Professional Documents
Culture Documents
1. Latar Belakang
1.1 Pengenalan
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat
keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar
menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit
perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi
disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistimewaan
orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya
yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.
Hal ini seolah-olah ada suatu elemen yang tidak harmonis antara kaum dalam
Negara khususnya antara masyarakat Melayu dan Cina yang mendominasi
majoriti kaum di Malaysia.
1.2 Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang
berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya
merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah
berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan
salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu
kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada
1
peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak
merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.
2
Antara perancangan yang dibuat ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama merapatkan
hubungan anatara kaum di Malaysia seperti Bangsa Melayu, Cina dan India.
Disamping itu juga, merapatkan hubungan antara masyarakat di Sabah serta
Sarawak.
Rukun Negara turut diperkenalkan. Rukun negara merupakan Ideologi
Kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada
dalam Negara dan merupakan teras serta tiang Negara.
Disamping itu, kerajaan turut memperkenalkan usaha yang lain untuk
menjamin kestabilan Negara. Antaranya :-
i. Dasar Ekonomi Baru
ii. Dasar Pendidikan Kebangsaan
iii. Satu Parti Majoriti mentadbir Negara
iv. Dasar Kebudayaaan
Namun untuk mengecapi nikmat kestabilan negara, buka sahaja pihak kerajaan
yang perlu lebih berusaha ke arah itu. Tetapi perkara yang lebih besar ialah
gabungan masyarakat seperti individu, pihak persatuan, pertubuhan dan kesatuan
perlu menyedari kepentingan perpaduan.
Akhir sekali, hubungan etnik yang baik dan harmonis memberi jaminan untuk
mengukuhkan pentadbiran negara. “ Negara Aman Rakyat Makmur ”.
3
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
1. Bagaimanakah konsep integrasi berbeza daripada konsep asimilasi dalam
konteks memupuk perpaduan nasional?
Perbezaan konsep integrasi daripada konsep asimilasi dalam konteks
memupuk perpaduan nasional adalah Integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Proses
integrasi berlaku melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial,
pendidikan dan politik. Proses untuk menghasilkan sebuah masyarakat
integrasi adalah suatu proses yang sukar dan amat kompleks.
Asimilasi pula merupakan proses percantuman antara etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Proses asimilasi apabila wujudnya interaksi yang erat ahli kumpulan
etnik yang berbeza dalam jangka masa yang lama. Asimilasi berjaya apabila
etnik minoriti sanggup menerima identiti atau budaya etnik majoriti yang lebih
dominan sebagai cara hidup mereka seharian.
2. Jelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam
konteks masyarakat majmuk Malaysia?
Kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks
masyarakat majmuk Malaysia:
4
Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada
pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Manusia mesti
memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Manusia juga
perlu memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain
serta memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan
masyarakat lain.
b. Konsep Budaya
Dapat membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta
identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya
memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara
pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada
satu keturunan. Maka ‘manusia itu sendiri membentuk budaya’ dan
perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu
sendiri
c. Konsep Perpaduan dan Integrasi
Konsep Perpaduan harus diperluaskan melalui acara-acara peringkat
setempat supaya perpaduan kaum benar-benar wujud dan bukan
semata-mata dalam acara-acara formal saja seperti tradisi rumah
terbuka kebangsaan ini bukan saja untuk Hari Raya tetapi juga untuk
lima perayaan utama lain iaitu Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Pesta Keamatan dan Hari Gawai. Integrasi ialah suatu proses yang
sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi
darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi
sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi.
Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya
mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman
serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.
5
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH
Dua konsep yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah
plurality dan masyarakat plural (plural society).
Pluraliti : istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa
di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah ( Eropah ) yang
terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di
sebaliknya.
Masyarakat Plural : ianya terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang
Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia
Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal
berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan system social-politik-agama yang
wujud di Asia Tenggara. Kesannya daripada itu wujudlah kelompok-kelompok
masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di
tempat yang sama (Masyarakat Majmuk).
Penjajahan Barat menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan Masyarakat Plural.
Di mana mereka telah memperkenalkan sistem mereka yang menggalakkan
perkembangan masyarakat pluralistik.
Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan plurality social dan alam sekitar.
Pluraliti social dapat dilihat berdasarkan reality kehidupan masyarakat yang ada.
Pluraliti alam sekitar merujuk kepada leadaan alam sekitar dan muka bumi alam
Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.
Contohnya, Bunga raya adalah dibawa dari Kepulauan Pasifik, manakala getah pula
berasal dari Brazil.
6
telah diasaskan pada awal a bad ke-5 Masihi. Hubungan tersebut gterladi
disebabkan oleh beberapa faktor seperti perdagangan dan pendidikan. Alam Melayu
juga terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan sejak
abad ke-7 Masihi.
2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.
Pembentukan Pluraliti di alam Melayu juga dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan
India. Di mana masyarakat alam Melayu terutamanya dalam kalangan raja dan
bangsawan telah menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak
bercanggah dengan kepercayaan tempatan. Pengaruh Hinduuisme dan Buddhisme
tidak member kesan yang besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan
pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas). Satu aspek lagi
menurut Al-Attas ialah tidak terdapat jitab-kitab yang membincangkan idea-idea
besar seperti falsafah, ketuhanan, metafizik dan sebagainya berasaskan Hinduisme
dan Buddhisme di alam Melayu. Apa yang ada atau terdapat cuma kitab-kitab yang
bersifat keseniaan terutamanya dalam bahasa Jawa.
Hinduisme dan Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu
sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme telah mengukuhkan lagi institusi raja di
alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yang
didirikan.
3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.
Penjelmaan ini dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yang bersifat
epistemological yang dibawa oleh penjajah British. Epistemologikal bererti asal mula
sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal dari segi ilmu pengetahuan
yang melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yang seterusnya akan
melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.
Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak
berasaskan epistemologikal yang bercorak metafizik atau ilmu yang bersumberkan
alam ghaib. Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yang menggunakan
jampi serapah dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yang
jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.
Kedatangan Inggeris telah mengubah epistemologi yang bersifat non-material ini
kepada epistemology fizikal yang bersifat rasional atau saintifik. Asasnya ialah
pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera dan kenudiannya
dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik seperti mikroskop dan sebagainya. Kesan
7
daripada itu muncullah pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada
ekonomi kapitalis yang berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini
kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.
Kependudukan.
Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah merupakan zaman plurality
kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi atau alamiah tanpa ada
paksaan daripada mana-mana pihak di mana mereka tidak memerlukan passport
dan visa untukm memasuki sesuatu kawasan. Pedagang dari Arab, Cina , India dan
negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka telah berakomodasi
8
dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik. Ini mewujudkan kategori
masyarakat yang baik yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah memperlihatkan wujudnya interaksi
aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.
Kebudayaan:
Keterbukaan pemerintah Empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang
daripada seluiruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yang menyulitkan
memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan penting dunia.
Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan
Melaka wujud sebagai kota multi-budaya di mana setiap budaya mempunyai tempat
masing-masing.
Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi
antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam
dan Eropah (Portugis, Belanda & British) dengan budaya alam Melayu telah berlaku
sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan
budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu cirri fenomena
kepluralitian budaya.
Pengasas Masyarakat Plural
Kedatangan penjajah British ke alam Melayu khususnya Tanah Melayu telah
membawa bersama-sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan
mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, system, struktur dan dasar yang
diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di
alam Melayu.
Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara
dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan Negara dikawal oleh penjajah
manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.
Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsure penting iaitu
Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman telah diperkenalkan oleh penjajah. Ianya
berbeza dengan kuasa mutlak raja yang tiada agihan kuasa. Hasil daripada
pemerintahan moden ini berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan
ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada
pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yang
mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan
9
kemasukan bangsa asing yang dibawa oleh penjajah untuk tujuan
pengeksploitasiam ekonomi dengan segera dan menguntungkan.
10
Aspek Bahasa.
Bahasa Melayu adalah berasal daripada bahasa Austronesia atau juga dikenali
sebagai bahasa Malay-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi 150 cabang
bahasa lain mengikut suku kaum yang ada di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu
mula berubah setelah kedatangan ajaran Hindu di mana pengaruh bahasa Sanskrit
dalam bahasa Melayu kuno. Dengan kedatangan pengaruh Islam pada abad ke-13
dan ke-14 Masihi, bahasa Melayu berkembang pesat. Pengenalan tulisan Jawi
menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah dan Tasawuf).
Bahasa Melayu adalah bersifat dinamik. Ianya menjadi bahasa Lingua-franca di
alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan Tradisi Melayu – Pada zaman Hindu-Buddha mengamalkan sistem
pemerintahan beraja. Ini dapat dilihat seperti Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka,
Srivijaya dan Majapahit. Pada zaman pemerintahan Islam seperti Kerajaan Melaka
dan Kerajaan Aceh telah memainkan peranan dalam bangsa Melayu. Selepas
Kerajaan Melaka maka munculm pula kerajaan Johor-Riau dan Brunei.
13
Pertama- berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati
antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan
sebagai waad.
Kedua – berlaku dalam komnteks masyarakat pluralistic hasil daripda syarat yang
dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu.
Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan
untuknhidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee – CLC) pada tahun 1949.
Ini usaha bersama tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.
Pendidikan:
Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran dalam sistem pendidikan iaitu aliran Inggeris,
Melayu, Cina dan India. Setiap aliran ini mempunyai adunan dan acuan pendidikan
yang berbeza. Semasa penjajah ianya dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:
Pertama – pendidikan British rendah dan menengah yang mana anak-anak di
kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu
peringkat rendah yang dibantu oleh British untuk jadi petani yang pandai sikit.
Terdapat juga sekolah agama dan mengaji Quran.dan ketiga pula sekolah
vernacular Cina dan India.
Sistem pendidikan Kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,
sukatan mata pelajaran dan orientasi, iaitu Laporan Razak 1956b dan Laporan
Rahman taib 1960.
Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk
menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa
Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957,
Bahasa Inggeris masih bahasa rasmi.
Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan
bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:
a) Sekolah pelbagai aliran di benarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda
masing-masing dibenarkan;
b) Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka di
sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa Melayu sebagai
salah satu daripada mata pelajaran;
14
c) Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang
lain mestilah berteraskan Malaysia;
d) Bukan lagi berteraskan Negara China dan India (John Lowe, 1960).
Ekonomi:
Selepas mendapat kemerdekaan tahun 1957, kerajaan telah menggiatkan usaha
untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan
pembangunan ekonomi Negara dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
1. Rancangan pramerdeka iaitu Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah
Melayu (1950 -1955) dan rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama
(1956 – 1960);
2. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Prsekutuan Tanah
Melayu Kedua (1961 – 1966) dan sebahagian daripada Raancangan
Malaysia Pertama (1966 -1970);
3. Perancangan dan era Dasar Ekonomi Baru; dan
4. Dasar-Dasar Pembangunan Negara.
Sistem ekonomi dualism ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang
bberbeza namun bergerak seiring dengan garis etnik:
Pertama – sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi
pengeluaran (getah dan bijih timah),
Kedua – sistem ekonomi tradisional diidentifikasikan dengan sektor ekonomi
pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarann ya,
pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia
bercirikan budaya luar Bandar (Ness, 1967).
Ketiga – jelas terdapat ketidakseimbangan antara etnik. Etnik Cina menguasai
separuh daripada keseluruhan sektor ini, manakala etnik Melayu dan India masing-
masing Cuma menguasai satu perempat sahaja.
Isu yangb berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua
pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan
kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah
satu asas dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan
ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber
pencetus konflik. ( contohnya, 13 Mei 1969).
15
KESIMPULAN
Memahami plurality adalah asas penting kea rah memahami pembentukan
masyarakat plural.Pluraliti telah sedia wujud di alam Melayu. Ideologi secular telah
mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu. Pluraliti masyarakat
Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar Negara yang dibentuk berteraskan
persetujuan bersama. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan
Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya
mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian
kaum.
16
Huraikan bagaimana prosses dan tindakan politik boleh memupuk
hubungan etnik yang harmonis di Malaysia.
Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah
Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan
India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah
untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya
berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China.
17
Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946,
persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat
kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak
mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik
di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka.
Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis
makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat
awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu
orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu.
Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946.
MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk
membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang
India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan
Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam
menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian
diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954
dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam
pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan
berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Kemenangan parti perikatan dalam pilihan raya 1955 teal menjadi bukti
bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh berjalan dengan
baik. Suruhanjaya Reid menghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 yang dianggap sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang
dicapai antara etnik Melayu,Cina dan India
18
i) Jelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan
Malaysia.
KONSEP AKOMODASI
ii) Huraikan peranan dan kepentingan unsur- unsur tradisi dan kontrak social dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia.
25
BERDASARKAN PEMBACAAN ANDA, SEDIAKAN SATU PELAN TINDAKAN
TENTANG USAHA ANDA UNTUK MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARA
ETNIK MURID SEKOLAH ANDA.
Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari
segi pakaian dan makanan. Contohnya, pelajar perempuan bukan Melayu
memakai baju kurung ke sekolah. Dari segi pemakanan pula di kantin, pelbagai
makanan dari pelbagai kaum perlulah disediakan dimana sedikit sebanyak pelajar
dapat mengenali pemakanan kaum tersebut.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden. Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-
nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan
mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara
kaum. Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah
dipergiat dan dipertingkatkan. Aktiviti kokurikulum hendaklah dilaksanakan secara
berkumpulan di mana setiap kumpulan itu terdiri daripada pelbagai kaum.
26
Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum
seperti keluarga angkat di mana ibu bapa secara tidak langsung akan dapat
memupuk perpaduan dan tali persahabatan yang erat. Persatuan dan badan
beruniform juga boleh memainkan peranan penting didalam memupuk perpaduan
dan haruslah di sertai oleh pelbagai kaum. Walaubagaimanapun guru haruslah
pandai memainkan peranan didalam usaha memujuk pelbagai kaum menyertai
dengan memberi penjelasan serta huraian akan kebaikan penyertaan. Jelaslah
bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu
disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.
Selain itu, sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan
kaum dan integrasi nasional pelajar adalah dengan mengadakan program interaksi
antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur etnik dalam kurikulum serta
meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.
Sehubungan dengan itu, para pelajar hendaklah di terapkan dengan nilai-nilai murni
melalui bahasa kebangsaan agar komunikasi di antara mereka boleh berjalan
dengan lebih lancar dan efektif tanpa mengenepikan bahasa ibunda mereka.
Penerangan tentang budaya, amalan dan agama semua kaum juga perlu di
terangkan dengan lebih terperinci agar setiap golongan lebih perihatin dan lebih
menghormati serta tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan itu.
Kesenian dan kebudayaan seperti kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan
tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan
pentas dan lain-lain juga merupakan salah satu cara perpaduan.
27
Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda,hasilkan satu laporan
ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah anda dalam
mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.
2. Aktiviti-aktiviti KoKurikulum
Selain aktiviti dalam bilik darjah,kerjasama pelajar berlainan bangsa
boleh dipupuk melalui aktiviti di luar bilik darjah atau kokurikulum seperti
permainan dan sukan.Selain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh
meneguhkan lagi pembentukan sikap kenegaraan dan moral kerana pelajar
berpeluang berinteraksi dengan pelbagai kaum,mendisplinkan diri mematuhi
peraturan,bekerjasama dalam pasukan dan mengamalkan sikap toleransi
terhadap rakan.
Melalui aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan pula, pelajar dapat
berinteraksi di antara satu sama lain,berpeluang memupuk nilai-nilai murni
seperti berkerjasama dan semangat kekitaan dalam usaha menjayakan
projek yang dirancang.
28
Begitu juga melalui aktiviti-aktiviti Unit Beruniform dapat membentuk sikap
kenegaraan melalui aktiviti kawad,berkhemah,gotong royong,latihan
kecemasan dan sebagainya.Ini akan dapat menyemai sikap
kerjasama,memupuk nilai-nilai murni dan semangat kemasyarakatan.Semua
aktiviti ini akan dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-
pelajar antara kaum.
29
5. Memupuk kesedaran sivik
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mendidik pelajar supaya
menghormati hak orang lain,membentuk peribadi mulia dan menjadi model
kepada rakan-rakan,mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar
sekolah.Kesedaran ini akan mewujudkan semangat kekitaan dan sikap
bertanggungjawab terhadap diri sendiri,sekolah,masyarakat dan negara.Hal
ini akan mendorong wujudnya hubungan baik sesama insan dan secara tidak
langsung hubungan dapat dipereratkan
6. Pendidikan Sejarah
Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para guru,perlu
menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotism bagi tujuan
penyatuan perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan.Pelajar perlu
peka bahawa asas-asas pembinaan negara bangsa ini merujuk kepada
pendidikan sejarah.Sejarah awal ketamadunan bangsa,sejarah perjuangan
bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu
dimantapkan sesuai peranannya sebagai alat sosialisasi bagi pembinaan
bangsa Malaysia.Pelajaran sejarah mempunyai kaitan erat dengan proses
perpaduan kaum dan membina masyarakat yang bersatu padu di negara
kita.Pelajar-pelajar akan mengenal erti patriotism,nasionalisme dan identiti
bangsa.Generasi muda akan celik sejarah dan akan menghargai semangat
juang generasi terdahulu mempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air
demi kemakmuran bangsa dan negara.Sambutan Hari Kemerdekaan melalui
kempen kibar jalur gemilang yang melibatkan penyertaan semua pelajar akan
menyemarakkan perpaduan kaum.
7. Program Bahasa
Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan
sebagai alat perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan
Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah seperti minggu Bahasa,Pelajar
digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak,berbalas
pantun,syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen.Melalui aktiviti
ini pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
30
Kesimpulan
Sebagai pendidik kita harus meletakkan kepentingan nasional dan
negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan diri.Hal ini dapat
dilakukan dengan memberi sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha
murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan
memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di
Malaysia.
31