You are on page 1of 2

Terdapat sesetengah anggota masyarakat yang mengambil keputusan untuk menempatkan ibu bapa

mereka di rumah orang-orang tua. Mengapakah fenomena ini berlaku?

Tamadun manusia walau apa pun agamanya, meletakkan kedudukan yang tinggi kepada orang yang
lebih tua, terutamanya ibu bapa mereka sendiri. Tamadun itu semakin hari semakin ditelan arus
pembangunan. Kini, ramai anak-anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan kini.
Pepatah Melayu yang berbunyi “bagai kacang lupakan kulit” amat sesuai untuk dibincangkan bagi isu
golongan warga emas yang kian terabai, kurang bernasib baik dan kebajikan golongan ini juga diabaikan
oleh anak-anak mereka sendiri. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab golongan
warga emas ini diabaikan dan sentiasa dilupakan oleh semua lapisan masyarakat. Pengorbanan ibu bapa
tidak ternilai harganya jadi apa salah anak-anak menjaga ibu bapa seperti yang mereka menjaga anak-
anak semasa kecil dahulu.

Antara faktor yang paling ketara berlakunya masalah ini ialah sikap anak-anak yang mementingkan diri
sendiri dan tidak mengambil berat tentang anggota keluarga mereka. Mereka sepatutnya mengamal
nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Golongan masyarakat pada hari ini haruslah sedar bahawa
mereka mempunyai kewajipan terhadap keluarga terutamanya ibu bapa mereka kerana telah
membesarkan kita dari kecil hingga dewasa. Golongan anak-anak tidak wajar meletakkan ibu bapa
mereka di rumah orang-orang tua kerana ia bermakna menderhaka dan mengabaikan tanggungjawab
mereka sebagai seorang anak. Setiap anggota keluarga juga mempunyai tanggungjawab untuk
melahirkan keluarga bahagia supaya menjadi seorang anak yang baik dan dihormati oleh masyarakat.
Anak-anak tidak seharusnya melupakan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa dan menjaga mereka
tanpa bergantung kepada rumah kebajikan.

Di samping itu, punca lain yang menyumbang ke arah masalah ini ialah kesibukan anak dengan kerjaya
dan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua. Nilai
yang harus diamalkan oleh golongan masyarakat tersebut adalah nilai rasional. Mereka mesti boleh
berfikir dengan baik-baik sebelum membuat keputusan untuk menghantar ibu bapa mereka ke rumah
kebajikan. Kita mesti berpegang kepada nilai ini yang menjadi asas dalam menghuraikan permasalahan
warga tua terbiar di rumah orang-orang tua. Kita sebagai anak-anak mestilah bertindak wajar dalam
menjaga kebajikan ibu bapa yang amat disayangi kita. Anak-anak tidak seharusnya mengetepikan
perasaan ibu bapa semata-mata untuk mengejar kejayaan dunia.

Selain itu, masyarakat kini yang tidak tahu mengenang budi juga menjadi salah satu faktor ibu bapa
dihantar ke rumah kebajikan. Golongan anak-anak tersebut perlulah mengamal nilai kasih sayang
terhadap keluarga. Mereka sepatutnya mempunya cinta yang mendalam terhadap ahli keluarga dan
melakukan apa-apa untuk menjamin kebahagiaan mereka. Anak-anak tidak sepatutnya menghantar ibu
bapa mereka ke rumah kebajikan kerana mereka akan berasa sakit hati apabila dilayan sedemikian.
Anggota masyarakat juga perlu mempunyai sayang yang berkekalan terhadap ibu bapa kita. Sepanjang
usia ibu bapa dihabiskan untuk membesarkan anak-anak mereka. Apabila mereka sudah tua, pastilah
mereka juga akan memerlukan kasih sayang dan perhatian dari anak-anak mereka sepertimana anak-
anak memerlukan ibu bapa sewaktu masih kecil.
Masalah pengabaian warga tua masih lagi di tahap rendah, namun perbuatan anak-anak tempatan
seumpama itu tidak dapat diterima masyarakat di negara ini bahkan sangat memalukan dan dikesali.
Oleh itu, setiap anak-anak hendaklah sentiasa menghormati dan menjaga kebajikan kedua-dua ibu bapa
mereka dengan memberikan kasih sayang dan memastikan kesempurnaan hidup mereka terjamin.
Janganlah sesekali kita mengabaikan dan mensia-siakan hidup mereka kerana merekalah yang
membesarkan dan menjaga kita sejak kecil. Kita mestilah selalu mendoakan mereka agar sentiasa
mendapat perlindungan daripada Tuhan.

You might also like