You are on page 1of 7

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan tentang ringkasan kajian, perbincangan dapatan kajian, cadangan kajian

dan cadangan kajian lanjutan. Pada akhir bab ini, akan diberikan beberapa cadangan bagi kajian

selanjutnya yang boleh dikaji oleh pengkaji-pengkaji pada masa hadapan.

27
5.2 Perbincangan Dapatan

5.2.1 Data Kajian

Jadual 5.1:

Kekerapan kesilapan ejaan perkataan mengikut kategori

penulisan karangan bahasa Melayu

Bil Sampel E1 E2 E3 E4 Jumlah

1 3 2 2 2 9
2 4 3 3 2 12
3 3 1 4 3 11
4 2 3 2 3 10
5 3 1 2 2 8
6 5 2 2 2 11
7 3 2 4 3 12
8 3 2 3 3 11
9 3 3 2 4 12
10 4 2 2 3 11
11 2 1 5 3 11
12 3 1 3 3 10
13 3 3 2 4 12
14 3 1 2 2 8
15 3 2 4 3 12
16 4 2 2 5 13
17 2 3 4 3 12
18 3 1 5 2 11
19 5 3 2 2 12
20 3 1 2 4 10
21 3 1 4 2 10
22 2 3 2 3 10
23 3 2 3 4 12
24 3 3 2 2 10
25 3 1 2 4 10
26 5 3 2 4 14
27 3 1 2 2 8
28 4 4 5 3 16
29 3 1 2 3 9

28
30 5 3 5 4 17
Jumlah 98 61 86 89 334

Jadual 5.1 menunjukkan daripada 334 kesilapan yang dicatat, kategori kesilapan

perkataan melibatkan sistem keselarasan vokal (E1) = 98 paling tinggi berbanding dengan

skor min kekerapan kesalahan kategori penggunaan kata pinjaman (E2) = 61;

penggunaan kata terbitan (E3) = 86; dan kategori penggunakan kata depan ‘di’ dan ‘ke’

(E4) = 89. Hal ini menunjukkan murid-murid menghadapi masalah untuk mengeja

perkataan yang berkaitan dengan sistem keselarasan vokal, penggunaan kata pinjaman,

penggunaan kata terbitan, dan kategori penggunakan kata depan ‘di’ dan ‘ke’. Masalah

ini dijangka akan menghalang usaha murid-murid menghasilkan penulisan karangan

bahasa Melayu yang baik sebagaimana diharapkan.

5.2.2 Soalan Kajian

Soalan Kajian 1 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan jenis kesalahan ejaan

dalam penulisan karangan bahasa Melayu;

Jadual 5.2:

Skor kekerapan min dan sisihan piawai

jenis kesalahan ejaan penulsian bahasa Melayu

Kekerapan dan jenis kesilapan E1 E2 E3 E4

Min (x) 3.27 2.03 2.87 2.97

Sisihan Piawai .87 .93 1.14 .85

29
Jadual 4.1 menunjukkan skor kekerapan min dan sisihan piawai jenis kesalahan ejaan

penulisan karangan bahasa Melayu mengikut kategori. Di dapati skor min kategori

kesilapan perkataan melibatkan sistem keselarasan vokal ( E1), x = 3.27 paling tinggi

berbanding dengan skor min kekerapan kesalahan kategori penggunaan kata pinjaman

(E2), x = 2.03, penggunaan kata terbitan (E3), x = 2.87dan kategori penggunakan kata

depan ‘di’ dan ‘ke’(E4), x = 2.97. Pun demikian sisihan piawai kategori kesilapan

perkataan melibatkan penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’( E4), sd = .27 menunjukkan

taburan kekerapan cenderung untuk menghampiri skor min kesilapan kategori

penggunakan kata depan ‘di’ dan ‘ke’(E4), x = 2.97. Dengan demikian, tidak terdapat

bukti yang mencukupi untuk menyatakan wujud kecenderungan dalam kalangan murid-

murid untuk melakukan kesilapan ejaan melibatkan ejaan perkataan mengikut kategori

sistem keselarasan vokal.

5.2.2 Ujian hipotesis

30
Jadual 5.3:

Analisis ujian hipotesis kekerapan kesilapan ejaan dalam penulisan bahasa Melayu

Terima/Tolak
Hipotesis
( p < 0.05)
H01 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan ditolak
mengikut sistem ejaan keselarasan vokal (E1) dalam
penulisan karangan bahasa Melayu;

H02 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan ditolak


mengikut sistem ejaan kata pinjaman (E2) dalam
penulisan karangan bahasa Melayu;

H03 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ejaan ditolak


mengikut sistem ejaan kata terbitan (E3) dalam penulisan
karangan bahasa Melayu;

H04 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan kesilapan ditolak


penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4) dalam
penulisan karangan bahasa Melayu;

H05 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan diterima


kategori sistem keselarasan vokal (E1) mengikut
klasifikasi jantina;

H06 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan diterima


kategori penggunaan kata pinjaman (E2) mengikut
klasifikasi jantina;

H07 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan diterima


kategori penggunaan kata pinjaman (E3) mengikut
klasifikasi jantina;

H08 : Tidak terdapat perbezaan skor kekerapan ejaan perkataan diterima


kategori penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4)
mengikut klasifikasi jantina;

Dari Jadual 5.1, didapati sebanyak lapan hipotesis diuji bagi tujuan menganalisis

kesilapan ejaan kategori sistem keselarasan vokal (E1), penggunaan kat apinjaman (E2),

penggunaan kata terbitan (E3) dan penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4). Didapati

31
hipotesis kajian, H01 - H042 analisis khi kuasa dua kekerapan kesilapan ejaan mengikut

kategori kategori sistem keselarasan vokal (E1), penggunaan kata pinjaman (E2),

penggunaan kata terbitan (E3) dan penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4), ditolak. Ini

bermakna, terdapat bukti yang mencukupi untuk menyatakan bahawa terdapat

kecenderungan yang berbeza-beza jenis kesilapan ejaan perkataan yang dilakukan oleh

murid-murid dalam penulisan karangan bahasa Melayu. Sebaliknya bagi hipotesis kajian,

H05 - H048 analisis khi kuasa dua kekerapan kesilapan ejaan mengikut kategori kategori

sistem keselarasan vokal (E1), penggunaan kat apinjaman (E2), penggunaan kata terbitan

(E3) dan penggunaan kata depan ‘di’ dan ‘ke’ (E4) dalam kalangan murid-murid

mengikut klasifikasi jantina, gagal ditolak. Ini bermakna, tidak terdapat bukti yang

mencukupi untuk menyatakan bahawa terdapat kecenderungan sama jenis kesilapan ejaan

perkataan yang dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan bahasa Melayu.

5.3 Kajian Lanjutan

Berdasarkan kepada kajian ini, pengkaji merasakan perlunya dibuat kajian lanjutan untuk

memperkukuhkan kajian dan mengenalpasti kekerapan kesilapan yang dilakukan oleh murid.

Untuk penyelidikan yang akan, dicadangkan agar populasi kajian diperluaskan, melibatkan

sampel kajian yang lebih besar. Ini kerana saiz sampel kajian akan memberi gambaran yang

lebih tepat dan jelas. Tempoh kajian juga harus dipanjangkan agar kajian ini boleh dilaksanakan

sebaik-baiknya. Hal ini penting untuk memperoleh dapatan yang lebih tepat sebagimana yang

diharapkan.

32
Seterusnya, dicadangkan agar kelemahan ejaan dialami akan dibetulkan melalui usaha

yang berterusan. Pengajaran ejaan juga perlu didedahkan untuk penguasaan kemahiran ejaan.

Pendedahan kepada modul pengajaran tatabahasa yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran

di dalam bilik darjah. Huraikan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang menjadi teras sukatan

perlu dimurnikan dari masa ke semasa.

5.4 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, keputusan kajian ini memberikan kesan kepada penulisan karangan

yang terbaik. Kesilapan ejaan yang dilakukan dapat diperbaiki dengan usaha yang berterusan.

Tidak semua kesalahan ejaan yang disenaraikan kerap dilakukan oleh murid.

33

You might also like