You are on page 1of 8

Falsafah dan logika

melayu

RUMAH
MELAYU
MUHAMMAD HAFIZMULLAH BIN MUHD NOR
MUHAMAD BENYAMIN BIN CHE ISMAIL
MUHAMAD SUPIAN BIN DOLAH
HISSAM BIN MOSLI
PENGENALAN
 Rumah kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan
tidak asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini,
ramai anak-anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk
sebenarnya rumah kayu tradisional mahupun caranya dibangunkan tanpa
paku.
 Sebetulnya, lama sebelum kedatangan pengaruh luar dan telunjuk moden,
penduduk asal Melayu dan Orang Asli di Semenanjung Tanah Melayu dan
Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain di Borneo dan bahagian lain
di alam Melayu telah mempunyai sistem perumahan yang canggih, cantik
dan serasi dengan gaya hidup dan alam sekitar.
 Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung, Sumatera dan
pulau-pulau lain biasanya membina rumah sesebuah (ala banglo) yang
didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di Borneo lebih
gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang memuatkan seluruh
kampung! Yakni setiap keluarga menghuni satu bahagian seperti
‘apartment’ yang dideretkan sebelah-menyebelah, dengan anjung terbuka
di hadapan (dipanggil ‘ruai’ di Sarawak) yang menyambungkan semua
unit menjadi sebuah bangunan panjang.
REKA BENTUK DAN SENI BINA
 TANGGA
Ø Dalam seni bina tangga bagi rumah melayu membezakan status
seseorang berdasarkan pangkat dan darjat
contoh: bilangan anak tangga
- 5 ke bawah untuk rakyat biasa
- 5-7 untuk pembesar
- 7 ke atas untuk sultan
Ø Ini menunjukkan bahawa pada zaman dahulu susunan herarki
masyarakat melayu sangat mementingkan kedudukan.
 ATAP RUMAH
Ø Kebanyakkan rumah melayu menerapkan konsep yang berasaskan
alam semula jadi.
Ø Sebagai contoh banyak atap rumah melayu adalah berbentuk condong
ataupun berbentuk V seperti gunung/bukit.

Ø Bumbung ini berfungsi sebagai pelindung dari panas dan hujan.


Ø Ruang antara siling merupakan alat untuk memerangkap haba untuk
mengelakkan suhu di dalam rumah menjadi panas.
 TIANG
Ø Seni bina tiang rumah melayu juga sama dengan tangga kerana
bilangan batang tiang membezakan taraf atau kedudukan bagi pemilik
rumah tersebut.
Ø Ini adalah contoh pembezaannya:
- 5 ke bawah adalah untuk rakyat biasa.
- 5-7 adalah untuk pembesar.
- 7 adalah untuk sultan.
Ø Pelbagai kelebihan muncul dari ‘keterapungan’ ini; termasuklah
mengelakkan dari mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari
aras banjir. Rumah juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua
bahagian (dari atas, tepi-tepi dan bawah).
Ø Selain itu, ruang kosong di bawah rumah (juga disebut ‘polong’)
menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan segala macam barang
perkakas.
 BAHAN BINAAN
 Bahan binaan yang digunakan diambil dari sumber alam yang boleh
diperbaharui, yakni pelbagai jenis kayu-kayan, juga buluh dan rotan
hinggalah kepada daun-daun pelepah.
 Kerangka atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-
tembus dan pasak yang tidak memerlukan paku. Yakni pembinaan
rumah papan Melayu sebenarnya ialah suatu sistem pasang-siap.
Maka rumah itu boleh juga ‘ditanggal-buka’ dan di pasang semula di
tempat lain, persis yang dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk
Rumah Penghulu Abu Seman, yang dipindahkan dari negeri Kedah ke
Kuala Lumpur.
 Selain itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal
(flexible), sehingga ianya boleh diangkat melalui ‘gotong-royong’
orang ramai dan dialih tempat.
 Walaupun rumah yang benar-benar tradisional tidak menggunakan
sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah kayu yang lebih
baru, ada juga elemen bukan struktur seperti isian dinding yang
memakai paku.
 KESIMPULAN
Ø Malangnya, bangunan sehebat manapun dari bahan organik seperti
kayu tidak tahan jika tidak disenggara rapi. Maka warisan rumah
papan ini akan pupus tanpa adanya pembinaan rumah asli baru, lebih
lagi jika ilmu senibinanya juga hilang dari kalangan orang Melayu.
Ø Kebanyakan arkitek/jurubina tempatan, dalam menimba dan mengejar
senibina ala Barat, tidak mengendahkan lagi ilmu binaan tradisi.
Sedangkan ilmu senibina lama masih mampu dikaji untuk memberi
penyelesaian atau dimajukan lagi buat kesesuaian hidup gayakini
Ø Sebagai kesimpulannya dapatlah kita mengetahui bahawa senibina
rumah melayu tradisional adalah salah satu artifak atau warisan yang
amat berharga.
Ø Warisan ini haruslah dipelihara agar ianya tidak di telan zaman.
lampira
n

You might also like