P. 1
IBNU RUSH

IBNU RUSH

5.0

|Views: 646|Likes:
Published by Nur Ain Mohd Amin
falsafah dan logika melayu
ibnu rush
NORHASHIMAH BINTI ISMAIL
falsafah dan logika melayu
ibnu rush
NORHASHIMAH BINTI ISMAIL

More info:

Published by: Nur Ain Mohd Amin on Sep 02, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/04/2011

pdf

text

original

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

NAMA : NORHASHIMAH BINTI ISMAIL NO MATRIK : JEA 080189 NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN SESI : 2008/2009 TAJUK : TOKOH FALSAFAH (IBNU RUSYD) SEMESTER : 01 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

IBNU RUSYD Ibnu Rusyd atau nama sebenarnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir pada tahun 1126 merupakan ahli falsafah agung dalam bidang perubatan. Beliau

dilahirkan di Sepanyol dan meninggal dunia di Maghribi. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang dalam dunia Islam tetapi juga di Eropah. Oleh itu, beliau dikatakan

sebagai ahli falsafah paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Di barat beliau dikenali sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme. Bapa dan datuknya merupakan kadi di Cordova. Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr. Beliau telah mempelajari ilmu fiqh dan perubatan. Ibnu Rusyd mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin dan membolehkannya dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Beliau juga dilantik sebagai doktor istana pada 1182 selepas persaraan Ibn Tufail .Beliau dibuang ke daerah Alaisana kerana desakan dan tekanan pihak tertentu yang menganggapnya sebagai mulhid. Apabila beliau pulang semula ke Cardova beliau tidak diterima dan disisihkan oleh masyarakat. Kedudukan Ibnu Rusyd dipulihkan semula apabila khalifah Al-Mansor Al-Muwahhid menyedari kesilapan yang dilakukannya. Buku Al Taysir yang diterjemahkan dalam bahasa Latin mempuyai terjemahan dalam bahasa Inggeris iaitu Facilititation of Treatment yang merupakan buku yang terkenal dalam bidang falsafah pernah dihasilkan oleh beliau. Kedudukannya telah dipulihkan namun setelah beliau meninggal dunia dan beliau telah meninggalkan ilmu dan tulisan seperti dalam bidang falsafah, ilmu kalam ,talak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa dan nahu.

Ibnu Rusyd banyak memberi sumbangan dalam dunia Islam dan Barat antaranya dalam bidang falsafah . Beliau terkenal untuk terjemahan hasil kerja Aristotle yang dilupai Barat. Selain itu, hasil kerjanya, Fals Al-Maqal(The Decisive Treatise)

menekankan kepentingan berfikir secara analitikal untuk menterjemah Quran yang bertentangan dengan pandangan konservatif ulama. Islam yang meletakkan pentafsiran Quran kepada sumber seperti hadith. Pembicaraan falsafah banyak tertumpu pada persoalan berkaitan metafizik dan ketuhanan. Bukan itu sahaja dua orang ahli falsafah Eropah iaitu Voltaire dan Rosseau terpengaruh oleh falsafah beliau dan telah

mencetuskan era Renaissance di Perancis. Pemikiran Ibnu Ruyd juga telah mencetuskan Revolusi di dunia Eropah.

Dalam bidang perubatan pula, beliau telah menyumbangkan hasil karyanya iaitu Kuliyyah Fit-Thib yang mengandungi 16 jilid dan telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa. Buku ini juga telah diterjemah kedalam bahasa Inggeris dengan judul General Rules of Medicine. Kaedah perubatan dan idea dari Ibnu Rusyd telah digunakan di Hospital Les Quaize-Vingt iaitu hospital pertama di Paris yang didirikan oleh Raja Louis. Sumbangannya dalam bidang perubatan juga merangkumi pembedahan dan fungsi organ didalam tubuh manusia. Beliau memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beliau pernah menyatakan bahawa demam

campak hanya akan berlaku sekali sahaja oleh setiap orang.

Selain itu,beliau juga telah memberi sumbangan dalam bidang kemasyarakatan antaranya beliau cuba membuat pembahagian masyarakat kepada dua golongan iaitu golongan elit yang terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam. Pembahagian strata sosial ini merupakan asas pengenalan pembahagian masyarakat berdasarkan kelas seperti yang dilakukan oleh ahli falsafah terkemudian iaitu Karl Max.

Ibnu Rusyd juga merupakan sarjana serba boleh. Karya-karya lain Ibnu Rusyd ialah Pengantar Ilmu Falsafah, Tafsir Urjuza yang menceritakan perubatan dan tauhid, Taslul dan buku mengenai ilmu kalam,Kaysful Adillah yang mengungkap persoalan falsafah dan agama,Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah dan Muwafaqatil Hikmah Wal syari’a yang menyentuh persamaan antara falsafah dan agama. Selain itu,Ibnu Rusyd juga telah menulis sebuah buku muzik yang berjudul De Anima Aristotle(Comentary on The Aristotle’s De Anima). Hasil karyanya ini membuktikan bahawa Ibnu Rusyd begitu terpengaruh dan tertarik oleh ilmu logik yang dikemukakan oleh Aristotle. Beliau telah menghasilkan tiga komentar penting terhadap karya-karya Aristotle antaranya Jami’ yang dianggap

sebagai ringkasan,Talkhis,danTafsir. Ulasan beliau yang terpanjang ialah hasil pemikiran beliau yang bersifat analisis termasuk memahami konsep al-Quran.

Kebanyakan tulisan beliau dalam bidang falsafah yang diterjemahkan ke bahasa Hebrew dan Latin masih terpelihara dengan baik di gedung perpustakaan di Eropah. Begitu juga beberapa karya beliau dalam bahasa Arab. Ini membuktikan penerimaan luas oleh Barat berbanding Timur. 87 daripada beratus-ratus karya beliau masih wujud dalam keadaan asal.

Dalam bidang keagamaan,Ibnu Rusyd sebenarnya telah menganjurkan jalan terbaik untuk menjadi muslim yang progresif. Pada pandangan beliau seorang muslim yang terhormat dan bijaksana ialah seorang yang mampu mewakili zamannya disaat ia masih mampu bernafas di alam ini. Namun Ibnu Rush tetap menghargai pandangan dan pendapat mazhab lain antaranya Syafie, Hambali,dan Hanafi. Setelah itu,barulah beliau meletakkan hukuman. Pendiriannya ini dijelaskan dalam Bidayat al- mujtahid Wa

Nihayat al-Muqtashid. Menurut Abid al-Jabiry (1998), Ibnu Rush ingin mendidik masyarakat bahawa yang penting dalam fikah ialah menyebarkan dimensi moral etika disebalik hukum syariah dan pentingnya memahami proses ijtihad. Ibnu Rusyd telah menulis kritikan terhadap karya-karya yang mengharamkan filsafat dalam bukunya Tahafut al-Tahafut dan mengeluarkan fatwa pentingnya “berfikir dan berfilsafat”. Menurutnya,kedudukan akal dan filsafat sejajar dengan syariat. Dalam Fals al-Maqal, Ibnu Rush menghendaki agar filsafat dijadikan jambatan untuk menerima kebenaran daripada pihak lain walaupun berbeza agama sekalipun.

Sebelum meninggal dunia,beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal AlTaysir. Kematian beliau merupakan kehilangan yang cukup besar kepada kerajaan dan umat Islam di Sepanyol. Beliau tidak meninggalkan sebarang harta benda melainkan ilmu dan tulisan dalam pelbagai bidang. Beliau telah menemui ajalnya pada 1198. Ibnu Rusyd merupakan tokoh ilmuan Islam yang agung dan tiada tolok bandingnya. Ini jelas dilihat keterampilannya dalam pelbagai bidang. Malahan banyak perkara, pemikiran, Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah lain yang hidup sebelum zamannya atau selepas kematiannya.

BIBLIOGRAFI Ahmad Zainal Abidin. Riwayat Hidup Ibnu Rusyd (Averroes )Filosof Islam terbesar di Barat. Awang Sarian.2007.Falsafah dan Logika Melayu.Selangor:Synergate.Sdn Bhd. Hamidah Husain.Ibnu Rusyd. Petaling Jaya,Selangor:Penerbit Prisma,1993. Hanafi Ahmad.Antara Imam al-Ghazali dengan Imam Ibnu Rusyd Dalam Tiga Persoalan Alam Metafisika.Jakarta:Pustaka al-Husna,1981. Mohd Nasir . Falsafah dan Syariah :Hukum Mempelajari Ilmu Falsafah Menurut Ibnu Rusyd berdasarkan Kitab Fals al-Maqal.Source:Issues Of Culture and Thought:Malaysia –Jordan Perpectives /Compiled by,Indriaty Ismail,379-387 (Bangi Selangor:Department of Theology and Philosophy,Faculty of Islamic Studies National University of Malaysia,2007).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->