You are on page 1of 4

4.

0 IMPLIKASI ASPEK-ASPEK BERKENAAN DAN SARANAN


PENAMBAHBAIKAN TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

ASPEK PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK

Murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa perlu bersosial dalam kelompok
mereka terutamanya dalam melakukan aktiviti pembelajaran.
Proses sosialisasi anara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Semua murid tanpa mengira etnik dan jantina dapat belajar dan menjalankan
aktiviti bersama. Setiap murid diberi peluang yang sama rata untuk meneroka
aktiviti pembelajaran tanpa mengira bangsa dan agama.

Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran


dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam
penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru
mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid.

ASPEK SOSIOLINGUISTIK DAN KOMUNIKASI

Interaksi akan berlaku di antara guru kepada murid yang di kenali sebagai
komunikasi sehala, interaksi guru dengan murid yang di kenali sebagai
komunikasi dua hala, serta interaksi guru dengan murid, murid dengan guru, dan
murid dengan murid, yang di kenali sebagai komunikasi pelbagai hala.

Bilik darjah yang mesra budaya yang baik akan merangsang semangat murid
menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa proses pelajaran dan
pembelajaran dijalankan. Di samping itu, ia juga memberi peluang sama rata
kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

ASPEK PERSEKITARAN FIZIKAL

Membentuk suasana pembelajaran yang kondusif

Tugasan atau aktiviti yang diberikan kepada murid-murid ini memenuhi tahap
perkembangan dan pemikiran mereka supaya dapat mewujudkan iklim yang
kondusif serta murid tidak berasa tertekan semasa menghadiri kelas tersebut.

Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali.
Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru.
Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan
semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.

Guru perlulah cekap dalam menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat
ditransformasikan sebagai sebuah rumah yang menepati slogan “rumahku,
syurgaku”. Murid pasti akn lebih seronok belajar dalam suasana yang kondusif.

Menarik minat murid belajar

Murid-murid akan lebih memberi perhatian dan menumpukan perhatian tentang


apa yang diajar oleh guru. Ini adalah kerana guru mengetahui serta memahami
latar belakang dan sosio-budaya murid. Dengan itu, murid tidak akan rasa tersisir
dan kesamarataan dapat dirasai antara semua murid.

Guru juga dicadangkan supaya menggunakan pendekatan yang menarik seperti


aktiviti P&P dimulakan dengan set induksi yang menarik, ini bertujuan bagi
menarik minat murid untuk mengetahui isi pelajaran yang selanjutnya.
ASPEK PENGURUSAN PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru akan lebih memberi perhatian semasa menyediakan aktiviti dan p&p
yang hendak dijalankan di dalam kelas. Ini adalah kerana pelbagai etnik
murid yang terdapat di dalam kelas, oleh itu, perkara ini harus
dipertimbangkan oleh guru untuk memastikan isi dan aktiviti yang dijalankan
sesuai dengan semua murid.
Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus
mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan
latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan
supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak
merasa bosan.
Dengan itu, di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat
sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang
pengajaran.Ini penting supaya objektif pengajaran yang hendak
disampaikan tercapai dan aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan
mampu di lakukan oleh pelajar

ASPEK KELAS BERCANTUM

Murid-murid yang mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap


sosioekonomi yang berbeza-beza digabungkan ke dalam kelas yang sama.
Dengan itu, murid-murid dapat berkomunikasi dan bekerjasama dengan
rakan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, murid-murid
juga akan menghormati rakan yang lain. Contohnya, murid lain tidak berbuat
bising semasa doa dibaca oleh murid Melayu. Di samping itu, pergaulan
bebas antara murid berlaku. Sebagai contoh, murid-murid yang berlain
bangsa dapat bergaul dengan rapat.

Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan


seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri
arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu impak yang sangat penting
kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran
mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan
kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi
tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu
diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga,
dan sosioekonomi.

Cadangan

Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan

Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka


dengan kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya. Pendekatan yang bijak
harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah
dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau
bawahan.

Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan.
Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan
agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa
mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu.

Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid


Kepelbagaian sosio-budaya murid memberi kesan secara langsung terhadap
kaedah yang harus diguna oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid
mendapat peluang sama rata dalam penerimaan pembelajaran.

Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping


meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh
menarik minat murid.

You might also like