You are on page 1of 6

Falsafah dan logika

Jxea1104
PANTUN

NAMA PELAJAR: NADIAH BINTE ABDUL KARIM


NOMBOR MATRIK: JEA080709
NAMA PENSYARAH: DR AMRAN MUHAMMAD
NAMA TUTORIAL: CIK SITI HADIJAH

1
PENGENALAN

Pantun memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Adapun pantun

tergolong dalam puisi lama Melayu/Indonesia. Pantun dan peribahasa adalah puisi lama

Melayu yang asli. Menerusi pantun dan peribahasa itulah falsafah hidup dan pemikiran orang

Melayu tersalur. Dalam mengolah tentang Pantun Melayu itu, seorang pengkaji Barat R.O.

Winstedt, dengan tegas dan yakin berkata: “...and no one can istimate the mental scope of the

Malay without an understanding of the pantun...”

Dalam buku Dr Pendeta Za’ba yang bertajuk ‘Ilmu Mengarang Melayu’ [Jawi] halaman 250-

261, beliau mengatakan: “makna asal kekata ‘pantun’ itu ialah: ‘seperti’ atau ‘umpama’,

kemudian ‘pantun’ itu dipakai dengan makna ‘perumpamaan’: tetapi akhirnya, orang

memahamkan pula bahawa ‘pantun’ ialah sejenis karangan berangkap yang terbahagi dua –

sebahagiannya ‘pembayang maksud’ dan sebahagian lagi ‘maksud yang sebenarnya’ seperti

yang kita fahamkan sekarang.

Fungsi Pantun sebagai penyampai maksud.

Dalam memperkatakan tentang bahasa budaya, pantun tidak boleh diketepikan kerana ia

merupakan satu warisan lisan yang lahir dan berkembang dari zaman ke zaman. Adapun

dalam karya-karya pantun, ada tersirat satu bentuk ucapan atau pesanan. Adakalanya

berbentuk sindiran, luahan isi hati, ada berbentuk nasihat dan untuk melahirkan idea serta

buah fikiran dalam susunan kosa kata yang halus dan menarik.

2
Selain itu, pantun juga dicipta bagi melahirkan rasa hati yang kasih, sayang, rindu, kecewa,

hampa dan pelbagai perasaan yang terdapat dalam jiwa nurani manusia. Pantun dapat

memberi maksud yang tepat, disamping penuh dengan kehalusan serta keindahan. Contoh :

“Pokok pauh di atas permatang,

Tetak tengah papan kemudi

Dari jauh kekanda datang

Mendengarkan adinda tinggal di sini”1

Berdasarkan contoh pantun di atas, tidak dapat disangkal bahawa susunan kosa kata

menjadikan ayat-ayat dalam rangkap-rangkap pantun tersebut begitu indah dan lebih

bermakna selain dapat menonjolkan lagi rasa kasih sayang. Oleh yang demikian, pantun

merupakan satu wadah atau cara untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tersirat di hati,

menjadikan ia suatu yang tersurat dan difahami tanpa menyinggung perasaan yang

mendengar atau membaca.

Fungsi pantun sebagai alat hiburan.

Pantun telah digunakan sebagai alat hiburan sejak awal kewujudannya di nusantara ini. Oleh

itu, akan lahirlah rasa riang ria melalui pantun. Masyarakat yang berpantun itu bukan sahaja

berlaku di kalangan orang-orang dewasa. Golongan muda, malahan kanak-kanak kecil pun

ada berpantun. Namun demikian, kanak-kanak berpantun sambil bermain dengan hati riang

ria. Manakal orang dewasa pula berpantun untuk menghiburkan hati selepas penat keluar

bekerja seharian.

1
Contoh Pantun Kasih dipetik dari buku Pantun Melayu Warisan Bangsa, hlm 33.

3
“Pat, pat2 siku lipat,

Siapa cepat dia dapat.”

Pantun di atas merupakan sebuah pantun kanak-kanak yang biasanya dinyanyikan atau

diucapkan. Ia amat terkenal di kalangan kanak-kanak yang berusia di antara usia 3 tahun

hingga 6 tahun. Seringkali dinyanyikan oleh mereka semasa di tadika atau ketika bermain

beramai-ramai.

Falsafah dan pemikiran melayu.

Menurut H. Mukhtar Yahya dalam sepatah kata buku Pengantar Falsafah Islam (1969:6),

berfalsafah bermaksud berfikir sedalam-dalamnya dengan bebas dan teliti mengenai sesuatu

perkara,sama asa perkara yang berkait dengan diri kita atau yang berkait dengan alam

semesta.

Menurut Aboebakar Atjeh(1970:13), tiap–tiap manusia mempunyai pandangan tersendiri

tentang kehidupan sama ada mengenai asal kejadian dan kematiannya, kesucian jiwa,

kebaikan dan kejahatan. Persoalan-persoalan ini akan menggerakkan manusia berfikir untuk

melahirkan sesuatu pendapat, sama ada salah atau benar menurut tanggapan masing-masing.

Merujuk kepada pendapat-pendapat di atas, dapat difahamkan bahawa pantun itu adalah

sesuatu yang lahir dari fikiran seseorang. Kata-kata indah disusun agar ia menjadi lebih halus,

agar mesej yang ingin disampaikan tidak menyiggung perasaan yang mendengar. Ada juga

dijadikan sebagai pesanan untuk saling ingat-mengingatkan antara satu sama lain.

2
Pat,pat = singkatan sebutan cepat, cepat

4
“Ikan siakap ikan senohong,

Dibeli oleh si orang kaya

Hidup jangan bercakap bohong

Nanti orang tidak percaya”3

Antara falsafah lain yang dapat dicungkil di sebalik karya-karya pantun Melayu adalah

keperibadian yang ada pada orang Melayu sendiri. Sememangnya orang Melayu tidak didapat

dipisahkan dengan keperibadian dan budi pekerti yang baik, bersopan santun, malu dan

rendah diri.

Oleh kerana keperibadian sebegitu sudah ada dalam diri orang Melayu, maka kebanyakan

dari karya-karya pantun Melayu ada mengandungi unsur-unsur atau nilai-nilai murni.

Lantaran itu, pantun Melayu bukan sahaja mengandungi potongan ayat dan kosa kata, malah

falsafah dan pendirian seseorang.

Kesimpulan

Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan di atas, dapat dirumuskan dan

sekaligus menjadi kesimpulan mengenai pantun-pantun Melayu, yang ia bukan sahaja

sekadar karya-karya kosong. Namun begitu, di sebalik pantun-pantun ini, terselit peribadi

masyarakat Melayu, yang penuh dengan pegangan hidup dan pandangan mereka. Lantaran

itu, jelaslah bahawa di sebalik setiap pantun terkandung falsafah yang tersendiri.

3
Pantun dipetik dari buku Pantun Melayu Warisan Bangsa, hlm 84

5
Bahan Rujukan

1. Muhammad Ariff Ahmad (MAS), 2004, “Mari Kita Berpantun (Suatu Petunjuk)”,

MBMS, Singapura.

2. Wan Ab.Kadir Wan Yusoff, (1996). “Pantun: Manifestasi Minda Masyarakat”,

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

3. Amina Haji Noor (2000), “Pantun Melayu Warisan Bangsa”, Maju Jaya Indah

Sdn.Bhd.Ampang.

4. Dr Abbas Mohd. Shariff, (2002), “Budaya dan Falsafah Orang Melayu”, EDN

Media, Singapura.

You might also like