You are on page 1of 14

BIASISWA BANK NEGARA

Bank Negara Malaysia (BNM) mempelawa warganegara Malaysia yang layak untuk memohon
Anugerah Biasiswa Bank Negara untuk sesi akademik 2011/2012 bagi mengikuti pengajian
dalam beberapa bidang yang terpilih.

Bidang Pengajian

 Ekonomi
 Perakaunan
 Sains Aktuari
 Perbankan dan Kewangan
 Kewangan Korporat
 Perbankan dan Ekonomi Islam
 Undang-Undang
 Undang-Undang Syariah
 Teknologi Maklumat
 Matematik

Peringkat Pengajian

 Cambridge A-Level, American Foundation Program, South Australian Matriculation

Kelayakan Minimum

 Lulus peperiksaan SPM 2010 dengan mendapat sekurang-kurangnya 8 A (A atau A+)


 Berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2011

Kelayakan Tambahan
 Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dari segi penulisan dan lisan
 Fleksibel, versatil dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi
 Cemerlang di dalam aktiviti ko-kurikulum dan sukan

Tajaan ke peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) di universiti-universiti luar negara akan diberikan
sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Permohonan

Permohonan perlu dibuat secara dalam talian di laman web Bank Negara iaitu Permohonan
Anugerah Biasiswa Bank Negara 2011.

Tarikh Tutup

 Permohonan Biasiswa Pra-Universiti Bank Negara akan ditutup pada 29 Mac 2011 
 Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi.

Maklumat

 Sila rujuk laman web Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci.
 Sila hubungi talian 03 2691 5963 atau email scholar@bnm.gov.my jika terdapat sebarang
pertanyaan berkenaan biasiswa ini.
 Sila hubungi talian 03 2698 8044 atau 1300 88 5465 atau SMS ke 15888 BNM
Pertanyaan Anda atau email bnmtelelink@bnm.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan
umum.
 Sila rujuk juga Biasiswa Bank Negara 2010/2011 di ePutra sebagai panduan tambahan.
BIASISWA JPA BAGI PROGRAM IJAZAH LUAR NEGRA (PILN)

Lepasan SPM 2010 yang ada memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi
Program Ijazah Luar Negara (PILN) boleh membuat semakan panggilan temuduga mulai hari
ini.

Semakan Temuduga JPA PILN

 Semakan boleh dibuat mulai 8 sehingga 16 April 2011


 Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan yang telah
didaftarkan semasa memohon dahulu.
 Sila ke laman web JPA di portal Semakan Panggilan Temuduga PILN JPA untuk
membuat semakan.

Tarikh Temuduga

Temuduga PILN JPA ini dijangka akan dijalankan di beberapa pusat mulai 12 sehingga 15
April 2011.

Peringatan

Mereka yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

 Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan.


 Membawa dokumen/sijil asal seperti berikut:

o Kad Pengenalan;

o Slip keputusan SPM 2010;


o Surat Beranak Calon;

o Surat Beranak Ibu/Bapa/Penjaga;

o Sijil-sijil berhenti sekolah;

o Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/Bapa/Penjaga;

o Kad Pesara /Slip Gaji Ibu/ Bapa/ Penjaga;

o Sijil kegiatan kokurikulum bagi tingkatan 4 dan 5 sahaja;

o Sijil Bahasa Asing (sekiranya ada);

 Membawa bersama salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:


o Kad Pengenalan;

o Surat Beranak Calon;

o Surat Beranak Ibu/Bapa/Penjaga;

o Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/Bapa/Penjaga.

 Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas
talian (on-line application) melalui laman web esilav2.jpa.gov.my.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03
8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat
piln2011@jpa.gov.my

Temuduga PILN MARA

Semakan panggilan temuduga bagi permohonan biasiswa MARA PILN 2011 dijangka akan
boleh dibuat mulai 14 April 2011.
BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP) DAN BIASISWA KELAS PERSEDIAAN
UNIVERSITI (BKPU)

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
dianugerahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada pelajar sekolah
menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang tetapi
terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlatarbelakangkan pendapatan isi rumah kurang dari
RM1,000.00 sebulan.

Penghadiahan BKP ialah kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima manakala BKPU
dianugerahkan kepada pelajar tingkatan enam.

Kelayakan Biasiswa Persekutuan

Kriteria kelayakan BKP dan BKPU adalah:-

 Warganegara Malaysia;
 Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan;
 Pendapatan isi rumah maksimum RM1,000.00 sebulan atau / dan lebih rendah;
 Pelajar hendaklah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sukan;
 Pelajar belum menerima sebarang biasiswa daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Kadar Biasiswa

 Tingkatan 1 hingga 5 – RM 70 sebulan


 Tingkatan 6 Sastera – RM 90 sebulan
 Tingkatan 6 Sains – RM 110 sebulan

Permohonan

 Pihak sekolah akan mengenal pasti pelajar-pelajar yang layak.


 Pihak sekolah akan membuat permohonan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
 Pemprosesan permohonan adalah melalui Sistem Pemberian Biasiswa (SisPEB) yang
dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Pelajar yang memenuhi syarat kelayakan boleh berhubung dengan guru yang berkenaan
di sekolah masing-masing jika ingin mengetahui samada nama mereka tersenarai dalam
permohonan.

Tempoh Proses Permohonan

Pihak sekolah perlu membuat permohonan mengikut tempoh masa yang ditetapkan berikut;

Zon Negeri Tarikh


Zon 1 Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Labuan 3 – 9 April
Zon 2 Johor, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, 10 – 16 April
Putrajaya, SBP
Zon 3 Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, 17 – 23 April
Perlis

Maklumat

 Sila rujuk laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Biasiswa


Persekutuan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pihak sekolah masing-masing.
 Pertanyaan boleh juga diajukan kepada pegawai yang berkenaan di JPN seperti yang
tersenarai di Sistem Permohonan Biasiswa Persekutuan.
TAJAAN MARA PROGRAM PASCA SISWAZAH LUAR NEGARA

Calon yang berilmu tinggi, berkeyakinan, inovatif dan kreatif serta mempunyai semangat juang
yang kental berpersonaliti unggul adalah dipelawa untuk memohon tajaan MARA bagi
mengikuti program pasca siswazah di institut pengajian tinggi terkemuka di luar negara.

Peringkat Pengajian

Program pasca siswazah yang dimaksudkan adalah bagi peringkat;

 Ijazah Sarjana
 Doktor Falsafah
 Profesional

Bidang Pengajian

Kursus atau bidang pengajian yang ditaja adalah;

 Kejuruteraan
 Kepakaran Perubatan/ Pergigian/ Sains dan Teknologi (Applied Medical Course)
 Allied Health Sciences
 Teknologi Maklumat/ Sains Komputer/ Sistem Maklumat
 Bioteknologi
 Sains Gunaan
 Sains Kuantitatif
 Sains Tulen
 Kewangan/ Perbankan/ Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan Antarabangsa/ Iktisas
 Perakaunan – CA/ ACCA/ CIMA/ ICAEW dan berkaitan
 Senibina
 Perundangan
 Bidang teknikal dan bukan teknikal yang kritikal dan dikenalpasti untuk keperluan negara

Kursus atau bidang pengajian yang diikuti boleh dalam bentuk Kerja Kursus (Coursework) atau
Penyelidikan (By Research) secara sepenuh masa serta diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan
Badan Profesional yang berkaitan.
Syarat Asas Layak Memohon

 Melayu Bumiputera dan warganegara Malaysia


 Had umur pemohon adalah tidak melebihi seperti berikut dari tarikh permohonan
dikemukakan:
o Calon Ijazah Sarjana dan Profesional 35 tahun

o Calon PhD / Kepakaran 40 tahun

 Telah tamat pengajian semasa iklan dikeluarkan.


 Tidak mempunyai kelayakan akademik yang setaraf dengan permohonan.
 Mempunyai kelayakan minimum diploma untuk memohon tajaan MARA di peringkat
Profesional. Kelayakan sijil tidak akan dipertimbangkan.
 Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau
peringkat yang sama.
 Mendapat tawaran pengajian bersyarat (conditional offer) atau tanpa syarat
(unconditional offer) daripada universiti berkenaan.
 Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mendapat tawaran daripada universiti
ranking tertinggi dalam bidang pengajian berkenaan rujukan
www.timeshighereducation.co.uk, Academic Ranking of World Universities –
www.arwu.org dan QS World University Ranking – www.topuniversities.com 
 Pemohon diwajibkan menduduki ujian International English Language Testing System
(IELTS) atau Test of English as a Foreign Language (TOEFL) atau Scholastic Aptitude
Test (SAT) mana yang berkaitan dan memenuhi syarat pencapaian yang ditetapkan oleh
MARA
 Menduduki peperiksaan berkaitan sekiranya disyaratkan oleh universiti seperti Graduate
Record Examination (GRE), Graduate Management Admission Test  (GMAT) dan
sebagainya. Tahap pencapaian adalah sepertimana yang ditetapkan oleh pihak universiti.
 Mendapat pelepasan / penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman
jika pernah ditaja oleh MARA atau badan penaja lain untuk pengajian sebelum ini. Tiada
tanggungan hutang pinjaman pelajaran atau berstatus blacklist bagi pengajian terdahulu
sekiranya ditaja oleh MARA.
 Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin
dan menyalahi undang-undang negara.
 Mendapat kelulusan cuti belajar tanpa gaji atau pengesahan bertulis mengenai pelepasan /
perletakan jawatan daripada majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan.
 Bagi calon di kalangan tenaga pengajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
hendaklah mengemukakan surat kelulusan perletakan jawatan.
 Mengikuti kursus anjuran MARA atau agensi lain sekiranya ianya sebahagian daripada
syarat wajib sebelum ke luar negara.

Syarat Akademik

 Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi kredit bagi semua
matapelajaran yang diambil.
 Ke peringkat Profesional untuk pelajar lepasan diploma: Keputusan peringkat Diploma:
o Kursus Teknikal : CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

o Kursus Bukan Teknikal : CGPA 3.75 ke atas atau setaraf dengannya

 Ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah: Keputusan terkini peringkat Ijazah Sarjana
Muda, Sarjana dan Profesional:
o Kursus Teknikal : CGPA 3.00 ke atas atau setaraf dengannya.

o Kursus Bukan Teknikal : CGPA 3.50 ke atas atau setaraf dengannya.

 Pelajar diwajibkan menduduki peperiksaan berikut dan memenuhi syarat yang ditetapkan
oleh MARA:
o International English Language Testing System (IELTS) dengan pencapaian
keseluruhan Band 6.5 ke atas atau
o Test of English as a Foreign Language (TOEFL) dengan pencapaian 79/120
(Internet Based Test) atau
o Scholastic Aptitude Test (SAT) 1,000 mata ke atas.

 Lulus sesi temuduga yang dijalankan oleh pihak MARA.


 Hanya calon yang layak selepas disaring mengikut kecemerlangan bermula dari peringkat
SPM, kelayakan akademik terkini dan mendapat tawaran daripada universiti ranking
tinggi dalam kursus berkaitan akan diberi keutamaan.

Permohonan

Permohonan perlu dikemukakan secara atas talian (online) di portal Sistem Permohonan Pasca
Siswazah MARA.

Tarikh Tutup

 Permohonan tajaan MARA bagi mengikuti program pasca siswazah ini ditutup pada 13
April 2011.
 Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas daripada pihak MARA selepas 3 bulan
daripada tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
Maklumat

 Sila layari laman web MARA di www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk
mendapatkan maklumat terkini mengenai permohonan.
 Sila rujuk juga iklan dan syarat tawaran permohonan tajaan MARA untuk program pasca
siswazah ini.
 Sila baca komen-komen di Pinjaman MARA Pengajian Tinggi Luar Negara Skim SPC
sebagai panduan.
 Tawaran ini adalah untuk sesi pengajian yang bermula di antara bulan Julai 2011 hingga
Februari 2012.
 Calon dikehendaki menguruskan sendiri penempatan ke Institusi Pengajian Tinggi
Terkemuka Luar Negara. Maklumat lanjut mengenai universiti boleh didapati daripada
badan berkaitan seperti
o British Council (UK) Tel: 03-2723 7900

o Malaysian British Educational Cooperation Services (MABECS) Tel: 03-7956


7655
o Irish Universities & Medical Schools Consortium (Ireland) Tel: 03-2163 2302

o International Development Programme (Education Australia) Tel: 03-2162 3755 /


03-5636 5548
o German Academic Exchange Service (DAAD-KL) Tel: 03-2148 0568

o Canadian Education Centre Tel: 03-2162 2901

o Malaysian American Commission on Educational Exchange (MACEE) Tel: 03-


2166 8878
o Nazza Education Sdn. Bhd. Tel: 03-2693 9121

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai tajaan MARA bagi mengikuti program pasca siswazah ini boleh
dikemukan kepada

 Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran


Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur
(U/P: Unit Dasar & Pembangunan IPT / Unit Penajaan)
Talian Hotline: 03-2693 6666, 03-2694 6622 dan 03-2694 3366
email: informasibpp@mara.gov.my
Permohonan Pinjaman Pelajaran Perubatan Yayasan AmanahRaya
Untuk Universiti Di Mesir

Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) melalui Yayasan AmanahRaya buat pertama kalinya
akan menawarkan kemudahan pinjaman pelajaran TERHAD kepada pelajar-pelajar
persendirian yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Mesir.

Konsep Pinjaman

Kemudahan pinjaman pelajaran yang ditawarkan adalah berkonsepkan Komitmen dan


Tanggungjawab KOS Secara Bersama dengan ibubapa pelajar. Tawaran kemudahan pinjaman
ini bukan melibatkan PINJAMAN 100%.

Pinjaman ini hanya melibatkan pembiayaan yuran pengajian tertakluk kepada jumlah maksimum
berdasarkan yuran universiti berkaitan. Lain-lain kos seperti kos sara hidup dan kos kerugian
pertukaran wang asing adalah di bawah tanggungjawab pelajar dan ibubapa sendiri.

Jenis Pinjaman

Pinjaman Khas Perubatan


 Pinjaman ini dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian (Tamat Tahun 1
ke atas) bidang perubatan di Mesir di Universiti yang diiktiraf oleh Kerajaan (JPA) sahaja.
 Bidang Perubatan yang diterlibat adalah Perubatan, Pergigian, Farmasi dan Perubatan
Verterinar.

 Pelajar-pelajar yang mendapat kemudahan pinjaman ini dikehendaki dan perlu lulus setiap
tahun, tidak boleh gagal mana-mana subjek dan menamatkan pengajian dalam tempoh 5 tahun
(Tempoh Pengajian) seperti yang ditetapkan. Pelajar perlu membayar balik keseluruhan jumlah
pinjaman selepas menamatkan pengajian.

Syarat Dan Kriteria Permohonan

Syarat Umum
 Wargenegara Malaysia;
 Berumur di bawah 25 tahun semasa permohonan dibuat;

 Pelajar Bumiputera yang berkelayakan dan belum mempunyai Ijazah Pertama;


 Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun kedua, ketiga atau keempat pengajian di
universiti-unversiti yang diiktiraf di Mesir;

Syarat Khusus (Akademik)


 Telah diterima masuk untuk tahun kedua, ketiga atau keempat pengajian;
 Tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek pada tahun pertama, kedua, ketiga atau keempat;

 Memenuhi syarat kelayakan sebenar (bukan keputusan ramalan) yang ditetapkan oleh KPTM
dan JPA;

 Pelajar yang menuntut di Mesir dan mesti mendapat sekurang-kurangnya keputusan jayyid
ketika tahun 1 pengajian atau tahun-tahun sebelumnya;

 Mendapat sekurang-kurangnya 6A Sijil Pelajaran Malaysia dan subjek-subjek SPM yang


mendapat gred A mestilah berkaitan dengan subjek yang berkaitan bidang perubatan;

 Mengemukakan keputusan peperiksaan berkenaan semasa permohonan diserahkan ke


AmanahRaya;

Permohonan

 Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Borang
Permohonan Pinjaman AmanahRaya.
 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disahkan oleh; Pegawai Kerajaan dalam
Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Wakil Rakyat. Sekiranya pelajar masih berada di
Mesir pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Jabatan Penuntut
Malaysia;

 Salinan Dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah
seperti berikut : salinan Kad Pengenalan (Pelajar, Ibubapa/Penjaga & Tanggungan & Penjamin),
salinan Surat Beranak (Pelajar); salinan Pasport (Pelajar); salinan surat tawaran kemasukan ke
universiti/institusi (Unconditional Offer); salinan keputusan peperiksaan pengajian (dokumen
asal) bagi tahun-tahun sebelumnya untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di luar
negara; salinan Sijil SPM / Sijil STPM / Matrikulasi / Diploma / A- Level / IB / Lain-lain; gambar :
Pelajar/Ibu Bapa/Penjaga/Penjamin, salinan slip gaji terbaru : Ibubapa / Penjaga & Anak (yang
sudah bekerja ) & Penjamin; salinan kad pencen Ibubapa/Penjaga &Penjamin; dan salinan
borang J (Cukai Pendapatan) Ibubapa / Penjaga & Penjamin.

 Kesemua salinan dokumen di atas hendaklah dalam Saiz A4 dan disahkan terlebih dahulu oleh
pegawai-pegawai seperti yang dinyatakan di atas.

 Permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati arahan yang ditetapkan dan tidak memenuhi
syarat kelayakan sebagaimana yang dinyatakan di atas tidak akan diproses/dipertimbangkan.

Calon Yang Tidak Layak Memohon

 Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
 Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma
anjuran sesebuah jabatan/agensi.

 Kursus/kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains
dengan Pendidikan.

 Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains / Pra
Universiti / Alpha / Foundation atau yang sedang di Tahun 1 Peringkat Ijazah.

 Pelajar-pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.

 Pelajar yang pernah mendapat/atau dilucutkan kemudahan biasiswa atau pinjaman.

Tarikh Tutup

 Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen-dokumen yang telah ditetapkan
dan disahkan terlebih dahulu hendaklah di bawa dan diserahkan ketika SESI TAKLIMAT pada 27
November 2010.
 Tempat dan alamat sesi taklimat yang akan diumumkan di dalam akhbar dan laman web
AmanahRaya dalam jangaka masa terdekat.

Peringatan

AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya tidak melantik wakil; orang perseorangan/individu


atau syarikat atau ejen yang mewakili AmanahRaya ataupun Yayasan AmanahRaya untuk
urusan pinjaman atau berkaitan atau pun sebaliknya.

Makluman

 Oleh kerana peruntukkan terhad maka bilangan pinjaman yang disediakan adalah TERHAD.
Pihak pengurusan tidak memberi jaminan bahawa setiap permohonan yang diterima dan
didapati memenuhi syarat/kriteria akan menerima tawaran kemudahan pinjaman ini.
 Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada pada waktu kemudahan pinjaman
ditawarkan, serta perubahan dasar dan hala tuju syarikat dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak
AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya yang mana kemudahan pinjaman ini disalurkan dan
dilaksanakan tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun
pemohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

 AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada
kemudahan pinjaman yang disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa
perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu; dan

 AmanahRaya melalui Yayasan AmanahRaya berhak menarik balik kemudahan tawaran pinjaman
sekiranya didapati perlu, tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Maklumat
 Sila rujuk laman web AmanahRaya di bahagian Pinjaman Pelajaran Perubatan AmanahRaya
untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 Di samping itu jika terdapat sebarang kemusykilan mengenai permohonan pinjaman pelajaran
perubatan AmanahRaya ini sila hubungi pegawai berikut :

o Puan Norsyillawaty Juhasu Tel : 03-2055 7373 Faks : 03-2072 143


norsyillawaty@arb.com.my

o Puan Zafrina Saini Tel : 03-2055 7408

You might also like