P. 1
Peraturan Permainan Bola Tampar

Peraturan Permainan Bola Tampar

|Views: 2,389|Likes:
Published by Ashraff Benben

More info:

Categories:Types, Reviews
Published by: Ashraff Benben on Apr 27, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/12/2012

pdf

text

original

PERATURAN PERMAINAN BOLA TAMPAR

Peraturan yang telah diubahsuai membantu pemain pada semua peringkat yang sesuai dengan kehandak mereka. Berikut antara peraturan yang telah dibuat bagi permainan bola tamper dan diseragamkan pada semua peringkat. Antaranya:UKURAN GELANGGANG Permainan enam pemain dimainkan oleh dua pasukan, setiap satu pada petak gelanggang 9.1m yang dibahagikan oleh jaring. Kebiasaannya, dalam permainan bola tampar belia, dua pasukan tiga pemain bermain pada petak 4.6m. Penggunaan saiz gelanggang boleh diubahsuai bergantung kepada kehendak setiap pasukan tetapi mestilah sama saiz pada kedua-dua bahagian. Berikut merupakan beberapa saiz gelanggang yang disarankan untuk permainan bola tampar:• • • • Gelanggang 6m x 6m untuk empat lawan empat Gelanggang 4.6m x 4.6m untuk tiga lawan tiga Gelanggang 3.6m x 3.6m untuk dua lawan dua Gelanggang 9.1m x 9.1m untuk enam lawan enam (biasa dalam setiap permainan) PENANDAAN GELANGGANG Semua kawasan yang menandakan kawasan ialah 5cm lebar. Bola yang jatuh di atas garisan adalah bola dalam, dalam permainan bola tampar. Jadi, semasa menandakan ukuran ukuran gelanggang, ukur dari luar garisan. Pita plastik yang dibuat khas untuk gelanggang bola tampar boleh didapati daripada kedai-kedai sukan dan syarikat-syarikat pengedar bola tampar. Sekiranya pasukan menggunakan garis serangan, letakkkan kira-kira 3m daripada jaring pada setiap bahagian gelanggang.

KETINGGIAN JARING Jaring membahagikan gelanggang di tengah, dan ketinggian bergantung kepada kemahiran mengikut peringkat yang berlainan sama ada kanak-kanak, belia dan sebagainya. Jaring yang tinggi membuatkan pemain mengumpan dan memukul bola lebih tinggi dan lembut. Untuk pemain-pemai baru, ini menghasilkan permainan yang lebih lambat dengan lebih voli dan sentuhan kepada setiap permainan. Menggunakan jaring yang tinggi dalam latihan akan memberikan pemain lebih masa untuk bergerak dan bertindak terhadap bola. Untuk permainan belia, jaring diletakkan di antara 1.9m dan 2.4m, bergantung kepada ketinggian pemain yang paling tinggi dan umur pemain-pemain. Ketinggian jaring yang sederhana dalam belia kanak-kanak ialah 1.98m. Lihat jadual 6.1 untuk ketinggian jaring. BOLA Bola tampar saiz lima adalah yang paling biasa untuk semua peringkat bola tampar, daripada kanak-kanak kepada remaja dan seterusnya dewasa. Untuk umur yang rendah dan pemain dewasa yang baru, USVBA mencadangkan bola yang lebih ringan dengan impak yang lebih rendah. Berikut adalah saiz bola yang sesuai bagi setiap peringkat umur. PERALATAN PEMAIN Peralatan individu pemain adalah kurang mahal dan mudah diperolehi. Berikut adalah senarai yang diperlukan bagi menjamin keselamatan pemain semasa bermain:• Pakaian seragam – pakaian seragam boleh daripada seluar pendek dan kemeja-T atau kemeja lengan panjang. Sebilangan pemain suka berlengan panjang kerana dapat melindungi serta mengurangkan kesakitan apabila mengambil bola pada lengan. Pakaian seragam selalunya diperlukan untuk pasukan sekolah atau kelab-kelab yang diberikan secara percuma atau dengan diskaun.

Kasut – kasut bola tampar atau gelanggang sudah memadai. Kasut untuk berlari tidak sesuai kerana ia tidak memberikan sokongan yang lateral. Kasut bola tampar mestilah selesa dan dipakai sebentar sebelum dipakai untuk aktiviti yang lasak. Kasut yang baik menyokong lengkungan dan menggalas tumit dan jari.

Pad lutut – pad lutut ada dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kebanyakan diperbuat daripada busa atau getah yang dibalut dengan bahan elastik yang lembut. Pad patut muat dan selesa untuk masa yang lama. Oleh kerana pad direka untuk melindungi lutut, pad lutut ini membuatkan sentuhan atas lantai lebih mudah kepada atlet-atlet muda. Sekiranya kedai tempatan tidak menjual pad lutut, pemesanan melalui majalah atau katalog adalah amat mudah.

PERMAINAN BOLA TAMPAR Bola tampar belia dimainkan dengan tiga pemain pada satu bahagian dan sekurang-kurangnya dua pengganti. Pemain-pemain yang tidak memulakan permainan akan bermain sama banyak dengan pemain yang memulakan permainan, kerana setiap orang berputar ke dalam dan ke luar dalam permainan dan tiada pemain yang khusus pada satu kedudukan. Penggantian adalah tidak terbatas, dan setiap pemain yang memasuki perlawanan, bermain melalui tiga putaran sebelum berhenti berehat. Apabila menjalankan permainan empat lawan empat atau enam lawan enam, terdapat had dalam penggantian dan beberapa kali pemain-ppemain boleh memasuki perlawanan itu. Dalam permainan bola tampar belia, tiga pemain atas gelanggang menempatkan kedudukan mereka supaya seorangpemain berada di bahagian depan separuh gelanggang (gelanggang hadapan) dan dua pemain lain berdiri di belakang (gelanggang belakang). Dalam bola tampar enam orang, pemain ditempatkan agak sama, untuk melindungi kawasan gelanggang hadapan dan belakang. Rajah 6.2 menunjukkan kedudukan servis dan asas terima yang digunakan untuk memulakan perlawanan dalam bola tampar dewasa dan belia.

Perlawanan bermula dengan satu pasukan menservis bola di atas jaring ke pasukan lawan. Pasukan lawan cuba menerima servis itu dengan menggunakan hantaran lengan hadapan atau langkah sangga mencungkil kepada pengumpan (sentuhan pertama), yang mengumpan kepada penyerang (sentuhan kedua), yang cuba memukul bola ke dalam gelanggang lawan (sentuhan ketiga). Walaupun tidak salah untuk memukul bola melepasi jaring pada sentuhan pertama atau kedua, pemain-pemain tahu bahawa mengawak kombinasi tiga pukulan itu membenarkan pasukan mereka mengumpan bola ke atas untuk serangan yang lebih afektif. Selepas servis, pemain-pemain boleh bergerak ke mana-mana kedudukan yang disukai. Selepas servis, permainan diteruskan sehingga bola terkena lantai atau pemain dari mana-mana pasukan membuat kesalahan (contohnya, memukul bola ke luar garisan atau ke jaring). Pemain berputar satu kedudukan (arah jam) apabila pasukan mereka memperoleh servis untuk kali pertama dalam perlawanan). Dalam perlawanan enam pemain yang biasa, pemain-pemain yang bermula dari gelanggang belakang tidak dibenarkan untuk mengadang atau menyerang di hadapan garis serangan. Peraturan gelanggang belakang ini tidak digunakan dalam bola tampar belia. Dalam bola tampar belia, pengganti memasuki perlawanan selepas pemain atas gelanggang telah melalui setiap kedudukan, sekali. Selepas setiap perlawanan, pasukan boleh mengambil masa keluar selama 30 saat dalam perlawanan untuk membincangkan strategi atau membuat pertukaran.

PENCABULAN Bergantung kepada sistem skor yang digunakan, pasukan yang melakukan salah satu daripada kesalahan-kesalahan berikut akan didenda satu mata atau diketepikan (servis diberikan kepada pasukan lawan). Pengadil memula serta memberhentikan perlawanan membuat keputusan terakhir atas semua peraturan permainan. • • • • Bola terkena lantai Bola dipegang, dibawa, dibaling, diangkat atau ditolak secara tidak sah Pemain menyentuh jaring Kaki pemain melepasi garis tengah ke dalam gelanggang lawan. Sekiranya sebarang bahagian badan pemain di atas paras pinggang, menyentuh gelanggang pasukan lawan, itu juga satu kesalahan. • Pemain yang menyentuh bola dua kali berturutan (pengecualian – apabila melakukan adangan, pemain boleh mengadang dan kemudian menyentuh bola semula sebelum ahli pasukan yang lain menyentuhnya). • • • • Pasukan menyentuh bola lebih daripada tiga kali berturutan (kecuali semasa mengadang; lihat poin sebelumnya) Bola jatuh diluar gelanggang atau menyentuh objek di luar gelanggang. Pemain memijak garisan semasa membuat servis. Pemain menyerang atau mengadang bola apabila bola berada sepenuhnya dalam gelanggang lawan sebelum bola disentuh oleh pasukan penyerang. Sekiranya sebarang bahagian bola melepasi jaring, pasukan lawan boleh menyentuhnya.

PENGADIL Pengadil menguatkuasakan peraturan permainan di samping memastikan pemain-pemain bermain mengikut peraturan. Pemain-pemain atau jurulatih yang malakukan sebarang kesalahan boleh menyebabkan pasukan mereka diberi penalti secara individu atau berpasukan: • • • Membuat kenyataan atau kelakuan yang biadap atau kasar. Terlibat dalam kelakuan yang mengganggu atau mengalih perhatian semasa perlawanan daripada luar gelanggang Menjerit, berteriak, atau menepuk tangan pada pasukan lawan yang sedang bermain atau cuba untuk memainkan bola. Pengadil boleh memberi amaran kepada jurulatih atau pemain (kad kuning) tentang kelakuan yang tidak mempunyai semangat kesukanan. Pengadil juga boleh mendenda jurulatih atau pemain (kad merah) denagn memberikan mata kepada pasukan lawan atau diketepikan jika berterusan melakukan kesalahan yang tidak senonoh. Akhirnya pengadil boleh mengeluarkan jurulatih atau pemain daripada gelanggang atas kelakuan yang keterlaluan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->