P. 1
Teks Ucapan Pengetua MAPC 2011 2 Rngksan

Teks Ucapan Pengetua MAPC 2011 2 Rngksan

|Views: 201|Likes:
Published by Nia Nieya

More info:

Published by: Nia Nieya on Apr 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/07/2013

pdf

text

original

TEKS UCAPAN PENGETUA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2010. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh Dan Salam Satu Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa kerana telah menunjukkan komitmen yang jitu dalam menjayakan majlis ini yang indah ini. Tahniah juga diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dianugerahkan sebagai pelajar cemerlang bagi tahun 2010. Kejayaan SMK kuhara dalam bidang kurikulum dan kokurikulum telah menjulang nama SMK kuhara bukan sahaja di peringkat daerah tawau, tetapi juga sehingga ke peringkat negeri dan kebangsaan. Peningkatan pencapaian smk kuhara dalam akademik dan kokurikulum memberi gambaran yang positif dan menjadi petunjuk bahawa kita mampu melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang. Segala kejayaan merupakan satu kombinasi usaha yang cukup padu hasil kegigihan pelajar, para pentadbir, bimbingan yang berterusan daripada para guru, AKS, sokongan PIBG dan orang perseorangan. Pepatah Inggeris pernah menyebut, ”Plan your work, work your plan”. Ia menjelaskan bahawa faktor perancangan adalah amat penting kepada sesebuah sekolah, seterusnya melaksanakan segala perancangan yang dibuat supaya tidak sekadar retorik semata-mata. Saya begitu optimis dengan kekuatan yang kita miliki dari segi kurikulum, kokurikulum, sahsiah, hubungan komuniti dan lain-lain sehingga menjadikan perancangan suatu realiti. Oleh itu, walaupun SMK kuhara telah mencapai banyak kejayaan, namun warga SMK kuhara harus terus berusaha demi mengekalkan kecemerlangan sesuai dengan visi dan misi sekolah. Hal ini demikian kerana yang pipih tidak datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Namun, mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang, ia mencabar warga sekolah untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja bijak tetapi memiliki jati diri yang kukuh serta sahsiah yang mantap pada era kecanggihan teknologi maklumat hari ini. Lantaran itu, untuk menjadikan pendidikan sebagai penjana kecemerlangan, para guru, ibu bapa dan masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambil meneruskan usaha untuk melahirkan anak-anak didik yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berakhlak mulia, berhemah tinggi dan disegani. Majlis yang diadakan bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar ini memberi pengiktirafan kepada pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Selain itu, majlis ini juga akan menyuntik motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masingmasing. Saya mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar berwawasan yang telah mengukir kejayaan dan mengharumkan nama sekolah. Pelajar seharusnya terus berusaha tanpa mengenal erti jemu dan berusaha dengan lebih gigih bagi mengekalkan kecemerlangan masing-masing. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis yang indah ini berjalan dengan sempurna. Saya juga ingin merakamkan tahniah dan syabas kepada pelajar yang menunjukkan pencapaian yang membanggakan ini dan bagi yang belum menerima anugerah, janganlah berputus asa sebaliknya teruslah berusaha meningkatkan kecemerlangan agar suatu hari nanti pasti anugerah ini menjadi milik anda. Saya berharap agar SMK Kuhara akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi. Sekian, terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->