You are on page 1of 7

LAPORAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 18 Februari 2011 (Jumaat)


Masa : 7.40 Pagi
Tempat : Masjid al-Istiqomah, Kampung Sungai Merab Luar

Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah bagi tahun


2011M/1432H yang bertemakan "1Malaysia  1Ummah" telah diadakan pada 18
Februari 2011 bertempat di Masjid al-Istiqomah. Sambutan ini dianjurkan oleh
Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar. Ianya melibatkan
semua warga sekolah iaitu murid-murid pra sekolah hingga tahun enam serta semua
kakitangan guru dan bukan guru.

Majlis pada pagi itu dimulakan dengan sesi perhimpunan guru dan murid bagi
menerangkan perjalanan aktiviti pada hari itu. Seterusnya, perarakan menuju ke
Masjid al-Istiqomah disertai dengan bacaan selawat beramai-ramai. Saya telah
ditugaskan sebagai AJK Siaraya dan LCD untuk majlis sambutan di Masjid al-
Istiqomah.

Majlis sambutan diserikan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan iaitu


Tuan Haji Rusdi bin Radzi. Beliau merupakan seorang guru dari Sekolah
Kebangsaan Taman Pantai Simpang Putra yang mana beliau berasal dari negeri
Kelantan. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama tujuh tahun dan memiliki
Ijazah dalam jurusan Syariah dari Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau menyampaikan
ceramah mengenai sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW yang patut dicontohi dan
diteladani oleh semua murid. Ceramah yang bermula pada jam 8.30 pagi telah
diakhiri tepat pada jam 9.30 pagi.

Sebaik sahaja ceramah selesai, semua murid tahap 1 diiringi oleh guru
bertugas untuk pulang ke sekolah bagi menjamu selera. Manakala murid tahap 2
diteruskan dengan majlis bacaan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Alfatah bin Saironi.
Bacaan tahlil ini difidyahkan kepada arwah kakak Ustazah Sahibah binti Yusof.
Majlis tahlil ini telah berjalan dengan lancarnya.

Seterusnya majlis diambil alih oleh Encik Syed Kamal Azira bin Syed Md Zin
yang telah memberi nasihat dan peringatan di atas kelemahan dan sikap buruk
segelintir murid. Beliau menegaskan supaya para pelajar mencontohi sifat
Rasulullah SAW yang baik lagi terpuji di dalam mencapai kesejahteraan, kejayaan
dan kecemerlangan diri di dunia juga akhirat. Kemudian murid-murid diiringi guru
bertugas untuk pulang ke sekolah dan terus menjamu selera di kantin.

Di sekolah, semua murid dijamu dengan sebungkus roti dan sebotol air
mineral. Selepas waktu rehat iaitu pada 10.30 pagi proses pengajaran dan
pembelajaran diteruskan seperi biasa. Murid dibenarkan pulang mengikut waktu
persekolahan iaitu pada pukul 12.00 tengahari.

Laporan disediakan oleh :

………………………….…..
( NAMA PENUH )
- Jawatan –
Laporan Maulidur Rasul
Peringkat Sekolah
6 Mac 2010 (Sabtu)
8.00 Pagi

Dewan Bestari SK Bangsar

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 6 Mac 2010
bertempat di Dewan Bestari. Murid-murid telah berkumpul di dewan dan khemah
yang disediakan. Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis oleh
Encik Mohd Nazir B. Majid dan Cik Norhazalina Binti Hashim. Seterusnya bacaan
doa telah diketuai oleh Ustaz Ahmad Abd Rahim. Bacaan surah diketuai oleh Ustaz
Sabri Che Bedolah selaku Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam bersama-sama
guru-guru lelaki. Tuan Haji Nordin Guru Besar SK Bangsar telah sudi menyampaikan
ucapan.Kemudian murid-murid berselawat dan berarak mengikut kelas dengan
membawa sepanduk. Pertandingan sepanduk dan perarakan telah diadili oleh En
Ismail B. Ahmad GPK Kokurikulum dan Cik Suzana Bt Abdullah. Tuan Haji Nordin
telah menyampaikan hadiah kepada pemenang sepanduk dan perarakan terbaik
bagi sesi pagi dan petang.Pemenang bagi sesi pagi tempat pertama Kelas 5 Inovatif,
tempat kedua 5 Inisiatif , da tempat ketiga Kelas 6 Proaktif. Manakala bagi sesi
petang ialah tempat pertama kelas 4 Dinamik, tempat kedua 4 Inisiatif dan tempat
ketiga kelas 3 Inisiatif. Majlis diakhiri dengan selawat dan pengagihan makanan

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri bagi tahun 2011M/1432H yang


bertemakan "1Malaysia  1Ummah" akan diadakan pada 15 Februari 2011. Dijangka
akan bermula pada pukul 7.30 pagi dengan perarakan dari Padang Merdeka menuju
ke Dewan Sa'adah Wisma MUIS. Majlis perarakan tersebut akan dihadiri oleh Yang
di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan Datin Seri
Panglima Norlida Datuk RM Jasni, YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman
dan Datin Seri Hajah Faridah Haji Tusin, Menteri-Menteri Kabinet dan Pembantu-
Pembantu Menteri.

Demikian kata Menteri Di Jabatan Ketua Menteri yang juga pengerusi Induk
Maulidur Rasul  SAW, Datuk Haji Nasir Tun Haji Sakaran selepas mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Induk pagi kelmarin. Menurut Datuk Nasir, sambutan akan
dimulakan dengan Majlis Tahlil dan Doa pada 14 Februari 2011, jam 5.00 petang di
Masjid Negeri Sabah. Orang ramai adalah dijemput beramai-ramai menghadiri
sambutan Maulidur Rasul dan sama-sama berarak dari Padang Merdeka ke
Dewan Sa'adah Wisma MUIS.
Jadikan sambutan Maulidur Rasul pemangkin transformasi

14/02/2011 10:12pm

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak
umat Islam supaya menjadikan sambutan Maulidur Rasul yang penuh keberkatan
sebagai pemangkin untuk terus melonjakkan transformasi negara secara holistik
dalam semua bidang.

Beliau berkata, ia bagi melahirkan kekuatan satu ummah yang progresif dan menjadi
umat yang hebat sebagaimana Rasulullah S.A.W merupakan insan yang terhebat.

"Saya mendoakan agar sambutan Maulid Rasulullah S.A.W. kali ini benar-benar
menggerakkan kita untuk berjuang mencapai hasanah di dunia dan di akhirat,
sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Insya-Allah,” katanya dalam
perutusan Maulidur Rasul 1432H dalam blog beliau www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata, bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini iaitu
“1Malaysia, 1Ummah”, sudah tentulah Rasulullah S.A.W. sebagai ikon terbaik
semua umat manusia, maka sirah baginda telah membuktikan bahawa baginda
amat mengutamakan perpaduan antara umat yang berbilang kaum dan agama di
Madinah.

"Iktibar ini dilaksanakan di negara kita melalui penghayatan 1Malaysia, 1Ummah,”


katanya.

Najib berkata, kekuatan berpaksikan perpaduan inilah yang menjadi rencah utama
membawa transformasi murni kepada umat Islam di negara ini dan mesej ini perlu
dihayati dan disebarkan kepada seluruh dunia Islam. – Bernama
Pada 19 Mac 2008, Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu telah mengadakan
sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bersempena dengan Hari Keputeraan
Nabi Muhammad s.a.w. Sambutan ini telah diadakan di Surau Al-Firdaus.

Sambutan dimulakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad


sejurus selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Ustad Fauzi bin Yusof,
pensyarah dari Universiti Darul Iman. Beliau telah dijemput khas untuk
menyampaikan ceramah tentang keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Menerusi ceramah yang telah disampaikan,para pelajar dapat menghayati kembali


sirah perjuangan baginda dan mengambil iktibar dan pedoman daripadanya. Semua
pelajar memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang cuba disampaikan oleh
penceramah.

Ceramah diakhiri dengan iringan sebuah lagu nasyid yang begitu mensyahdukan. Para
pelajar kemudiannya menunaikan solat Isyak secara berjemaah.

Laporan disediakan oleh,

.........................................

(NURUL SYAHIRAH BT OMAR)

Setiausaha,

BADAR SESTER.

Tarikh: 13 Mac 2010

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Sambutan Maulidur Rasul yang disambut di peringkat sekolah baru-baru ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik di kalangan
semua warga Elopura  sekalipun pada hari itu banyak sekolah yang telah bercuti.
Antara hadaf yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk menyegarkan dan
menyuburkan semula perasaan cinta dan kasih terhadap Junjungan besar Nabi
Muhammad s.a.w. serta menambahkan  pengetahuan tentang sirah Junjungan
Kekasih Allah s.w.t.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi mengisi program ini seperti
perarakan oleh guru-guru dan pelajar, pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik,
kuiz agama, ceramah agama, solat dhuha dan hajat, persembahan nasyid, sajak,
pentomen, tayangan video dan pameran berkaitan Nabi Muhammad S.A.W.

Syukran jazilan diucapkan kepada semua warga Elopura atas sumbangan dan
komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini. Maa’ssalamah.Wa ilal liqa’.

You might also like