You are on page 1of 36

KEMENTERIAN PENDIDIKAN

MALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN


KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH
TAHUN 5
2002

Pusat Perkembangan Kurikulum


PENDAHULUAN memperoleh kemahiran praktis asas dan
pengetahuan berasaskan teknologi
Kemahiran Kemahiran Hidup merupakan satu mata keusahawanan, dan aspek pengurusan diri
Hidup pelajaran bercorak amali yang diajar dalam supaya mereka dapat menjalankan kerja-
Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah buat-sendiri serta cenderung berusahaniaga
Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk dan mereka cipta
mengembangkan keupayaan dalam bidang reka
bentuk dan teknologi serta perniagaan dan Kemahiran Kurikulum ini masih menuju ke arah
keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai Teknologi, memperkembangkan kebolehan murid dalam
melalui penguasaan kemahiran praktis, Kecenderungan kemahiran teknologi, kecenderungan mereka
pengetahuan serta pemupukan sikap yang Mereka Cipta, cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran
positif berasaskan teknologi dan Semangat asas yang sedemikian dapat digunakan
keusahawanan. Keusahawanan sepenuhnya untuk membolehkan murid
berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani
Buku ini disediakan untuk membantu guru kehidupan secara produktif dalam dunia
merancang dan melaksanakan kegiatan teknologi dan ekonomi yang kompleks dan
tersebut melalui aktiviti dan projek yang sentiasa berubah. Murid juga digalakkan
dicadangkan. Kandungannya mendedahkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang
tentang kemahiran asas, pengetahuan yang ada secara bijak, kreatif dan inventif. Nilai
berkaitan serta nilai dan sikap yang perlu murni, sikap yang positif dan budaya kerja
dipupuk seperti berdikari, inovatif, kreatif, tabiat yang baik diterapkan semasa menjalankan
kerja yang baik, dan sikap yang positif. aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata
pelajaran ini dapat diwujudkan.
MATLAMAT DALAM EDISI PENYEMAKAN
Perubahan Dari segi kandungan, beberapa tajuk Kemahiran
Matlamat Tidak Dalam edisi semakan, matlamat kurikulum Kandungan Hidup Sekolah Rendah telah disusun semula
Berubah Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tidak untuk mengukuhkan kesinambungan dan
berubah dan kebanyakan objektif mata mengelakkan pertindihan serta mengemaskini
pelajaran dikekalkan. kandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebih
fokus, elemen ‘Kreativiti dan Reka Cipta’
Mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah ditambah. Terdapat dua bidang dalam
rendah bertujuan membolehkan murid Kemahiran Hidup Sekolah Rendah iaitu bidang

1
‘Reka Bentuk dan Teknologi’ dan ‘Perniagaan 10. Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang
dan Keusahawanan’. boleh dijual

OBJEKTIF KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH 11. Merancang jualan dan menyediakan


RENDAH TAHUN 5 barang untuk jualan
12. Menyenaraikan ciri bungkusan yang
Objektif Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun menarik
4 adalah untuk membolehkan murid:
13. Mengira harga jualan dan untung
1. Menggunakan bentuk asas untuk menjana
14. Mengamalkan peraturan dan budaya kerja
idea kreatif dalam penghasilan projek
yang baik dan selamat.
2. Menerangkan hubung kait bentuk dengan
fungsi produk
ORGANISASI KANDUNGAN
3. Membuka dan memasang produk untuk TAHUN LIMA
mengenal pasti fungsi komponen
Dua Bidang Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang
4. Menghasilkan sesuatu projek gabungan
iaitu :
kayu dengan bahan kitar semula bukan
1. Reka Bentuk dan Teknologi
logam
2. Perniagaan dan Keusahawanan
5. Memilih alatan, perkakas, dan bahan serta
menggunakannya dengan teknik yang Reka Bentuk Bidang Reka Bentuk dan Teknologi
betul dan Teknologi membekalkan murid Tahun Empat dengan
pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk
6. Mengenal pasti dan membezakan di menghasilkan projek yang berlainan dengan
antara litar siri dan selari menggunakan proses reka bentuk. Untuk
7. Menghasilkan projek elektrik tujuan ini, murid didedahkan kepada
pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan
8. Menyenggaraan alatan tangan dan kajian reka bentuk dan kefungsian produk.
perkakas selepas menggunakannya Murid juga menggunakan teknik dan proses
pembuatan yang melibatkan bahan gabungan
9. Menghasilkan tanaman hiasan

2
kayu dengan bahan kitar semula bukan logam untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh
serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu, digunakan dalam kehidupan hariannya.
murid juga menghasilkan tanaman hiasan dan Penguasaan kemahiran praktis ini meliputi
melakukan kerja penyenggaraan alatan yang kemahiran :
telah digunakan. Amalan untuk memastikan - membuat lakaran bentuk-bentuk asas
keselamatan diri dan orang lain semasa - mereka bentuk dan penghasilan projek
melakukan aktiviti turut diberi penekanan. - mengenal pasti dan membezakan litar
elektrik
Perniagaan dan Bidang Perniagaan dan Keusahawanan - menyenggara dan membaik pulih alatan
Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan - menghasilkan tumbuhan hiasan
mengenai amalan perniagaan dan - mengusahaniaga barang
keusahawanan. Mereka mengenal pasti
kumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barang Murid perlu didedahkan kepada pengetahuan
dan mengumpul maklumat untuk mendapatkan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak
sumber bekalan. Murid juga merancang dikuasai. Guru tidak seharusnya
penyediaan jualan dengan menerapkan etika menyampaikan pengetahuan secara tersendiri
jualan semasa aktiviti jual beli. Murid turut atau terasing daripada aktiviti murid.
didedahkan cara membuat promosi jualan,
melayan pelanggan dan merekod jual beli Mata pelajaran ini juga mementingkan
dengan lebih sistematik. Amalan untuk pemupukan nilai dan sikap seperti berdikari,
memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin inovatif, kreatif, bekerja tanpa membazir, dan
diri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan. berminat menjalankan kerja-buat-sendiri.
Murid didedahkan secara tidak langsung
tentang kaedah mencari dan menggunakan Kaedah Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita,
peluang perniagaan dengan bijaksana. Pengajaran dan kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan,
Pembelajaran permainan, temu bual, tinjuan dan lawatan
PENEKANAN DAN KAEDAH PENGAJARAN boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan.
DAN PEMBELAJARAN
Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa
Penekanan Pembelajaran Kemahiran Hidup merupakan faktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saiz
pembelajaran melalui pengalaman. Murid kelas, dan taraf kebolehan murid. Guru
melakukan sendiri secara aktif pelbagai aktiviti hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran

3
yang terbuka supaya kaedah ini dapat 1. Membezakan bentuk-bentuk asas
digunakan dengan berkesan untuk dalam pesekitaran
menggalakan pembelajaran yang lebih
mencabar. 2. Menghubung kait bentuk asas dalam
aktiviti membina bentuk produk
Penggunaan Dalam menjalankan aktiviti atau membuat
Bahan projek, guru tidak seharusnya bergantung hanya 3. Menjana idea kreatif dan inovatif
Terbuang pada bahan yang dibeli sahaja. Bahan terbuang
dan mudah didapati di persekitaran hendaklah 4. Mentafsir lukisan kerja
dikenal pasti dan digunakan seberapa banyak
yang boleh. Antara bahan tersebut termasuklah 5. Menjana idea-idea baru untuk
rotan, buluh, kotak, botol plastik, cengkerang, menyelesaikan masalah dan
reja kayu, reja paip plastik, bahagian atau menghasilkan projek
komponen mesin yang sudah digunakan lagi
6. Membuat keputusan, memilih projek,
seperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda.
alatan tangan dan bahan yang
diperlukan
Penggunaan bahan ini dapat menjimatkan kos
di samping dapat menanamkan sifat jimat
7. Mengkelaskan jenis tanaman hiasan.
cermat dan inovatif kepada murid. Dengan ini
murid akan lebih sedar kepada sumber yang Kaedah Kajian Murid Kemahiran Hidup juga perlu
ada di sekeililing mereka dan berupaya Masa Depan mengembangkan daya berfikir secara kritis dan
menggunakannya untuk mendapat faedah. kreatif ke arah membentuk masa depan yang
lebih sempurna.
Kemahiran Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Berfikir (KBKK) harus menjadi satu landasan dalam Unsur penting Kajian Masa Depan harus
pengajaran dan pembelajaran yang mana daya diserapkan dalam pengajaran dan
imaginasi, kreativiti murid perlu dijanakan dan pembelajaran Kemahiran Hidup untuk
diperkembangkan. merangsang daya intelek dan mengupaya murid
untuk menghasilkan produk yang dapat
Contoh kemahiran berfikir yang diberi tumpuan memanfaatkan dan memberi sumbangan ke
dalam Bidang Pembelajaran "Reka Bentuk dan arah menentukan hala tuju masa depan.
Teknologi" termasuk :

4
Contohnya dalam proses mereka bentuk, murid Kerelevanan Aktiviti amali harus dihubung kait dengan amalan
mengkaji keadaan yang sedia ada, mencari dalam kehidupan dan pekerjaan agar sesuatu
alternatif, membuat pilihan dan akhirnya pengajaran dan pembelajaraan lebih bermakna,
menghasilkan produk yang berkenaan Di menyeronokkan dan berguna kepada murid.
samping itu murid juga boleh menjangka dan Teknik ini boleh menarik minat murid terhadap
meramalkan kesan atau impak produk baru sesuatu aktiviti atau tajuk.
mereka dalam senario masa depan.
Teknologi Murid perlu digalakkan menggunakan teknologi
Nilai Murni Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja Maklumat dan maklumat dan komunikasi (ICT) dalam
yang relevan harus merentasi aktiviti yang Komunikasi pembelajaran mereka terutamanya dalam
dikendalikan. Dengan cara ini, nilai murni dan pengumpulan, pemilihan dan pemprosesan
sikap positif seperti berusaha mencapai maklumat. Dengan ini kemahiran ICT murid
kecemerlangan, berfikiran terbuka, bersedia juga boleh diperkembangkan seperti melayari
menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati laman web, menggunakan perisian, CD-ROM
menggunakan sumber dapat dipupuk supaya dan pengkalan data serta berkomunikasi
menjadi kebiasaan dalam pengendalian dan secara elektronik.
urusan hidup murid. Begitu juga dengan
kesedaran tentang kos sesuatu projek, harus PENGENDALIAN AKTIVITI DAN PENILAIAN
diberi penekanan dalam semua projek yang
dihasilkan. Pengendalian Selaras dengan penekanan mata pelajaran ini
aktiviti kepada penguasaan kemahiran, pencapaiannya
Kemahiran interpersonal seperti menghargai hendaklah dibuat melalui aktiviti. Kadang kala
pendapat dan usaha orang lain, berkomunikasi aktiviti ini dijalankan secara tersendiri. Pada
dengan baik, bersedia menerima ketika yang lain gabungan beberapa aktiviti
kritikan membina, memberi dorongan kepada dijalankan untuk menghasilkan projek.
orang lain yang menemui kegagalan, menjalin Pengendalian aktiviti dicadangkan mengikut
persahabatan, belajar secara koperatif dan peringkat berikut:
bekerja secara kumpulan dan
memupuk semangat kerjasama dengan rakan a. perancangan
sebaya perlu juga diterapkan semasa
pengajaran dan pembelajaran. - merancang aktiviti atau projek
- merancang bahan dan alatan

5
- merancang kaedah pengajaran - dapat diselesaikan dalam dua waktu
pengajaran termasuk waktu untuk murid
b. penyampaian mengemas alatan dan tempat kerja ;

- motivasi - aktiviti yang dirancangkan sebaik-


- tunjuk cara kemahiran baiknya terdiri daripada gabungan
- arahan aktiviti dengan unit lain. Contohnya unit Reka
- pelaksanaan Bentuk dan Penghasilan Projek
- penyeliaan dan bimbingan digabungkan dengan unit Baik Pulih dan
Penyenggaraan.
c. penilaian
- murid mengadakan perbincangan
- dapatan dari segi kemahiran, tentang cara menggunakan alatan dan
pengetahuan, dan nilai bahan serta langkah menjalankan kerja.
- hasil kerja
Semasa murid menjalankan kerja, guru
Aktiviti yang dicadangkan dalam buku ini hendaklah memastikan murid :
merupakan aktiviti contoh untuk membolehkan
murid menguasai kemahiran. Aktiviti boleh - sentiasa mengamalkan langkah
dibuat secara individu atau secara kumpulan. keselamatan diri dan orang lain, alatan,
Murid juga digalakkan mereka cipta projek dan bahan ;
secara individu atau secara kumpulan dengan
persetujuan guru. Dalam pemilihan aktiviti, - memilih alatan dan bahan yang sesuai
beberapa faktor harus diambil kira oleh guru dan menggunakannya dengan betul dan
seperti jumlah alatan dan bahan, masa, cermat ;
bilangan murid, dan kebolehan murid. Guru - sedar tentang kos alatan dan bahan
hendaklah memastikan bahawa : serta menggunakannya secara tidak
membazir ;
- murid yang ditempatkan dalam
kumpulan terdiri daripada murid yang - menjalankan kerja mengikut turutan
pelbagai kebolehan ; yang betul ; dan
- aktiviti yang dipilih seboleh-bolehnya - menggunakan alatan dan bahan dengan

6
- tidak membiarkannya bersepah-sepah. Ketiga-tiga cara ini boleh digunakan untuk
menilai projek atau aktiviti yang dijalankan oleh
Di akhir setiap pelajaran guru hendaklah murid sama ada melalui proses kerja atau hasil
memastikan murid ; kerja murid. Penilaian yang dijalankan
hendaklah mencakupi semua objektif
- mengemaskan alatan dan bahan yang
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian yang
telah digunakan ;
dijalankan tidak seharusnya menekankan
- membersihkan alatan dan menentukan konsep lulus atau tidak lulus. Sebaliknya
bilangannya cukup sebelum disimpan ; penilaian itu hendaklah menekankan sama ada
dan seseorang murid telah menguasi aspek yang
dinilai itu atau belum. Penilaian juga seharusnya
- membersihkan tempat kerja dan diri. tidak menekankan perbandingan pencapaian
antara seorang murid dengan seorang murid
Penilaian Penilaian adalah sebahagian proses pengajaran yang lain.
dan pembelajaran. Pengajaran dan
pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya Guru boleh menilai tahap penguasaan dan
penilaian dijalankan secara berterusan. pencapaian murid dari segi kemahiran,
Maklumat daripada penilaian yang berterusan perlakuan, amalan, pengetahuan, serta nilai dan
ini akan dapat membantu guru mengatasi sikap murid melalui pemerhatian aktiviti dan
kelemahan pelajar serta mengukuhkan dan projek yang dijalankan oleh mereka.
mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran melalui tindakan susulan yang Penilaian yang dijalankan oleh guru perlu
dijalankan oleh guru. Tujuan tindakan susulan dicatatkan. Guru boleh mencatat dengan cara
adalah untuk memastikan murid akan terus mencatat kenyataan, menanda pada kenyataan,
maju. dan memberi gred. Senarai semak adalah satu
contoh merekod maklumat penilaian. Penilaian
Penilaian bagi mata pelajaran ini boleh yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalam
dijalankan melalui : buku rekod mengajar dan rekod profil.

- pemerhatian KESELAMATAN
- lisan
- penulisan Keselamatan Am Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah

7
sentiasa diamal dan dipatuhi setiap kali Paparkan poster, ilustrasi, dan
menjalankan kerja amali. Organisasi bengkel peringatan tentang keselamatan supaya
dan pengurusan kerja yang mudah boleh dapat difahami oleh semua murid.
dilakukan secara bergilir-gilir di kalangan murid
bagi memberi mereka pengalaman tambahan 5. Pastikan penjagaan alatan, bahan,
serta menanamkan semangat bekerjasama, perkakas, dan mesin hendaklah
bertanggungjawab dan berdisilpin. dilakukan berterusan supaya
berkeadaan baik dan selamat
Semasa menjalankan kerja praktis, guru digunakan.
hendaklah memastikan tempat kerja bebas
daripada perkara yang boleh mendatangkan 6. Adakan tempat yang sesuai dan selamat
bahaya. Guru hendaklah mengambil segala untuk menyimpan alatan dan bahan
langkah keselamatan sepanjang masa yang mudah terbakar, pecah, dan
pengajaran dan pembelajaran merbahaya.

7. Labelkan semua alatan dan bahan.


Perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
8. Pastikan projek yang dijalankan tidak
1. Tunjukkan teladan kerja yang selamat menggunakan kuasa elektrik arus ulang
kepada murid alik.
2. Pastikan peraturan keselamatan 9. Jangan menggunakan bekas bahan
dipatuhi oleh semua pihak dan tanamkan beracun, bahan kimia, dan bahan yang
rasa tanggungjawab terhadap mudah terbakar ;
keselamatan diri dan orang lain.
10. Sediakan kit pertolongan cemas serta
3. Bimbing murid mengenal pasti perkara alat memadam api;
yang boleh mendatangkan bahaya
11. Ambil tindakan keselamatan apabila
4. Pastikan keadaan tempat kerja berlaku kemalangan; dan
mempunyai cahaya yang cukup,
pengudaraan yang baik, dan lantai tidak 12. Sediakan buku log untuk mencatat
licin kemalangan yang berlaku.

8
Keselamatan Perkara berikut hendaklah diambil perhatian untuk pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah
Diri untuk menjaga keselamatan diri semasa Rendah ialah dua waktu seminggu dan minit
menjalankan kerja praktis : dalam sewaktu ialah tiga puluh minit.

1. Patuhi peraturan keselamatan sepanjang


masa.

2. Pakailah pakaian yang sesuai dan


kemas serta kasut yang bertutup.

3. Ikat rambut yang panjang dengan kemas


atau ikat hujung tudung bagi murid dan
guru perempuan.

4. Elakkan bermain atau bergurau di


tempat kerja.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan betul


dan selamat

6. Gunakan air dan sabun untuk mencuci


tangan selepas bekerja.

PEMETAAN DAN KESINAMBUNGAN


KANDUNGAN

Pemetaan Susunan kandungan dalam Sukatan Pelajaran


Kandungan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun
Tahun Empat Empat ada ditunjukkan dalam jadual Pemetaan.
Kandungan Sukatan Pelajaran seperti berikut.
Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan
cadangan untuk membantu guru dalam
penyediaan perancangan pengajaran. Masa

9
FORMAT HURAIAN Cadangan Lajur ketiga, iaitu Cadangan Aktiviti
Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru
Tiga Lajur Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga Pembelajaran merancang dan membekalkan pengalaman
lajur iaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan
Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti bermakna kepada murid. Guru boleh
Pembelajaran. mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk
aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan
Bidang, Unit Dalam lajur pertama, bidang pembelajaran, unit kebolehan murid dan keadaan sekeliling
dan Hasil pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan. mereka.
Pembelajaran Dalam lajur dua dinyatakan mengenai hasil
pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop Huraian untuk Tahun Empat diperincikan
setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam seperti berikut.
bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.
Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga
aras. Pemeringkatan kemahiran dan
pengetahuan kepada aras tertentu bertujuan
untuk membantu guru menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan dengan mengambil kira kadar
pembelajaran dan keupayaan murid.

Aras Aras 1 merupakan aras asas yang mesti


dikuasai oleh semua murid sebelum mereka
meneruskan pembelajaran ke Aras 2. Aras 2
merangkumi kandungan yang perlu dipelajari
oleh semua murid selepas mereka menguasai
kandungan Aras 1.
Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk murid
yang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1
dan 2. Dengan ini kekompleksian pembelajaran
meningkat dari Aras 1 ke Aras 3.

10
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

Bidang Pembelajaran :
1. Reka Bentuk dan Teknologi
Aras 1
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta
x Mengenal pasti alatan tangan Alatan tangan yang digunakan seperti gandin
( Cadangan peruntukan plastik, tukul kecil dan set pemutar skru kecil.
masa ialah 7 minggu )
x Membuka dan mengenal pasti Membaca dan memahami manual
b. Kajian reka bentuk dan komponen
kefungsian produk
x Menyatakan fungsi komponen
( Cadangan peruntukan x Memasang semula kit model
masa ialah 3 minggu ) Menyimpan kit model secara tersusun dan
selamat.
iv. Membuka dan Contoh kit model ialah kit model robot, jentolak,
memasang kit kereta, motosikal, dan kereta kabel
model Aras 2

x Menerangkan kefungsian sistem


pergerakan kit model

1
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

Aras 3

x Membuka dan memasang kit


model untuk menerangkan
kefungsian produk yang lebih
mencabar

x Mengkaji reka bentuk kit model Contoh kit model ialah robot berkaki 6, kereta
kawalan jauh

Kajian reka bentuk dari aspek bahan, warna,


binaan dan keupayaan.

2
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

c. Penyelesaian masalah

( Cadangan peruntukan
masa ialah 3 minggu )

i. Pencetusan dan Aras 1


penjanaan idea
kreatif melalui x Mengenal pasti masalah Contoh projek eksperimenal ialah :
projek - Menarik bata dengan tisu
eksperimental x Menjana idea kreatif bagi - Membuat jambatan menggunakan straw
menyelesaikan masalah minuman yang boleh menampung beban
- Menjatuhkan telur tanpa pecah pada
x Membuat catatan dan lakaran ketinggian tertentu

ii. Menterjemah idea Aras 1


kepada bentuk 3D
Projek eksperimental boleh juga merujuk
x Memilih lakaran akhir projek kepada pengalaman murid pelajar seperti
eksperimental menaikkan layang-layang.
x Merancang pembinaan projek
Projek ekperimental menggunakan bahan yang
iii. Membina dan Aras 1 mudah diperoleh
mempersembah
kan projek x Membina projek eksperimental Murid mencatat idea-idea baru daripada
eksperimental
persembahan.

3
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

iv. Membina dan Aras 1


mempersembahkan
projek x Membuat persembahan hasil binaan Menyimpan maklumat dalam buku idea
secara lisan

e. Pendokumentasian Aras 1

( Cadangan peruntukan masa x Menyatakan keperluan


ialah 1 minggu ) pendokumentasian dalam buku idea

x Mengumpul dan merekod maklumat

x Membuat buku idea

4
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

1.3 Reka Bentuk dan


Penghasilan Projek

( Cadangan peruntukan
masa ialah 5 minggu )

b. Mereka bentuk dan Aras 1


menghasilkan projek
berasaskan logam dan x Menentukan projek berpandukan kad Lukisan projek dan langkah kerja disediakan
bahan kitar semula kerja dengan jelas dalam kad kerja

x Membaca lukisan projek Penerangan nama dan fungsi alatan tangan


yang berkaitan.
x Mengenal pasti alatan tangan
Contoh bahan kitar semula logam tin aluminium,
zink, dan wayar.
x Menentukan jenis bahan dan kuantiti
Membuat projek berpandukan kad kerja yang
disediakan.
x Mengukur, menanda dan memotong
bahan projek Tunjuk cara memaku dan memasang skru.
x Memasang komponen projek
Cadangan bahan kemasan seperti cat sembur
dan pelekat bergambar
x Membuat kemasan
Contoh projek :

Bekas serbaguna
Penyangkut serbaguna

5
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

Perbincangan atau sumbangsaran tentang cara


perlupusan sisa yang betul

Aras 2

x Mereka bentuk dan membuat projek Penerangan penggunaan bahan kitar semula
berdasarkan minat adalah bertujuan untuk mengelakkan
pembaziran, mengurangkan kos, mesra alam
dan mengekalkan sumber alam

Perbincangan tentang faktor kesihatan dan


keselamatan semasa memilih bahan dan
membina projek

6
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

1.4 Elektrik dan Elektronik

(Cadangan peruntukan
masa ialah 4 minggu )
Aras 1
b. Penghasilan projek
elektronik x Mengenal pasti nama, fungsi dan Komponen yang digunakan adalah seperti LED,
simbol komponen elektronik perintang tetap, perintang boleh laras dan motor
arus terus
x Membaca dan memahami litar
skematik

x Membuat litar penyambungan litar

Aras 2

x Membaca dan menterjemah litar Bahan tambahan yang digunakan ialah bongkah
projek penyambung

Catatan :
x Memilih alatan, bahan dan komponen
LED 1 dan LED 2 boleh digantikan dengan
motor arus terus
x Mengukur, memotong dan menjalur
wayar Memerhati kecerahan LED atau kelajuan
pusingan motor yang dihubungkaitkan dengan
x Memasang komponen mengikut litar perintang boleh laras
projek
Penggunaan alatan tangan yang betul dan
x Menguji litar projek dan membuat selamat perlu diberi penekanan
pembaikan

7
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

1.5 Baik pulih dan


Penyelenggaraan

( Cadangan peruntukan
masa ialah 1 minggu )
Aras 1
b. Penyenggaraan
bahagian x Mengenal pasti bahagian bangunan Contoh bahagian yang perlu disenggara ialah
bangunan yang perlu disenggara seperti engsel pintu dan kerangka tingkap

x Memilih bahan pembersih Bahan pembersih yang terlibat seperti kertas


las, bulu keluli, berus dawai dan minyak.
Cara menyimpan baki bahan pembersih perlu
diberi penekanan

x Membersih dan meminyak bahagian


bergerak pada pintu dan tingkap

8
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

1.6 Jahitan
( Cadangan peruntukan
masa ialah 2 minggu )
Aras 1
a. Membaiki pakaian
x Mengenal pasti alatan dan bahan Guru mengenalkan alat dan bahan jahitan
jahitan seperti jarum tangan (no.7 – 9), gunting fabrik
(saiz 20cm), benang (no 40/50), penetas jahitan,
jarum peniti dan pita ukur.

Bahan dan alatan jahitan disediakan oleh guru.

x Menyatakan kegunaan alatan jahitan Guru menerangkan kegunaan alatan jahitan.

x Menyatakan kegunaan jahitan asas Mata jahitan asas ini boleh digunakan untuk
membaiki pakaian.

x Mengenal pasti mata jahitan asas Mata jahitan asas seperti jelujur halus, jahit kia,
jahit sembat dan jahit lilit.

Tunjuk cara menjahit mata jahitan asas .

Murid menjahit contoh mata jahitan asas pada


perca fabrik.

Guru boleh menggunakan carta jahitan asas


sebagai panduan

9
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

x Menyatakan kegunaan kancing Kancing digunakan untuk merapatkan belah


pada pakaian dan dijahit pada dua lapisan
fabrik.

x Mengenal pasti jenis kancing Guru mengenalkan jenis kancing seperti butang,
cangkuk dan palang.

x Mengenal pasti mata jahitan untuk Mata jahitan untuk menjahit kancing seperti jahit
menjahit kancing lilit kemas dan jahit lubang butang.

Mempamerkan contoh mata jahitan untuk


menjahit kancing.

x Menjahit butang, cangkuk dan palang Tunjuk cara menjahit butang, cangkuk dan
yang tertanggal pada pakaian palang yang tertanggal.

Murid menjahit butang, cangkuk dan palang


pada pakaian.
Aras 2

x Menyatakan maksud kelim Kelim adalah cantuman dua atau lebih kepingan
fabrik yang dijahit dengan jahitan tangan atau
mesin
x Mengenal pasti bahagian pakaian
yang meretas pada kelim Kelim biasanya terdapat di bahagian rusuk,
bahu dan tepi seluar atau kain sarung

Murid mengenal pasti bahagian pakaian yang


merentas
x Memilih mata jahitan untuk membaiki
kelim yang meretas Murid memilih mata jahitan asas yang sesuai
untuk membaiki kelim yang meretas.
10
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

Mempamerkan contoh mata jahitan untuk


membaiki kelim yang merentas.

x Menjahit kelim yang meretas pada Tunjuk cara menjahit kelim yang meretas pada
pakaian rusuk, bahu, tepi seluar atau sarung
menggunakan mata jahitan jelujur halus atau
jahit kia.
Murid menjahit kelim yang meretas pada rusuk,
bahu, tepi seluar atau sarung.

Kelepet adalah penyudah tepi yang dibuat untuk


x Menyatakan maksud kelepet mengemas tepi lurus atau tepi melengkung
pada pakaian atau artikel.
Kelepet biasanya terdapat di hujung kaki seluar,
hujung lengan, bawah blaus dan tepi artikel.
x Mengenal pasti bahagian kelepet
yang meretas pada pakaian Murid mengenal pasti bahagian kelepet yang
merentas
Murid memilih mata jahitan yang sesuai untuk
membaiki kelepet yang meretas

x Memilih mata jahitan untuk Mempamerkan contoh jahitan yang biasa


membaiki kelepet yang meretas digunakan untuk membaiki kelepet seperti
pada pakaian silang pangkah dan sembat susup

x Menjahit kelepet yang meretas Tunjuk cara menjahit kelepet yang meretas
pada pakaian menggunakan mata jahitan silang pengkah dan
sembat susup

Murid menjahit kelepet yang meretas

11
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

1.7 Ikan Hiasan

( Cadangan peruntukan
masa ialah 8 minggu ) Aras 1

a. Pengenalan x Mengenal dan melabel bahagian luar Murid menyebut dan melabelkan bahagian luar
ikan ikan hiasan.

Mempamerkan beberapa spesies ikan hiasan


menggunakan gambar foto atau spesimen
sebenar.

x Menyenarai spesies ikan hiasan Beberapa spesies ikan hiasan tropika yang
tropika biasa dipelihara dan mudah didapati ialah
Guppy, Swordtail, Discus, Angerfish, Tiger Barb,
Molly, Gourami, Ikan pelaga, Cichlid, Oscar,
Kaloi, Kelisa, Belida, Tetra, Mas, dan Koi Kap.

Aras 2

x Menyatakan sebab dan tujuan Ikan hiasan ialah ikan yang dipelihara dalam
memelihara ikan hiasan. bekas atau kolam untuk mengindahkan ruang,
memberi ketenangan dan menghayati alam
akuatik.
Aras 3

x Menyenaraikan beberapa ciri Ciri istimewa pada ikan hiasan ialah pada
istimewa pada ikan hiasan warna, sisik, saiz, pergerakan, bentuk badan,
sirip, cara makan, jantina dan cara pembiakan.

12
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

Aras 1

x Memilih ikan hiasan untuk dipelihara Faktor pemilihan ikan hiasan untuk dipelihara;

- kesesuaian bekas
- habitat dan sifat ikan
- mudah dipelihara
- boleh bercampur dengan jenis ikan lain (untuk
pemilihan campuran)
- tahan terhadap perubahan mutu air
- tahan terhadap serangan penyakit

Teknik memasukan ikan hiasan ke dalam


bekas/kolam
- letakkan beg ikan hiasan ke dalam
akuarium/kolam selama 20 hingga 30 minit
- masukkan sedikit air akuarium/kolam ke
dalam beg plastik
- biarkan ikan keluar bersama air daripada beg
plastik

b. Penyediaan bekas Aras 2

x Mengenal dan memilih tumbuhan Pemilihan aksesori bergantung kepada spesis


akuatik atau tiruan ikan yang hendak dipelihara. Aksesori akuarium
asas ialah pam, dan penapis.
x Menanam tumbuhan akuartik dalam Aksesori tambahan ; batu, pasir, tumbuhan
akurium akuatik, kayu buruk, poster, model dan lampu
akuarium

13
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

x Memilih akuarium/ bekas dan Panduan menyedia dan menghias akuarium


aksesori - letakkan akuarium di lokasi pilihan, pastikan
ada pendawaian elektrik dan bekalan air.
x Menyedia dan menghias akuarium - membersih dan bilas bahan hiasan seperti
kayu, pasir dan batu.
x Memasukkan ikan hiasan ke dalam - letakkan arang diaktifkan dan gegelang bio di
akuarium/bekas dasar akuarium
- masukkan batu, pasir dan kayu buruk
- tanamkan tumbuhan akuatik/tiruan
- masukkan penapis dalaman dan lekatkan
pada dinding tangki akuarium
- masukkan air yang telah dinyah klorin ke
dalam akuarium
- hidukan penapisan dalaman dan nyalakan
lampu
- masukkan ikan

14
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

c. Pengurusan Aras 1

x Mengenal dan memilih jenis makanan Mempamerkan contoh makanan ikan hiasan
ikan hiasan Jenis makanan ikan hiasan yang terdapat dalam
pasaran iaitu makanan hidup (plankton,
rumpair, Moina, Artemia, Udang gantung, ikan
peacock, larva, serangga, dan cacing).

x Mengenal pasti jenis makanan yang Makanan kering (kepingan/emping, pallet,


sesuai mengikut spesis ikan tablet) dan makanan ramuan khas( mengikut
jenis ikan).

x Menyatakan kekerapan dan memberi Ikan hiasan diberi makan 3 kali sehari ( pagi,
makanan ikan hiasan tengah hari, lewat petang) dengan kadar yang
disyorkan.

15
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

x Mengenal pasti kandungan mutu air. Mengukur kualiti air seperti nilai pH, Amonia,
Oksigen terlarut dan Karbon dioksida.

x Melakukan kerja pembersihan bekas, Pelbagaikan jenis makanan, elakkan memberi


menukar air dan menyuci penapis makanan yang berlebihan dan tercemar.

x Mengenal pasti simpton penyakit Mengasingkan ikan berpenyakit dan


biasa pada ikan hiasan mengamalkan langkah kebersihan

x Mencegah dan merawat penyakit ikan Aktiviti pencegahan dan rawatan penyakit ikan
hiasan seperti memasukkan garam atau larutan
berubat.
Lihat lampiran – penyakit biasa ikan hiasan dan
rawatan.
Aras 2

x Menjaga tumbuhan akuatik dalam Peralatan untuk bekalan karbon dioksida


akurium khusus untuk penggunaan di dalam akuarium
adalah seperti;
x Memberi bekalan karbon dioksida tangki silinder gas karbon dioksida, alat
kepada tumbuhan akuatik dalam penyukat tekanan dan alat mengawal
akuarium pengeluaran karbon dioksida.

Nota:
Murid memelihara ikan hiasan dalam kumpulan.
Memadai dengan 2-3 kumpulan untuk satu
kelas.
Menyediakan jadual kerja penjagaan dan

16
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

penyelenggaraan sepanjang tahun untuk


pelajar.
Panduan menteranak Ikan Hiasan boleh
didapati daripada Pusat Penyelidikan Perikanan
Air Tawar, Jabatan Perikanan Malaysia.

17
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

2. Perniagaan dan
keusahawanan

2.2 Merancang dan


Menyediakan Jualan

( Cadangan peruntukan
masa ialah 2 minggu )

a. Membuat
rancangan jualan Aras 1

x Mengenal pasti cara menghasilkan Menetapkan cara menghasilkan barang jualan


barang yang akan dijual

x Menentukan barang jualan Membuat rancangan jualan dan jadual kerja

x Merancang cara menjual Cara menjual:


Berjaja, bergerai, berkedai

x Membuat rancangan jualan Sediakan borang rancangan jualan

x Menyediakan jadual kerja


b. Menyediakan
barang jualan Aras 1

x Menghasilkan barang yang hendak Membuat barang jualan


dijual Contoh : beg kertas, penanda buku, popia,
rojak buah dan air minuman

18
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

Aras 2

x Mengubah suai barang yang hendak Menghasilkan dan mengubahsuai barang


dijual
Contoh : pisang o pisang goreng,
roti o sandwic

19
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

2.3 Mempromosi
Jualan

( Cadangan peruntukan masa 2


minggu )

a. Promosi melalui Aras 1


poster
x Mengenal pasti maklumat yang perlu Maklumat yang perlu ada dalam poster ialah
ada dalam poster barangan, tempat, tarikh, masa dan harga

x Mengenal pasti ciri poster yang baik Ciri poster yang baik :
Reka bentuk yang menarik dan kreatif dari segi
pemilihan perkataan, warna dan saiz huruf yang
sesuai
Aras 2

x Menghasilkan poster untuk Membuat poster berpandukan barang yang


mempromosi barang dihasilkan dan tempat poster dipamerkan

20
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

2.4 Mengurus Jualan

( Cadangan peruntukan
masa 2 minggu )

b. Mendapatkan
pesanan Aras 1
Aktiviti sumbangsaran cara mendapatkan
x Menyenaraikan cara untuk pesananContoh : cara mendapatkan pasaran
mendapatkan pesanan melalui
telefon, e-mel, borang pesanan dan majalah
perniagaan

x Memilih cara yang sesuai untuk


mendapatkan pesanan Cara mendapatkan pesanan hendaklah sesuai
dengan barang, tempat, masa dan kemudahan
Aras 2 yang ada

x Mendapatkan pesanan Mengambil bahagian dalam projek sebenar di


sekolah seperti hari kantin dan sukan

21
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG / UNIT / TAJUK


HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN

2.6 Mengurus
Perbelanjaan Diri

( Cadangan peruntukan
masa ialah 2 minggu )

a. Merekod
pendapatan dan Aras 1
perbelanjaan Perbincangan mengenai sumber pendapatan
x Mengenal pasti sumber
pendapatan Sumber pendapatan boleh diperoleh daripada
pemberian wang saku, mengambil upah,
menjual barang terpakai, menghasil dan
x Menyediakan rekod pendapatan menjual barang, mengubahsuai dan menambah
dan perbelanjaan
nilai serta menjual barang

Membuat pilihan perbelanjaan


b. Merancang Aras 1
perbelanjaan Membuat senarai belanjawan diri
x Menentukan cara berbelanja Merekod dalam borang yang disediakan

x Membuat belanjawan diri Cara menabung :


Menyimpan dalam tabung
x Menentukan cara menabung Menyimpan dalam bank

Latihan mengisi borang simpanan bank

22
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

PEMETAAN
BIDANG / UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN
DALAM SUKATAN PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


1. Reka Bentuk dan Teknologi 27 27 27
1.1 Keselamatan Dan Organisasi Bengkel 1
a. Peraturan keselamatan ¥
b. Organisasi bengkel ¥
1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7
a. Pengenalan kreativiti ¥
b. Kajian reka bentuk dan kefungsian produk ¥ ¥
c. Penyelesaian masalah ¥
d. Penghasilan projek reka cipta ¥
e. Pendokumentasian ¥ ¥ ¥
1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 5 5
a. Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan
¥
kayu dengan bahan kitar semula bukan logam
b. Mereka bentuk dan menghasilkan projek
¥
berasaskan logam dan bahan kitar semula
1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5
a. Penghasilan projek elektrik ¥
b. Penghasilan projek elektronik ¥ ¥
1.5 Baik Pulih dan Penyenggaraan 1 1 5
a. Penyenggaraan alatan tangan ¥
b. Penyenggaraan bahagian bangunan ¥
c. Penyenggaraan dan membaiki
¥
kerosakan pada mesin mudah

23
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


d. Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada
¥
perabot
1.6 Jahitan 2 2
a. Membaiki pakaian ¥
b. Penghasilan artikel ¥
1.7 Tanaman Hiasan 8
a. Pengenalan ¥
b. Pemilihan biji benih ¥
c. Penanaman ¥
d. Penjagaan ¥
1.8 Ikan Hiasan 8
a. Pengenalan ¥
b. Penyediaan bekas ¥
c. Pengurusan ¥
1.9 Tanaman Sayuran 8
a. Penyediaan tapak ¥
b. Penanaman dan penjagaan ¥
c. Pemungutan hasil ¥
2. Perniagaan dan keusahawanan 8 8 8
2.1 Barang Jualan 2
a. Kumpulan sasaran ¥
b. Jenis barang yang sesuai dijual ¥
c. Sumber bekalan ¥
2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan 2 2 2
a. Membuat rancangan jualan ¥ ¥ ¥
b. Menyediakan barang jualan ¥ ¥ ¥
2.3 Mempromosi Jualan 1 2 2
a. Promosi melalui pembungkusan ¥
b. Promosi melalui poster ¥
c. Promosi melalui katalog ¥
2.4 Mengurus Jualan 1 2 1
a. Melayan pelanggan ¥
b. Mendapatkan pesanan ¥

12
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

BIDANG/ UNIT/ TAJUK PEMBELAJARAN TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN 6


c. Menyusun atur barang ¥
2.5 Merekod Jualan 2
a. Merekod barang ¥
b. Merekod pendapatan dan perbelanjaan ¥
c. Mengira untung atau rugi ¥
2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2
a. Merekod pendapatan dan
¥
perbelanjaan
b. Merancang perbelanjaan ¥
2.7 Risiko Dalam Perniagaan 1
a. Risiko dan cara mengurangkannya ¥
2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2
a. Mendapatkan maklumat barang ¥
b. Etika perniagaan dan hak pengguna ¥
JUMLAH 35 35 35

13

You might also like