You are on page 1of 7

FALSAFAH DAN LOGIKA

JXEA1104
NAMA PENSYARAH: DR AMRAN MUHAMMAD

TOKOH FALSAFAH:
RABIATUL ADAWIYAH

NAMA PELAJAR: NADIAH BINTE ABDUL KARIM

NOMBOR MATRIK: JEA080709

1
Tatkala persada falsafah melayu bergelumang dengan sarjana-sarjana yang dengan

tungkusnya mengkaji teori-teori ahli filsafat barat, ia menekankan lagi kepentingan untuk

menghuraikan konsep falsafah timur yang turut mempunyai hemah yang tinggi tetapi jarang

didalami dengan terperinci.

Rabiatul Adawiyah sebagai seorang ahli filsafat timur yang telah dianugerahkan kepada dunia

pada tahun 95H(717M) di Basrah, Iraq memainkan peranan yang besar di dalam

mempengaruhi ilmu falsafah Islam. Ayahnya kononnnya turut telah bermimpi berjumpa

dengan Rasulullah Nabi Muhammad s.a.w dimana baginda telah berkata :

“Janganlah engkau bersedih hati, puterimu yang baru lahir itu kelak akan menjadi orang yang

terhormat dan 70,000,000 dari umatku memerlukan syafa’atnya”

Mimpi yang telah mendatangi ayahanda Rabiatul Adawiyah tersebut sekaligus mengukuhkan

lagi keperluan untuk mendalami ilmu yang dibawa oleh beliau sebagai sebuah anugerah

kepada umat Islam di seluruh dunia, juga buat generasi-generasi seterusnya.

Adapun mengikut riwayat hidup semasa kecil, Rabiatul Adawiyah dilahirkan dalam keluarga

yang miskin. Keluarganya hidup dengan penuh taqwa dan iman kepada Allah, tidak berhenti

melakukan dzikir dan beribadah melaksanakan ajaran-ajaran Islam. Membesar dalam

lingkungan keluarga biasa dengan kehidupan orang soleh dan penuh dengan kezuhudan.

Sememangnya mimpi yang didatangi ayahnya bukanlah satu-satunya petanda keistimewaan

yang ada pada Rabiatul Adawiyah. Malah Rabiatul Adawiyah sendiri pernah mengalami

beberapa peristiwa ganjil yang lantas telah meletakkan dirinya begitu istimewa di persada

dunia yang penuh dengan ilmu falsafah dan tasawwufnya.

2
Ada suatu ketika dikatakan Rabiatul Adawiyah telah menatap cakerawala, tiba-tiba beliau

mendengar suara yang sangat merdu. Adalah dinyatakan suara yang merdu itu lebih indah

dari senandung serunai. Yang merdu itu di kegelapan malam, terdengar bacaan Al-Quraan,

yang mana telah membangkitkan keharuan dan lantaran itu bercucuranlah airmata. Pipinya

sujud menyentuh tanah bergelumang debu, sedangkan hatinya penuh cinta Ilahi.

Peristiwa-peristiwa tersebut telah menghantarkan Rabiatul Adawiyah kepada kehidupan

yangpenuh dengan pengabdian diri serta ibadah kepada Sang Pencipta Azza Wajallaa. Hidup

dalam keadaan yang serba zuhud telah membuatkan Rabiatul Adawiyah lebih taqarrub atau

dalam erti kata lainnya lebih dekat kepada Allah. Beliau melakukan solat tahajjud sepanjang

malam hingga fajar tiba. Beliau tidak tergoda dengan keduniaan dan hatinya hanya tertuju

pada Allah.

Rabiatul Adawiyah merupakan tokoh wanita aliran sufiisme yang telah mempopularkan

konsep Mahabbah di kalangan para sufi. Konsep Mahabbah dapat diperbahagikan sebagai

berikut :

1. Memeluk kepatuhan kepada Allah dan membenci sikap melawannya.

2. Menyerahkan seluruh diri kepada yang dikasihi

3. Mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali yang dikasihi.

Dapat kita perhatikan dari penjelasan konsep Mahabbah bahawa ianya berasaskan banyak

berlandaskan nilai ‘kasih’ sepertimana dapat kita perlihatkan di takrifan kedua dan ketiga.

3
‘Kasih’ turut ditakrifkan di dalam Kamus Dewan, edisi ketiga sebagai berikut :

“tak. 1- perasaan sayang terhadap seseorang(terhadap seseorang atau sesuatu), cinta”.

Merujuk kepada konsep Mahabbah yang pertama, ia adalah untuk menjalankan tugas dan

kewajipan terhadap Allah S.W.T. Adapun kasih ibu terhadap anak-anak, juga kasihnya dan

hormatnya isteri kepada suami, kasih sayang dikalangan pasangan kekasih juga tidak boleh

disangkal lagi. Oleh yang demikian, pemahaman bagi konsep Mahabbah mengikut takrifan

kedua.

Perasaan kasih sayang adalah tunjak utama dan tidak dapat dipisahkan dalam jalinan sesama

manusia. Kasih sayang adalah penting dalam menjalin serta menjaga hubungan agar kekal

baik, juga menghindari dari sifat dendam atau benci.

Dalam menerangkan konsep ini, dapat dilihat akan beberapa buah hadith dan firman Allah

yang telah banyak mengetengahkan konsep berkasih sayang sesama insan dalam mendapat

keredhaan dan cinta Allah. Antara nas-nas yang diterjemahkan:

“Barangsiapa yang meninggal saudaranya(tidak menegurnya kerana memusuhinya) selama

setahun maka ia seperti menumpah darahnya."1

“Seseorang di antaramu tidak beriman sehigga cinta kepada saudaranya sepeti cintanya

kepada dirinya sendiri”2

1
Dikeluarkan oleh Dawwud dari Adi Kharash
2
Hadith riwayat Anas bin Malik r.a

4
“Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara”3

Namun begitu, merujuk kepada takrifan pertama konsep Mahabbah, Rabiatul Adawiyah

menyatakan pentingnya mematuhi serta memenuhi segala suruhan dan perintah Allah S.W.T.

Ia dapat melepaskan diri seseorang itu dari ikatan dosa atau kelakuan yang berunsurkan

maksiat.

Lantaran itu ia juga dapat membuka ke jalan menuju kepada Allah, Sang Pencipta, untuk

mencapai darjat yang lebih tinggi disisiNya. Juga untuk mendekatiNya, akan terasa keinginan

dan kerinduan kepadaNya. Lantas Rabiatul Adawiyah juga menyatakan bahawa keinginan itu

membuat ingin selalu bermunajat dan merasakan seakan tersiksa apabila berjauhan. Dalam

pada itu ibadah solat bukan sahaja dilakukan sekadar kerana satu perintah Allah. Malah,ia

dilakukan kerana ingin lebih mendekati Allah sambil merasai kehadiran Allah begitu dekat

dengannya.

Sepertimana yang terdapat al-Quranul Karim, surah Al-Anfal:2, maksudnya:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang bila disebut ama

Allah,gementar hati mereka, dan bila dibacakan ayat-ayat Allah bertambahlah imannya. Dan

kepada Tuhannya mereka bertawakkal,”

Menurut seorang ulama seangkatan dengan Rabiatul Adawiyah, Sufyan Thauri, seorang

ulama hadis yang sangat alim pada masa itu, orang yang terhindar dari kesenangan duniawi,

maka ia tidak suka memakia pakaian yang mewah dan mahal. Tambah beliau, inilah yang

diamalkan oleh ahli sufi [Rabiatul Adawiyah].

3
Surah Al-Hujurat:10

5
Dengan adanya kenyataan yang dibuat oleh Sufyan Thauri, jelaslah bahawa Rabiatul

Adawiyah telah mengosongkan hatinya dari segala-galanya kecuali yang dikasihi. Dalam

konteks ini, beliau telah menyerahkan seluruh dirinya pada Pencipta yang Maha Esa. Dan

kerana cintanya yang begitu mendalam, beliau tidak peduli akan kekayaan dunia. Apa yang

lebih penting adalah untuk menempatkan diri lebih dekat di sisi Allah S.W.T.

Mawaddah atau kasih sayang sudah sebati dalam kehidupan seseoarang. Dengan adanya

sikap saling menyayangi, mengasihi dan menghormati antara satu sama lain, maka akan

tenanglah dunia dan akan karamlah segala kebencian di lubuk hati. Dengan menuju atau

mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, secara tidak langsung hati akan bersih dari sifat-sifat

mazmumah4 seperti benci, dengki, hasad, amarah dan dendam.

Dengan itu, dapat disimpulkan bahawa berdasarkan konsep-konsep Mawaddah yang

dikenalkan oleh srikandi Islam yang terkenal, Rabiatul Adawiyah, kasih sayang dalam

perhubungan adalah amat penting dalam menjaga keamanan negara, keharmonian sesama

manusia dan paling utama, keredhaan serta keberkatan dariNya S.W.T.

Bahan rujukan
4
Mazmumah: tercela,terkeji,terhina (Kamus Dewan: Edisi ketiga)

6
1- Miftah al-Sunnah.

Oleh: Al-Ustadz Muhammad ‘Abdul ‘Aziz Al-Khauli

2- Syarah Matn al-Arba’in al-Nawawiyyah

Oleh: Imam Nawawi

3- Hadith 40

Oleh: Mustafa ‘Abdul Rahman

You might also like