You are on page 1of 22

1

“PENEKANAN TERHADAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM


AKTIVITI KOKURIKULUM MERUPAKAN SATU KAEDAH
BERKESAN DALAM USAHA MENGASAH KEMAHIRAN GENERIK
DI KALANGAN PELAJAR.”

“Y.B. DATUK SERI KHALID NORDIN


MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI .”

BINCANGKAN BAGAIMANA AKTIVITI KOKURIKULUM YANG


DIJALANKAN DI POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI DAPAT
MENGASAH KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR DAN CADANGKAN
PENDEKATAN LAIN YANG BOLEH DILAKSANAKAN UNTUK
MENINGKATKAN KEMAHIRAN GENERIK PELAJAR BAGI
MENGHADAPI ALAMKERJAYA.

PEMBENTANG KERTAS KERJA


US PISOL NASIR
JABATAN PENGAJIAN AM
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
06000 BANDAR BARU DARULAMAN JITRA
KEDAH.
2

1.0 Pendahuluan

Aktiviti kokurikulum ertinya apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan daripada


proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang memberikan para
pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik kuliah. Ia dianggap sebagai
sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di institut pendidikan.
Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan
menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan,
berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang mengandungi
unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, kreativiti dan inovasi, kesetiaan
kepada bangsa dan negara, dan sebagainya akan membantu pelajar
menentukan hala tuju kehidupan masa depannya.

Aktiviti kokurikulum dapat membekalkan pengalaman bagi perkembangan


mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani pelajar. Penglibatan pelajar dalam
aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan tanggapan bahawa semua
pelajar harus mempunyai keseimbangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan
rohani dalam mengasah kemahiran generik yang ada dalam diri pelajar
tersebut.

Aktiviti kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada


proses pengajaran dan pembelajaran di luar kelas (kurikulum) yang
memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan
kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di kelas.
ms.wikipedia.org/wiki/Kokurikulum

1.1 Kemahiran Generik

Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap graduan
yang mana ia merupakan kemahiran yang bukan hanya tertumpu pada perkara-
3

perkara yang mereka pelajari dalam bidang mereka. Kemahiran ini termasuklah
kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran
bekerja secara kumpulan. Untuk melahirkan graduan yang mempunyai
kemahiran generik seperti ini, pihak universiti mestilah memasukkan latihan-
latihan yang menggalakkan perkembangan kemahiran ini dalam diri pelajar.
Penilaian dan ganjaran juga perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai
pencapaian yang baik terhadap kemahiran generik ini.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kemahiran generik merupakan


kuasa intelektual dan imaginasi, kemahiran memahami dan membuat
pertimbangan, kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kritikal dan juga
kemahiran untuk melihat hubungkait.

Kemahiran generik melibatkan kemahiran personal dan interpersonal yang


diperlukan untuk komunikasi dan bekerja secara koperatif dan kolaboratif dalam
kumpulan dan ianya merupakan satu kemahiran di mana seseorang itu boleh
bekerja dengan baik secara berdikari mahupun dalam kumpulan.

Industri kini memerlukan graduan dapat menjadi pekerja yang mempunyai


kepelbagaian jenis kemahiran. Graduan yang berjaya semestinya mahir dalam
bidang mereka dan pada masa yang sama haruslah melengkapkan diri dengan
kemahiran generik yang membolehkan mereka menyesuaikan diri mereka
dengan keadaan di tempat kerja dan untuk berkomunikasi sesama mereka .

Kemahiran-kemahiran yang sering dilihat oleh majikan untuk menawarkan


pekerjaan pada bakal pekerja adalah seperti kemahiran berfikir secara kreatif
dan kritis, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran
mengurus, menilai dan menganalisis maklumat, kemahiran memahami budaya
dan kemahiran bekerjasama dengan orang lain.

Sharifah Nor Putih 2001, membuat takrifan kemahiran generik adalah


kemahiran yang tidak khusus iaitu tidak mempunyai kurikulum yang khusus
4

tetapi ianya boleh dipelajari melalui semua matapelajaran dengan kaedah


interpretasi atau bersepadu kemahiran ini adalah bersifat funsional dan adaptif
untuk menjadikan seseorang pekerja itu rasional dan produktif.

National Skill Task Force (2000) telah membuat definasi kemahiran generik
adalah kemahiran yang boleh digunakan dipelbagai pekerjaan seperti
komunikasi, penyelesaian masalah, kebolehan membuat kesimpulan (reasoning
skills,), membuat diagnostik masalah (diagnosis work problems), pengurusan
proses kerja (process management) dan berkemahiran membuat penjadualan
kerja yang tersusun (scheduling work).

Kemahiran generik adalah kemahiran yang boleh meningkatkan produktiviti


individu. Kemahiran generik ini juga bergantung kepada sektor ataupun
kumpulan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang pekerja itu untuk
melakukan proses kerja untuk mendapatkan hasil yang diharapkan ia
merangkumi kemahiran komunikasi (communication), kemahiran fleksibiliti
(flexibility), kemahiran teknologi informasi (technology information), pengurusan
(management), pengorganisasian kerja (organisation of work), bekerja secara
kumpulan (team working), penyelesaian masalah (problem solving).
Selain kemahiran generik (generic skills) ia juga dinamakan dengan beberapa
kemahiran lain iaitu “key skills”, “core skills”, “essential skills”, “key
competencies”, “neccesary skills”, “transfreble skills” dan “employability skills”.
Dalam bidang industri mereka lebih gemar menggunakan “employability skills”.

Kemahiran generik merupakan sesuatu yang berkaitan dengan kemahiran


umum yang berkaitan dengan pekerjaan dan kehidupan dan kemudian ia lebih
dikaitkan dengan kemahiran dalam pekerjaan.
Setiap sektor dalam pendidikan tidak kira di pra sekolah, sekolah rendah,
sekolah menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mempunyai peranan
dalam membantu individu untuk membangunkan kemahiran generik mereka
5

1.2 Kemahiran Generik Dari Perspektif Islam

Mengikut Shukri Ahmad dan Razali Mat Zin (2001) telah menggariskan
bebarapa kemahiran generik dan etika pekerja dalam sesuatu organisasi
mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Islam. Antaranya ialah:

1.2.1 Amanah

Jika manusia melakukan selain daripada yang telah ditetapkan, maka ia


sebenarnya melakukan kerosakan atau penyelewengan (fasad), dan dengan itu
mengkhianati amanah yang telah diterima sejak alam roh lagi. Islam juga
memberi penekanan yang berat terhadap konsep pertanggungjawaban
(accountability). Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah,
akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu. Barang siapa mengerjakan
kejahatan, meskipun sebesar zarah, akan dilihat (balasan)
kejahatan itu”
(Surah Al-Zalzalzalah: ayat 7-8)
(Zainuddin, 1991)

1.2.2 Ikram Muslimin

Satu lagi adab dan etika pekerjaan dalam Islam adalah ikram muslim yang
menyamai dengan Teori Z dalam pengurusan sumber manusia moden, di mana
ia menekankan faktor kekitaan atau kekeluargaan. Prinsip ini akan
menatijahkan pemupukan suasana ukhuwah yang berasaskan prinsip dan ianya
tidak akkan terjalin kukuh jika anggota-anggota dalam organisasi memiliki sikap
ego. Sifat ego ini merupakan racun yang boleh menjadikan seseorang pekerja
bersifat angkuh dan mementingkan diri sendiri.

1.2.3 Kepemimpinan
6

Kepemimpinan merupakan satu aspek yang penting dalam adab dan etika
bekerja mengikut prinsip Islam. Seorang pengurus organisasi mesti menerima
hakikat bahawa kedudukannya di tempat atasan itu bukan hanya satu
anugerah, tetapi ianya merupakan satu amanah dari Allah S.W.T. Dalam erti
kata lain, kedudukan itu tidak akan sepatutnya diterima sebagai suatu
keistimewaan seperti teori barat, tetapi ianya merupakan satu tanggungjawab
moral yang besar. Dalam Islam, kepemimpinan ini merupakan satu amanah
kerana ia menuntut orang yang memegang amanah itu menggunakan segala
kepakaran ilmu pengetahuan serta kemahiran yang ada bagi mempengaruhi
pekerja agar bekerja dengan lebih kuat bagi mencapai matlamat dan objektif
sesuatu organisasi.

1.2.4 Sabar

Satu lagi adab dan etika pekerja yang dituntut oleh Islam adalah bersifat sabar.
Ia merupakan satu ciri penting dalam mewujudkan suasana peradaban dalam
organisasi kerja kerana keupayaan menahan marah dan sanggup menerima
apa sahaja arahan dan peraturan yang ke arah kebaikan organisasi. Suka
memaafkan orang mengikut prinsip Islam bukanlah bererti merestui atau
menyokong perbuatan salah, tetapi ianya merupakan kebesaran jiwa yang
dipancar oleh sifat takwa dengan tidak menaruh dendam atau bertindak balas
kesalahan orang lain terhadapnya. Sikap menghindari atau menahan amarah,
ditambah pula suka memberi maaf dan nasihat-nasihat yang baik kepada orang
lain dapat memupuk semangat kerjasama yang padu, tertib dan harmoni. Orang
yang tidak mampu mengendalikan kemarahannya mudah menimbulkan konflik
sehingga menggangu kesempurnaan sesuatu pekerjaan.. ayat al Quran yang
bermaksud: “dan orang-lain yang menahan amarahnya dan memaafkan
(kesalahan) orang, Allah menyukai orang-orang berbuat kebajikan”
(Surah al-Imraan: ayat 134, ms
92)
(Zainuddin,1991)
7

1.3 Keperluan Kemahiran Generik

Bermula pada tahun 1980an, perubahan mendadak dalam bidang teknologi,


pengeluaran dan pemasaran, ICT dan pergerakan pekerja telah meningkatkan
persaingan di dunia tanpa sepadan. Bagi mengekalkan daya saing dan
memastikan kemandirian (survival) organisasi, pihak industri telah mengenal
pasti sumber manusia sebagai aset paling penting. Walau bagaimanapun, pihak
industri tidak mempunyai banyak masa untuk melatih atau melatih semula
tenaga kerja dari IPT. Perkara yang diperlukan ialah sumber manusia yang
dinamik dan versatile yang boleh menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat
menghadapi cabaran dan keperluan tempat kerja. Sehubungan itu, graduan
perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan pengetahuan teknikal atau bidang
tertentu tetapi juga dengan sikap, kemahiran dan trait yang betul. Secara
umumnya, mereka memerlukan kemahiran generik yang mempunyai nilai
tambah merentasi bidang disiplin yang dipelajari (Dune dan Carre, 2000).

Pada asasnya kemahiran generik diperlukan kerana sebab-sebab berikut:

 Keperluan untuk sentiasa berdaya saing


 Keperluan untuk mendapatkan ilmu baru dalam dunia
berasaskan ilmu (k-world) sekarang ini
 Keperluan untuk bersosial dan berinteraksi dalam dunia yang
serba kebergantungan
 Keperluan tempat kerja

1.4 Pembahagian Kemahiran Generik.


APA ITU KOMPETENSI GENERIK ?
Kemahiran Generik merupakan Kemahiran yang diperlukan untuk menghasilkan
graduan yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi. Ia merupakan satu
keperluan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia yang menentukan kualiti
8

setiap program yang ditawarkan oleh IPTA/IPTS di Malaysia Ia adalah hasil


pembelajaran berbentuk tingkahlaku yang diukur melalui sistem pengajaran dan
pembelajaran(P&P)

Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework)

Peraturan yang dibina oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk memastikan


kualiti pendidikan tinggi di negara kita sentiasa dipertingkatkan dan dipelihara.

LAPAN (8) DOMAIN HASIL PEMBELAJARAN YANG DI TETAPKAN OLEH


KERANGKA KELAYAKAN MALAYSIA(MQF)

1.Pengetahuan yang berkaitan dengan bidang

2. Amali dan psikomotor (melibatkan latihan industri praktikum/internship)

3. Kaedah saintifik, pemikiran kritikal, menyelesaikan masalah dan


kebolehan membuat keputusan

4. Kemahiran berkomunikasi, kepimpinan dan bekerja Berpasukan

5. Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

6. Atribut peribadi, ethika, perkongsian nilai dan Profesionalisme.

7. Tanggungjawab sosial dan akauntabiliti

8 .Kebolehan mengurus dan keusahawanan

Di antara kemahiran generik yang diberi tumpuan ialah kemahiran penyelesaian


masalah, pemikiran kritis dan kreatif, kemahiran komunikasi, information
handling skills, kemahiran penggunaan teknologi dan kemahiran bekerja secara
berkumpulan. Penerapan kemahiran generik dalam pengajaran dan
pembelajaran ini diharapkan dapat membantu pihak KPTM mengeluarkan
9

graduan yang mempunyai atribut yang relevan dengan keperluan pasaran kerja
semasa.

Menurut Mohamad (2004), kemahiran generik telah digariskan dapat


dibahagikan kepada tujuh iaitu; Kemahiran komunikasi (Comm unication Skills),
Kemahiran bekerja dalam kumpulan (Teamworking), Kemahiran menyelesaikan
masalah (Problem solving), Fleksibel atau mampu menyesuaikan diri
(Adaptability), Pembelajaran sepanjang hayat (Lifelong Learning), Keyakinan
diri (Self-Esteem) dan Kemahiran dalam Etika atau moral (Ethics).Secara
umumnya, kemahiran generik yang telah dinyatakan di atas adalah bersesuaian
dengan lima unsur-unsur asas dalam pembelajaran koperatif yang telah di
nyatakan oleh Johnson, Johnson dan Holubec (1988). Unsur-unsur asas
tersebut adalah saling pergantungan positif (positive interdependence), interaksi
bersemuka (face-to-face interaction), akauntabiliti individu (Individual
accountability), kemahiran koperatif (cooperative skills) dan pemprosesan
kumpulan (group processing). Setiap kemahiran yang dijelaskan terdapat pada
komponen kokurikulum tersebut.

Maka bagi mengasah kemahiran generik yang terdapat dalam aktiviti ko-
kurikulum. Lantas itu maka pihak politeknik dan kolej komuniti telah merancang
dan menyusun kaedah yang sesuai bagi memastikan kemahiran tersebut dapat
diaplikasikan oleh pelajar. Oleh itu pihak politeknik dan kolej perlu
memantapkan lagi pengurusan ko kurikulum sebagaimana yang dicadangkan
oleh pihak KPTM . iaitu dengan menyusun semula pengstrukturan unit Ko
Kurikulum, mempelbagaikan kelab dan persatuan yang ada, penambahbaikan
silibus yang sedia ada dan memberikan latihan yang secukupnya kepada
Penyelaras Kelab dan Persatuan bagi memastikan kemahiran generik dapat
diberikan kepada para pelajar.

Sebelum kita membincangkan cadangan dalam meningkatkan kemahiran


generic di kalangan pelajar, mari kita melihat unit ko-k yang terdapat di
10

politeknik itu sendiri dari sudut pengurusan, peruntukan yang diberikan, badan,
kelab atau persatuan dalam unit tersebut. Bagi melahirkan pelajar yang
mempunyai berbagai-bagai kemahiran maka unit dalam ko-k perlu
dipelbagaikan.Dengan cara tersebut pelajar diberi pilihan

1.5 Antara Komponen Kokurikulum Yang Dijalankan Politeknik Sultan


Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra.

Pelajar semester 1 dan 2 wajib mengambil dan lulus ko-kurikulum untuk layak
dianugerahkan Sijil atau Diploma Politeknik. Pelajar semester 1 dikehendaki
untuk mengambil bahagian di dalam POLIBRIGED (R1001) yang terdiri
daripada:

Pasukan Beruniform
Jabatan Pertahanan Pasukan Simpanan
Awam (JPA-3) Tentera Darat
Persatuan Bulan sabit
(PSTD) - Wataniah
Merah
Taekwon-Do St. John Ambulance
Pengakap Puteri Islam
Bomba

Pelajar semester 2 dikehendaki mengambil modul R2001 yang menawarkan 1


mata kredit dan boleh memilih satu daripada Pasukan Beruniform, Sukan atau
Kelab & Persatuan berikut:

Pasukan Beruniform
Pasukan
Jabatan Pertahanan
Simpanan Tentera
Awam (JPA-3)
Darat
Persatuan Bulan sabit (PSTD) -
Merah Wataniah
St. John
Taekwon-Do
Ambulance
Pengakap Puteri Islam
Bomba

Sukan
Bola Tampar Bola Tampar Sepak Takraw
Badminton Ping Pong Squasy
11

Bola Jaring Olahraga Tenis


Persatuan Silat Seni
Bola Sepak Kembara Gayong Malaysia
(PSSGMPOLIMAS)
Ragbi Hoki

Kelab dan Persatuan


Kelab Komputer
Kelab Bahasa
Kelab Pengguna

1.5.1 Pendaftaran

Semua pelajar semester 1 dan 2perlu membuat pendaftaran bagi mengambil


R1001 dan R2001. Pendaftaran R1001 dibuat pada hari yang sama dengan
pendaftaran masuk ke POLIMAS kecuali pelajar-pelajar yang memasuki
POLIMAS selepas panggilan pertama. Pelajar-pelajar ini akan menyerahkan
borang pendaftaran mereka kepada pegawai pendaftaran yang kemudiannya
akan memanjangkan kepada Pegawai sukan & Ko-Kurikulum POLIMAS.

1.5.2 Perlaksanaan

Setiap pelajar diwajibkan mengikuti jumlah 12 kali pertemuan/kuliah dengan


pensyarah/jurulatih.Masa pertemuan rasmi adalah pada hari Selasa jam 2.00
petang hingga 4.00 petang. Bagaimanapun, setiap unit akan membuat
penyesuaian tambahan masa pertemuan bagi disesuaikan dengan keperluan
unit masing-masing.

1.6 AKTIVITI KOKURIKULUM DAPAT MELAHIRKAN CIRI-CIRI


BERIKUT KEPADA PELAJAR

1.6.1 Daya Kepimpinan


12

Daya kepimpinan bermakna kebolehan, keupayaan, kemahiran seseorang


yang menjadi penggerak dan tenaga kepadanya untuk meneruskan sesuatu
tugas.
O’Dannel dan Wairich (1992) menyatakan daya kepimpinan adalah satu
keupayaan
dan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi tingkahlaku individu lain sama
ada
melalui pemikiran, pelaksanaan atau tindakan. Ia adalah keupayaan sesuatu
pengaruh, kaedah atau tanggapan proses dalam mempengaruhi orang ramai
supaya mereka boleh berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat.
Daya kepimpinan merupakan aspek penting dalam diri seseorang. Setiap insan
adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Dayadaya
kepimpinan boleh dibentuk oleh individu sama ada melalui pengalaman atau
dipelajari. Daya kepimpinan seseorang individu boleh dijangka dan boleh
dianalisis
melalui ukuran tertentu. Analisis ini boleh menjadi kayu ukur kepada daya
kepimpinan dan memudahkan seseorang individu membina diri dan
memantapkan
gaya kepimpinan individu. Aspek kepimpinan perlu ditekankan dalam bentuk
yang khusus agar pembentukan daya kepimpinan pelajar dapat
diselenggarakan dengan terancang dan bermatlamat. Sifat-sifat pemimpin yang
positif perlu diberikan penjelasan dan perlu dipupuk agar sebati dengan
kehendak pelajar itu sendiri. Daya kepimpinan yang merangkumi aspek seperti
yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan,
kebolehan menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan tugas perlu
diberikan kepada pelajar-pelajar melalui aktiviti kokurikulum demi
membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh.

Daya kepimpinan dalam kajian ini dilihat daripada lima aspek iaitu:
13

1.6.1.1 Yakin diri

Menurut Kamus Dewan (2005), yakin diri ialah betul-betul percaya tentang
kemampuan sendiri. Konsep kendiri merujuk kepada tanggapan seseorang
terhadap dirinya sebagai individu asing yang memiliki satu set ciri-ciri yang unik
ataupun istimewa. Ia membawa maksud bagaimana seseorang individu itu
berpendapat dan menganggap dirinya. Pembinaan konsep kendiri yang positif
akan
mengarahkan seseorang ke arah yang lebih cerah dan bersikap berkeyainan
diri (Azizi et al, 2005).

Keyakin diri adalah unsur penting bagi kejayaan dalamkepimpinan (Ainon,


2005). Keyak inan diri datang daripadakejayaan. Dengan cara mencari lebih
banyak kejayaan , seseorang pemimpin akan berasa tambah yakin dari waktu
ke waktu. Kejayaan penting kerana ia menyebabkan bermulanya lingkaran
kejayaan yang
seterusnya akan meningkatkan lagi keyakinan diri. Seorang pemimpin yang
mempunyai sifat yakin diri tidak akan merasa takut apabila perlu membuat
sesuatu tindakan atau keputusan. Yakin diri dalam kajian ini merujuk kepada
berfikiran positif, keseimbangan emosi dan rohani, dan berani dalam sesuatu
perbincangan.

1.6.1.2 Tanggungjawab menjalankan tugas

Menurut Kamus Dewan (2005), tanggungjawab ialah kewajipan yang dipikul


oleh seseorang; segala yang wajib ditanggung. Kewajipan biasanya dihasilkan
melalui tindakan individu atau kumpulan bersama-sama dengan organisasi dan
amalanamalan masyarakat yang menjelaskan tindakan-tindakan tersebut
sebagai kewajipan. Kewajipan merupakan tindakan semulajadi hanya bila
seseorang mempunyai perasaan tanggungjawab. Seseorang pemimpin
bertanggungjawab menjalankan tugasnya untuk mencapai matlamat
14

organisasinya. Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorong seseorang


pemimpin mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
Seseorang pemimpin yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha
menjalankan tugasnya dengan sempurna walaupun terpaksa mengorbankan
kepentingan sendiri. Tanggungjawab menjalankan tugas dalam kajian ini
merujuk kepada menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan rela tanpa
mementingkan diri sendiri.

1.6.1.3 Keupayaan membuat keputusan

Keputusan didefinisikan sebagai tindakan arah tertentu, terpilih dari pelbagai


alternatif yang terdapat dan ia menyediakan jalan untuk membentuk tindakan
bagi menyelesaikan masalah.

Menurut Luthans (1977), membuat keputusan boleh dianggap sebagai satu


proses membuat pilihan antara beberapa alternatif. Campbell et al (1983) pula
mengatakan membuat keputusan ialah memilih antara cara-cara bergerak ke
arah pencapaian sesuatu matlamat. Sebarang keputusan yang dibuat oleh
seseorang pemimpin mempunyai kesankesan yang sangat luas dan mendalam
ke atas mereka yang berada di bawah kepimpinannya. Membuat keputusan
merupakan segala pemikiran dan tindakan yang membawa kepada satu
pemilihan termasuk pemilihan itu sendiri atau pembuatan keputusan dapat
ditinjau sebagai satu aktiviti. Membuat keputusan merupakan pendekatan yang
sistematik terhadap sesuatu masalah yang dihadapi. Untuk membuat keputusan
yang tepat seseorang pemimpin memerlukan banyak maklumat yang relevan
dan tepat (Fauzan, 1997).

Abdullah et al (2005) menyatakan salah satu tugas pemimpin yang paling


penting ialah membuat keputusan. Pemimpin yang berkebolehan membuat
keputusan-keputusan yang baik adalah juga pemimpin yang berkesan.
Keupayaan membuat keputusan dalam kajian ini merujuk kepada berani,
15

bersedia untuk membuat keputusan, memberi nasihat dan peringatan dan


bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat.

1.6.1.4 Kebolehan menyelesaikan masalah

Ab. Aziz (2003) berpendapat masalah adalah cabaran dan peluang bagi
mempertingkatkan diri seorang pemimpin. Menyelesaikan masalah melibatkan
usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin untuk merapatkan jurang perbezaan
yang terdapat sama ada antara ahli, kumpulan atau organisasi dan juga
masalah yang timbul semasa berhubungan dengan organisasi lain. Kebolehan
menyelesaikan masalah adalah daya kepimpinan yang penting dalam
menentukan pencapaian matlamat aktiviti atau organisasi. Apabila ditimpa
masalah dan kesukaran, seseorang pemimpin akan mengenalpasti masalah
dan menyelesaikan masalah secara logik dan kritis. Setiap kali seseorang
pemimpin Berjaya masalah, potensi pemimpin akan meningkat. Dalam masa
yang sama, pengalaman akan bertambah dan keyakinan diri juga akan
meningkat. Kebolehan menyelesaikan masalah dalam kajian ini merujuk kepada
kebolehan berfikir secara kritikal, logik dan kreatif, iaitu boleh mengambil
tindakan yang wajar mengikut situasi.

1.6.1.5 Kepuasan menjalankan tugas

Mengikut Schultz & Schultz (1994), kepuasan menjalankan tugas merujuk


kepada perasaan dan sikap seseorang sama ada positif atau negatif terhadap
kerjayanya. Perasaan dan sikap ini berkait dengan faktor dalaman dan faktor
luaran. Faktor dalaman termasuklah umur, kesihatan, pengalaman bekerja,
kestabilan emosi, dan status sosial. Sementara faktor luaran termasuklah
persekitaran kerja, beban tugas, hubungan dan kerjasama rakan sekerja.
Kepuasan menjalankan tugas akan memberi kesan terhadap prestasi kerja
pemimpin yang sudah tentu akan mempengaruhi tahap pencapaian prestasi
16

organisasi secara keseluruhannya. Pemimpin yang mempunyai kepuasan


menjalankan tugas akan lebih produktif
dan sebaliknya. Kepuasan menjalankan tugas dalam kajian ini merujuk kepada
suatu keselesaan dan kegembiraan dalam menjalankan tugas yang
diamanahkan. Keselesaan dan kegembiraan ini lahir seiring dengankejayaan
dan pencapaian matlamat yang positif dan memuaskan, dan sekaligus
melahirkan pemimpin yang tekun dan produktif.

1.7 Pendekatan lain yang boleh dilaksanakan untuk


meningkatkan kemahiran generik pelajar bagi
menghadapi alam kerjaya.

1. Program Khidmat Masyarakat.


2. Latihan Industri
3. Kursus dan Seminar
4. Kerja berpasukan
5. Pembelajaran sepanjang Hayat.

1.7.1 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Khidmat masyarakat ialah komponen aktiviti kokurikulum yang memerlukan


penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti pusat pengajian dan
komuniti / masyarakat setempat. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau
kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, pusat pengajian dan
komuniti.

Konsep Khidmat Masyarakat :

 Melalui Khidmat Masyarakat ini, pelajar dapat mengapplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang dipelajari
dalam kuliah. Pelajar dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian
17

daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini,


pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana
telah memberi sumbangan kepada institut pengajian dan masyarakat.

Penilaian Khidmat Masyarakat bertujuan untuk menilai sejauh manakah pelajar


dapat :

 Mengapplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif


yang di pelajari secara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah
 Melibatkan diri secara praktikal dan secara langsung sebagai anggota
masyarakat yang bertanggungjawab

Khidmat Masyarakat adalah komponen aktiviti kokurikulum yang penting bagi


menilai segala applikasi dari proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas kepada praktikal di lapangan melalui projek secara berkumpulan
seterusnya menilai keberkesanannya.

1.7.2 LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kurikulum


pembelajaran di politeknik. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum
ianya diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPM.
Pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama 20
minggu bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar
serta berbeza dari suasana di politeknik. Seringkali pelajar akan akan
berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum pernah
ditempuhi.

Secara am, objektif latihan industri boleh disenaraikan seperti berikut:


18

i. Mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar


ii. Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan
aspek-aspek praktikal atau sebaliknya.
iii. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama
pekerja.
iv. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
v. Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.
vi. Menyediakan laporan rasmi dan tugasan-tugasan lain yang diarahkan
oleh politeknik.

Dengan adanya latihan seperti ini ianya akan mendedahkan para pelajar
dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan bagi menghadapi alam pekerjaan.

1.7.3 KERJA BERPASUKAN

Menolong institusi mencapai matlamat

Bekal kekuatan kepada pekerja dan majikan.

Kemahiran yang berbagai-bagai.

Mendorong untuk bekerja.

Menyempurnakan kerja-kerja terdahulu

Menguatkan hubungan sosial.

Membekalkan pengalaman

Individu- sentiasa mengikut peraturan.

Mendapat tarbiah yang sempurna. Akal/ruh/jasad/perasaan.

Menghidupkan kembali kehidupan Islam.


19

1.7.4 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

PSH merupakan perlaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti


sepanjang hayat dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan ketrampilan individu seterusnya menyumbang kepada masyarakat dan
alam pekerjaan. Kursus - kursus yang ditawarkan juga bersesuaian dengan
kehendak semasa dimana selaras dengan aspek  pembangunan Modal insan
untuk mewujudkan PELAJAR yang berdaya saing .

Contoh kursus yang dijalankan

1. Kursus Motivasi Pelajar


2. Kursus Pembentukan Insan Mulia
3. Kursus Pengurusan Jenazah
4. Kursus Kepimpinan Pelajar

Dengan adanya kursus seperti ini ianya akan meningkatkan lagi pelbagai
kemahiran yang sedia ada di kalangan pelajar dalam menghadapi alam
pekerjaan nanti.

1.8 Penutup

Kemahiran generik dianggap sebagai satu kemahiran penting yang perlu ada
bagi setiap individu sebagai satu kompetensi dalam diri mereka. Kemahiran ini
perlu dilatih supaya rakyat malaysia mempunyai sumber (manusia) yang dapat
menggerakkan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Justeru, seseorang individu yang ingin berjaya dan menerajui diri akan
memastikan bahawa mereka berusaha sedaya mungkin untuk mengadakan
20

satu jalinan perhubungan yang sesuai dengan orang lain. Perkara yang penting
ialah sikap diri dan kemampuan diri yang lahir daripada kemahiran yang
diperolehi dan dipelajari. Pengetahuan yang diperolehi samada di dalam bilik
kuliah (kurikulum)mahupun di luar bilik kuliah (kokurikulum) akan memantapkan
lagi kemahiran generik dalam diri seseorang individu dan ini akan
memungkinkan kita menjalinkan hubungan yang baik dengan orang lain dan
hubungan yang baik dalam organisasi apabila berada dalam dunia kerjaya
sebenar nanti.

RUJUKAN

Al-Quran

Ab. Aziz Yusof (2003). “Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi.”
Petaling
Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Abd. Aziz Yusof (2003). Komunikasi untuk Pengurus. Utusan Publications &
Distributors sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2005). “Bakat Dan Kemahiran


Mempimpin.”
Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Ainon Mohammad (2005). “Kejayaan Dari Dalam.” Kuala Lumpur: PTS


Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Bennett, N., Dunne, E., & Carre, C. (2000). Skills development in higher
education and employment. Buckingham: SRHE and Open University
Press.

Campbell, R.F., Corbally, J.E., & Nystrand, R.O. (1983) “Introduction to


Educational Administration” 6th Edition. Massachusetts: Allyn and
Bacon,
Inc.
21

Fauzan Sukimi (1997). “Gaya Memubat Keputusan Seorang


Pengurus.”Jurnal
Pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Jil.1. Sept.1997.

Fauzan Sukimi (1997). “Gaya Memubat Keputusan Seorang


Pengurus.”Jurnal
Pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Jil.1. Sept.1997.

http://www.polimas.edu.my/polimas/bm/pentadbiran/sukan/penyertaan.ht
m

Kamus Dewan (2005). Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Luthans, F. L. (1977). “Organizational Behaviour.” New York: Mc Graw-Hill


Book Co.

Meriam bt Yusoof.2007. Tahap Keyakinan Kemahiran Generuk di Kalangan


Pelajar:Kajian Kes di Sebuah Kolej Kediaman di UTM, Kampus Skudai
Johor:Universiti Teknologi Malaysia

O’Dannel, K.H., & Wairich, H. (1992). “Pengurusan.” Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka. Terjemahan Mohd. Salmi Mohd. Soned dan Siti
Nazdrah Sheikh Omar.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1995). “Kemahiran Generik”. Kuala Lumpur :


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Schultz, D.P., & Schultz, S.E. (1994). “Psychology and Work Today.” New
York: Macmillan Publishing Company.

Sharifah Noor Putih (2001). Perlaksanaan program sekolah ke kerjaya.


Seminar
Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional Kuala Lumpur.

Wong Huey Ling. 2007. Tahap Penglibatan Pelajar di Sekolah Menengah


Dalam Aktiviti Kokurikulum dan Hubungannya dengan Pembentukan
Daya Kepimpinan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Fadzli Ali, 1Normah Binti Salleh, 2Juhazren Junaidi. t.t. Mengkaji
Hubungan di antara Pembelajaran Koperatif(Kemahiran Generik) dengan
kemahiran Menggunakan e-Pembelajaran di Kalangan Pelajar yang
Mengambil Subjek telemunikasi dan Rangkaian di fakulti Pendidikan, UTM
22

Skudai Johor,(proposal tesis)Skudai Johor:Faculty of Education, Universiti


Teknologi Malaysia

You might also like