P. 1
hikayat pak belalang

hikayat pak belalang

5.0

|Views: 1,120|Likes:
Published by Firda
falsafah dan logika melayu
hikayat pak belalang
SITI AKHMARNIZA BINTI AZIZAN
falsafah dan logika melayu
hikayat pak belalang
SITI AKHMARNIZA BINTI AZIZAN

More info:

Published by: Firda on Sep 02, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2012

pdf

text

original

UNIVERSITI MALAYA AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

KARYA KLASIK:HIKAYAT PAK BELALANG

NAMA PELAJAR:SITI AKHMARNIZA BINTI AZIZAN NO MATRIK:JEA 080128 NAMA PENSYARAH:DR.AMRAN MUHAMAD NO.KUMPULAN TUTORIAL:2.00-.3.00pm(selasa)

1

MAKSUD FALSAFAH Falsafah dapat diertikan sebagai proses penta’akulan ilmu dan seni.falsafah juga adalah pengetahuan kepada hakikat sekadar yang tertumpu oleh insan.selain itu,falsafah merupakan sebagai satu proses mengasah, menajam, menghalusi akal budi perkerti bagi mengangkat martabat insane hampir kepada tuhan. Falsafah dapat di bahagikan kepada dua iaitu falsafah nazari dan falsafah amali. Matlamat praktis falsafah ialah memahami isu-isu asas yang berkaitan dengan kehidupan manusia dengan akal menjadi adat utama untuk melaksanakan penyelidikan falsafah itu. Falsafah ialah perihal mencintai kearifan , kebijaksanaan , hikmah , kebenaran melalui pemikiran yang mendalam.

LATAR BELAKANG CERITA RAKYAT

Cerita rakyat adalah cerita yang hidup di tengah-tengah rakyat. Cerita itu berkembang dari mulut ke mulut. Misalnya, seseorang ibu yang menuturkan cerita kepada anaknya ketika hendak tidur atau tukang cerita menuturkan cerita kepada penduduk. Cerita ini dituturkan dari generasi ke satu generasi yang lain. Penutur di antara ibu dan tukang cerita belum tentu kedua-duanya dapat membaca dan menulis. Namun ,cerita-ceriat itu lama-kelamaan di kumpulkan dan kemudian ditulis.

RINGKASAN CERITA HIKAYAT PAK BELALANG

2

Pak belalang hidup miskin bersama isteri dan anaknya yang bernama si belalang.oleh sebab itu, bapaknya disebut pak belalang. Apabila melihat kemiskinan orang tuanya, si belalang tidak sanggup. Suatu hari dia bermain-main berhampiran istana,si belalang sering keluar masuk istana dan mencuri kain-kain gundik raja dan menyuruh bapaknya menjadi ahli nujum raja. Pak belalang berjaya menemukan kain tersebut dan mereka mendapat hadiah sehingga dapat memperbaiki kehidupan mereka keluarga untuk sementara. Setelah bekalan makanan berkuragan si belalang mencuri pula burung kuwau milik raja. Sekali lagi si belalang menyuruh bapaknya untuk menjadi ahli nujum dan mereka berjaya. Akhirnya pak belalang di kenali sebagai ahli nujum sehinggakan tujuh peti barangan berharga milik seorang saudagar yang hilang disuruh tilik oleh pak belalang. Nasib menyebelahi pak belalang dan tujuh peti tersebut ditemui. Pada sautu hari,raja memanggil dan menyuruh pak belalang untuk meneka isi dalam gengamannya,kalau tidak dapat meneka mereka sekeluarga akan dibunuh oleh raja. Merasa pasti tidak pasti,pak belalang mengeluh dan memanggil anaknya “aduh belalang, belalang kita tidak akan berjumpa lagi”. Mendengar kata pak belalang, raja gembira lalu membuka gengamannya. Ternyata dalam gengaman raja adalah seekor belalang. Akhirnya kehidupan mereka sekeluarga ditanggung oleh raja seumur hidup dan mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

3

KUPASAN FALSAFAH DALAM HIKAYAT PAK BELALANG: TOKOH SI BELALANG Falsafah yang terdapat dalam watak Si Belalang ialah falsafah kepintaran seperti kata Pythagoras “Sophia” iaitu kebijaksanaan. Si belalang menggunakan akal untuk mengubah corak kehidupan keluarganya. Hal ini demikian jelas menunjukan bahawa si belalang bijak kerana berusaha mencuri barang-barang dari istana dan menyuruh bapanya menjadi ahli nujum. Apabila bapaknya menjadi ahli nujum, mereka akan mendapat wang untuk membiayai hidup mereka. Kebijaksanan merupakan asas yang penting dalam ilmu falsafah. Falsafah kepintaran si belalang adalah bermatlamatkan untuk mengubah kehidupan keluarganya dengan cara tersendiri iaitu mencuri. Kepintaran yang di miliki oleh si belalang juga dapat kita lihat melalui aliran falsafah yang digunakan iaitu aliran rasionalisme (fahaman bahawa taakulan asas yang paling baik dalam melakukan sesuatu tindakan atau menyelesaikan sesuatu masalah ). Oleh sebab itu, terlihat bahawa kemiskinan dapat menimbulkan idea yang menarik bagi si belalang walaupun idea itu buruk. Dia ingin mengangkat darjat keluarga mereka yang miskin. Dengan kecerdikannya, dia berhasil meningkatkan taraf keluarganya.

Seterusnya, dalam watak si belalang juga terdapat falsafah keberanian. Keberanian yang tinggi dalam diri belalang dapat mengubah taraf kehidupan keluarganya. Si belalang seeorang yang berni kerana dia berani mencuri kain-kain milik gundik raja dan mencuri

4

burung kuwau yang merupakan burung kesayangan raja. Barangan yang telah di curunya disembunyikan di dalam huatn dan untuk mendapatkan hasil dari pekerjaannya itu, dia menjadikan bapanya sebagai ahli nujum kepada raja. Keberanian bukan hanya dapat dipaparkan di medan peperangan semata-mata,penggunaan akal yang pintar dengan risiko yang tinggi jiga di sifatkan sebagai keberanian.

TOKOH PAK BELALANG Dalam hikayat ini dapat saya kupaskan mengenai falsafah yang di miliki oleh pak belalang iaitu falsafah kasih sayang. Kasih sayang merupakan satu perkara yang indah dan amat diperlukan dalam sesuatu perhubungan, terutama antara ahli keluarga. Pak belalang amat menyayangi akan anaknya iaitu si belalang, dan kasih sayang antara mereka tidak dapat di nilaikan dengan harta benda. Hal ini demikian dapat dibuktikan kerana pak belalang hanya mengikut idea yang diberikan oleh anaknya walaupun agak berisiko. Pak belalang menjadi ahli nujum sepertimana yang disuruh oleh anaknya. Dalam bahasa yunani ahli nujum disebut sebagai “hermas”. Persepekatan antar mereka boleh diibaratkan kata pepatah bapa borek, anak rintik. Si belalang juga sering menunjukan rasa cinta dan menghargai kedua-dua orang tuanya. Disaat pak belalang di minta untuk meneka apa isi gengaman raja, dia sangat takut untuk berpisah dengan anaknya dan asyik menyebut nama anaknya. Hal ini kerana jikalau tekaan pak belalang tidak tepat mereka sekeluarga akan di bunuh dan mereka tidak dapat bersama lagi.

TEMA DAN PENGAJARAN

5

Selain menceritakan falsafah kecerdiakan si belalang untuk hidup lebih baik, falsafah keberuntungan juga diterima oleh pak belalang. Oleh sebab itu, tema yang di paparkan ialah orang yang cerdik dan banyak akal akan terhinda dari bahaya. Dalam liku-liku kehidupannya pak belalang sering terhindar dari pelbagai masalah. Adakalanya, usahanya berhasil dan dalam masa yang lain dia juga perlu berusaha menghadapi saat yang genting hingga sampai satu saat dia hampir putus asa dan menghayutkan dirinya ke dalam sungai. Nasib menyebelahi pak belalang dan dia tersangkut pada sebuah kapal. Semua peristiwa yang getir dapat di lalui oleh pak belalng kerana dai pasrah kepada Allah S.W.T. atas nasib yang di berikan-Nya. Oleh sebab itu,pak belalang selalu mendapat pertolongan dari Allah. Pengajaran yang dapat disimpulkan ialah seseorang akan mendapat pertolongan jika mahu berusaha dan bertawakal kepada Allah.

“maka serta sampai saudagar itu pun di pengadapan raja, maka raja pun bertitah,”hai saudagar , adapun hartamu yang hilang itu sudah dapat semuanyya dengan pencuri-pencurinya sekali,”. Maka saudagar itu pun mengucapakan syukur kepada Allah dengan menjunjung kelimpahan kurniaan raja”.

Seterusya, falsafah yang dikemukakan dalam hikayat pak belalang ialah falsafah antara hubungan antara manusia dengan tuhan. Falsafah yang terdapat dalam hikayat ini ialah “bersyukur” kepada tuhan. Kesyukuran kepada Allah dapat dibuktikan pada tokoh saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya. Dalam keadaan ketidaksengajaan pak belalang telah menemukan harta milik saudagar tersebut. Pada waktu hartanya ditemukan , saudagar telah mengucapkan “syukur” kepada tuhan.

6

“maka ada suatu hari ada seorang saudagar di dalam negeri kehilangan harta di dalam gedungnya, ada tujuh peti yang berisi emas perk dan permata, apalagi kain yang mahal-mahal harganya. Maka Bapak si belalang pun di panggil raja. Maka ketika itu raja pun tengah dihadap segala orang besar menteri hulubalangnya bermusyawarah akan harta saudagar yang hilang itu (Jusuf, 1984: 43)

Disamping itu, falsafah hubungan antara manusia dengan masyarakat iaitu, muafakat atau musyawarah. Falsafah ini dapat dilihat pada tokoh raja dan para menterinya dalam episode saudagar yang kehilangan tujuh peti hartanya. Raja mendapat laporan tentng saudagar itu dan mereka segera bermusyawarah.hal ini membuktikan bahawa permuafakatan penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya hidup bermasyarakat tanpa mengira darjat dan pangkat. Permuafakatan akan membawa keberkatan dan mengeratkan hubungan silaturahim. Bak kata pepatah bulat air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat.

Seterusnya, falsafah antara manusia dengan manusia lain ialah falsafah berkerjasama. Falsafah bekerjasama dapat dilihat pada tokoh pak belalang dan si belalang. Falsafah kerjasama ini dapat dijumpai dalam episode pencurian kain gundik raja. Si belalang mencuri kain gundik dan menyatakan perbuatannya itu kepada bapanya. Perkara ini di lakukan supaya bapanya dapat bertindak sebagai ahli nujum apabila raja memangil

7

bapanya. Kerjasama antara si belalang dengan bapanya dapat meringankan beban yang ditanggung bersama. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

KESIMPULAN: Hikayat pak belalang ialah salah satu karya klasik atau tradisional masyarakat melayu untuk menunjukan dan mengupas asas-asas falsafah dan logika melayu diterapkan dalam kehidupan orang melayu dan memberikan pengajaran untuk dijadiakan teladan.

8

RUJUKAN: 1. STRUKTUR DAN NILAI BUDAYA DALAM “HIKAYAT PAK BELALANG”:Nikmah sunardjo, Sulistiati, Amir mahmud. 2.www.google.com.my: hikayat pak belalang.

9

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->