21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri

vrata.

Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali.

Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna

memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra

dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para

penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah

golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu

perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus

mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan

sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk
kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu.

Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat

Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan

lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui

keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai,

namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan

secara terperinci dalam Bhagavad Gita.

Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana,

Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi

setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan

'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.

SAMBUTAN DEEPAVALI DI MALAYSIA:

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan

dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang

melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang

melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana

patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk

rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas

tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan

"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi(Dewi kekayaan).


C) TAHUN BARU CINA

LATAR BELAKANG:

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun

baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12

tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.) Tahun

Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.

Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak

sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah

malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib

malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga

dan pokok limau. Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul.

Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi sepertidaging itik, daging

salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat

golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan

nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih

belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias

yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina,

perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei. Tahun Baru

Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang

Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong  Macau , Filipina,  Singapura,  Taiwan,

Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan

bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim
qamari Cina), termasuk Korea (Seollal),  Tibet dan Bhutan (Losar),  Mongolia (Tsagaan

Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

SEJARAH:

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas.

Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12

ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah

diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari

dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut

catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja

pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10

pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau

kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah

sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal

sampai masa ini.

JAMUAN PERTEMUAN SEMULA:

Jamuan pertemuan semula (Cina Tradisional: 團圓飯, Cina Ringkas: 团圆饭 tuányuán

fàn) diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada

tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini

biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat

kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging ayam dan ikan. Ikan (Cina

Tradisional: 魚, Cina Ringkas: 鱼, pinyin: yú) sebagai makanan penting, tidak dimakan

sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina nián nián
yǒu yú (Cina Tradisional: 年年有餘, Cina Ringkas: 年年有余), yang bermakna "semoga

ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap

tahun."

AMALAN TAHUN BARU:

Ang pau

Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包, Cina Ringkas: 红

包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ): âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利

是, 利市 atau 利事, bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang

sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-

mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi

sampul merah ini kepada kanak-kanak. Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang,

sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula

(bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang

tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka

4 dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati,

maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8

dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu

didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Pasar Tahun Baru

Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru.

Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga,
mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk

kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api

Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan dibakar untuk

menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di China untuk mengusir puaka. Pada

zaman moden pula, kaedah ini berubah menjadi penggunaan mercun pada musim

perayaan. Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung. Setiap

batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana warna merah itu bertuah, dan

berisi serbuk merian dalam terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi

meletup-letup yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan

ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang dipercayai boleh mengusir

roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi

satu aspek penting dalam sambutan Tahun Baru Cina.

PAKAIAN:

Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina

kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang.

Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan

permulaan baru pada tahun baru.


MEMBUAT REFLEKSI

 
 
1.Kejayaan kajian

 Projek ini berjaya mencapai objektif yang dihasratkan.

 Mengumpulkan cerita / kisah patriotik.

2. Masalah kajian

 Mengambil masa yang lama untuk mencari maklumat atau tugasan yang

ditetapkan.

 Kekurangan rujukan tempatan tentang perayaan-perayaan tersebut.

3. Cara Mengatasi Masalah

 Mencari maklumat melalui internet


LAMPIRAN

A) HARI RAYA AIDILFITRI

B) HARI DEEPAVALI

C) TAHUN BARU CINA


RUJUKAN

 http://www.geocities.com/budayadunia/PerayaanDeepavali.htm

 www.harian-metro-online.com/tag/hari-raya-aidilfitri

 www.harian-metro-online.com/tag/tahun-baru-cina

You might also like