You are on page 1of 13

1.

0 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (PBSS)


2.1 Tujuan

Rancangan Kesihatan Sekolah ( RKS ) telah dimulakan sejak tahun 1967.


Dalam tempoh tiga tahun RKS dijalankan, dunia secara am dan Malaysia secara
khusus telah mengalami banyak perubahan dari aspek kesihatan dan tren
penyakit. Sesuai dengan perubahan itu amat wajar RKS dikaji semula untuk
membentuk satu jentera pelaksanaan kesihatan sekolah yang lebih
komprehensif. Pada tahun 1996, Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM )
dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan projek
" Health Promoting School" ( HPS ) di enam buah negeri iaitu Johor, Kedah,
Melaka, Sarawak, Selangor dan Terengganu. Ini adalah berdasarkan konsep
"HPS" yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO )
berteraskan Ottawa Charter. Persidangan " HPS " yang telah diadakan pada
bulan Disember 1996 di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan supaya RKS sedia ada
diberi nafas baru, dengan mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat
( PBSS ) . Tujuan PBSS ialah untuk menyatupadukan dan menyelaras semua
aktiviti berkaitan dengan kesihatan sekolah.

2.2 Rasional
Usaha murni untuk mewujudkan Program Bersepadu Sekolah Sihat ( PBSS )
adalah berdasarkan rasional berikut :
2.2.1 Terdapat beberapa program kesihatan sekolah sedia ada yang
perlu diselaraskan di bawah satu program bersepadu
2.2.2 Untuk mewujudkan satu sistem yang fleksibel , inovatif dan kreatif
serta menjurus kepada keperluan sekolah berlandaskan
kepada keperluan semasa
2.2.3 Hasrat untuk mewujudkan satu program kesihatan yang mampu
melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga
sekolah
2.2.4 Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang
menghasilkan impak serta dapat dinilai keberkesanannya
2.2.5 Satu usaha untuk meningkatkan kesefahaman dan kerjasama
diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam
menangani isu kesihatan

Satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan kesihatan perlu
dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Berdasarkan
pernyataan di atas PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap
sekolah. Ini adalah sejajar dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan
rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti

2.3 Matlamat PBSS


Melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke
arah pencapaian wawasan negara.

2.4 Visi PBSS


Generasi yang berilmu, sihat dan progresif

2.5 Misi PBSS


Sekolah sebagai institusi yang mempromosikan kesihatan

2.6 Objektif PBSS


Objektif PBSS adalah agar setiap sekolah dapat
2.6.1 Menetapkan polisi / dasar kesihatan sekolah
2.6.2 Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih,
ceria , selamat dan sihat
2.6.3 Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan
amalan cara hidup sihat
2.6.4 Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan
dengan kesihatan supaya setiap warga sekolah yang
bertanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri,
keluarga dan masyarakat
2.6.5 Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam
program kesihatan sekolah
2.6.6 Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah bagi

2.7 Teras Utama PBSS

Enam teras PBSS yang telah digariskan untuk mewujudkan satu pendekatan
bersepadu di antara sektor awam, sektor swasta dan masyarakat ke arah
melahirkan sekolah sihat adalah seperti berikut:
2.7.1 Polisi Kesihatan Sekolah sebagai sumber mempromosikan
kesihatan
2.7.2 Persekitaran Fizikal Sekolah
2.7.3 Persekitaran Sosial Sekolah
2.7.4 Penglibatan Komuniti
2.7.5 Kemahiran Kesihatan Diri
2.7.6 Perkhidmatan Kesihatan Sekolah

2.8. Pelaksanaan
PBSS hendaklah melibatkan seluruh warga sekolah dan masyarakat setempat.
Dalam pelaksanaan PBSS, pendidikan kesihatan hendaklah dilaksanakan
secara formal atau tidak formal. Di samping itu warga sekolah hendaklah
sentiasa mengamalkan amalan kesihatan yang baik.Warga sekolah hendaklah
memainkan peranan masing-masing supaya PBSS dapat dijalankan dan
dilaksanakan dengan berkesan. Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah
dianggotai oleh guru-guru dan pasukan kesihatan.

Jawatankuasa PBSS Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Butterworth.


Penasihat : Pn. Asiah Binti Othman
Pengerusi : Pn. Rosenah Bt. Samsudin
Setiausaha : En. Mohd. Yusof Bin Abu Bakar

AJK
Pn. Rozinah bte Mat Jizat
Pn. Zaharah Bt. Yahaya
Pn. Zuraidah Bt. Zakariah
En. Mohd. Roshidi Bin Zainul
Pasukan Kesihatan Sekolah
Pasukan Kesihatan Gigi

2.9 Pemantauan Dan Penilaian


Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan PBSS dalam mencapai objektifnya,
pemantauan dan penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Antara kaedah
yang digunakan :
2.9.1 Rekod Kesihatan Murid
2.9.2 Rekod Rancangan Makanan Tambahan
2.9.3 Laporan Bulanan
2.9.4 Laporan Tahunan
2.9.5 Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

2.10 Kesimpulan
Pelaksanaan PBSS adalah satu usaha untuk mempromosikan kesihatan di
kalangan warga sekolah. PBSS juga akan menjadi teraju utama dalam mencapai
cita-cita warisan budaya negara. Setiap warga sekolah bertanggungjawab
mempastikan agar PBSS dihayati. Melalui PBSS ini diharap akan lahir
masyarakat yang mengutamakan kesihatan dalam setiap aspek.

2.0 PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

3.1 APA ITU RMT?

Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan membantu


seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang miskin. Ianya
bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan sebanyak 25% -
30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu usaha yang
bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan
kesihatan dan pemakanan murid tersebut.

Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga berpendapatan


di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan perkapita RM 80.00 adalah layak
untuk menyertai program ini.

3.2 Tujuan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menggariskan peraturan dan tatacara


penyaluran bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ke Sekolah Rendah
oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

3.3 Latar Belakang

 Kebelakangan ini RMT dilaksanakan sebagai satu program yang


bertujuan membantu meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan
murid sekolah rendah. Program ini yang pada asalnya dikendalikan oleh
Jabatan Perdana Menteri diperluaskan pelaksanaan menurut
pengesyoran dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979.

 Sejumlah 532,500 murid sekolah rendah daripada “golongan termiskin”


(keluarga yang berpendapatan kurang RM400.00 sebulan atau RM80.00
per kapita) menerima bantuan ini secara makanan tambahan dan
minuman bagi tempoh 190 hari mulai hari pertama persekolahan pada
setiap tahun. Kadar bantuan setiap murid adalah RM1.20 sehari bagi
negeri-negeri di Semenanjung dan RM1.35 sehari bagi murid di Sabah
dan Sarawak. Jumlah peruntukan semasa yang disediakan berasaskan
kepada jumlah murid dan kadar tersebut adalah RM 123,647,250.00
setahun.
 Bahagian Sekolah telah menyediakan senarai menu makanan tambahan
dan sekolah-sekolah dibenarkan mengambilkira kemampuan dan
kesesuaian dengan keadaan tempatan bagi menyediakan makanan bagi
murid-murid yang terlibat.
 Satu kajian tentang penyaluran peruntukan RMT kepada sekolah telah
diadakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri. Hasil kajian yang
dikeluarkan pada bulan Jun 2002 telah melaporkan bahawa penyaluran
peruntukan oleh JPN kepada sekolah adalah terlalu lewat kerana sekolah
perlu membuat tuntutan sebelum bantuan RMT diberikan. MAMPU
mengesyorkan bahawa penyaluran bantuan RMT itu hendaklah dibuat
terus kepada sekolah berasaskan kepada rekod jumlah murid yang layak
pada tahun semasa, tanpa tuntutan daripada sekolah. Dengan cara ini
program RMT boleh dimulakan lebih awal dan pada hari pertama
persekolahan.

3.4 Prosedur Pembayaran


Bagi melaksanakan syor yang dikeluarkan oleh pihak MAMPU prosedur
pembayaran bantuan RMT telah diseragamkan dan penyelenggaraan program
RMT hendaklah diawasi oleh Penyelia Kesihatan di JPN. Prosedur pembayaran
yang ditetapkan adalah

seperti berikut:

 Jumlah murid yang sedang menerima bantuan RMT pada 1


Oktober tahun semasa di setiap sekolah rendah akan menjadi asas
perkiraan untuk membayar bantuan RMT bagi tahun 2003.
 Bagi tahun-tahun berikutnya, perkiraan jumlah penerima bantuan
hendaklah dikemaskini dengan mengambil kira kemasukan murid
baru ke tahun satu dan jumlah murid tahun enam yang tamat
sekolah, berserta dengan pertambahan murid bagi sekolah-sekolah
yang baru dibuka.
 Kod dan nama sekolah berserta dengan jumlah penerima bantuan
hendaklah dikemukakan oleh Penyelia Kesihatan dengan
menggunakan Format A kepada Unit Pengurusan Kewangan di
JPN sebelum 30 November untuk bayaran secara berkomputer
melalui sistem e-PCG terus kepada akaun kerajaan sekolah-
sekolah yang terlibat. Bagi negeri Sabah dan Sarawak pembayaran
hendaklah dibuat secara waran peruntukan kepada Pejabat
Pendidikan Daerah negeri masing-masing.
 Penyelia Kesihatan di JPN hendaklah menyampaikan rekod
pengagihan peruntukan RMT di sekolah sehingga 31hb. Januari
tahun berkenaan kepada Bahagian Sekolah. Bahagian Sekolah
pula akan menyediakan laporan pengagihan mengikut negeri
kepada Bahagian Kewangan.

3.5 Pematuhan
Sebarang kelewatan pengagihan peruntukan akan dilaporkan dalam
Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun di peringkat Kementerian
Pendidikan untuk tindakan yang sewajarnya. Setiap JPN hendaklah menyimpan
rekod perbelanjaan peruntukan RMT dan mempastikan peruntukan ini digunakan
sepenuhnya.

Objektif RMT

1. Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,


terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah,
secara imbuhan dan buat sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan
kesihatan sebagai satu usaha yang selaras dengan Dasar Pembangunan
Negara.
2. Untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada
murid-murid yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi
masalah dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga.
3. Untuk menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara
langsung dan secara tidak langsung.
4. Untuk mengendalikan tabiat sopan santun, disiplin, timbang rasa serta
amalan yang diingini berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan
makanan dan kebersihan alam sekitar.
5. Untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam
usaha-usaha sekolah mengelolakan RMT.

3.6 Prosedur RMT Di Sekolah Kebangsaan Taman Senangan 2011

Sepertimana pihak tuan sedia maklum, Program Rancangan Makanan


Tambahan (RMT) adalah merupakan bantuan makanan tambahan kepada murid
golongan miskin. Pelaksanaan program ini bertujuan menyediakan makanan
yang berkhasiat dan mengandungi nutrisi seimbang kepada murid bagi
membantu mereka memberi tumpuan kepada pembelajaran di dalam kelas.
Untuk makluman pihak tuan, mulai tahun 2011 murid yang layak mendapat
bantuan RMT adalah murid yang ibu/ bapa/ penjaga berdaftar dengan sistem
eKASIH dan disahkan sebagai miskin atau miskin tegar. Pelaksanaan RMT di
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan bagi tahun 2011 perlu diteruskan seperti
butiran berikut :-

l. Perkara Butiran
a. Tarikh mula &  Dilaksanakan mulai pada hari pertama persekolahan
tempoh untuk tempoh 190 hari.                 

                                                   
b.   Kadar RM 1.80/ murid/ hari (Semenanjung)
   Bantuan RMT

d. Menu Penyediaan menu makanan hendaklah mematuhi


Makanan                senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian
                Kesihatan Malaysia (Surat Pekeliling Kew. Bil. 7 Tahun
2010)

e. Waktu Makan Sebelum waktu pertama persekolahan dimulakan atau


waktu
rehat.                                                                                   
                                                 
  Jawatankuasa Mengurus pelaksanaan RMT termasuk penetapan menu,
Bantuan Sekolah penentuan kaedah pembekalan makanan serta
f. penyimpanan rekod-rekod berkaitan.

g. Pemantauan JPN/PPD/Jawatankuasa RMT Sekolah hendaklah


membuat pemantauan untuk memastikan semua
peruntukan dan prosedur dipatuhi.

Lebihan RMT Semua lebihan dan baki peruntukan tahun semasa


h. Tahun 2011 &   hendaklah dipulangkan kepada Bah. Kewangan, KPM
tahun (Surat Pekeliling Kewangan Bil. 7 Tahun 2010).
sebelumnya

 Bilangan Murid SKKD Yang Menerima Peruntukan Rancangan Makanan Tambahan


(RMT)

 
Tahun 2010 Tahun 2011
TAHUN BIL.PENERIM TAHUN BIL.PENERIM
A A
Tahun 6 3  Orang Tahun 6 3  Orang
Tahun 5 3  Orang Tahun 5 3  Orang
Tahun 4 3  Orang Tahun 4 3  Orang
Tahun 3 3 Orang Tahun 3 3  Orang
Tahun 2 3 Orang Tahun 2 2  Orang
Tahun 1 2  Orang Tahun 1 3 Orang
TOTAL 17 Orang TOTAL 17  Orang

3.7 Carta Alir dan pelaksanaan

Berikut merupakan carta organisasi pelaksanaan Program Rancangan Makanan


Tambahan (RMT) SK Taman Senangan:

Pengerusi
Pn. Asiah Bt. Othman

Naib Pengerusi
En. Zakaria Bin Hj. Ahmad

Setiausaha
Pn. Rosenah Bt. Samsudin

Ahli Jawatankuasa
Pn. Patimah Bt. Mohamad
En. Mohd. Yusof Bin Abu Bakar
En. Nasir Bin Hasan
Pn. Shahariza Bt Desa
Cik Sarmellaa A/P Rajandran
Pn Siti Zurina Bt Salleh
Pn Rosmah Bt Idris
3.8 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, saya dapat melihat perjalanan Rancangan


Makanan Tambahan (RMT) ini berjalan dengan sangat baik semasa berada di
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan. Walaubagaimanapun, murid yang
terlibat dengan program ini adalah sedikit berbanding di sekolah lain
memandangkan kebanyakan murid-murid terdiri daripada latarbelakang keluarga
yang berada.
3.0 PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN SEKOLAH RENDAH

4.1 Tujuan
Perkhidmatan pergigian sekolah secara incremental telah diperkenalkan pada
tahun 1985. Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini
diberi untuk memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang
baik apabila mereka tamat zaman persekolahan.
Jururawat pergigian bertanggungjawab memeriksa dan merawat murid-murid
tersebut di bawah penyeliaan dan pengawasan doktor pergigian.

4.2 Bagaimana Prosedur Perkhidmatan Ini Dijalankan?


Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:
• Klinik Pergigian Sekolah
Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-
sekolah rendah atau menengah tajaan kerajaan yang
terpilih.
• Pasukan Pergigian Bergerak
Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada
murid- murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan
pedalaman.
Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di
sekolah, menggunakan peralatan mudah alih.
• Klinik Pergigian Bergerak
Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi
dengan kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini
memberikan perkhidmatan kepada murid-murid di sekolah-sekolah
yang mempunyai ruang terhad.

4.3 Apakah Perkhidmatan Yang Disediakan?


Perkhidmatan yang disediakan di sekolah adalah penjagaan pergigian asas
termasuk pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, tampalan, penskaleran
dan penggilapan gigi. Jika rawatan yang kompleks diperlukan, murid-sekolah
tersebut akan dirujuk kepada pegawai pergigian atau pakar pergigian.

4.4 Adakah Bayaran Dikenakan?


Rawatan asas yang diberikan kepada murid-murid sekolah tidak dikenakan
sebarang bayaran.

4.6 Siapakah Yang Layak Menerima Rawatan?


Semua murid sekolah rendah dan menengah tajaan kerajaan yang diberi
keizinan (consent) oleh ibu bapa atau penjaga, layak menerima rawatan ini.

4.5 Kesimpulan
Kesimpulan yang boleh saya nyatakan disini ialah sepanjang sebulan berada di
Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, saya dapat melihat program Kesihatan
Pergigian ini berjalan. Semasa minggu kedua saya berada di sekolah ini saya
dapat meihat murid-murid akan diperiksa seorang demi seorang keadaan gigi
dan jika terdapat kerosakan, jururawat bertugas akan menandakan tindakan
susulan yang akan dilakukan di dalam kad kesihatan gigi. Jadi, program ini
sangat bermanfaat kepada murid-murid sekolah supaya mereka dapat belajar
bagaimana untuk menjaga kesihatan gigi mereka dan bagaimana cara
menggosok gigi yang betul.

You might also like