You are on page 1of 16

1.

0 Pengenalan
Teori permainan menyediakan sebuah jalan pemikiran yang menarik tentang
dasar pertahanan. Dewasa ini, Kuasa utama dunia bergantung kepada dasar
pertahanan yang ada dalam sesebuah negara. Setiap negara mesti mengatur
dasar pertahanan sendiri dan dasar itu tidak hanya mengambarkan objektif
negara tetapi juga mengambarkan harapan atau jangkaan apa kuasa lain boleh
buat. Tambahan lagi, tidak keterlaluan jika mengandaikan bahawa negara
bekerja keras untuk membuat dasar pertahanan supaya dasar ini lebih rasional.
Di Malaysia, dasar Pertahanan Negara mencerminkan hasrat negara
untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan strategiknya dan memelihara
keselamatan negara. Dasar pertahanan menggariskan tiga asas utama, iaitu
kepentingan-kepentingan strategik negara, prinsip-prinsip pertahanan dan
konsep pertahanan. Ia menekankan keperluan mengekalkan sekitaran kawasan
kepentingan strategik negara yang stabil dan aman. Kawasan kepentingan
strategik negara dapat dilihat dari tiga lapisan iaitu kawasan terdekat, serantau
dan global. Antara kawasan terdekat termasuk wilayah daratan, perairan negara,
ruang angkasa, Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), dan Selat Melaka. Malaysia
melihat sebarang perkembangan di rantau ini akan juga memberi kesan kepada
keselamatan dan pembangunannya. Ini adalah penting kerana Malaysia
berkongsi sempadan darat atau laut atau kedua-duanya dengan hampir setiap
negara anggota ASEAN. Sebarang gangguan kepada keselamatan rantau ini,
sama ada berbentuk konflik dalaman rantau atau luaran rantau, akan membawa
kesan ke atas keselamatan negara.

Dengan mengambilkira faktor-faktor kepentingan strategik negara dan


persaingan dalam pelbagai kepentingannya yang lain, pertahanan Malaysia
berkisar sekitar prinsip-prinsip utama iaitu Keupayaan untuk Berdikari,
Kerjasama Serantau dan Bantuan Luar. Sebagai sebuah negara yang bebas dan
berdaulat, Malaysia menyedari bahawa langkah yang paling wajar untuk
memelihara kepentingan dan keselamatan negara adalah melalui usaha ke arah
keupayaan berdikari yang merupakan teras kepada dasar pertahanan negara.

1
Prinsip ini memberi penekanan kepada keupayaan berdikari Angkatan Tentera
dalam struktur keupayaan berdikari nasional. Ianya tidak hanya melibatkan
pasukan tempur tetapi juga rangkaian sokongan logistik cetusan kerjasama
industri ketenteraan yang sejajar dengan keutamaan program pembangunan
negara. Dalam hubungan ini, keupayaan berdikari tidaklah terhad kepada usaha-
usaha Angkatan Tentera semata-mata tetapi sewajarnya melibatkan semua
agensi Kerajaan yang berkaitan dan rakyat jelata. Walau bagaimanapun, dengan
mengambilkira had-hadnya, keupayaan berdikari negara umumnya berasaskan
dua landasan.

Landasan pertama, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian


tanpa bantuan luar dalam perkara-perkara berkenaan keselamatan dalam
negeri, dan kedua, memiliki keupayaan untuk bertindak bersendirian dalam
mempertahankan kedaulatan wilayah dan kepentingan-kepentingan keselamatan
dalam lingkungan kawasan terdekat dari ancaman-ancaman luar tahap rendah
dan pertengahan. Oleh kerana kedudukan geografi negara di tengah-tengah Asia
Tenggara, kepentingan-kepentingan strategik Malaysia mempunyai pertalian
yang rapat dengan negara-negara serantau yang lain. Berdasarkan kedudukan
ini, keselamatan Malaysia adalah sebahagian daripada keselamatan negara-
negara anggota ASEAN. Dengan demikian, sebarang ancaman terhadap ASEAN
atau ke atas mana-mana negara ASEAN adalah juga dilihat sebagai ancaman
kepada Malaysia. Dengan demikian sewajarnyalah, Malaysia memberi
keutamaan kepada kerjasama serantau.

Dalam konteks kerjasama serantau, Malaysia juga memberi sokongan


terhadap mewujudkan hubungan kerjasama pertahanan dua hala di kalangan
negara-negara ASEAN. Satu rangkaian kerjasama pertahanan dua hala dengan
negara-negara ASEAN akan banyak membantu dalam proses membina
keyakinan dan menggalakkan ketelusan. Malaysia juga telah menganggotai
Pertahanan Lima Negara (FPDA) yang dianggotai oleh Singapura, United
Kingdom, Australia, New Zealand dan Malaysia sebagai satu saluran untuk
memperolehi bantuan luar. FPDA merupakan satu-satunya peraturan pertahanan

2
bentuk formal yang melibatkan Malaysia dengan negara-negara kuasa luar
serantau.

Sungguhpun menyedari betapa pentingnya kerjasama serantau dan


bantuan luar, Malaysia yakin bahawa dasar keupayaan berdikari seharusnya
terus menjadi tonggak pertahanan negara. Sehubungan itu, Malaysia akan terus
berusaha ke arah meningkat dan membangunkan keupayaan Angkatan Tentera
Malaysia di samping memberikan kesedaran tentang pertahanan dan semangat
patriotik di kalangan rakyat jelata.

2.0 Dasar Pertahanan Amerika Syarikat


2.1 Berhadapan ancaman nuklear.

Dengan tamatnya perang dunia kedua pada tahun 1945, Amerika Syarikat telah
berhadapan dengan kuasa lain iaitu republik Soviet Union (USSR) yang masing-
masing mempunyai kuasa kuat dalam sejarah Negara Amerika Syarikat.
Sememangnya, bom atom membuatkan perang dingin menjadi lebih merbahaya
daripada sebarang negara yang dulunya berkonfrontasi. Senjata nuclear
daripada Amerika Syarikat dan USSR memberikan ancaman yang besar kepada
manusia. Sebab itulah, pemimpin dalam kedua- dua negara tersebut telah
melatih bersungguh-sungguh dan bersikap berhati-hati dengan setiap negara
tersebut

2.1.1 Pencegahan.
Untuk mengekalkan keamanan nuklear, Amerika Syarikat terutamanya
bergantung kepada polisi pertanan. Percegahan merujuk kepada pengertian
menasihati musuh seteru supaya jangan menyerang kerana untuk mengekalkan
kapasiti daripada kerosakan. Pencegahan yang sebenarnya ialah pertahanan
psikologi daripada serangan dan ianya tidak efektif pertahanan fizikal terhadap
wujudnya serangan peluru. Strategi pertahanan ini akan mengekalkan keamanan
walaupun melalui proses ketakutan dari tindak balas.

3
2.1.2 Strategi senjata.
Untuk melaksanakan strategi pencegahan , Amerika Syarikat percaya kepada
sistem senjata TRIAD. Ini merangkumi land-based intercontinental ballistic
missiles (ICBMs),submarine- launched ballistic missiles (SLBMs) dan manned
bombers.Setiap sistem senjata ini akan mengandaikan untuk menjadi bebas,
membolehkan untuk terus boleh hidup dan serangan kali kedua.

2.2 Kawalan Tentera


Kedaulatan dan kemerdekaan sesebuah negara semamangnya perlu
dipertahankan dan dipertanggungjawab oleh pemimpin dan tentera dari
sebarang bentuk ancaman dan serangan luar. Amerika Syarikat merupakan
sebuah negara yang menjalinkan serta sentiasa meningkat kerjasama dua hala
dengan negara luar misalnya negara Australia dalam menghadapi sebarang
ancaman. Selain itu, hubungan luar dengan negara Jepun juga menunjukkan
jalinan yang baik misalnya isu pengkalan di Okinawa tidak melemahkan
hubungan antara kedua-dua negara kerana Amerika Syarikat bersetuju
mengembalikan 20 % daripada pemilikan tanah pengkalannya kepada
penguasaan tempatan Jepun.

Pada tahun 1970, negara Amerika Syarikat di bawah pemerintahan


Presiden Richard Nixon telah merangka satu langkah dalam mewujudkan
angkatan tentera yang berwibawa dan berkemampuan. Langkah tersebut
dinamakan Strategi Pengehad Angkatan Tentera ( SAFT ) iaitu satu strategi
yang dibentuk untuk menghalang kegunaan senjata nuclear bagi sesebuah
negara. Namun sejurus dengan itu, Amerika Syarikat telah merangka satu lagi
strategi iaitu START atau Strategi Pengurangan Tentera. Strategi ini menekankan
3 prinsip iaitu pengurangan, kesamarataan dan pengesahan. Namun langkah
pertama ini kurang berkesan dalam mencapai hala tuju.

4
START I telah dirangka dan dipersetujui dalam merangka strategi
pengurangan tenaga nuklear. Strategi ini akan menegsahkan bilangan atau julat
tentera yang akan mengetuai sesautu strategi. Tindakan susulan akan dilakukan
terhadap strategi ini melalui pemeriksaan dalaman dan kenyataan ringkas.
Setelah berakhirnya Perang Dingin, AS sekali lagi membuat persetujuan dengan
negara Rusia untuk menandatagani perjanjian START II. Strategi ini merupakan
kesinambungan daripada START I dan ianya juga dipanggil sebagai
Penyingkiran Tenaga Nuklear sepenuhnya yang melibatkan serangan peluru
berpandu.

2.3 North Atlantic Treaty Organization (NATO) and Keselamatan Eropah


Amerika Syarikat telah menganggotai North Atlantic Treaty Organization (NATO).
Selain Amerika Syarikat, Negara-negara yang telah menganggotai NATO
antaranya ialah Canada, Belgium, Britain, Denmark, France, Iceland, Italy,
Luxembourg, Netherlands, Norway dan Portugal. Penyertaan Negara-negara ini
ke dalam NATO adalah bertujuan menghadapi serta mengusir Negara Soviet
daripada Eropah iaitu selepas Perang Dunia ke-2. Pada ketika itu, Soviet telah
bertindak agresif dengan menyerang negara-negara Eropah. Pada tahun 1952,
Turki dan Greece telah menyertai NATO. Pada tahun 1952 pula, Jerman Barat
menganggotai NATO.

Secara tradisionalnya, kuasa NATO adalah tidak melebihi dalam negara-


negara Eropah. Kuasa NATO hanya tertumpu dalam Eropah sahaja. NATO telah
mencampuri serta meneyelesaikan konflik antara etnik-etnik di Negara-negara
Balkan. Contoh campurtangan dan penglibatan NATO dalam menyelesaikan
masalah konflik etnik adalah di Yugoslavia. Selain itu, NATO juga terlibat dalam
konflik di Bosnia pada tahun 1995. Pergolakan serta konflik yang berlaku di
Bosnia adalah di antara Serb, Croats dan Muslim. Amerika Syarikat telah
bertindak sebagai pengaman dalam menghadapi konflik ini. Pada tahun 1999,
tercetus lagi konflik di antara etnik yang berlaku di Kosovo. Pergolakan yang
berlaku adalah di antara Kosovo dan Serbia.

5
2.4 Bila Menggunakan Kuasa Tentera?

Kesemua presiden Amerika membenarkan menghantar tentera Amerika dalam


mana-mana perperangan dan merupakan satu kos hidup. Begitu juga rakyatnya
yang merelakan anak-anak mereka dihantar untuk berhadapan bahaya dalam
perperangan dan terdapat juga yang terkorban. Tetapi, sekiranya hanya presiden
meyakinkan mereka kenapa perlu keluar berhadapan bahaya dan presiden
perlulah bijak menyatakan sebab dan akibatnya.

2.4.1 Melindungi perkara yang penting


Tentera Amerika banyak mempelajari tentang apa yang berlaku semasa di
perperangan di Vietnam. Setiausaha Amerika, Collin Powell merupakan salah
seorang yang masih muda dalam berkhidmat di Vietnam. Beberapa lama
selepas itu, beliau menjadi Penasihat Keselamatan Negara untuk Presiden
Ronald Reagan semasa Perang Teluk. Pengajaran yang diterima oleh Amerika
ialah:

• Negara Amerika seharusnya melakukan kuasa tentera mereka hanya


dalam menyokong perkara-perkara yang penting.
• Sekiranya kuasa tentera berlaku, mereka seharusnya mempunyai definisi
yang jelas tentang tujuan atau objektif ketenteraan.
• Kuasa Amerika seharusnya memadai dengan kekuatan bagi memastikan
kemenangan muktamad.
• Sebelum menggunakan kuasa tentera, mereka perlu mendengar
pandangan rakyat.
• Sebelum menggunakan kuasa tentera, mereka perlu memikirkan perkara
terakhir selepas politik, ekonomi, dan diplomatik.

6
2.4.2 Dalam Menyokong Kepentingan Objektif Politik
Berbeza dengan ketua tentera, ketua politik dan diplomatik ini menyambung
perperangan politik.

Kuasa tentera Amerika seharusnya bersiap sedia untuk membawa misi untuk
mengetuai dalam mana-mana perperangan:

• Demostrasi Amerika menyelesaikan krisis


• Demostrasi sokongan Amerika untuk kerajaan demokratik.
• Melindungi rakyat Amerika tinggal di luar negara.
• Menarik perhatian pengganas untuk pencegahan
• Membuat keamanan dengan musuh negara
• Membuat keamanan mengikut perjanjian
• Melindungi rakyat dalam perperangan
• Membantu menangani dadah dalam antarabangsa

2.5 Penggunaan Angkatan Tentera Amerika Syarikat

Amerika Syarikat telah bertempur dalam beberapa peperangan antaranya ialah


Perang Teluk atau lebih dikenali ‘Gulf War’ pada tahun 1991, perang di
Afghanistan pada 2002, dan di Iraq pada tahun 2003. Setiap kaedah serangan
yang digunakan adalah berbeza. Presiden Amerika iaitu George H. W. Bush
begitu komited dalam angkatan tentera. Seterusnya, ketenteraan di Amerika
mempunyai komandan tentera yang tertinggi yang menggabungkan Chairman of
the Joint Chiefs of Staff. Sebagai contoh, Jeneral Collin Powel sebagai
komandan di darat.

7
2.5.1 Tentera Udara Amerika Syarikat
Seterusnya, Tentera Udara Amerika Syarikat adalah cabang udara Angkatan
Tentera Amerika Syarikat, dan merupakan salah satu dari tujuh perkhidmatan
beruniform di Amerika Syarikat. Pada awalnya, ditubuhkan sebagai Kor Udara
Angkatan Tentera Amerika Syarikat, Tentera Udara A.S ditubuhkan sebagai
cawangan tentera yang berasingan pada 18 September, 1947 dan merupakan
cawangan terakhir dari angkatan tentera A.S yang ditubuhkan.

Tentera Udara A.S merupakan angkatan tentera udara yang terbesar, dan
mempunyai teknologi termaju di dunia. Ia memiliki sebanyak 5,778 buah pesawat
(4,093 buah milik tentera udara; 1,289 buah milik Pengawal Udara Kebangsaan;
dan 396 buah milik Pasukan Simpanan Tentera Udara); kira-kira 156 buah
Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandu (UCAV), 2130 buah Peluru berpandu
kruis pelancaran udara, dan 450 peluru berpandu balistik antara benua.
Sehingga 30 September 2007, Tentera Udara A.S mempunyai 328,600 anggota
perkhidmatan aktif, 117,497 anggota Arahan Simpanan Tentera Udara, dan
106,700 anggota Pengawal Udara Kebangsaan. Tentera Udara juga menggaji
seramai 168,900 orang awam termasuk penggajian tidak langsung warganegara
asing.

Pada tahun 2007, disebabkan oleh kekangan belanjawan, Tentera Udara


A.S telah mengurangkan saiz kekuatannya anggota dalam perkhidmatan aktifnya
dari 333,000 kepada 316,000 anggota, yang mana merupakan kekuatan terkecil
sejak serangan ke atas Pearl Harbor. Berdasarkan kenyataan Ketua Staff
Tentera Udara Amerika Syarikat Jeneral T. Michael Moseley. Kekuatan anggota
tugas aktif sekarang adalah kira-kira 70% daripada kekuatan Tentera Udara A.S
semasa akhir Perang Teluk pertama pada tahun 1991.

8
2.5.2 Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Laut Amerika Syarikat (bahasa Inggeris: United States Navy) atau boleh
disingkatkan dengan USN merupakan satu cabang daripada angkatan tentera
Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengendalikan operasi tentera laut.
Sekarang ini USN mempunyai 335,000 kakitangan dalam duti aktif dan 128,000
di dalam tentera laut simpanan. Ia mengendalikan operasi 280 kapal laut di
dalam perkhidmatan aktif dan lebih daripada 4,000 pesawat udara.

3.0 Dasar Pertahanan Malaysia


3.1 Hubungan Malaysia Dengan Negara Luar
Malaysia telah menganggotai Forum Serantau ASEAN ( ASEAN Regional Forum
– ARF ). Penubuhan forum ini merupakan satu perkembangan penting ka arah
kesinambungan keamanan dan kestabilan serantau. Ahli-ahli Forum Serantau
ASEAN (ARF) akan berkongsi pandangan mengenai masalah keselamatan dan
kestabilan Negara terlibat. Segala aktiviti yang dijalankan oleh ARF adalah
bertujuan mewujudkan kerjasama serta mengeratkan sesame Negara anggota.
Malaysia menyedari bahawa bantuan luar dari Negara-negara luar serantau juga
diperlukan. Bantuan tersebut adalah meliputi sokongan moral dan fizikal,
kemudahan-kemudahan latihan ketenteraan, pemindahan teknologi dan bekalan
peralatan. Oleh itu, Malaysia telah mengambil langkah dengan menjalinkan dan
meningkatkan lagi hubungan pertahanan dengan negar-negar luar serantau.
Malaysia tetap bertanggungjawab terhadap prinsip Kawasan Aman,
Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Namun begitu, keperluan untuk mendpatkan
bantuan daripada sumber-sumber di luar Negara juga diperlukan. Hal ini
terutamanya apabila tahap ancaman melebihi keupayaan angkatan pertahanan
tempatan untuk menghadapinya. Oleh itu, Malaysia telah menganggotai
Pertahanan Lima Negara (FPDA). Pertahanan Lima Negara (FPDA) ini
dianggotai oleh Singapura, United Kingdom, Australia, New Zealand dan
Malaysia. Pertahanan Lima Negara (FPDA) ini merupakan satu saluran bagi
Malaysia untuk mendapatkan bantuan luar. FPDA juga adalah satu peraturan

9
yang berbentuk formal melibatkan Malaysia dengan Negara-negara luar.
Malaysia menjadikan peraturan FPDA ini sebagai saluran untuk Malaysia
membangunkan serta meningkatkan tahap keupyaan pertahanan Malaysia.
Corak mekanisme perundingan FPDA telah membuka ruang kepada Negara
mendapatkan bantuan luar dan jaminan terhadap keselamatan Negara.
Walaupun peranan FPDA telah disusun semula mengikut keperluan semasa,
Malaysia tetap komited dengan pendirian bhawa FPDA masih relevan.

3.2 Strategi Dasar Pertahanan Malaysia


Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman, bebas dan kaya
dengan kepelbagaian masyarakat dan budaya. Rakyat Malaysia mencintai
negaranya, sedia menyumbang dan turut serta secara aktif dalam menghadapi
perubahan dan cabaran persekitaran dan dunia. Pada 24 oktober 2002, Kongres
Patriotisme telah mencetuskan satu program ala tentera untuk masyarakat
Malaysia yang layak menyertai dalam menyemai dan melahirkan kecintaan
kepada tanah air. Jawatankuasa Kabinet telah memutuskan Kerahan Tenaga
ditukar kepada Khidmat Negara. Dengan penerapan empat model teras dalam
program Khidmat Negara dapat membentuk nilai kepimpinan serta
pembentukan diri dalam setiap diri pelatih. Tidak kurang juga dengan cabaran
yang datang dari luar negara. Cabaran di dalam bentuk tekanan ekonomi,
hubungan diplomatik , ketenteraan dan lain-lain menuntut kekuatan mental dan
fizikal rakyat agar semangat patriotisme dapat dipertingkatkan. Dengan langkah
kerajaan Malaysia ini juga dapat memastikan Malaysia menjadi sebuah negara
yang bebas, tenteram, maju dan gagah menghadapi masalah. Langkah kerajaan
ini merupakan satu langkah persediaan dalam mempersiapkan diri dalam
sebarang ancaman luar.

Dalam konteks pertahanan di Malaysia, konsep HANRUH merupakan


strategi ketiga bagi Dasar Pertahanan Negara selain dari Strategi Deterance dan
Forward Defence. Namun konsep HANRUH ini tidak masih diperingkat konsep
dan strategi sejak tahun 90-an lagi. Apa yang boleh dirumuskan ialah masih

10
belum wujud kesepakatan dlama menangani strategi ini. Mungkin ketiadaan
sebarang ancaman terhadap negara dan keselesaan serta kesejahteraan rakyat
menyebabkan kurangnya komitmen atau keperluan terhadap HANRUH. Namun
begitu, konsep ini merupakan satu langkah secara langsung dala keselamatan
dan pertahanan negara. Keutuhan dan perpaduan masyarakat diakui sebagai
salah satu asas utama bagi membina pembangunan dan kesejahteraan negara.
Dalam konteks HANRUH ini negara Malaysia meneliti dan menghuraikan
program dan aktiviti kea rah membina integrasi rakyat berteraskan nilai-nilai
hidup serta untung nasib atau ‘destiny’ bersama. Masyarakat yang bersatu teguh
dengan perpaduan usaha dan kejituan jiwa adalah aset penting dalam
mematikan keselamatan dan keutuhan negara.

3.3 Kuasa Tentera Malaysia

Malaysia pula mengamalkan asas konsep berdikari dan lebih bersifat


pertahanan, berbeza dengan sikap negara Amerika yang menggunakan kuasa
tentera untuk berperang dan melindungi orang-orang berkepentingan disamping
timbulnya masalah dari luar atau dalam negara.

Asas konsep berdikari membawa maksud kemampuan Angkatan Tentera


Malaysia (ATM) dalam menghadapi sebarang ancaman yang mengganggu dan
menggugat keselamatan dalam negeri. Ini termasuklah menangani ancaman dari
dalam sepertimana ATM menghadapi ancaman pengganas komunis dan
kegiatan puak pelampau seperti Kumpulan Al – Maunah. Dengan sokongan dari
industri pertahanan tempatan dan bekalan logistik yang wujud, ATM yakin dapat
menangani ancaman di peringkat rendah dan pertengahan menerusi tindak
balas operasi darat, laut dan udara. Bagaimanapun, bagi konflik atau ancaman
melebihi kedua–dua peringkat tersebut, negara memerlukan bantuan luar. Usaha
diplomasi dan memohon komitmen Peraturan Pertahanan Lima Negara akan
terpaksa dituntut.

11
3.4 Penggunaan Angkatan Tentera Malaysia
Di Malaysia, Gempur Wira merupakan slogan dan cogankata semangat dari
Angkatan Tentera Malaysia (ATM). ATM meliputi tiga cabang ketenteraan utama
iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pemimpin tertinggi Angkatan Tentera
Malaysia ialah Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul
Aziz bin Hj Zainal.

3.4.1 Angkatan Tentera Darat


Tentera Darat Malaysia telah ditubuhkan untuk menjaga keamanan serta
keselamatan negara daripada ancaman musuh. TDM mempunyai beberapa
pasukan tempur dan bantuan tempur yang diberikan tugas untuk
mempertahankan tanah air. TDM mempunyai 17 Rejimen dan Kor yang
diaturkan menjadi pasukan-pasukan tempur dan pasukan-pasukan bantuan.
Pasukan yang paling ternama dan ulung di dalam TDM adalah Rejimen Askar
Melayu. Pada 1 Mac 1933, Pasukan Askar Melayu telah dibentuk dan terus
berkembang menjadi batalion penuh dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen
Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion Kedua ditubuhkan pada 1 Disember
1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Ketika
Tanah Melayu diserang Jepun pada tahun 1945 kedua-dua batalion ini
menunjukkan kebolehan menentang serangan tersebut. Setelah itu, Rejimen
Askar Melayu telah diperkuatkan ketika menentang ancaman Komunis. Rejimen
Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1
Mac 1933. RAMD memngandungi 25 batalion yang mana dua batalian sebagai
Batalian Para, dua batalian sebagai Battalion Mekanis, satu Batalian Istiadat dan
selebihnya adalah Batalian Infantri Standard. RAMD juga merupakan kor yang
tertua dan terbesar di dalam Tentera Darat Malaysia. Selain itu, Malaysia
mempunyai Rejimen Askar wataniah merupakan Rejimen yang ditugaskan
sebagai barisan kedua dalam mempertahankan kedudukan negara dari
sebarang ancaman musuh negara. Rejimen ini dilatih sepenuhnya oleh angkatan

12
tentera malaysia yang bertugas sebagai anggota tetap. Segala bentuk latihan
yang diberikan adalah berdasarkan pada latihan yang diberikan kepada anggota
tetap.
Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah badan sukarela yang berlainan
daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Simpanan
Tentera Darat Malaysia sebagai benteng kedua dalam mempertahankan negara
tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi
menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan
Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah
negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua
pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta
pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional
termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan
Angkatan Tentera Malaysia.

3.4.2 Angkatan Tentera Udara

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai
Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh
lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan
Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di
masa penjajahan British. Dalam tahun 1940, dengan ancaman perang dengan
Empayar Jepun kian di ambang, pasukan ini dibesarkan menjadi Tentera Udara
Sukarelawan (MVAF) dan menerbangkan pesawat-pesawat yang
kebanyakannya terdiri dari pesawat-pesawat awam seperti Tiger Moth, Leopard
Moth dan Dragon Rapide.

13
Walaupun pasukan MVAF berjaya melarikan diri semasa kejatuhan
Singapura dalam bulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa peperangan
di Sumatra apabila berhadapan dengan pasukan udara yang jauh lebih besar
dan moden. Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semula dalam tahun
1950 untuk membantu operasi-operasi ketenteraan semasa Darurat di Malaya.
Unit inilah yang menjadi tunas kepada penubuhan Tentera Udara Diraja
Persekutuan Malaya dalam tahun 1958.

Pada tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat MiG-


29N untuk mengendalikan peranan penguasaan udara (air superiority).
Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah
pesawat McDonnell Douglas F-18D Hornet yang diterima dalam tahun 1997.
Pesawat ini serupa dengan pesawat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin
Amerika Syarikat.

TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat
Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini
bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk
jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat
Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebagai
sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini ditempatkan di
pangkalan baru TUDM di Gong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yang
dahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpangkalan di Butterworth
dipindahkan ke Gong Kedak dan sedang dalam proses peralihan operasi ke
pesawat Su-30MKM. TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan
4 buah pesawat sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) tetapi tiada
keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.

14
Namun, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat
pengangkut Airbus A400M dari firma Airbus Military untuk melengkapkan dan
menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan
oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan
oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion
AEW&C, Pesawat Grumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang
digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawat Embraer
EMB-145SA.

3.4.3 Angkatan Tentera Laut Malaysia

Tentera Laut Diraja Malaysia ataupun lebih dikenali dan mudah dipanggil dengan
singkatannya: TLDM – merupakan cabang Angkatan Tentera Malaysia yang
bertanggungjawab ke atas operasi dan pertahanan maritim negara. Dari aspek
keanggotaan pula, TLDM merupakan tentera laut ke-3 terbesar di dalam
gabungan ASEAN. Ketika ini TLDM hanya mempunyai keupayaan terhad
peperangan konvensional dan berkekuatan sederhana sahaja berbanding
anggota ASEAN yang lain. Bagaimanapun pemodenan berterusan memastikan
TLDM terus kekal sebagai satu angkatan yang seimbang dan berteknologi tinggi.

Tentera Laut Diraja Malaya akhirnya diserahkan secara rasmi kepada


kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Penaikkan bendera
Tentera Laut Persekutuan secara rasminya menandakan TLDM memikul
tanggung jawab untuk mempertahankan perairan Persekutuan. TLDM
memulakan tugasnya hanya dengan sebuah pangkalan pusat di HMMS Malaya
dan sebuah armada kecil yang terdiri daripada sebuah kapal LCT, 2 buah kapal
penyapu ranjau (minesweeper) kelas HAM, dan 7 buah kapal ronda.

15
BIBLIOGRAFI

1. Thomas R.Dye, 2008, Understanding Public Policy Twelfth Edition, Pearson


Prentice Hall, United States.
2. Ahmad Atory Hussain, 1985, Politik dan Dasar Awam Malaysia,
Utusan Publication & Distributors Sdn .Bhd.
3. Abdul Rahman Embong. 2007, Pembangunan Negara, Komuniti dan Insan
Melampau 2020, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
4. Kementerian Pertahanan Malaysia, 2008. Modul Pembinaan Karakter, Edisi
Ketiga. Kuala Lumpur: Kementerian Pertahanan Malaysia.

16

You might also like