You are on page 1of 11

Kisah Nabi Ismail dan Pengajarannya (1)

Disusun oleh : Mohammad Naqib bin Hamdan

... ‫بسم اهلل الرمحـن الرحيم‬

‫ وعلى آله‬، ‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء والـمرسلني‬. ‫الـحمد هلل رب العالـمني‬
... ‫ أما بعد‬. ‫وصحبه أجـمعني‬
MUQADDIMAH
Kisah Nabi Ismail sering dikaitkan dengan bulan haji. Tetapi kita kurang membincangkan faedah-
faedah yang wujud di dalam kisah tersebut. Kisah sebagai daie, sepatutnya menjadikan para nabi
sebagai qudawah dalam berdakwah. Mari sama-sama kita bincangkan.

RINGKASAN CERITA
Nama penuh beliau adalah ; Ismail bin Ibrahim bin Tarikh bin Nahur bin Sarugh hinggalah sampai
kepada Nabi Nuh. Ibunya bernama Hajar. Hajar adalah isteri kedua Nabi Ibrahim selepas isteri pertama
beliau, Sarah menyuruhnya berkahwin lagi kerana Sarah tidak mampu mengandung (2).

Saidaina Ibrahim telah membawa Ismail dan Hajar ke Mekah. Pada waktu itu, Ismail masih
menyusu. Mereka berdua telah ditinggalkan di situ. Diriwayatkan di dalam Sohih Bukhari dialog antara
Saidina Ibrahim dan Hajar sebelum mereka ditinggalkan di lembah (Mekah) tersebut, dari Ibnu Abbas (3) :

Hajar bertanya kepada Ibrahim : Wahai Ibrahim, ke mana engkau ingin pergi dan biarkan kami
di lembah ini (Mekah), lembah yang tiada apa-apa malah tiada manusia?

Ibrahim pergi tanpa memalingkan muka kepada mereka.

Lalu Hajar berkata lagi : Adakah Allah swt yang menyuruh engkau (iaitu meninggalkan mereka
di Mekah) ?

Jawab Ibrahim : Ya.

Akhirnya, Hajar berserah : Kalau begitu, Dia tidak akan membiarkan kami.

**********

Selepas beberapa ketika, Ibrahim kembali ke Mekah. Ismail pada waktu itu sudah besar. Dia
telah menolong bapanya membina Ka’bah. Pada suatu hari, dia telah bermimpi menyembelih anaknya,
Ismail. Dia telah melakukan penyembelihan tersebut, tetapi Allah swt telah menggantikannya dengan
kibasy sebagai ganti.

ISMAIL DAN DOA AYAHNYA


Firman Allah swt, menceritakan doa Ibrahim supaya dikurniakan anak :

         

100. Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang saleh.

101. Maka kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak (4) yang amat sabar (5).

Ibrahim berdoa supaya dikurniakaan anak yang soleh bagi menyambung kerja-kerja dakwah
yang dilakukannya selepas Allah swt menyelamatkannya dari tipu daya orang-orang Babylon. Lalu Allah
swt memberikan khabar gembira dengan seorang anak, dan anak itu adalah Ismail. Dia adalah anak
pertama Ibrahim, dan abang kepada Ishak sebagaimana yang disepakati ulama’.

Ketika dia dilahirkan Ibrahim berumur 68 tahun, manakala umur Ibrahim ketika Ishak dilahirkan
adalah 99 tahun. Diantara sifat Ismail adalah halim iaitu berlapang dada dan amat sabar (6).

MIMPI IBRAHIM MENYEMBELIH ANAKNYA


Firman Allah swt :

               

102. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim
berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka
fikirkanlah apa pendapatmu!". . . (7)

Maksudnya, apabila Ismail telah menjangkau umur yang mana dia mampu untuk bekerja,
Ibrahim berkata kepada anaknya :

Wahai anakku, aku melihat di dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau. Lalu apakah
pendapat engkau?

Iaitu, adakah engkau mampu bersabar dalam melaksanakan suruhan ini, kerana mimpi para nabi
adalah wahyu dari Allah swt.

Terdapat riwayat yang mengatakan, bukan Ismail yang disembelih tetapi Ishak. Namun,
pendapat ini telah ditolak kerana berdasarkan ayat Al-Quran, ia secara jelas mengatakan bahawa yang
disembelih adalah Ismail (8). Manakala riwayat yang mengatakan, Ishak yang disembelih adalah cerita
Israiliyyat yang dibawa oleh Ahli Kitab. Maka, ada sesetengah para sahabat seperti Ka’ab telah
menukilkannya kerana terpengaruh dengannya (9).

JAWAPAN DARI ISMAIL


Jawab Ismail :

            

102. . . Dia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu
akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar" (10).

Allahu Akbar !!! Manakah yang lebih menakjubkan. Adakah si bapa, Ibrahim? Dia dibebankan
oleh Allah swt dengan satu suruhan yang tidak mampu dilakukan oleh sesiapapun kecuali Ibrahim. Dia
disuruh menyembelih anaknya, bahkan satu-satunya anak yang dia ada, yang dikurniakan pada waktu
umurnya yang telah lanjut.

Atau si anak, Ismail? Yang menjawab dengan penuh keyakinan : Wahai bapaku, buatlah apa
yang diperintahkan kepadamu.

Cuba perhatikan, dia masih mengaku Ibrahim sebagai anaknya walaupun bapanya ingin
menyembelihnya. Dia tidak meraung, menolaknya malah tidak mengajukan sebarang persoalan
mengenai suruhan yang bahaya ini. Bahkan dia telah memberi semangat dan perangsang kepada
bapanya supaya menyembelihnya sambil mengingatkan bahawa dia hanya menjalankan suruhan Allah.

Disebabkan ayahnya masih ragu-ragu dengan kesabarannya, dia telah menambah semangat
bapanya dengan kata-kata :

Insya Allah, kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.

Seolah-olah katanya : Laksanakanlah wahai ayahku suruhan Allah swt tersebut. Adapun aku,
semoga Allah swt menolong aku bersabar di atas segalanya.

Dia tidak menyandarkan kesabaran tersebut dengan dirinya, tetapi disandarkan kepada Allah
swt, supaya dia dapat menahan ujian yang berat ini.

BERMULANYA PENYEMBELIHAN
Selepas selesai diaolog antara si anak dan si bapa, yang memperlihatkan penyerahan mereka,
penyerahan yang mutlak semata-mata kerana Allah swt tuhan sekalian alam, Ibrahim tidak lagi melihat
anaknya. Ini kerana, dia hanya memikirkan tuhannya sahaja, yang telah menyuruhnya dengan perintah
tersebut. Buktinya, apabila dia melaksanakan suruhan tersebut. Dia melihat anaknya seperti kambing
yang ingin disembelih sebagai korban kepada Allah swt. Permulaan penyembelihan itu diceritakan di
dalam Al-Quran :
    

103. Tatkala keduanya Telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya),
(nyatalah kesabaran keduanya ) (11).

Kemudian dia membaringkan anaknya dan wajahnya dihadapkan ke tanah supaya dia dapat
menyembelih dari belakang. Ibrahim tidak melihat wajah anaknya ketika penyembelihan supaya lebih
mudah baginya (12). Berkata Qatadah (13) :

Dan Ibrahim menterbalikkan wajah anaknya dan memalingkannya ke Qiblat.

ISMAIL DIGANTI DENGAN KIBASY


Selepas Ibrahim membaringkan anaknya dan meletakkan pisau di lehernya, turunlah firman
Allah swt :

            

104. Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,

105. Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu (14) Sesungguhnya Demikianlah kami memberi
balasan kepada orang-orang yang berbuat baik (15).

Telah datang seruan dari tuhan sekalian alam : “Sesungguhnya engkau wahai Ibrahim, telah
membenarkan mimpi. Iaitu telah terlaksana suruhan dari mimpi tersebut dengan engkau membaring
anak engkau untuk disembelih, dan tekad engkau untuk menyembelihnya. Engkau telah
menyembelihnya, tetapi tiada apa yang terpotong. Jelaslah kepatuhanmu dan anakmu dalam
melaksanakan suruhan ini. Sempurnalah ketaatan kamu dan anakmu kepada Allah swt, maka engkau
tidak perlu meneruskan penyembelihan tersebut lagi”.

Firman Allah swt :

    

105. . .Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Iaitu ; beginilah Kami membalas kepada sesiapa yang mentaati Kami pada perkara yang sukar
dan berat, dan Kami jadikan untuk mereka kesenangan dan jalan keluar.

Firman Allah swt :


         

106. Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

107. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan (16) yang besar (17).

Iaitu ; sesungguhnya apa yang disuruh kepada Ibrahim adalah satu ujian yang jelas lagi nyata.
Iaitu ketika dia disuruh menyembelih anaknya, dia bersegera melakukannya kerana mentaati perintah-
Nya. Ia juga adalah ujian kepada anaknya Ismail, sama ada dia sabar atau tidak. Maka anak beranak
tersebut telah berjaya di dalam ujian yang susah ini, yang melayakkan mereka mendapat ‘tebusan’ dari
Allah swt iaitu ‘dengan seekor sembelihan yang besar’. Sembelihan yang besar di sini adalah, seekor
kibasy yang besar (besar disebabkan banyak lemak dan tulang) (18).

Ibnu Abbas ada mengatakan :

Ia adalah kibasy yang telah dikorbankan oleh Habil (19). Ia adalah kibasy yang telah diternak di
Syurga selama 40 musim luruh (iaitu 40 tahun), sehinggalah Allah swt menggantikannya dengan Ismail
(20)
.

PUJIAN ALLAH KEPADA ISMAIL


Selepas Ismail besar, Allah swt telah memuliakannya dengan mengangkatnya menjadi rasul.
Allah telah memujinya kerana dia menepati janjinya dan menyuruh kaumnya menunaikan solat dan
membayar zakat. Dia juga dipuji kerana kesabarannya dalam mematuhi suruhan Allah swt ketika
peristiwa penyembelihan tersebut. Oleh sebab itu, semua yang dilakukannya telah mendapat keredhaan
Allah swt.

Firman Allah swt :

               

      

54. Dan Ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang tersebut) di dalam Al Quran.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang benar janjinya, dan dia adalah seorang Rasul dan nabi.

55. Dan ia menyuruh ahlinya untuk bersembahyang dan menunaikan zakat, dan ia adalah seorang yang
diridhai di sisi Tuhannya (21).
Berkenaan ayat 54, Nabi Ismail disebutkan secara berasingan dari yang lain. Ini kerana, secara
umumnya, setiap nabi itu benar dalam berjanji, tetapi disebutkan nama Ismail secara khusus adalah bagi
memuliakannya, wallahu’alam (22).

Di dalam ayat yang seterusnya pula, disebutkan perkataan ahlinya ; “dan dia menyuruh ahlinya
untuk bersembahyang dan menunaikan zakat”. Terdapat beberapa pendapat mengenainya (23) ; ada
yang mengatakan umatnya, jiran-jirannya dan kerabat (‘asyiroh) atau keluarganya berdasarkan firman
Allah swt :

   

214. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat (24)

ISTIFADAH (PENGAJARAN) DARI KISAH NABI ISMAIL


Di dalam kisah Ismail ini, terdapat banyak pengajaran yang perlu bagi para duat memahaminya
dan menjadikannya modal untuk berdakwah dan menjelaskannya kepada manusia tidak kira orang tua
atau muda, ibu bapa atau anak-anak. Justeru, di sini disebutkan beberapa pengajaran yang berguna dari
kisah Ismail ini :

1. Patuh pada suruhan Allah swt

Adalah sangat penting bagi seseorang muslim unuk mematuhi segala suruhan Allah swt dan
melaksanakannya dengan penuh keredhaan dan menerimanya tanpa ragu-ragu, tidak malas dan
banyak soal. Inilah apa yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim ketika mana disuruh
menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Oleh itu, para du’at perlu menyedarkan masyarakat dengan perkara ini kerana tidak ramai orang
yang menyedari perkara ini.

2. Ismail adalah contoh teladan yang baik kepada para pemuda

Kisah Nabi Ismail adalah satu kisah yang sesuai bagi para remaja atau syabab muslim yang
beriman kepada Allah swt. Dia telah diuji dengan ujian yang sangat berat, iaitu mati disembelih
oleh ayahnya sendiri. Dia tidak menggigil ketakutan dan tidak pula ragu-ragu ketika bapanya
memceritakan bahawa dia bermimpi sedang menyembelih Ismail. Malah, dia pula yang telah
memberikan semangat dan dorongan kepada bapanya supaya melaksanakan suruhan Allah swt
tersebut.

Justeru, para duat perlu menceritakan kisah ini kepada pemuda atau syabab islam dan
seterusnya menjadikan Nabi Ismail sebagai contoh teladan dalam kehidupan mereka. Para
pemuda islam pada hari ini telah kehilangan contoh untuk diikuti, sedangkan ia adalah perkara
yang penting. Mereka perlu kepada contoh teladan yang baik yang dapat mereka lihat. Semoga
ia dapat memberi kesan kepada keimanan mereka, meningkatkan ketaatan kepada Allah swt,
mengatasi nafsu syahwat dan hasutan syaitan. Dan yang terbesar sekali adalah dia dapat
menterjemahkan cirri-ciri keimanan yang berkualiti dalam kehidupannya sebagaimana para
solafussoleh dahulu.

3. Jalan keluar bagi orang yang taat pada perintah Allah

Sesungguhnya Allah swt akan memberikan kepada para muslimin yang taat kepada perintah
Allah swt, jalan keluar bagi ujian dan musibah yang menimpa mereka, selagi mana mereka
betul-betul bersedia dan berazam melaksanakan suruhan tersebut sebagaimana firman Allah
swt :

    

105. . . . Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang Yang berusaha mengerjakan


kebaikan.

4. Ujian Allah swt ke atas orang beriman

Ketahuilah wahai para du’at bahawa Allah swt menguji hamba-hamba-Nya yang beriman, untuk
sebagai satu ujian dan cobaan; supaya terserlah diri mereka yang sebenarnya, sejauh mana
ketaatan mereka di dalam keadaan yang sukar dan sejauh mana mereka berpegang dengan
islam dalam suasana yang sulit.

Berdasarkan hakikat ini, Allah swt telah menguji kekasih-Nya, Nabi Ibrahim supaya menyembelih
anaknya Ismail. Pada masa yang sama, Dia juga menguji Ismail, adakah dia akan mentaati
bapanya atau menderhaka ayahnya . . . ?

Selain itu, Allah swt menguji hamba-Nya kerana ia sememangnya hak-Nya sebagai Rabb
sekalian alam. Dia menguji orang yang beriman pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya dan
mengikut cara yang disukai-Nya, dan kita tidak boleh menolak dan mempersoalkan
mengenainya. Inilah yang menjadi tugas para du’at untuk menjelaskannya kepada para
mad’unya kerana ia adalah perkara yang berkaitan dengan akidah, dan akidah adalah perkara
paling penting di dalam islam.

5. Menghias diri dengan akhlak islam


Allah swt memuji Nabi Ismail dengan firman-Nya :

   

54. . . .Sesungguhnya ia adalah benar menepati janji . . .

Menepati janji adalah salah satu daripada akhlak islam, dan antara sifat bagi orang yang beriman
kepada Allah swt. Dan sebaliknya, iaitu apa yang berlawanan dengannya adalah sifat
mazmumah. Sabda Rasulullah saw :

)) ‫ َوإِ َذا أئْـتُ ِم َن َخا َن‬، ‫ف‬ ْ ‫ َوإِ َذا َو َع َد أ‬، ‫ب‬
َ َ‫َخل‬ َ ‫ إِ َذا َح َد‬: ٌ‫(( آيَةُ الْ ُمنَافِ ِق ثَالَثَة‬
َ ‫ث َك َذ‬
Maksudnya : Ciri-ciri (tanda-tanda) seorang munafiq itu ada tiga : apabila dia berbicara, dia
akan menipu. Apabila dia berjanji, dia akan membelakang (janji tersebut). Dan apabila dia diberi
amanah, dia mengkhianatinya.

Justeru, para du’at perlu menjadikan tajuk Akhlak Islam ini sebagai salah satu daripada tajuk
yang penting di dalam dakwah yang disampaikannya, dan mejelaskan kepada manusia bahawa
jika kita tidak berakhlak dengan akhlak islam, ia adalah tanda kekeruhan iman dan wujudnya ciri-
ciri orang munafiq di dalam diri kita.

Ketahuilah bahawa diantara penyakit yang melanda kaum muslimin pada hari ini adalah tidak
mengamalkan akhlak islam. Sebab itu, kita dapat lihat orang yang tidak menepati janji,
berbohong dan sebagainya. Tugas menegur dan mengingatkan mereka adalah tugas para du’at.

6. Menunaikan hak ahli keluarga/kaumnya

Di dalam ayat yang seterusnya, Allah swt berfirman memuji hamba-Nya Ismail :

 . . .     

55. dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, . . .

Maksudnya, dia melakukannya kerana dia sangat mengambil berat akan urusan agamanya.
Imam Ar-Razi berkata :

“ Sesungguhnya dia melihat keluarganya pada pandangan agama mengatasi dari kasih
sayangnya kepada mereka yang hanya bersifat keduniaan. Berbeza dari apa yang banyak
berlaku kepada manusia pada hari ini (lebih mengutamakan keluarga dari urusan agama).” (25)
Para du’at perlu perlu memperingatkan kaum muslimin berkenaan kewajipan mereka ke atas
ahli keluarga mereka, iaitu membawa mereka kepada mentaati Allah swt dan mengikuti segala
syariat-Nya, dan supaya mereka mendahulukan urusan agama lebih dari urusan dunia. Inilah
sebenarnya apa yang disuruh oleh Allah swt ke atas kaum muslimin.

Firman Allah swt :

         

Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang
bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); (26)

Dan diantara cara untuk memelihara diri dari api neraka adalah dengan mentaati Allah swt dan
menjauhi dari melakukan maksiat kepada-Nya.

Oleh itu, para du’at perlu memberitahu kepada kaum muslimin mengenai kewajipan mereka
terhadap ahli keluarga mereka dengan :

i. mengawasi dan mengajar mereka perkara-perkara yang berkaitan Islam

ii. menyuruh mereka iltizam dengan suruhan Allah swt

iii. mendidik anak-anak mereka dengan pengertian islam yang sebenarnya

Rasulullah saw bersabda supaya kita mengajar anak-anak kita solat :

)) ‫اض ِربـُ ُه ْم لِ َع ْش ٍر‬ ِ


ْ ‫(( ُمُرْوُه ْم ل َسْب ٍع َو‬
Maksudnya : Suruhlah mereka (anak-anak kecil) ketika berumur 7 tahun, dan pukullah mereka
ketika berumur 10 tahun.

Iaitu ; suruhlah anak-anak kecil ketika umur mereka telah mencapai umur 7 tahun, dan jika umur
mereka telah sampai 10 tahun, wajiblah memukul jika mereka tidak mendirikan solat.

Hakikatnya, majority umat islam bahkan para du’at tidak mementingkan dan mengambil berat
tentang keluarga dan anak-anak mereka. Mereka tidak mengajar hal-hal keagamaan dan
membiarkan mereka. Inilah kelemahan kita pada hari ini kerana merekalah yang lebih layak
untuk kita dakwahi, sebagaimana firman Allah swt :

   

214. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat


PENUTUP

Semoga sedikit usaha ana ini diterima oleh Allah swt sebagai amal soleh amin. Terjemahan yang
dibuat bukanlah secara bulat-bulat, tetapi ana menggunakan uslub bahasa yang lebih sesuai supaya
mudah difahami.

‫ وصلّى اهلل على سيدنا‬. ‫ وما أصابك من سيّئة فمن نفسي‬، ‫ما أصابك من حسنة فمن اهلل‬
. ‫مـحمد وعلى آله وصحبه أجـمعني‬

Wallahu’alam.

p/s : Sekiranya ada kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam artikel yang ana terjemah ini, khususnya
pada baris hadis dan maksud hadis, ana mohon ampun dari Allah swt dan kemaafan dari para pembaca.

_________________________
(1)
Al-Mustafad min Qisasil Qur’an oleh Dr. Abdul Karim Zaidan
(2)
Qisasul Anbiya’ oleh Syeikh Hasan Ayyub
(3)
Tafsir Al-Quran Al-‘Azim oleh Ibnu Kathir
(4)
yang dimaksud ialah nabi Ismail a.s.
(5)
Surah As-Shaffat : 100-101
(6)
Tafsir Al-Quran Al-‘Azim
(7)
Surah Ash-Shaffat : 102
(8)
Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an oleh Imam Qurtubi
(9)
Boleh rujuk : Al-Israiliyyat wal Maudhu’at fi Kutubut Tafsir oleh Asy-Syeikh Al-Allamah Abi Syaibah
(10)
Surah Ash-Shaffat : 102
(11)
Surah Ash-Shaffat : 103
(12)
Tafsir Al-Quran Al-‘Azim
(13)
Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an
(14)
yang dimaksud dengan membenarkan mimpi ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah
s.w.t. dan wajib melaksanakannya.
(15)
Surah Ash-Shaffat : 104-105
(16)
sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. Maka Allah melarang menyembelih
Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing).
peristiwa Ini menjadi dasar disyariatkannya qurban yang dilakukan pada hari raya haji.
(17)
Surah Ash-Shaffat : 106-107
(18)
Tafsir Al-Quran Al-‘Azim
(19)
Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an
(20)
Tafsir Al-Quran Al-‘Azim
(21)
Surah Maryam : 54-55
(22)
Al-Jami’ li Ahkamil Qur’an
(23)
Fathul Qodir oleh Imam Asy-Syaukani
(24)
Surah Asy-Syu’ara : 214
(25)
Tafsir Ar-Razi
(26)
Surah At-Tahrim : 6

You might also like