You are on page 1of 43

SOALAN TUGASAN

Anda telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk membentangkan kertas kerja dalam
Seminar Kesusasteraan Melayu anjuran Jabatan Pelajaran Daerah di tempat anda.
Sediakan kertas kerja tersebut dengan selengkapnya yang mengandungi bahan-bahan
berikut:

(a) Pengenalan kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu


tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam
penulisan sastera.

Pengenalan

1.1 Definisi

(i) Umum tentang kesusasteraan Melayu


Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit)
Su - indah, baik, lebih berfaedah
Sastera - huruf atau buku
Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik
isinya.

Kesuasasteraan : Ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang


indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah.

Kesusasteraan Melayu : hasil ciptaan yang ditulis melalui


perantaraan Bahasa Melayu dan lahir sebagai hasil daripada
keistimewaan sifat masyarakat Melayu. Kandungannya haruslah
mencerminkan persoalan tentang masyarakat bangsa Melayu sama
ada pada zaman silam mahupun pada zamanmodenhari ini.

Kesusasteraan Melayu Tradisional (SMT) :


Konsep SMT pada orang Melayu zaman dahulu sangat bercampur
aduk dan tidak terbatas kepada hasil seni semata-mata. Oleh itu
semua hasil penulisan sebelum abad ke-19 dianggap sebagai hasil
sastera yang termasuk di dalamnya karya sejarah seperti Sejarah
Melayu, karya-karya ketatanegaraan seperti Tajus Salatin, Bustan as-
Salatin, Sastera Kitab/Agama dan juga undang-undang Melayu lama.

Kesusasteraan Melayu mengandungi 4 unsur utama :

a. Unsur Intelek : Karya sastera haruslah menimbulkan satu-satu


fikiran tertentu yang bernilai dan menarik. Sastera ditulis dengan
tujuan tertentu seperti soal-soal masyarakat, moral, ekonomi, politik
dan sebagainya. Karya sastera sebagai bahan untuk pembaca
mendapat panduan dan pengetahuan.

b. Unsur Emosi : Membezakan karya sastera dengan bukan sastera.


Berkait dengan perasaan manusia iaitu perasaan pengarang dan
pembaca seperti perasaan sedih, gembira dan sebagainya.

c. Unsur Imaginasi : Ketajaman daya penglihatan dan gaya


pengamatan (daya khayalan) pengarang terhadap sesuatu benda atau
peristiwa yang dilukisnya melalui perantaraan bahasa.

d. Unsur teknik : Soal bagaimana pengarang menyusun peristiwa


dalam cerita, memilih kata-kata, menyusun adegan dan sebagainya.

Kesimpulan tentang Kesusasteraan Melayu :

1. Ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat


penyampaian
2. Satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayuyang terawal dan
terpenting
3. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai alat
untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan, pengalaman dan
pengalaman masyarakat.
4. Kesusasteraan Melayu adalah kesusasteraan yang berfungsi iaitu
mengajar dan menghibur
5. Tercipta dalam sepanjang masa, mengalami proses perkembangan
dan perubahan, dibahagikan Sastera Melayu Tradisional dan sastera
Melayu Moden

http://kalimahbestari.blogspot.com/

Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua


kelompok utama iaitu:
1. Prosa Melayu Tradisional
2. Puisi Melayu Tradisional

Prosa Melayu Tradisional


Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang.
Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk
juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif).
Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama
ada lisan atau tulisan
dikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan
sebagai kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu
sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut merangkumi
seluruh nusantara.
Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai
sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh
dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
1. Naratif
2. Bukan naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula
kepada dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan.
Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang
utama iaitu:
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat
* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi
seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita
teladan.

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:


1. Sastera sejarah
2. Sastera hikayat
3. Sastera sastera panji
4. Sastera kepahlawanan / epik
5. Sastera agama

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :


1. Sastera undang-undang
2. Sastera kitab
3. Sastera ketatanegaraan
4. Kepustakaan ilmu tradisional
*Nota : penjelasan setiap genre prosa tradisional akan dibuat dalam
tajuk penghayatan prosa tradisional.

Puisi Melayu Tradisional 


Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang
digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk
karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis
puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang
cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu
yang abstrak kepada yang nyata.

Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan


iaitu:
1. Naratif
2. Bukan naratif

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada


genre Syair sahaja.

Manakala yang bukan naratif ialah :


1. Pantun
2. Gurindam
3. Endoi
4. Rejang
5. Dikir/Zikir
6. Rubai
7. Nazam
8. Masnawi
9. Ghazal
10. Berzanji
11. Qit'ah
12. Seloka
13. Teromba
14. Talibun
15. Peribahasa berangkap
16. Mantera
*Nota : pengertian setiap genre akan diberikan apabila mengkaji
genre tersebut.
Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:26
Ciri Kesusasteraan

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri


yang terdiri daripada lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:

Lisan
Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan
dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah
dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan
secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata ataupun
pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud manusia-manusia
yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan, yang mampu
menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi. Pastilah juga dalam
zaman tradisional yang bermula dengan animisme itu, tidak ada
buku, pen, kertas dan sebagainya yang digunakan oleh sasterawan
moden hari ini untuk menzahirkan karya mereka. Maka hanya cara
tradisional sahajalah yang digunakan oleh 'sasterawan-sasterawan'
zaman itu iaitu mengungkapkan karya mereka dengan cara
percakapan atau penceritaan. Para sasterawan zaman tradisional,
oleh kerana tidak mempunyai alat tulis menurunkan pula karya-
karya mereka kepada anak cucu, saudara dan sahabat handai secara
lisan agar ciptaan mereka itu tidak hilang begitu sahaja.

Tulisan 
Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka
telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah
satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu
peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus
difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak
kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana.
Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan.
Dengan itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan
istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan
jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak
golongan istana.

Kreatif
Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-
karya prosa dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen,
sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan
kesusasteraan kreatif.

Bukan kreatif
Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei,
rencana dan sebagainya

Estetik
Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang
dicipta oleh seseorang penulis.
Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:24
Fungsi Kesusasteraan

Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan


untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah
masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut
yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi seseorang
pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang
diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan
menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh
khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu merangkumi
tujuan-tujuan khalayak menikmati dan menghayati karyanya dan
sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada
khalayak.

Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-


kurangnyakesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas:
1. Pendidikan/Pengajaran/Didaktik
2. Kepuasan estetik.

Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan


Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan
sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik.
Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera
merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak
pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini
diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang
terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi,
politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa
atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau
ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak menikmati
karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau
ilmu pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh membentuk
personaliti pembaca ke arah kebaikan.

Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik.


Apakah itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya
dicari dahulu maksud dan asal kata estetik. Dalam bahas Melayu
estetik juga disebut estetika. Ia diambil dari
kata Inggeris  "aesthetic". Orang Inggeris juga sebenarnya
meminjam perkataan tersebut daripada budaya
Greekaisthanesthai yang boleh diertikan sebagai to preceive.
Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah
keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai
oleh Socrates. 

Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik


merupakan kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan
sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi,
sesuatu cabang falsafah dan sering dikaitkan dengan falsafah seni.

Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini


Kesusasteraansebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam
sastera atau seni lainnya.

Dengan maksud ringkas di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa


kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul
sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan
merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu
cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari
segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi
pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan
keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat
digambarkan dalam dirinya.
Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:10
Jumaat, 2008 September 26

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Pengertian Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian


yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan
penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor
Ismail Hussein;

kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang


berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa kesusasteraan


Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas dan terdiri daripada
berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji kesusasteraan Melayu membahagikan
kesusasteraa Melayu tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan
2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat Melayu yang


lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Mereka ini tinggal di kawasan
yang jauh di pedalaman, desa-desa dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem
tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak
menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak
pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia dikembangkan melalui pertuturan atau
penceritaan secara lisan. Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta
oleh kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita
secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula


menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam
kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India,
orang Melayu diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem
tulisan ini tidak meluas dan akhirnya pupus.

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran baru dalam
kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul bersama-sama dengan sistem
tulisan yang lengkap bersumberkan al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem
tulisan Arab-Islam ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa
Melayu. Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan tulisan Jawi.
Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan istana sebagai pusat
penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah lahirnya tokoh-tokoh sasterawan
Melayu tradisional yang menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan
semula kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.
Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu dokumen
penting yang merakamkan segala perihal kehidupan masyarakat Melayu
tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti masyarakat Melayu tradisional yang
menyerlahkan daya fikir, akal budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan
kebijaksanaan masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv).
Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun Mat Piah
kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya yang mempunyai ciri-ciri
seperti :
1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat
2. Hasil karya bersifat feudal
3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak
4. Dihasilkan sebelum 1800.
5. Bersifat fungsional
6. Pelbagai genre
7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi oleh zaman,
tarikh dan waktu.
8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini
9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang mewarisinya.
10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap
11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur formal yang
terikat.
12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan keragaman tema
dalam sesuatu genre
(seperti dalam MPM Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2003:xvi-xix)
Dicatat oleh Ilham Rasa di 10:54
Kesusasteraan Tradisional

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya


kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia
wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak.
Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal
yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme.
Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia
diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam
tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun
Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya
kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia
seperti Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata
kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak
sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah
yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada
masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak
lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar
wajah daripada tradisional kepada moden.

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh


dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti
yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau dibukukan.
Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan seperti petani
dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan rakyat.
Manakala sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan pemerintah
selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah masyarakat itu.

*Nota: Tajuk ini adalah sebagai rangsangan dan pengetahuan sedia


ada sahaja dan akan disentuh dengan lebih mendalam dalam tajuk
Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Dicatat oleh Ilham Rasa di 10:47


Rabu, 2008 September 17

Definisi Kesusasteraan

Tajuk ini tidak terdapat dalam sukatan pelajaran KM1 STPM. Walau bagaimanapun
penulis menganggap ia mempunyai kaitan langsung dengan kajian seterusnya
tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional. Ali Ahmad : 1994 menyatakan Soal
mencari definisi kesusasteraan merupakan salah satu perkara asas bagi ilmu
kesusasteraan. Jika tidak pun ia bolehlah digunakan sebagai bacaan tambahan
untuk pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu STPM.

APA ITU KESUSASTERAAN?

Persoalan ini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa bersandarkan
kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana telah memberikan pendapat
yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita
berpegang kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Ahmad "satu perkara asas
bagi ilmu kesusasteraan" tentulah apapun yang ingin dikaji, dinilai dan dianalisis
dalam bidang kesusasteraan memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap
maksud kesusasteraan itu dahulu. Faham makna kesusasteraan bererti menguasai
asas kepada pengkajian kesusasteraan.

Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan seni yang


disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan
dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki
keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan
mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa
Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera
memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan
persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan
maksud yang terdekat, iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah.

Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata kesusasteraan dan
menemui puncanya adalah daripada kata susastera. Kata susastera itu dipecahkan
kepada dua bahagian iaitu su dan sastera.

Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.


Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.
Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan
baik isinya.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada karya-karya lisan


serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur cereka dan disampaikan melalui
bahasa dan berbagai-bagai perkataan.
Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita Bahasa Melayu yang
dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan kesusasteraan itu sebagai persuratan atau
karangan.

Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar kesusasteraan


yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994) mengatakan Secara kasarnya sahaja
definisi sedemikian dapat diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih
diperlukan.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam mencari
maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi Kesusasteraan di dalam
buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan
dengan kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa. Sesungguhnya
kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan keinginan pembacanya
mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul
dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah
yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Nota : Untuk lebih lanjut sila baca (Ali Ahmad : Pengantar Pengajian
Kesusasteraan, DBP. Kuala Lumpur, 1994)

Dicatat oleh Ilham Rasa di 08:37


Jumaat, 2008 September 12

Mengenali Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922/1

UMUM TENTANG KM 1
Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan Melayu
Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1. Para pelajar perlu mengetahui, membaca
dan memahami SUKATAN PELAJARAN Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh
dimuat turun dari laman web Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Secara umum
Kesusasteraan Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1
adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah Kesusasteraan
Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kertas
dua melalui beberapa blog dan web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah
dijelaskan sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan kepada Kertas 1.

Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM) soalan peperiksaan


STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian A,
B, C dan D. Pembahagian kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di bawah:

BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL


BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU)
BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL
BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL

ASPEK-ASPEK KAJIAN

Pelajar akan mengkaji aspek-aspek yang dinyatakan seperti berikut:

1. Pengenalan
2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional
4. Karya Agung
5. Prosa Melayu Tradisional
6. Puisi Melayu Tradisional

Pengenalan tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari aspek definisi iaitu


definisi umum tentang kesusasteraan tradisional dan definisi khusus tentang
kesusasteraan Melayu tradisional. Pelajar juga akan mengkaji tentang fungsi yang
meliputi kefungsian dari segi pendidikan,/pengajaran/didaktik dan juga dari segi
kepuasan estetik.
Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pelajar menerokai dua cabang
kesusasteraan Melayu tradisional iaitu prosa tradisional dan puisi
tradisional. Prosa tradisional dipecahkan kepada naratif dan bukan naratif.
Naratif pula dipecahkan lagi kepada naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan
terdiri daripada metos, legenda dan cerita rakyat. Manakala naratif tulisan terdiri
daripada Sastera sejarah, Sastera hikayat, Sastera panji dan Sastera
kepahlawanan/epik. Prosa tradisional bukan naratif pula terdiri daripada Sastera
undang-undang, Sastera agama Sastera kitab, Sastera ketatanegaraan. Puisi
Tradisional juga boleh dipecahkan kepada puisi yang berbentuk naratif dan bukan
naratif. Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif ialah syair, manakala
yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang Dikir/Zikir, Ruba’I,
Nazam, Masnawi, Ghazal, Barzanji, Qit’ah, Seloka, Teromba, Talibun, Peribahasa
berangkap dan Mantera.

Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap, tokoh dan


persoalan dan latar masyarakat.

Dalam penelitian terhadap tahap, pelajar akan didedahkan dengan kemunculan


dan perkembangan sastera lisan (tumpuan kepada cerita rakyat, mitos, dan
legenda) dan sastera tulisan secara khusus (sukatan pelajaran kesusasteraan
Melayu, MPM 2004 m.s. 3) dengan menggunakan pendekatan dari segi zaman iaitu
zaman pra-Islam dan zaman Islam.

Kajian terhadap tokoh dibuat dengan memberi penekanan kepada latar,


sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh sastera Melayu tradisional seperti Tun
Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, Nuruddin al-Raniri. Sheikh Daud
al-Fatani, Raja Ali Haji, Syed Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin
Muhammad Zain al-Fatani.

Manakala persoalan dan latar masyarakat pula adalah kajian ke atas gambaran
kepercayaan dan cara hidup dalam karya. Aspek-aspek yang dikaji dalam bahagian
ini ialah Keagungan raja dan Negara, Kepahlawanan, Kesetiaan rakyat, Panduan
untuk raja, pembesar, dan rakyat, Keagamaan dan kepercayaan, Pendidikan/moral
dan Gambaran masyarakat.

Karya Agung dan Prosa Melayu Tradisional membawa kepada kajian terhadap


pengenalan umum definisi, fungsi, ciri/sifat sastera, dan kedudukan. Di samping
itu kajian juga melibatkan penghayatan intrinsik dan ekstrinsik sesuatu karya yang
dikaji.

Akhir sekali kajian KM1 peringkat STPM melibatkan aspek Puisi Melayu Tradisional.
Kajian melibatkan pengenalan secara umum tentang definisi, fungsi, cirri/sifat
sastera dan kedudukan. Kajian juga menelusuri aspek penghayatan intrinsik dan
ekstrinsik.

TEKS KAJIAN

1. SULALATUS SALATIN
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu yang digunapakai pada peringkat STPM adalah
hasil usaha A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh DBP. Pelajar dapat membeli
buku ini dengan harga yang lebih murah kerana pihak DBP ada mengeluarkan edisi
khas untuk pelajar dengan harga RM 11.00. Di bawah ini adalah kulit muka
hadapan Sulalatus Salatin seperti yang diterbitkan oleh DBP.
Pelajar jangan terkeliru dengan teks Sejarah Melayu versi lain yang tidak ada kena
mengena dengan sukatan pelajaran KM1. Antara teks Sejarah Melayu yang tidak
berkaitan dengan sukatan pelajaran KM 1 ialah:
Contoh dua buah buku Sejarah Melayu yang
tidak berkaitan dengan sukatan pelajaran KM 1 STPM.

2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL


Diselenggarakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan diterbitkan oleh DBP.

3. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL


Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922 STPM menyatakan “Tidak ada teks
kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan
Moden serta Kritikan Sastera. Calon hendaklah merujuk kepada buku-buku yang
dinyatakan dalam Senarai Rujukan (sekadar cadangan) mengikut kehendak sukatan
pelajaran bagi bahagian ini.”

Senarai Rujukan

Berikut adalah buku-buku yang boleh digunakan sebagai rujukan untuk bahagian
ini:

Pengenalan Kesusasteraan dan Kritikan Sastera:


Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain, Suhaimi Hj Muhammad
(penyelenggara), 1988.
Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ali Ahmad, 1997. Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hashim Awang, 1988. Kritikan Kesusasteraan - Teori Dan Penulisan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
_________, Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman (penyelenggara),
1985.Mendekati Kesusasteraan
Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Noriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan Amalan. Petaling
Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional:

Ismail Mat (penyunting), ] 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: Universiti


Kebangsaan Malaysia.
Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu Tradisional.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad A. Bakar (penyelenggara), 1991. Ulama Terengganu Suatu Sorotan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Shah Alam:
Malindo Printers Sdn Bhd.

Dicatat oleh Ilham Rasa di 09:41

Realiti boleh didefinasikan secara longgar sebagai sesuatu yang benar

dan bukan khayalan atau rekaan. Dalam bidang penulisan sastera, aliran

yang mengemukakan gambaran masyarakat berdasar kejadian yang


sebenar dikenali sebagai realisme.

   Aliran realisme ini telah mula tumbuh dalam abad 19 di Eropah

sebagai suatu penolakan terhadap aliran romantisme yang berlalu berisi

angan-angan kosong dan perasaan cinta-kasih yang berlebih-lebihan.

   Dalam kesusasteraan Melayu, konsep realisme mula bertapak dalam

tahun 50-an dengan diasaskan oleh ASAS '50 (Angkatan Sasterawan

'50). Sasterawan-sasterawan ASAS '50 'terpaksa' memilih aliran

realisme ketika itu untuk melaksanakan cita-cita mereka memperjuangkan

keadilah, kemakmuran dan kemajuan masyarakatnya yang dalam belenggu

penjajahan itu.
   Menurut konsep realisme ASAS '50, karya sastera harus mendorong

masyarakat/pembaca ke arah mengubah dan memperbaiki nasib manusia.

Kerana itulah mereka melaungkan slogan 'Seni Untuk Masyarakat'.

   Sehingga ke hari ini, realisme telah menjadi begitu ampuh dalam

penulisan sastera Melayu sehingga seolah-olah itulah satu-satunya aliran

sastera yang dikenali oleh sasterawan-sasterawan kita.

   

   Bahkan penulis-penulis baru/muda kita yang baru terjun ke dalam

bidang sastera juga seolah-olah terperangkap dalam 'round-about' ini,

tanpa arah dan tujuan nan pasti. Kalau ini berterusan sudah barang tentu

mengongkong dayacipta dan imaginasi sasterawan Melayu kita dalam suatu

'viscious circle'.

   Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa aliran realisme telah

berjaya membawa pemodenan ke dalam kesusasteraan Melayu serta

melepaskannya daripada belenggu aliran romantisme. Tetapi sejauh

manakah aliran realisme ini masih relevan dengan tuntutan masa kini?

   Aliran dalam sastera boleh diibaratkan sebagai teknologi penulisan.

Dengan perubahan masa, nilai-nilai dan tuntutan, teknologi penulisan juga

perlu mengalami perubahan. Sesuatu aliran sastera yang dianggap unggul

pada sesuatu masa tidak semestinya terus unggul dan sesuai pada masa

lain pula.

   Penekanan yang terlalu lebih kepada aspek realiti dewasa ini telah
menjadikan karya-karya beraliran realisme kontemporari menjadi kaku,

lemah dan hambar. Ini disebabkan oleh kecenderungan ke arah sesuatu

yang disebut sebagai 'stereotyped writing on assigned topic' ditambah

pula dengan 'creation after set models' (meminjam istilah yang

dikemukakan oleh sasterawan dari negara China, Liu Zaifu).

   Suatu hakikat yang perlu dijelaskan, sasterawan sebagai manusia tidak

terkecuali daripada menghadapi persoalan realiti. Realiti adalah

sebahagian daripada hakikat kehidupan.Tetapi kalau kita menganggap

sastera itu sebagai salah satu cabang kesenian, ia haruslah juga

mendukung nilai seni.

   Nilai-nilai didaktik dan realiti haruslah berdiri di bawah nilai-nilai seni

itu dan tercetus secara spontan dan bukan dipaksa-paksa. Jika tidak

manakah letaknya kejujuran dalam bersastera kalau karya sastera itu

berdiri bawah 'telunjuk' propaganda.

   Sebagai sasterawan, sekaligus seniman, apakah cukup hanya dengan

bahan-bahan realiti semata untuk dipersembahkan dalam kerja-kerja

seninya. Apakah dengan persembahan-persembahan yang berdasarkan

realiti tanpa nilai-nilai yang mencakup intelektualisme, kerohanian dan

kreativiti, dapat mendewasakan pemikiran masyarakat/pembaca?

   Apakah cukup memadai menggambarkan tuntutan realiti sosial dalam

pengertian yang kecil dan sempit, melalui pencernaan yang 'simple' dan

tidak 'ingenious'?
   Dalam konteks ini, di manakah hubungannya dengan laungan

'mendorong masyarakat/pembaca ke arah mengubah dan memperbaiki

nasib manusia', sekiranya karya-karya sastera itu sendiri tidak begitu

kuat dan 'berkesan' dalam melahirkan suatu 'stimulus' yang sewajarnya

dalam jiwa masyarakat/pembaca?

   Unsur-unsur mengajar, mengajak (secara paksa-paksaan) dan

mengarah (secara laung-laungan) dalam karya-karya yang beraliran

realisme sudah tidak ada tempat lagi dalam sastera moden.

   Kaedah begini sudah tidak meyakinkan lagi kepada

masyarakat/pembaca moden yang tertentunya lebih tinggi daya

intuisinya. Aliran realisme yang begitu berjaya mendekati

masyarakat/pembaca di masa-masa yang lalu telah tiba kini diberi

penilaian semula.

   Masyarakat/pembaca moden tentunya tidak gemar dikhutbah-

khutbahkan melalui karya sastera yang bersifat didaktik itu. Mereka

lebih senang 'dijemput' berfikir, berkreatif, merasa dan merumus sendiri

sesuatu permasalahan yang dihidangkan dalam sesebuah karya sastera

yang lebih 'sophistikated' alirannya seperti surealisme, futurisme,

simbolisme atau bahkan absurdisme misalnya.

   Apapun tanggapan anda, sasterawan kita tidak boleh berpuas hati

dengan cuma berpegang kepada aliran realisme sahaja. Kita perlu


mengkaji dan meneroka aliran dan bentuk-bentuk lain dalam proses

meningkatkan taraf kesusasteraan Melayu di samping memenuhi tuntutan

sosial - mendewasakan pemikiran masyarakat/pembaca.

   Karya-karya sasterawan Barat yang cenderung kepada aliran yang

bukan-realisme, seperti yang pernah dihasilkan oleh Jean Paul Sartre,

Albert Camus, Samuel Beckett dan Lobert Lowell misalannya, perlu diberi

semacam pendekatan dan bukanlah penolakan secara 'total'.

   Bukan disarankan agar sasterawan kita harus meniru kerja-kerja seni

mereka yang disebut ini, tetapi bukan juga suatu kesalahan mempelajari

daripada orang lain untuk penyesuaian atau sebagai pengasasan dalam

mewujudkan identiti sendiri.

   Seperkara lagi, saya juga tidak sekali-kali menyarankan agar

sasterawan kita membuang terus nilai-nilai yang telah sedia ada atau

berhenti terus daripada menulis tentang hal realiti. Tetapi, aspek

kesenian atau estetika dalam penulisan sastera perlu diberi perhatian

yang sama berat dengan aspek 'tanggungjawab terhadap masyarakat'

(social responsibility).

   Kedua-dua aspek ini perlu berseimbangan dalam suatu 'equilibrium'

yang unik. Inilah realiti sastera yang perlu dimengertikan. Tugas ini

bukanlah semudah seperti menyebut atau menyarankan. Kita akan

berhadapan dengan dua soalan yang utama - Apakah corak dan aliran

sastera yang perlu kita wujudkan? Bagaimanakah mengimbangi aspek


kesenian (estetika) dan aspek tuntutan sosial (social responsibility) dalam

bentuk atau aliran yang telah kita pilih itu?

   Apabila hakikat ini telah kita mengertikan, barulah kita sedari betapa

payahnya tugas sasterawan sebagai ahli seni dan ahli sosial. Kita juga

tidak akan semudah-mudahnya melemparkan sangkaan buruk kepada

penulis-penulis baru/muda yang cuba menyimpang daripada aliran

realisme.

   Sesungguhnya usaha-usaha mereka ini tidak wajar dianggap tidak

memberi manfaat dan tidak bertanggungjawab terhadap

masyarakat/pembaca, semata-mata kerana nilai dan bentuk realisme

telah lama dan kuat menapak dalam tradisi penulisan sastera Melayu.

Siapakah sasterwan, baik veteran mahupun yang baru/muda, yang tidak

tahu tanggungjawab atau sengaja ingin menodai kesusasteraan

bangsanya?    

   Walau bagaimana sukar, asing dan anehnya sesuatu karya yang bukan-

realisme, karya itu tetap lahir daripada lingkungan masyarakat dan untuk

masyarakatlah jua ditujukan. Fikirlah sejenak dengan lebih mendalam.

   Soalnya, kalau benar kita menganggap bahawa para sasterawan dan

seniman itu adalah peneroka dan pembentuk tamadun masyarakatnya,

kita haruslah menanam kepercayaan dan penggalakan yang sewajarnya

kepada mereka dalam melaksanakan kerja-kerja seninya.


   Bagi sasterawan pula, mereka perlu lebih menginsafi akan tugas dan

tanggungjawab mereka sebagai ahli sosial dan ahli seni. Mereka haruslah

dapat mengungkap makna di sebalik gambaran realiti dan bukan sekadar

merakam terus permasalahan realiti. Penglibatan diri dengan

permasalahan sosial, nasional dan introspektif diri adalah amat penting

dalam penciptaan karya-karya yang bermutu tinggi. 

   Adalah diharapkan dengan sikap dan pendekatan yang lebih dewasa

serta pragmatik ini akan dapat meningkatkan lagi taraf kesusasteraan

Melayu (khususnya di Singapura) di mata dunia.

   Kita sentiasa menanti karya-karya sastera hasil sasterawan Singapura

yang lebih daripada karya-karya realisme, seperti yang pernah sesekali

dikemukakan oleh Sapiee Ahmad Razaly dan Nor Azuan (dalam karya

puisi), Nadiputra dan Lut Ali (dalam manuskrip drama-teater) dan Jamal

Ismail (dalam cerpen dan novelnya).

   Karya-karya seperti cerpen 'Di Sebalik Fatamorgana' - Jamal Ismail,

novel 'Songsang' - Jamal Ismail dan skrip drama 'Terlalu Ramai Orang

Di Sini' - Sapiee Ahmad Razaly, bolehlah dijadikan sebagai model ke

arah penciptaan karya-karya yang beraliran bukan-realisme.

(b) Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik


dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks
sastera sekolah menengah.
Ramai dalam kalangan pelajar dan peminat sastera yang keliru dengan
makna teori sastera dan teori kritikan sastera. Secara mudah teori sastera
dapat difahami sebagai gagasan idea tentang sesuatu fenomena
kesusasteraan. Teori kritikan sastera pula bermaknsud teori sastera yang
digunakan dalam amalan kritikan.
Terdapat teori sastera yang tidak digunakan dalam kritikan. Teori sastera ini
wujud seadanya sebagai landasan ataua gagasan untuk memahami fenomena
kesusasteraan. Contohnya teori Peniruan Plato atau apa juga teori sastera
yang tidak digunakan atau tidak pernah digunakan dalam kritikan sastera.
Teori sastera ini kekal dengan sifat teorinya dan tidak dapat digunakan atau
tidak digunakan dalam amalan kritikan untuk mengesahkannya.
Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan dinamakan sedbagai
teori kritikan sastera, kerana teori ini bukan sahaja menerangkan prinsip-
prinsipnya tentang sesuatu fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan
atau diaplikasikan dalam kerja mengkritik teks. Kebanyakan teori sastera
adalah juga teori kritikan, kerana kebanyakan teori sastera memang
digunakan dalam amalan kritikan.
DALAM artikel yang berjudul "Menelusuri Jagat Kritikan Sastera Melayu: Bahagian
Pertama" (Dewan Sastera, Ogos 1998: 87-89) telah disenaraikan lapan fungsi kritikan
sastera.  Kesemua fungsi itu, sesungguhnya ada kaitannya dengan proses penciptaan
sesebuah karya sastera dan apresiasi atau penghayatan terhadap karya sastera itu sendiri.
 Apabila menyebut tentang proses berkarya bermakna kita merujuk kepada insan atau
individu yang menghasilkan karya sastera dalam apa genre pun, yang dikenali sebagai
pengarang atau penyair atau dramatis.  Insan pengarang itu menghasilkan karya sastera
dengan motif tertentu, umpamanya untuk menghantar mesej atau kritikannya terhadap
masyarakat dengan memanipulasikan bahasa secara kreatif, tentunya dengan ketrampilan
yang menyerlahkan jatidirinya dan membina komposisi ceritanya, dengan teknik
penceritaan yang dikuasainya atau disenanginya.
 Sementara penghayatan karya pula, cenderung merujuk kepada khalayak pembaca yang
membaca dan menikmati sesebuah cipta sastera.  Apakala berhadapan dengan karya
sastera yang multi-genre, yang ditulis oleh pelbagai pengarang, tentu sahaja pembaca
akan berhadapan dengan multi-masalah kerana wujudnya perbezaan atau jurang dalam
kehidupan dari berbagai-bagai aspek seperti usia, pengalaman, pendidikan, kecerdasan,
latar tempat dan seumpamanya.  Perbezaan atau jurang ini menyebabkan wujudnya kesan
positif-negatif, menimbulkan sikap menolak-menerima sesuatu karya dengan amat
mudah, tanpa sebarang hujah yang  rasional dan jelas dikuasai oleh emosi.
 Atau, mungkin pembaca itu dapat atau berupaya mengemukakan sikapnya terhadap
karya yang dibaca dengan memberikan petikan contoh. Akan tetapi itu bukanlah kaedah
yang jitu dan tepat untuk menyatakan mengapa seseorang pembaca itu pro dan kon;
menerima atau menolak sesuatu karya. Ia seharusnya lebih daripada itu.  Bukan itu cuma,
sebenarnya.  Pada tahap inilah perlunya kehadiran pengkritik sebagai penghubung antara
teks atau karya pada suatu pihak; dan pembaca pada suatu pihak yang lain.
 Sebagai pengkritik, seseorang itu mempunyai tanggungjawab yang besar, berat dan
ditangannya terletak status karya sastera itu, terutama tentang buruk baik atau bermutu
tidaknya karya itu.  Menurut Andre Hardjana, (1981: 25) pengkritik harus memiliki sikap
terbuka dan tepu kewajaran; harus berupaya secara rasional memberikan akibat-akibat
yang dialami sesudah menghayati karya sastera itu. Justeru, dia perlu berfikir secara
kritis, merenung dengan tajam, menimbang dengan adil dan bijaksana terhadap karya dan
terhadap diri peribadinya juga.  Dengan cara itu, barulah dia benar-benar telah
menghayati dan memahami karya sastera secara adil, saksama dan matang.
 Dari huraian ini, dapat ditelusuri tugas setiap individu pengarang, pembaca dan
pengkritik.   Bagaimanapun, tugas pengkritik yang paling afdal ialah mentafsir, menilai
di samping membaca karya secara kritis.  Jadi, pengkritik harus mempunyai persiapan
diri yang relatif banyak dan besar saiznya berbanding pembaca biasa.
 Dibandingkan dengan pengarang pula, maka pengkritik sewajarnya mengetahui
berbagai-bagai teknik penulisan yang berhubungan dengan aspek-aspek penciptaan, di
samping memahami konsep, definisi, dan aliran dalam jagat kesusasteraan itu sendiri. 
Lebih daripada itu, pengkritik seharusnya tidak menafikan hubungan pengarang dengan
karyanya dan wajar mengetahui proses penciptaan itu terlaksana.
 Segalanya ini merupakan wahana yang amat berguna bagi pengkritik itu memahami
segala sesuatu yang berkaitan dengan karya.  Dengan kata-kata lain, pengkritik
seharusnya tekun, serius dan komited dengan lapangannya.  Jadi, membaca haruslah
menjadi kewajipan baginya, terutama yang berkaitan dengan teori sastera, teori praktis
dan teori teknikal tentang penulisan.
 Hal ini ditekankan bagi memungkinkan lahirnya pengkritik yang adil, saksama dan
dihormati.  Sekaligus cuba menghindarkan dirinya daripada dipengaruhi emosi, tidak
subjektif, prejudis, dan berprasangka.  Apatah lagi, sekarang ini banyak transformasi
yang terlaksana dalam jagat kesusasteraan bangsa kita.  Umpamanya, dengan pengarang-
pengarangnya yang semakin terdidik, banyak kemajuan yang berlaku dalam bidang
politik, ekonomi, multimedia dan teknologi; di samping bentuk dan aliran karya, yang
konvensional dan baru -- eksperimental sifatnya.  Kesemuanya menuntut ketajaman mata
fikir pengkritik, kepekaan dan kesaksamaan juga.
 Berikut ini dibincangkan tentang fungsi kritikan sastera itu.
 Pertama dan utama kritikan sastera ialah menentukan teks sastera yang baik bermutu
dengan teks sastera yang tidak baik dan tidak bermutu.  Untuk berlaku adil, saksama
terhadap karya dan pengarangnya, pengkritik harus bersikap kritis bagi membuktikan dia
telah membaca teks sastera itu berulang kali, memahami makna tersirat dan tersurat yang
terkandung dalam teks dan berupaya menikmatinya.
 Justeru itu, pengkritik harus berupaya memberikan hujah-hujahnya dengan contoh-
contoh konkrit bagi membuktikan sesebuah teks karya sastera berjaya mencapai mutu
tinggi dari multi aspek atau unsur atau aliran. Sekiranya keterbalikan yang berlaku, maka
wajar pula ditunjukkan kelemahan, kekurangan, kerendahan pencapaian mutu seninya
lalu dikelompokkan sebagai karya sastera yang gagal.
 Pada tahap inilah pengkritik itu dituntut kepakaran dan ketrampilan serta melaksanakan
penghayatan, memahami, menilai dan akhirnya menentukan baik buruk atau bermutu
tidaknya sesebuah hasil karya itu.  Di sinilah relevannya hujah Andre.  Hadrjana (1981:
24) menegaskan betapa kritikan sastera itu berfungsi memelihara dan menyelamatkan
pengalaman manusiawi serta menjalinkan menjadi hubungan suatu proses perkembangan
susunan atau struktur yang signifikan.
 Kedua, kritikan sastera sesungguhnya menghulur bantuan besar dan menyediakan
prasarana atau jambatan kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan
tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas.  Dalam berkarya, lazimnya
pengarang mempunyai motif tertentu mengapa sesebuah karya itu diciptanya.  Tidak
mustahil ada sesuatu yang ingin dihantarnya atau dikritik atau dikongsi bersama.
 Semasa perlaksanaan menghantar itu, mungkin pengarang memiliki kaedahnya yang
tersendiri atau jati dirinya.  Di sinilah pengarang akan memilih diksi yang tertentu,
simbol tertentu yang harus diasosiasikan atau ditafsirkan sesuai dengan isu yang
ditampilkan dalam karya.  Terkadang-kadang, atas sebab-sebab tertentu, pengarang
mengjungkirbalikkan sesuatu isu bagi melontarkan kritikannya. Malah, tidak mustahil
pula pengarang menghasilkan karya dalam bentuk satira, dan parodi bagi mencapai
sesuatu matlamat.
 Pengkritik yang sensitif dan tajam mata fikirnya tentu sahaja berupaya menyuluh atau
memberi sinar kepada karya-karya yang sedemikian untuk memungkinkan pembacanya
masuk menikmati atau melihat sesuatu, yang kelihatan kelam suram.  Pengkritik juga
sewajarnya membantu pembaca menghuraikan segala makna atau citra yang tersembunyi
dalam simbol-simbol dan mengasosiasikan kemungkinan-kemungkinan antara teks dan
konteks.
 Keupayaan dan kekritisan pengkritik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya
ini, bermakna dia telah memberikan sumbangan dan mengembangkan pengetahuan baru
kepada khalayak pembacanya.  Maka secara tidak langsung dia telah melakukan fungsi
yang ketiga.
 Keempat, tulisan-tulisan kritikan sastera bukan sahaja berfungsi kepada pengarang dan
pembaca seperti yang dibicarakan di atas, malah; ikut berfungsi kepada individu
pengkritik.  Kritikan sastera sedemikian, titik tolak atau premisnya terlaksana apabila
seseorang pengkritik mengkritik sesebuah karya, kemudiannya; tampil seorang pengkritik
lain membalas atau menilai kritikan yang pernah dilaksanakannya.  Dari hasil tulisan itu
maka wujudlah istilah kritikan atas kritikan.  Ini dilakukan bagi mencari dan menemukan
sesuatu yang lebih adil dan saksama, diharapkan tidak mencetuskan prasangka, berfungsi
memperbaiki salah faham dan menyelesaikan masalah dengan lebih bijaksana serta
meyakinkan.
 Mengapakah isu kritikan atas kritikan ini timbul?  Kita seharusnya melihat dari jurus
positif demi kebaikan dan kehidupan kesusasteraan itu sendiri. Wujud dua faktor utama
maka terjadinya kritikan sedemikian.  Pertama, dapat ditelusuri pada diri peribadi
pengkritik itu sendiri, dan ini bermakna pengkritik itu melakukan kesilapan,
ketidakupayaan memahami atau menguasai teori dan atau gagal mentafsiri karya itu
dengan wajar dan saksama.  Kedua, pengarang beranggapan pengkritik tidak berlaku adil
atau gagal menghayati muatan tersirat dalam karya lalu menghuraikan hujah-hujahnya. 
Dari aspek ini, pengkritik yang bersikap terbuka, tidak egoistik akan memperoleh sesuatu
yang baik dan ini pasti sahaja merupakan aset yang amat berharga dalam kehidupan
kritikan praktikal yang membantu pengarang dan pengkritik juga.,
 Kelima, kritikan sastera merupakan suatu aktiviti yang mendorong ke arah terbinanya
teori kritikan dan teori sastera baru.  Dalam kelangsungan hayat kesusasteraan, teori
sastera dan teori kritikan itu amat penting dimiliki atau wujud dalam sesuatu tamaddun
bangsa.  Apatah lagi mengingatkan bangsa kita mempunyai nilai-nilai yang tersendiri
sesuai dengan budaya setempat dan saling bertentangan pula dengan norma-norma atau
nilai kehidupan Barat, termasuk kepercayaan beragama.
 Dari perbincangan tentang pengkritik dan fungsi kritikan ini, dapat dirumuskan dua
landasan yang penting yang berhubungan dengan jagat kritikan sastera.  Pertama, kritikan
sastera yang baik, bertanggungjawab, adil saksama dan dilaksanakan tanpa sebarang
prejudis dan rasional, ternyata banyak membantu pengarang dalam proses penciptaan
pada masa hadapan.  Pengarang bukan sahaja mengetahui kelemahan dan kekuatannya
dalam berkarya, malah membantu mengkaji semula kerelevanan karyanya dalam usaha
memakmur dan membahagiakan minat atau citarasa pembacanya.
 Kedua, kritikan sastera yang baik dan bermutu sewajarnya membantu memberikan sinar
kefahaman, kenikmatan kepada pembacanya.  Pembaca harus memperoleh sesuatu yang
bermanfaat hasil daripada pembacaannya.  Justeru itu, kritikan sastera wajar dan
berupaya mendekatkan pembaca kepada karya, menimbulkan rasa hormat dan sanjungan
terhadap teks dan sekaligus idea bernas daripada pengarangnya.  Hanya dengan cara ini,
akan mengangkat atau meletakkan insan ke suatu tahap yang dihormati.
http://members.tripod.com/~nita_73/fungsi_kritikan_sastera.html

4. Kritikan Pendekatan
PENDEKATAN bermakna suatu proses atau cara mendekati sesuatu.  Ia merupakan
usaha yang dirangka dalam aktiviti pengkajian ataupun kaedah untuk mencapai
pengertian tentang masalah penelitian.  Dalam bidang kritikan kesusasteraan,
pertimbangan dan penilaian yang dilaksanakan pengkritik lazimnya menggunakan
sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu.  Landas atau dasar tinjauan itu
mungkin merupakan ilmu atau teori tertentu pula.

 Terdapat pelbagai pendekatan kritikan kesusasteraan yang berkembang di tanah air


kita.  Antara pendekatan itu adalah:

* Pendekatan intrinsik yang merupakan pendekatan terhadap karya sastera


dengan menerapkan teori dan kaedah sastera yang penelitiannya berpremiskan
karya sastera itu sendiri, terutamanya menelusuri unsur-unsur dalaman yang
membina karya itu seperti plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan,
dan gaya bahasa.

* Pendekatan ekstrinsik, iaitu pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan ilmu


bantu bukan sastera seperti sejarah, agama, psikologi, politik, dan sosiologi.

Pendekatan intrinsik dan ekstrinsik ini sering dikaitkan dengan pendekatan struktur atau
pendekatan formalistik yang menilai aspek formal yang terungkap dalam sesebuah teks
karya, termasuklah aspek tema.  Pendekatan ini membicarakan bentuk dan isu secara
dominan.  Oleh itu, ia sering membincangkan bagaimana muatan cerita atau isi dihantar
dalam satu bentuk yang indah (berestetika) dan berkesan.

* Pendekatan moral, yang merupakan penelitian terhadap nilai-nilai moral dan agama. 
Justeru itu, kajian ini terfokus kepada perilaku watak yang ditampilkan pengarang.

* Pendekatan psikologi yang dikenali juga sebagai pendekatan kemanusiaan. 


Pendekatan psikologi memperkatakan empat aspek yang saling berkaitan dan
melibatkan pengarang, watak dan pengguna (pembaca).
Empat aspek yang difokuskan dalam pendekatan psikologi ialah:
i. Pengalaman kehidupan peribadi pengarang dan gejolak jiwa yang ada perkaitan
dengan sejarah hayat pengarang.
ii. Proses penulisan teks karya itu yang melalui pelbagai proses, bermula daripada
mencari idea atau persediaan, pengeraman; iluminasi dan verifikasi.  Proses
penciptaan itu, tidak sahaja berkaitan dengan proses dalaman malah proses luaran. 
Justeru, tentulah banyak konflik, tekanan, hambatan dan fenomena yang timbul dalam
proses penulisan itu.
iii. Perilaku zahir batin watak dalam karya.  Bermakna kritikan psikologi akan menelusuri
perwatakan protagonis dan antagonis dalam menghadapi pelbagai persoalan, konflik,
dan cabaran serta bagaimana mereka memantaunya.
iv. Impak karya sastera itu terhadap pembaca.  Ia tentu sahaja diasosiasikan dengan
emosi atau psikologi dan rasional hasil daripada tanggapan serta pengalaman
pengguna.

*Pendekatan sosiologi yang cenderung memberi tumpuan perbincangan kepada tiga


jurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat di
persekitaran hidup pengarang.
* Pendekatan arkitaip ataupun tipa induk.  Memanfaatkan pendekatan ini bermakna
pengkritik membincangkan kepercayaan atau pegangan hidup umum sesebuah
masyarakat atau etnik.  Ia bagaikan suatu liet motif yang sering dikaitkan dengan adat
istiadat, kepercayaan, mitos yang berulang-ulang yang terdapat dalam teks sastera.

Wujudnya pelbagai pendekatan ini memungkinkan teks sastera dalam apa-apa genre
sekali pun dikaji daripada beberapa aspek dengan lebih bervariasi, lebih wajar dan
memudahkan difahami pengguna.  Untuk memungkinkan pemahaman yang lebih
berkesan, disarankan pembaca meneliti tulisan kritikan pelbagai pendekatan ini dengan
membaca buku Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982) selenggaraan
Hamzah Hamdani.  Sementara itu, bagi memperdalamkan pemahaman secara praktis,
maka senarai bibliografi dalam siri artikel ini amat membantu.

5. Kritikan Penganalisisan
Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang
sebenarnya, termasuklah menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian.  Dalam
konteks ini, apabila seseorang pengkaji atau pengkritik melakukan penelitian terhadap
sesuatu genre sastera, maka bererti peneliti itu sedang melaksanakan kerja
penghuraian atau penganalisisan.
 Ketika menganalisis pengkritik melihat sesuatu aspek secara rinci dan atau mendalam
tentang bahasa figuratif, permulaan dan pengakhiran sesebuah cereka, motif, citra,
watak, pemikiran, perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang
menyerlah dalam karya sastera.
 Pendekatan ini juga boleh dilaksanakan dengan melihat teknik penulisan sesebuah
teks daripada genre tertentu ataupun meninjau kepengarangan seseorang pengarang
mapan/generasi baru dan meneliti kecenderungan karya konvensional serta karya
eksperimental.  Kerja penganalisisan itu memanfaatkan pendekatan ilmiah dengan
menggunakan ilmu atau teori tertentu bagi mencapai matlamat analisis itu.
Kritikan penganalisisan menuntut pengkritik menguasai bidangnya, menguasai teori
yang ingin diaplikasikan, dan memiliki ilmu bantu yang relevan mantap agar analisis
yang dilakukannya benar-benar menepati dan mencapai matlamat atau konsep
pendekatan yang dipilih.

6. Kritikan Penilaian
Penilaian bermakna melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera
yang menyangkut tentang mutu.  Antara tugas penting yang harus dilaksanakan
pengkritik yang menerapkan kritikan penilaian adalah menentukan sesuatu teks karya
sastera itu bermutu atau tidak, mempunyai kekuatan atau keistimewaan atau
sebaliknya. Pengkritik harus bijaksana, adil dan saksama serta memberikan hujah yang
relevan dan konkrit sebelum memberikan justifikasinya.  Justeru itu, pengkritik dituntut
mengetahui dan memahami banyak aspek tentang pengarang yang menghasilkan
karya, subjek yang dibincangkan, persekitaran, ras dan waktu yang dipaparkan.
 Pengkritik tidak boleh bersikap bias, emosional dan memihak.   Sebaik-baiknya, apatah
lagi bagi membuktikan kewibawaannya, pengkritik harus jujur dengan menunjukkan
kekuatan karya @ pengarang dan sekiranya ada kekurangan, maka wajarlah
dikemukakan saranan.
 Di tanah air kita, beberapa orang pengkritik yang melaksanakan tugasnya dengan baik
dan penuh hemah ialah Mohd. Yusof Hassan, Yahaya Ismail, Hashim Awang, Ramli
Isin, dan Shahnon Ahmad.  Sementara Mana Sikana, Kassim Ahmad, Mohd. Affandi
Hassan agak lantang, berani akan tetapi tetap berada rel ilmu yang diyakini.

Sinopsis ( kasut kelopak jantung)

Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam itu. Hadiah
seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. Hadiah itu telah membuatkan Cikgu
Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga
dekad yang lalu. Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanyakan
Ahmad, mantan muridnya sama ada beliau sudah membeli kasut atau belum. Pertanyaan yang
sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut.
Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan kepada Cikgu Harun.
Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang
diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian lengkap seperti
murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng
sekolah hampir seminggu lamanya.

Cikgu Harun terpaksa ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang ke
sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun dan masih memakai kasut
kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun. Kepatuhan muridnya ini dan
ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat
menahan kesedihannya. Lantas, beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan
kasut untuk Ahmad. Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan
Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap
tahun sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan
berjenama. Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah
berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Peristiwa
memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan Ahmad betapa pentingnya kasut kepada
manusia.
TEMA
Penghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu
miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

PERSOALAN
1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-
tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa
pakaian sukan.
2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya
sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.
3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa
Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.
4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.
Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak
mengalami kecederaan kaki.
5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.
Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal
daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.

WATAK DAN PERWATAKAN


CIKGU HARUN
Cikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan
pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan
sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas
dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya
sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.
AHMAD
Ahmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman.
Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli
kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah
sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya
memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah
tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar
kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun
sepasang kasut pada Hari Guru.

IBU AHMAD
Ibu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad
di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat
menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu
Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu,
Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di
samping membeli kasut sekolah.

PLOT
PERMULAAN
1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos.
2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan
hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

PERKEMBANGAN
1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima
bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.
2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan
tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.
3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak
jantung pisang.
4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid
yang mengetawakannya.

PERUMITAN
1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.
3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.
4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah
uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

PUNCAK
1. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut
sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.
2. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan
sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.
3. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.
PELERAIAN
1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.
2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.
3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas
sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya
menjawat jawatan tinggi.

TEKNIK PLOT
1. Dialog – pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.
Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

2. Monolog – watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.
Bukti: “Jauh juga rumah Ahmad,” bisik hati kecil Cikgu Harun.
3. Monolog dalaman – kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh
sesiapa.
Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu
murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru.
Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu
terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa
penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

4. Kejutan – peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.


Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut
melihat Ahmad masih memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang
didenda oleh Cikgu Harun.

5. Saspens – peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca


Bukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang.
Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa
berjalan tanpa kasut.
Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah
Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan
maklumat daripada murid-murid yang lain.

6. Pemerian – gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.


Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun
dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi
sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

7. Imbas kembali – teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.


Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau
mendenda anak muridnya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

LATAR TEMPAT
1. Rumah Cikgu Harun di bandar
Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

2. Kawasan pedalaman
Bukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun
yang lalu.

3. Bilik darjah
Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu
Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.
4. Padang sekolah
Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad.
Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung
pisang.
5. Rumah Ahmad
Bukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia
tidak hadir ke sekolah.

6. Kebun sayur
Bukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan
keluarga.

7. Pekan
Bukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang
uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.

LATAR MASA
1. Zaman moden
Bukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu,
Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

2. 30 tahun yang lalu


Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut
dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai
“kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia
terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

3. Tempoh seminggu
Bukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan
kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka


Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak
membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.


Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

6. 16 Mei
Bukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari
Guru.

7. Selepas sekolah tamat / tengah hari


Bukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat guru
Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang
lalu.
2. Masyarakat pelajar
Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman.
Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak
membawa pakaian sukan.
3. Masyarakat miskin
Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan.
Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

4. Masyarakat yang mengenang jasa guru


Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan
Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan
kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun
sudah berjaya dalam kehidupan.

5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan


Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah
pondok di hujung kampung.

GAYA BAHASA
1. Paradoks – gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.
Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.


Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.
Waktu rehat Ahmad tidak keluar.
Dia tidak bercakap banyak.
Dia telah pun menduga.

3. Simile – unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.


Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang
tenggoraknya.
-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.
-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.
-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.
-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.
-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.
-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam
yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya
yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

4. Peribahasa – ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarang


Buktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh
umur.

5. Personifikasi – penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.


Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.
6. Sinkof – penggunaan singkatan kata
Buktinya: tak, dah, nak, ni

7. Repitasi – pengulangan kata.


Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu
murid-murid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialog


Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.
NILAI MURNI DAN PENGAJARAN
1. Nilai murni à Menghormati orang yang lebih tua
Pengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman
daripada kita.
Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2. Nilai murni -Keinsafan


Pengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.
Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan
keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

3. Nilai muri -Keikhlasan


Pengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.
Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa
sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

4. Nilai muri -Ketabahan


Pengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.
Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan
untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Nilai muri -Kesabaran


Pengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.
Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa
kasut dan pakaian sukan.

6. Nilai muri -Kegigihan


Pengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.
Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya
menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

7. Nilai muri -Bertanggungjawab


Pengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.
Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak
muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.
8. Nilai muri -Kesungguhan
Pengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga
yang miskin.
Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam
sebuah syarikat kasut berjenama.

9. Nilai muri -Baik hati


Pengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya
mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.
Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.

(c) Persembahan pembentangan kertas kerja dalam bentuk ‘Power Point’ yang
meliputi keseluruhan kandungan utama kertas kerja.

[Jumlah: 30 markah]

You might also like