You are on page 1of 6

PELAN BILIK DARJAH

Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran


yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim
dan budaya bilik darjah yang baik. Berikut merupakan penerangan berkenaan pelan
bilik darjah yang kumpulan kami telah sediakan:

BAHAGIAN HADAPAN KELAS

Pada bahagian hadapan kelas, papan ulis diletakkan di hadapan sekali bagi
memudahkan murid melihat apa yang cikgu ajarkan di hadapan kelas. Selain itu,
papan putih itu diletakkan di tengah-tengah bagi memudahkan murid melihat dari
tempat duduk mereka sendiri yang pelbagai arah.

Meja guru diletakkan di bahagian tengah bagi memudahkan guru memantau


tingkah laku dan melihat kesemua murid pada masa yang sama. Ia juga
memudahkan murid datang ke tempat cikgu untuk membuat perbincangan dan
menghantar kerja.

Layar LCD juga diletakkan di hadapan kelas di tepi papan putih agar mudah
bagi guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
LCD seperti membuat tayangan video dan sebagainya.

Papan kenyataan di tepi sebelah papan putih disediakan bagi menampal


memo-memo penting seperti jadual waktu kelas, jadual bertugas carta organisasi,
sudut mata pelajaran, peraturan kelas dan sebagainya agar senang menjadi rujukan
guru dan murid-murid.
WF (Wall of Frame) disediakan bagi memaparkan hasil-hasil kerja murid yang
baik bagi memberi motivasi kepada mereka untuk memberi perhatian dalam proses
P&P. Dan sentiasa melakukan yang terbaik dalam setiap tugasan yang diberikan.
Fail Kelas di letakkan dihadapan kelas bagi memudahkan guru untuk
mengemas kini fail murid. Terutamanya kehadiran murid ke dalam kelas. Selain itu,
salinan buku rekod pencapaian murid juga akan dilekakkan dalam fail ini bagi
pemantauan berterusan tentang prestasi murid di dalam kelas. Perkara-perkara yang
akan direkodkan termasuklah :
1. Pencapaian murid dalam akademik
a. Kerja rumah
b. Keputusan ujian

2. Pencapaian murid dalam kokurikulum


a. Sukan dan permainan
b. Unit beruniform
c. Persatuan

3. Sahsiah murid
a. Penglibatan murid dalam akiviti kelas
b. Penglibatan murid dalam aktiviti sekolah
c. Tugas yang pernah disandang

BAHAGIAN TENGAH KELAS

Pada bahagian tengah kelas pula, meja murid disusun secara berkumpulan.
Meja murid disusun seperti bentuk V dimana satu barisan 10 orang di tepi sebelah
kanan, satu barisan 10 orang lagi di tepi sebelah kiri, satu barisan 5 orang di
bahagian belakang sekali. Dan 2 barisan 5 orang di antara meja tepid an meja
belakang. Sementara di tengah pula terdapat pentas untuk memudahkan guru
melaksanakan pembelajaran bebentuk pembentangan. Pentas ini juga boleh
digunakan sebagai kawasan dendaan bagi murid yang tidak memberikan perhatian
semasa P&P dan juga yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Contohnya,
sering bercakap dengan kawan dan membaling sampah. Kedudukan murid adalah
duduk berhadapan antara satu sama lain dan ada juga yang duduk sebaris sahaja.
Ini bertujuan memudahkan kerja berkumpulan, berkolaborasi dan koperatif di satu
murid dengan murid yang lain dalam satu kumpulan.

Bahagian tepi bilik darjah pula disediakan sebuah almari. Almari ini adalah
untuk kegunaan pelajar dimana pelajar akan meletakkan beg atau botol air dan bekal
mereka di almari tersebut. Ini dapat mengelakkan pelajar menyemakkan meja tempat
belajar dengan menyimpan barang-barang tersebut. Ini juga dapat menjamin
kekemasan dalam bilik darjah agar kekal bersih dan ceria.
BAHAGIAN BELAKANG KELAS

Pada bahagian belakang kelas, terdapat sudut aktiviti, sudut membaca dan
sudut IT.

Sudut aktiviti disediakan di bahagian belakang kelas dimana sudut aktiviti ini
digunakan apabila murid melakukan aktiviti yang memerlukan ruangan yang luas.
Sudut ini dihamparkan dengan permaidani agar dapat memberi keselesaan dan
suasana yang ceria apabila murid melakukan pelbagai aktiviti di dalam kelas.

Sudut membaca diletakkan permaidani bagi memberikan keselesaan kepada


murid ketika membaca. Bahagian rak buku di letak di bahagian belakang kelas bagi
untuk menyimpan buku-buku bacaan.

Sudut IT juga disediakan dimana sudut tersebut menenpatkan sebuah


komputer bagi memudahkan murid mengakses internet dan juga bagi penggunaan
teknologi komunikasi dan maklumat. Ianya diletakkan di belakang bagi mengelakkan
murid mengacau atau menggunakannya ketika mana tidak dibenarkan untuk
menggunanya.

Tong sampah juga disediakan dibahagian belakang kelas. Ini bertujuan agar
pelajar tidak membuang sampah di merata tempat di dalam kelas. Dengan adanya
tong sampah disediakan di dalam kelas, ini dapat memudahkan pelajar membuang
sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan.

BULETIN BOARD
Bilik darjah disediakan dengan papan kenyataan untuk hasil kerja murid dan info-info
semasa. Papan kenyataan tersebut terletak di tempat yang strategik dan boleh dilihat
oleh semua murid. Dalam pelan bilik darjah kami, buletin board atau papan
kenyataan ini diletakkan di bahagian depan kelas dan di bahagian belakang kelas.
Guru dan pelajar boleh menghias dan menceriakan kelas dengan melekat pelbagai
info di atas bulletin tersebut.
PENGUDARAAN DAN PENCAHAYAAN

Pengudaraan dan pengcahayaan adalah penting kerana ia membolehkan


peralihan oksigen dan cahaya masuk di dalam bilik darjah agar murid lebih
bersemangat dan tidak lesu belajar di dalam kelas. Pengudaraan dan pengcahayaan
yang dimaksudkan di sini ialah udara yang keluar masuk dari tingkap dan pintu.
Oleh itu, sememangnya penting setiap kelas dibina dengan membuat beberapa
tingkap bersesuaian dengan keluasaan bilik darjah tersebut. Adalah penting agar
tingkap-tingkap tidak di tutup dengan benda lain seperti almari yang dapat
menghalang kemasukan udara dan cahaya ke dalam bilik darjah.

MOTTO KELAS
“BERSIH, CERIA, DISIPLIN”

Bersih menunjukkan bilik darjah yang sentiasa bersih, kemas, teratur dan
menunjukkan bahawa murid yang belajar di dalam bilik darjah ini adalah berdisiplin
dan suka akan kebersihan. Sampah di atur dengan baik dan rapi agar tidak
mencacatkan keindahan bilik darjah agar kekal bersih dan menjadikan bilik darjah
kekal kondusif

Ceria pula menunjukkan bilik darjah yang tidak lesu dimana bilik darjah ini ceria
dengan keindahan dan kekemasan susun atur di dalam bilik darjah. Bilik darjah
dihiasi dengan hasil karya pelajar dan hiasan yang dapat menimbulkan keceriaan
kelas dan semangat pelajar untuk belajar.

Disiplin mewakili nilai disiplin murid dalam mengawal tingkah laku semasa di dalam
kelas dengan mematuhi peraturan yang digariskan. Serta mereka bersama-sama
dalam menjaga keselesaan dalam kelas dengan menunjukkan tingkah laku yang
baik dan memelihara segala paeralatan yang ada di dalam kelas dengan baik.
PERATURAN KELAS
1. Tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit atau alatan eletrik
di semasa berada di dalam kelas.
2. Mengikuti serta mematuhi jadual tugas yang telah ditetapkan.
3. Sentiasa menjaga keselamatan diri, dan harta ketika berada di dalam kelas.
4. Tidak makan dan minum semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran sedang
berjalan.
5. Tidak berbuat bising dan menggangu pelajar lain kecuali dengan arahan guru
tersebut.
6. Menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru.
7. Tidak membuang sampah merata tempat di dalam kelas.
8. Tidak melakukan kerja lain sewaktu cikgu sedang mengajar.
9. Tidak dibenarkan keluar kelas tanpa pas atau kebenaran guru.

PERATURAN KERJA RUMAH

Peraturan kerja rumah dibina berdasarkan kepada perbincangan guru dengan


murid-murid yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah dan ibu bapa.

1. Setiap murid mestilah menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru dan
perlu menghantarnya tersebut pada masa yang ditetapkan.
2. Murid yang lewat atau tidak membuat dan menghantar kerja rumah dikehendaki
untuk berjumpa dengan guru untuk menerangkan sebab tidak melakukannya.
3. Murid yang didapati meniru kerja rumah rakan lain juga dikehendaki berjumpa
dengan guru untuk menerangkan sebabnya
4. Guru akan berperanan dalam memainkan tindakan selanjutnya
a. Denda
b. Buat semula kerja rumah
RUTIN DAN PROSEDUR
1. Murid menjalankan tugas membersihkan kelas mengikut jadual yang telah
disediakan.
2. Murid berbaris sebelum memasuki kelas.
3. Murid buka kasut apabila berada di dalam bilik darjah dan susun kasut dengan
kemas di rak kasut yang telah disediakan
4. Masuk dan keluar kelas mengikut barisan.
5. Guru bertindak mengambil kedatangan murid
6. Apabila cikgu masuk mesti memberi salam atau memberi ucapan selamat pagi.
7. Keluar ke tandas dengan kebenaran guru.
8. Pada akhir kelas, pelajar mengemas dan membersihkan bilik darjah.
9. Sebelum balik murid bersalam dengan guru.

KESAN

1. Guru dapat mengawal kelas dengan lebih sistematik dengan adanya peraturan
yang telah disediakan.
2. Pelajar dapat mendisiplinkan diri masing-masing dengan mematuhi peraturan
yang telah disediakan.
3. Suasana kelas yang kondusif dan teratur dapat diwujudkan dengan adanya
peraturan dan jadual pembersihan kelas.
4. Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap proses Pengajaran dan
Pembelajaran dan guru senang menyampaikan pengajaran.
5. Dapat membina hubungan yang mesra antara guru dan pelajar
6. Dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar-pelajar dalam satu kelas.

You might also like