You are on page 1of 7

KAJIAN NOVEL KOMSAS TINGKATAN 4

Novel “RENYAH” Karya Gunawan Mahmood

_____________________________________________________________________
___
A. Berikut adalah garisan panduan kepada pelajar 4 Marikh untuk menyiapkan
tugasan.
Tajuk-tajuk yang perlu ada dalam folio anda adalah seperti berikut:

1. Prakata/Pendahuluan

2. Biodata Pengarang

3. Sinopsis Setiap Bab

4. Tema

5. Persoalan

6. Watak dan Perwatakan

7. Latar Masa

8. Latar Masyarakat

9. Latar Tempat

10. Binaan Plot

11. Teknik Plot

12. Gaya Bahasa

13. Nilai

14. Pengajaran

B. Isi-isi penting sahaja boleh dirujuk dalam blog BUDIDAYA BAHASA MELAYU
dan pelajar-pelajar perlu menulis huraian yang lengkap untuk setiap tajuk. Dalam
huraian setiap tajuk, pelajar perlu mengemukakan peristiwa dan watak yang benar-
benar terdapat dalam novel.
KAJIAN NOVEL : RENYAH

TEMA

Novel ini bertemakan konflik keluarga. Kehidupan sebuah keluarga yang menjadi
pincang akibat sikap anak-anak.
Datuk Dolhi yang mengusahakan perniagaan bersama Albert Lee berasa bimbang
terhadap anak-anaknya yang tidak berminat untuk menguruskan perniagaannya
sehingga merisaukan beliau sekiranya tiada anak-anak yang menggantikan tempatnya
kelak. Kebimbangannya bertukar menjadi kecewa apabila anak-anaknya terlibat
dalam pelbagai salah laku.

PERSOALAN

1. Dunia korporat dan urusan perniagaan.


2. Kegiatan pendakwah yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar.
3. Rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan.
4. Kecenderungan golongan artis (penyanyi ‘rock’) terlibat dengan dadah.
5. Aktivis alam sekitar.
6. Dasar Pandang ke Timur
7. Aktiviti para datin.
8. Mendidik anak-anak.
9. Sikap orang Melayu terhadap perniagaan.
10. Budaya kerja dan pembangunan ekonomi Jepun.
11. Minat dan kecenderungan anak yang tidak dapat diubah atau dipaksa oleh ibu
bapa.
12. Perpaduan kaum / persahabatan yang tidak terbatas kepada bangsa dan agama.
13. Kepentingan ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan pengalaman.
14. Jodoh dan perkahwinan.
15. Sikap menghargai barangan dan jenama tempatan.

BINAAN PLOT

Cerita disampaikan secara kronologi iaitu mengikut urutan masa. Kisah zaman silam
Datuk Dolhi disampaikan secara imbas kembali melalui lamunannya.

Peringkat Pengenalan

1. Datuk Dolhi resah apabila mengenangkan lima orang anaknya tidak berminat untuk
melibatkan diri dalam perniagaan bagi menggantikan tempatnya dalam syarikat Dolhi
- Albert Holding.
2. Hasnol memegang jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik amat
mementingkan kedudukannya sebagai pegawai tinggi dan kuasa yang ada padanya.
Amera amat mencintai bidang perguruan. Ilham pula merupakan penyair, penulis dan
aktivitis alam sekitar. Mukhlis terlibat dengan sebuah pertubuhan dakwah Islamiah
songsang dan tidak mahu bekerja. Dani berminat dalam bidang muzik, menjadi
penyanyi sebuah kumpulan muzik ‘rock’ dan akan merakam lagu.
3. Datuk Dolhi dan Albert Lee menjalankan pelbagai jenis perniagaan melalui
syarikat Dolhi - Albert Holding. Anak Albert Lee iaitu Robert Lee turut terlibat dalam
perniagaan itu. Albert Lee ingin memperkukuh kedudukan keluarganya dalam Dolhi –
Albert Holding dengan berhasrat untuk menjodohkan Robert Lee dengan Amera.
4. Datuk Dolhi mempunyai seorang anak lelaki bersama isteri keduanya yang telah
meninggal dunia.
5. Kesibukan Datuk Dolhi sebagai usahawan. Dia memeriksa projek, menghadiri
seminar, ke luar negara untuk mencari rakan kongsi, mencari peluang perniagaan di
luar negara dan memberikan ceramah kepada usahawan muda.
6. Gambaran kehidupan para datin. Datin Tominah dengan beberapa orang datin yang
lain mengadakan pertemuan untuk membincangkan penubuhan kelab baharu yang
berfungsi menjaga kepentingan datin dan memulakan perniagaan butik busana Islam.

Peringkat Perkembangan

1. Wahi mencadangkan budaya kerja Jepun yang dikenali sebagai Sistem Gugus
Kawalan Mutu (QCC) diaplikasikan dalam syarikat Dolhi – Albert Holding.
2. Datin Tominah ingin memulakan perniagaan butik busana Islam dan memujuk
Datuk Dolhi supaya mengeluarkan modal.
3. Hasnol kerap meminjam wang untuk membayar kad kredit. Linda cenderung
kepada gaya hidup mewah sehingga Hasnol terpaksa berhutang.
4. Ilham menceroboh masuk ke bilik Inem, pembantu rumah menyebabkan Inem
berhenti kerja serta-merta. Ilham lari ke Sarawak untuk menentang aktiviti
pembalakan yang diusahakan oleh syarikat Dolhi – Albert Holding.
5. Mukhlis menjalani kehidupan yang daif di perkampungan Islam Sungai Bakau. Dia
berkahwin dengan Hanisah, janda tuk guru yang sudah beranak tiga.
6. Dani leka dengan kumpulan muzik ‘rock’ dan akan merakamkan lagu.
7. Amera terpilih sebagai pendidik terbaik seluruh negeri. Dia dilamar oleh Timbalan
Menteri Tugas-tugas Khas iaitu YB Wahab Yassin dan berkahwin.
8. Hasnol didesak dan diugut oleh Tengku Munir supaya meluluskan dua belas tender
yang disertai syarikatnya. Dia mendesak supaya Hasnol memberikan semua projek
kerajaan kepada syarikatnya. Sebagai ganjaran, Hasnol diberikan tiga ratus ribu
ringgit.
9. Tengku Munir memarahi Hasnol kerana syarikatnya hanya menang empat tender
daripada dua belas yang disertai syarikatnya. Dia mendesak Hasnol supaya
membatalkan tender yang telah diberikan kepada syarikat lain.
10. Datuk Dolhi bercuti ke Jepun selama dua minggu. Dia memberitahu Wahi bahawa
Wahi ialah anaknya bersama Mastura. Wahi pula menyampaikan berita bahawa dia
akan berkahwin dengan gadis Jepun iaitu Yuka.

Klimaks / Puncak

1. Ilham lari ke negara Barat bersama Bruno Manser. Dia dianggap pengkhianat
negara kerana memburuk-burukkan negara berkaitan isu pembalakan.
2. Datuk Dolhi mengumumkan kepada isteri dan anak-anaknya bahawa Wahi ialah
anak kandungnya dengan isteri keduanya yang telah meninggal dunia.
3. Dani ditangkap polis kerana memiliki dadah ketika mengadakan persembahan
kumpulan Young Rock Band di sebuah pekan kecil.
4. Mukhlis dilanggar motosikal ketika merayau-rayau di sebuah pekan.
5. Tengku Munir membuat aduan bahawa Hasnol meminta wang setengah juta ringgit
sebagai ganjaran meluluskan dua belas tender yang disertai syarikatnya.

Peringkat Peleraian dan Penyelesaian

1. Wahi kembali ke tanah air bersam isterinya, Yuka dan menerajui perniagaan Dolhi
– Albert Holding. Yuka pula bertugas di bahagian personel dalam syarikat yang sama.
2. Albert Lee keluar dari Syarikat Dolhi – Albert Holding. Persahabatan antara Datuk
Dolhi dengan Albert terlerai.
3. Hasnol ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan rasuah.
4. Dani akan dibicarakan berkaiatan kes dadah dan akan dimasukkan ke pusat
pemulihan dadah.
5. Mukhlis dirawat di hospital mental.
6. Ilham masih menjadi buruan pihak berkuasa Malaysia.

TEKNIK PLOT

Teknik plot ialah cara pengarang menyampaikan cerita dalam karyanya. Kepelbagaian
teknik plot dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan novel
berkenaan. Berikut adalah perbincangan tentang teknik plot atau teknik penceritaan
yang terdapat dalam novel Renyah:

1. Teknik Pemerian
Pengarang menggunakan teknik pemerian untuk menggambarkan suasana, keadaan,
gambaran atau pendirian watak, latar, dan sebagainya. Teknik ini tidak memerlukan
dialog kerana pengarang bertindak sebagai pencerita.

Sebagai contoh, pada halaman 53, pengarang menulis tentang perbuatan Amera
menghempas buku di atas meja dan dia meluat melihat muka Ilham. Manakala, Dani
terus memetik gitar sambil terkumat-kamit melagukan puisi yang diberikan oleh
Ilham.

Selain itu pengarang memerihalkan suasana di rumah Datuk Dolhi setelah kepulangan
wahi dan isterinya, Yuka dari Jepun.

Malam itu mereka sekeluarga berhimpun walaupun tidak lengkap semuanya. Suasana
terasa meriah dengan kedatangan ahli baharu. Malam itu juga Datuk Dolhi mencerita
segala-galanya. Suasana tiba-tiba berubah pilu apabila kisah Mastura yang hidup
dalam keterasingan diceritakan. Bagaimanapun, Datuk Dolhi tidak mahu kesedihan
itu berterusan. (Halaman 210)

2. Teknik Dialog
Dialog ialah pertuturan antara watak. Teknik ini digunakan untuk melahirkan
pendapat watak tentang sesuatu perkara. Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah
cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik. Sebagai contoh pada halaman 103 – 104,
Datin Tominah bertanya kepada suaminya mengenai tempat tinggal anak mereka,
Mukhlis. Datuk Dolhi menjelaskan bahawa Mukhlis berada di Sungai Bakau, di
perkampungan jemaah anaknya. Datin Tominah ingin tahu lebih lanjut, tetapi Datuk
Dolhi tidak tahu tentang perkara yang dilakukan oleh Mukhlis pada waktu itu.

3. Teknik Imbas Kembali


Imbas kembali bermaksud ingatan watak terhadap peristiwa yang telah berlaku atau
yang telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula
peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan, lamunan, ingatan atau watak
bercerita kepada watak lain.
Dalam novel ini, teknik imbas kembali disampaikan melalui lamunan watak Datuk
Dolhi:

‘Datuk Dolhi terkenangkan pertama kali dia pergi ke Jepun mengikut program JICA.
Terkulat-kulat dia dan rakan-rakan mencuba resepi Jepun. Rasa was-was tidak dapat
dielakkan. (Halaman 3)

4. Teknik Saspens atau Ketegangan


Saspens bermaksud peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya
atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan
berkalu selanjutnya. Dengan wujudnya perasaan ingin tahu, pembaca akan terus
membaca karya tersebut.

Antara contoh saspens yang terdapat dalam novel ini adalah ketika Amera mendapat
jambangan bunga daripada peminat misterinya. (Halaman 91 – 92)

Contoh seterusnya adalah tentang pendirian Hasnol dan tender yang disertai oleh
Tengku Munir. Hasnol menerima ugutan daripada Tengku Munir supaya meluluskan
permohonan tendernya dengan balasan akan diberi wang sebanyak tiga ratus ribu
ringgit. (Halaman 146)

Terdapat juga unsur saspens apabila Datuk Dolhi teringat akan Wahi yang berada di
Jepun. Pembaca tertanya-tanya dan ingin mengetahui siapakah sebenarnya Wahi.

Begitu juga rahsia Wahi yang disimpan oleh Datuk Dolhi, menimbulkan
kebimbangan sekiranya Wahi enggan menerima hakikat itu. (Halaman 108)

5. Teknik Kejutan (surprise)


Kejutan bermaksud perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba
tanpa diduga. Pembaca terkejut akan peristiwa yang di luar jangkaan mereka. Kesan
yang timbul daripada perubahan itu tidak sama dengan yang diduga oleh pembaca.

Antara contoh kejutan dalam novel ini adalah peristiwa Datuk Dolhi memberitahu
bahawa Wahi adalah anaknya bersama isteri kedua kepada seisi rumah.
Malam itu seisi rumah Datuk Dolhi gempar apabila dia mengisytiharkan bahawa
Wahi ialah anaknya daripada isteri kedua. Datin Tominah menangis teresak-esak.
Dia menelefon saudar-maranya. Amera termenung panjang. Dani menggeleng-
geleng. Hasnol tidak menjawap apa-apa apabila Datin Tominah memberitahu.
Masing-masing menyimpan perasaan. (Halaman 176 – 177)

Pembaca juga terkejut dengan peristiwa Albert Lee, rakan kongsi dan sahabat Datuk
Dolhi mengambil keputusan untuk keluar dari syarikat Dolhi – Albert Lee Holding.

Albert Lee yang tidak berpuas hati telah menuduh anak-anak Datuk Dolhi yang
menyebabkan syarikat mereka merosot. Tindakan Ilham menyebabkan kontrak
mereka dibatalkan. Penglibatan Hasnol dalam skandal rasuah menyebabkan pegawai-
pegawai BPR menyiasat bagaimana Dolhi – Albert Holding mendapatkan tender-
tender mereka. Kedatangan YB timbalan menteri ke dalam keluarga Datuk Dolhi
tidak banyak membantu, malah mendatangkan kecurigaan pula.

Persahabatan Albert Lee dengan Datuk Dolhi terlerai begitu sahaja. Keputusan
meletakkan Wahi di tempat Datuk Dolhi membuatkan Albert Lee tidak gembira,
bahkan berasa terancam.
“Kita akan tarik diri, Robert,” kata Albert kepada anaknya.
(Halaman 212 – 213)

6. Teknik Monolog

Monolog bermaksud tutur atau pengucapan sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada
dirinya sendiri atau kepada orang lain.

Contoh monolog dalam novel ini adalah ketika Datuk Dolhi menatap kertas cadangan
Wahi tentang Kawalan Mutu Menyeluruh (KMM);

“Macam-macam idea si Wahi ni,” bisik Datuk Dolhi.


(Halaman 65)

Datuk Dolhi juga bermonolog:

Kalaulah dia dapat menulis sebegitu, akan ditulisnya surat penjang lebar kepada anak-
anaknya. Kepada Hasnol, dipintanya supaya meninggalkan perkhidmatan awam dan
terjun segera ke dunia korporat. Kepada Ilham dipintanya supaya meninggalkan kerja
yang sia-sia. Kepada Amera, dipintanya supaya memikirkan hari depan yang lebih
cemerlang. Kepada Mukhlis, dipintanya supaya meninggalkan kesongsangan hidup.
Kepada Dani, dipintanya supaya memikirkan muzik sebagai karier. Tiba-tiba Datuk
Dolhi teringatkan Wahi di Tokyo. Apa khabar gerangan orang muda itu? Tekun
sungguh dia… (Halaman 107 108)

Selain itu terdapat monolog dalaman Datuk Dolhi mengenangkan nasib orang Melayu
dan anak-anaknya yang tidak gemar berniaga:

“Melayu … Melayu. Ya, allah, selamatkanlah Melayu di muka bumi ini.” Itulah
ucapan Datuk Dolhi setiap kali dia mendengar kedangkalan orang Melayu.
Tidak boleh disalahkan orang lain juga, bisik hatinya. Lima orang anaknya juga buta
niaga, buta usaha. Istilah bisnes tidak bercambah dalam otak mereka. Apakah dia
mahu salahkan system pelajaran atau system masyarakat? Jangan! Orang berfikiran
positif tidak akan menyalahkan orang lain. (Halaman 32)

7. Teknik Menamatkan Cerita


Dalam novel Renyah, pengarang menggunakan teknik penamat terbuka. Pengarang
memberikan peluang kepada pembaca untuk menentukan kesudahan cerita dan cerita
seolah-olah tergantung.
Pengarang mengakhiri cerita dengan:

Petang itu Datuk Dolhi mencari ketenangan sambil membilang satu per satu nama
anaknya. Dia membayangkan masa depan Hasnol, Ilham, Amera, Mukhlis, dan Dani.
Kemudian dia memikirkan hal Wahi. Kesemua mereka warisnya yang berpotensi,
diberikan ppendidikan hingga ke institute pengajian tinggi. Berbanding dengan
Wahi, anak-anaknya yang lain telah dibesarkan dengan limpahan kemewahan.
Barangkali, itulah sebabnya mereka terbiasa dalam zon selesa. Wahi yang
dibesarkan dalam zon yang penuh cabaran, akhirnya muncul sebagai pemuda yang
berjiwa kental.

Datuk Dolhi memujuk hati, langit mana yang sentiasa cerah, bumi mana yang tidak
ditimpa hujan. Dia berharap anak-anaknya akan bangkit membersihkan kesilapan
lalu dan memantapkan peribadi demi meneruskan perjuangan hidup. Kepada Wahi,
dia menaruh harapan yang tinggi agar anaknya itu dapat memperluaskan empayar
perniagaannya. Moga dengan perluasan itu kelak, anak-anaknya yang lain akan
tertarik untuk menerjuni bidang korporat sebagaimana yang diimpi-impikannya. Dia
bermunajat kepada Allah Subhanahuwataala agar mereka sekeluarga diberikan
hidayah untuk meneguhkan iman, sekali gus menempa kejayaan.

You might also like