You are on page 1of 50

SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL

1.0 Pengenalan Reka Bentuk Grafik

Reka bentuk grafik merupakan proses seni yang menggabungkan teks dan grafik melalui reka bentuk
logo, grafik, risalah, bulletin, poster, papan tanda dan lain-lain komunikasi visual. Pada masa kini,
pereka bentuk sering menggunakan gabungan perisian percetakan meja dan teknik untuk
menghasilkannya. Reka bentuk grafik merupakan saluran komunikasi yang berkesan. Grafik boleh
didefinisikan sebagai gambaran bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka khas untuk
menyampaikan mesej atau idea kepada penonton atau pelajar. Grafik merujuk gambar-gambar yang
dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni. Grafik juga meliputi beberapa bahan seperti
lukisan, carta, graf, poster dan kartun.

Istilah grafik berasal daripada perkataan Greek, Graphikos yang membawa maksud ‘lukisan
dan catan’. Graphein pula bermakna untuk menulis atau melambangkan penggunaan garisan. Grafik
merujuk kepada bahan yang meringkaskan maklumat, memaklumkan fakta atau idea dengan jelas,
berkesan dan meyakinkan melalui kombinasi lukisan, perkataan, simbol dan gambar. Grafik boleh
diertikan sebagai bahan bukan fotografi dua dimensi (2D) yang direka bentuk untuk memaklumkan
mesej yang spesifik kepada pemerhati.

Grafik diungkap sebagai bahan ilustrasi yang digunakan untuk memaklumkan fakta atau
idea, iaitu sejenis bahasa ringkas yang universal. Bahan grafik 2D merupakan bahan-bahan visual
yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping permukaan yang rata. Ia merupakan
bentuk seni yang mengandungi mesej dengan tujuan untuk memberi petunjuk, arahan, atau
maklumat.

Kesimpulannya, grafik ialah kepelbagaian visual bukan unjuran (non-projected visual), bahan
bukan fotografi, bahan 2D yang direka bentuk khusus melalui kombinasi imej, perkataan, simbol dan
lukisan untuk menyampaikan mesej, idea, fakta dan maklumat. Reka bentuk grafik ini juga
merupakan satu bentuk seni untuk mempamerkan idea atau produk dalam bentuk visual dengan
menggunakan pelbagai medium daripada lakaran pensel hinggalah grafik komputer.

2.0 Sejarah Perkembangan Grafik

Reka bentuk grafik telah wujud semenjak zaman dahulu lagi. Orang Roman telah menggunakan
pengiklanan pada sekitar 15 000- 10 000 SM di mana piktograf atas dinding gua digunakan sebagai
bahasa visual. Selepas tahun 1945, kursus-kursus reka bentuk grafik berkembang di kolej-kolej seni,
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
2

kolej teknikal, dan politeknik. Para pereka bentuk tersebut memasuki dunia reka bentuk percetakan,
pengiklanan dan televisyen termasuklah reka bentuk korporat untuk industri dan perdagangan. Pada
zaman itu, reka bentuk grafik meliputi rekaan untuk tiket bas, tanda jalan untuk laluan kenderaan,
pembungkusan rokok, penggunaan tipografi untuk perkamusan sehinggalah rekaan seni dalam
penerbitan majalah.

Seterusnya istilah komunikasi visual digunakan untuk membolehkan filem media


digolongkan dalam kategori tersebut. Secara am, reka bentuk grafik ini merupakan medium atau
perantara untuk pemindahan objek dan idea. Pada zaman era Victoria, seni grafik berpusat pada
perkembangan masyarakat pengguna. Reka bentuk grafik yang menonjol penggunaannya dalam
persuratkhabaran dan poster dirangsang dengan pertumbuhan pesat perkembangan percetakan.
Peralatan seperti air brush yang dipelopori pada tahun 1893 oleh Charles Burdick menggunakan
semburan dakwat atau cat yang membolehkan pereka bentuk menghasilkan rekaan ton gambar
yang lebih halus dan sempurna.

Teknologi dan pengguna, korporat dan permintaan institusi telah memberi acuan dalam reka
bentuk grafik pada penghujung kurun ke-20. Walaubagaimanapun, banyak taktik dan strategi grafik
kontemporari dibina berasaskan pergerakan awal kurun ke-20 seperti Kubisme, Surealisme,
Futurisme, De Stjil dan Kostruktivisme. Surealisme muncul dalam dua bentuk sebelum Perang Dunia
Kedua. Jurufoto terdorong menggunakan teknik surealisme kerana ia membolehkan transformasi
fotografi kepada hasil seni. Seni Surealis ini menjadi ikutan para pereka bentuk ketika itu.

Pada lewat kurun ke-20, reka bentuk tipografi dan muka taip dipelopori oleh De Stijl dan
kontruktivisme. Di Jerman pada kurun ke-20, Herbert Beyer (Austria, 1900-85) yang mengajar di
Bauhaus telah mencipta muka taip sans serif yang dipanggil universal pada tahun 1925. Ikutan
revolusi Avant Garde pada tahun 1920-an telah dikomersilkan pada tahun 1930-an. Di Britain,
Stanley Morison (1889-1967) telah mencipta Times New Roman pada tahun 1932. Muka taip roman
ini digunakan secara meluas di seluruh dunia. Negara yang mengetuai rekabentuk grafik moden
dalam dekad pertama selepas Perang Dunia Kedua ialah Amerika Syarikat, Switzerland dan Jerman.

3.0 Elemen dan Prinsip Reka Bentuk Grafik

Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni iaitu
garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu yang
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
3

dikehendaki dalam sesuatu gubahan seni visual. Terdapat tujuh prinsip rekaan iaitu harmoni kontra,
penegasan, imbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan.

Setiap gubahan seni visual yang menarik lazimnya mengaplikasikan lebih daripada satu
prinsip rekaan dalam proses ciptaannya. Struktur dalam rekaan grafik merujuk kepada rangka asas
sesuatu objek. Semua objek di alam sekeliling kita mempunyai struktur yang memberi sokongan dan
perlindungan kepada objek tersebut. Dalam konteks seni visual, struktur rekaan ialah gaya
persembahan sesuatu gubahan seni visual.

3.1 Elemen-Elemen Reka Bentuk Grafik

3.1.1 Garisan

Garisan digunakan untuk menunjukkan gerakan, arahan dan juga perlakuan. Garisan diolah menjadi
suatu kesan yang menarik dalam rekaan visual grafik. Sebagai contoh, garisan melintang
menunjukkan kestabilan dan ketenangan manakala garisan yang tegak pula menimbulkan kesan
kekuatan dalam rekaan yang dihasilkan. Garisan pepenjuru menunjukkan bahawa terdapat gerakan
dan dinamik. Selain itu, garisan juga dapat mewujudkan kesan bentuk atau objek dan boleh
menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

3.1.2 Jalinan

Jalinan dalam reka bentuk grafik biasanya digunakan untuk menampakkan kesan tekstur pada suatu
permukaan. Ia terdiri daripada jalinan kasar dan licin. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu jalinan
tampak dan jalinan sentuh. Dalam rekabentuk grafik, jalinan merupakan salah satu elemen yang
menjadikan sesuatu rekaan itu kelihatan lebih abstrak contohnya kesan jalinan yang diaplikasikan
pada kad jemputan dan juga ilustrasi pada risalah-risalah produksi.

3.1.3 Rupa

Rupa merupakan hasil pertemuan di antara titik permulaan suatu garisan dengan penghujungnya. Ia
bersifat dua dimensi, mempunyai permukaan yang rata dan kosong. Rupa boleh dihasilkan dengan
menggunakan warna dan juga garisan. Dalam seni visual, unsur-unsur ini dapat dilihat dalam
gubahan seni grafik iatu logo, corak dan mukataip.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
4

3.1.4 Bentuk

Bentuk merupakan salah satu elemen dalam grafik yang sering diolah menjadi suatu rekaan yang
bersifat tiga dimensi. Bentuk terhasil daripada beberapa rupa pada satah tertentu, dan juga pada
struktur tertentu. Bentuk mempunyai sifat-sifat yang tersendiri iaitu mempunyai keluasan,
kelebaran, dan ketinggian. Ianya mempunyai isipadu, dan bersifat pejal.

3.1.5 Warna

Warna merupakan satu unsur yang sangat penting dalam seni visual. Penghasilan rekabentuk grafik
menjadikan warna sebagai satu elemen yang menjadi ciri asas dan menggunakan warna sebagai
daya penarik kepada rekaan tersebut. Warna yang digunakan dalam perekaan bergantung kepada
tema, makna, dan komposisi yang ingin diolah melalui karya tersebut. Selain itu tujuan dan mesej
yang ingin disampaikan juga mempengaruhi penggunaan warnna dalam sesuatu karya.

3.2 Prinsip-Prinsip Reka Bentuk Grafik

3.2.1 Simplisiti

Simplisiti atau kesederhanaan merupakan prinsip seni reka yang bersifat sederhana dan tidak terlalu
berat komposisinya. Prinsip kesederhanaan ini dapat member ilusi yang menarik dan mendorong
audien untuk terus menghayati sesuatu karya seni tersebut.

3.2.2 Dominan

Dominan merupakan salah satu prinsip yang selalu digunakan dalam penghasilan reka bentuk grafik.
Misalnya penggunaan warna yang dominan dalam reka bentuk kad jemputan dan juga papan iklan.
Dominan berasal dari perkataan Dominance yang bermaksud keunggulan. Sifat unggul dan istimewa
ini menjadikan sesuatu unsure seni tersebut sebagai penarik dan menjadi pusat perhatian. Dominan
mempunyai beberapa tujuan iaitu menarik perhatian, menhilangkan kebosanan dan member titik
focus pada sesuatu karya yang dihasilkan.

3.2.3 Harmoni

Harmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan
seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip
yang tersusun dan menimbulkan kesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa,
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
5

bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukan garisan grid akan
menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan
gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pandangan mata.

3.2.4 Kontra

Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau
bercanggahan dalam suatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri
bertentangan menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan
menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan, Kontra
banyak diaplikasikan dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat memberi penegasan
dan tumpuan. Ia juga dapat mengelakkan kebosanan dan menjadikan hasil seni pelbagai serta
menjadi lebih menarik.

3.2.5 Penegasan

Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya.
Selain itu, ia juga disebut sebagai Center of Interest, Focal Point dan Eye Catcher. Dalam proses
penghasilan karya seni visual, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara menggunakan unsur-
unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objek
penegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid berpancaran. Aplikasi prinsip rekaan
penegasan dalam gubahan seni visual dpat menimbulkan focus atau tumpuan, menarik perhatian
dan mengelakkan kebosanan.

3.2.6 Imbangan

Imbangan ditakrifkan sebagai suatu keadaan kesamaan dan berpadanan dari segi berat, tarikan dan
tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu susunan unsur-unsur seni. Imbangan merujuk kepada
pembahagian yang bersebelahan atau berpadanan sama ada di sebelah kiri dan kanan atau atas dan
bawah. Ia terbahagi kepada dua iaitu imbangan simetri dan juga imbangan tak simetri. Melaui
imbangan, susunan tidak akan kelihatan berat sebelah dan akan mewujudkan kesan kesatuan.

3.2.7 Irama dan Pergerakan

Irama dan pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur
seni dengan cara dan teknik yang tertentu. Mengaplikasikan prinsip irama dan pergerakan dalam
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
6

kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Ia juga menjadikan
gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih
hidup, realistik dan berkesan.

3.2.8 Variasi atau Kepelbagaian

Variasi adalah kepelbagaian yang diperolehi melalui penggunaan kontra dan perincian sesuatu karya.
Penggunaan elemen kontra dalam hasil karya mampu mewujudkan variasi dari segi warna, bentuk
dan komposisi sesuatu hasil karya. Ia merujuk kepada penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan
yang pelbagai dalam sesuatu hasil rekaan. Kepelbagaian dapat memberikan gaya, variasi, tenaga dan
tarikan dari gubahan tersebut.

3.2.9 Kesatuan

Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur di dalamnya mempunyai satu
tema atau idea yang sama dan menyeluruh. Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik
dapat mewujudkan kesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuan
dalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di mana ia
menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak dari segi kekuatan karya.

4.0 Jenis-Jenis Reka Bentuk Grafik

4.1 Poster
 Definisi poster
Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak
yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam
promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan
yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak.

Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti
masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan
digantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat
menonjolkan keistimewaan mesej kemasyarakatan dan pengiklanan untuk ditontonkan di tempat
menunggu bas misalnya. Antara pereka grafik terkenal di Amerika dan Eropah yang menghasilkan
poster yang menarik dan bertaraf dunia seperti Oskar Kokoschka dan Ben Shehn.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
7

Poster adalah dalam bentuk dua dimensi, format halaman yang berasingan digunakan untuk
mempamerkan maklumat, data, jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat
tentang sebab, tempat, produk, syarikat, penyelenggaraan dan organisasi yang hendak disebarkan
kepada umum. Kebanyakan poster digantungkan di tempat-tempat awam supaya senang dilihat
walaupun dari jarak jauh. Poster sangat penting untuk mengingat dan menarik perhatian masyarakat
di sesuatu tempat seperti pada billboard, papan tanda dan lain-lain visual. Poster yang dianggap
berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat.

Visual pada poster adalah sebuah rekabentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu
yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz imej yang diguna haruslah memberi kesan
kepada sesebuah hasil rekabentuk yang menarik. Melalui pemahaman skala, ia akan memberikan
pereka satu siri dalam membuat ilusi tentang kedalaman dari segi ruang, membuat kejutan dan
membuat visual dinamik atau kepelbagaian. Poster mungkin direka hanya menggunakan tipografi
atau kombinasi visual dan visual itu mungkin berbentuk abstrak, piktograf, simbolik, ilustrasi, visual
grafik, fotografi atau kolaj atau campuran atau kepelbagaian. Merekabentuk poster adalah suatu
cabaran dalam proses penyampaian mesej komunikasi yang berkesan.

 Jenis-jenis poster
i. Dekoratif
ii. Kreatif dan artistik
iii. Perkhidmatan awam
iv. Hiburan
v. Pameran dan pertandingan
vi. Sukan
vii. Iklan dan promosi
viii. Media dan teknik percetakan

 Sejarah Poster
Bermula dengan penciptaan mesin cetak (1476), ciptaan Guttenberg diperkenalkan oleh Caxton di
England. Poster pertama dihasilkan ‘Cuparas’ yang berfungsi sebagai media penyebaran maklumat.
Poster yang awal wujud bersama-sama dengan perkembangan industri percetakan pada abad ke 15
di Eropah dan hanya menggunakan susunan huruf semata-mata.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
8

Poster yang menggunakan ilustrasi mula wujud pada abad ke-17 apabila munculnya teknik
cetakan litografi. Pada masa ini juga teknik ‘ukiran kayu’ diperkenalkan bagi poster ilustrasi. Pelukis-
pelukis yang aktif dalam penghasilan poster ketika itu termasuk Honore Daumier (1808-1974) , Jules
Cheret (1836-1932) Henri de Toulouse-Lautrec (1864-1901) dan Pierre Bonnard (1867-1974). Fungsi
poster pada ketika itu kebanyakannya digunakan untuk propaganda dan pemberitahuan selain
daripada fungsi pengiklanan. Pada tahun 1796, teknik ‘litografi’ yang pertama telah dihasilkan oleh
Senefelder. ‘LA BISHE AU BOIS’ dihasilkan oleh Jules Charet (1876) dianggap poster litografi
berwarna yang paling menarik dan moden.

i) Sejarah perkembangan poster di Perancis

Henri de Toulouse-Lautrec, mempunyai pengaruh kuat ke atas poster moden. Beliau memahami
bahawa poster adalah salah satu alat komunikasi. Henri menterjemahkan ideanya kepada teknik seni
cetak litografi. Poster-posternya dianggap kreatif dan inovatif dan dapat dihayati oleh orang awam di
Perancis dan Paris. Poster Henri de Toulouse- Lautrec memaparkan penyanyi Kabaret dan penari
Jane Avril (1893). Gaya dan rekabentuk poster berwarna mempunyai pengaruh besar terhadap
perkembangan seni reka grafik di abad ke-21.

ii) Sejarah perkembangan poster di Jerman.

Di Jerman, penggunaan litografi dalam poster begitu ketara penonjolannya serta pengolahan yang
radikal.Ini menunjukkan bahawa dalam rekabentuk , tipografi seharusnya berbentuk terang &
jelas.Ciri-ciri ini penting dalam menggunakan poster sebagai media untuk berkomunikasi. Ini jelas
ditunjukkan oleh pelajar-pelajar dan mereka yang mengikut fahaman pergerakan Sekolah Bauhaus
(1919). Laszlo Maholy-Nagi (1895-1946) menganggap poster yang baik harus mempunyai ciri-ciri
yang dinyatakan di atas.

Serigrafi atau cetak sutera-saring merupakan satu- satunya teknik menghasilkan poster
popular, ia bersifat imaginatif serta memberi impak terhadap audien. Serigrafi sesuai untuk produksi
berganda khusus terhadap imej yang menggunakan ruang warna yang rata. Penggunaan photo silk-
screen untuk reka bentuk poster telah memberi nafas baru & menaikkan taraf serta nilai estetika &
kreativiti. Poster iklan merupakan satu bentuk iklan yang mudah dan tepat.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
9

 Perkembangan Rekabentuk Poster di Malaysia

Kehadiran poster di negara ini dianggap bermula semasa pemerintahan Jepun yang pada masa itu
menggunakan poster sebagai alat penyebar maklumat secara khusus untuk tujuan propaganda
disebarkan kepada seluruh rakyat. Poster yang ringkas dengan satu warna sahaja berukuran kira-kira
12’x 15’ di tampal di rumah-rumah dan pokok serta bangunan tertentu.

Kemasukan British ke Malaya dan zaman darurat memperlihatkan lagi perkembangan


rekabentuk poster yang dianggap lebih dinamik dan berkesan dari segi persembahan dan mesej.
Kempen menyeru rakyat agar menyertai anggota tentera British melawan tentera Jepun dan
Komunis tersebar luas di seluruh negara berseiringan dengan poster di Amerika yang popular
dengan imej ‘Uncle Sam’.

 Fungsi Poster

i) Poster digunakan untuk pengiklanan (produksi)

Poster digunakan untuk mengiklankan barang dan perkhidmatan. Biasanya poster digunakan untuk
mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Perkhidmatan sesuatu syarikat juga
diperkenalkan kepada orang ramai melalui poster. Sebagai contoh poster digunakan untuk
mengiklankan produk makanan. Selain itu poster juga digunakan dalam akademik untuk
menerangkan dan mempromosikan hasil kajian yang biasanya ditunjukkan semasa persidangan
sebagai pengenalan awal.

ii) Poster untuk tujuan komersial

Poster digunakan untuk mempromosikan filem dan persembahan dalam dunia hiburan dan juga
mempromosikan acara-acara yang dianjurkan seperti acara sukan atau acara rakyat.

iii) Poster sebagai alat hebahan propaganda (politik)

Poster juga digunakan untuk menghebahkan suatu mesej, fahaman atau pun propaganda. Selain itu
ia juga digunakan untuk menyebarkan fahaman politik.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
10

 Contoh-contoh gambar poster

4.2 Pembungkusan

Pembungkusan merujuk kepada cara sesuatu bekas atau bahan yang digunakan untuk membalut,
mengisi, melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan. Pembungkusan tidak terhad kepada
barangan makanan sahaja, malahan menyeluruh kepada pelbagai jenis barangan pengguna yang
lain. Kebanyakan barangan yang dibeli telah sedia dibungkus bagi memelihara kualitinya daripada
kerosakan. Kini, pelbagai alat dan bahan estetik telah digunakan untuk pembungkusan bergantung
kepada isi kandungan. Sesuatu barangan atau keluaran yang menggunakan pembungkusan juga
mudah dipamerkan di rak istimewa mengikut jenisnya.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
11

 Fungsi-fungsi pembungkusan

Antara fungsi pembungkusan adalah untuk:

i) Melindungi fizikal barangan agar tidak mudah pecah atau rosak.

ii) Menjaga kualiti barangan.

iii) Memudahkan penghantaran.

iv) Memudahkan penyimpanan.

v) Memudahkan usaha mempromosi keluaran.

vi) Sumber maklumat barangan kepada pengguna.

vii) Pameran barangan.

 Pembungkusan Moden

Pembungkusan moden menggunakan bahan-bahan daripada kertas aluminium, plastic, kaca, kayu
dan sebagainya untuk membungkus barangan. Biasanya, jenis pembungkusan dipengaruhi oleh jenis
barangan tertentu. Barangan jenis cecair, serbuk, krim dan sebagainya mempunyai kaedah dan
bahan pembungkus yang berbeza bergantung pada kesesuaian. Pembungkusan moden lebih tahan
lama, mudah dibawa dan mempunyai maklumat untuk kepentingan pengguna.

 Jenis-Jenis Pembungkusan

Jenis pembungkusan yang hendak digunakan bergantung pada kesesuaian jenis barangan.

i) Produk cecair

Produk cecair seperti minyak dan minuman sesuai dibungkus dalam botol plastik, botol kaca, kertas
timah, tin aluminium dan sebagainya.

ii) Barangan serbuk

Produk yang berasaskan serbuk seperti bedak, tepung, serbuk lada sesuai menggunakan
pembungkus yang diperbuat daripada kertas, plastic, beg kertas dan beg plastik.

iii) Barangan bijirin


SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
12

Produk bijirin seperti beras, gandum, jagung dan biji kopi sesuai menggunakan beg plastik.

iv) Barangan keras

Produk yang keras seperti peralatan elektrik, alat ganti kenderaan dan sebagainya sesuai
menggunakan pembungkusan daripada kertas tebal atau kotak kayu nipis.

Walau bagaimanapun, pembungkusan adalah berdasarkan kepada keputusan pengeluar untuk


menentukan jenis pembungkusan yang sesuai untuk barangan keluaran mereka. Kreativiti amat
penting dalam membuat pilihan terhadap jenis pembungkusan pilihan mereka.

 Prinsip Asas Rekaan Pembungkusan

Jenis dan pembungkusan mestilah sesuai dengan produk.

i) Rekabentuk pembungkusan perlus sesuai dengan jenis barangan atau produk. Ilustrasi mesti
sesuai dengan kandungan pembungkusan dan peringkat umur pengguna. Pembungkusan barangan
kanak-kanak lebih mengutamakan ilustrasi berbanding dengan orang dewasa.

ii) Warna pembungkusan mestilah dapat menarik perhatian, misalnya barangan kanak-kanak
selalunya berwarna-warni berbanding dengan orang dewasa. Sesetengah pengeluar barangan
menjadikan warna sebagai identiti barangan mereka. Ubat gigi Darlie sinonim dengan warna hijau,
manakala ubat gigi Colgate serasi dengan warna merah.

iii) Muka taip merupakan petunjuk jenama barangan yang paling tepat. Gubahan dan gaya muka taip
perlu sesuai dengan kandungan barangan. Muka taip boleh menjadi identiti barangan. Muka taip
untuk penerangan metilah jelas dan mudah dibaca.

iv) Reka letak merupakan susun atur ilustrasi, muka taip dan warna pada pembungkusan. Reka letak
perlu kemas dan sesuai dengan barangan yang dibungkus.

v) Maklumat produk yang perlu ada pada pembungkusan termasuklah nama pengeluar, jenama
barangan, ilustrasi atau gambar foto barangan, tarikh mengilang, tarikh luput, kandungan bahan dan
logo pengeluar perlu disertakan dalam rekaan tersebut.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
13

 Contoh-contoh pembungkusan

4.3 Pengiklanan

Iklan merujuk suatu cara yang digunakan untuk pemberitahuan umum seperti surat khabar,
televisyen, radio, rekaan grafik persekitaran dan sebagainya. Dalam rekaan grafik persekitaran,
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
14

rekaan iklan bertujuan untuk menarik perhatian orang awam tentang sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Iklan merupakan suatu cara untuk mempromosi sesuatu barangan atau
perkhidmatan dengan cukup berkesan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pada
peringkat awal, konsep iklan persekitaran mula dihasilkan di hadapan pintu kedai. Kini, ia
dipamerkan di sekitar Bandar dengan pelbagai kaedah peragaan seperti menggunakan papan peraga

billboard, papan peraga elektronik, iklan berbentuk tiga dimensi (3D) atau berbentuk papan rata.
Rekaan grafik persekitaran ini dapat menarik pelanggan kerana mudah dilihat dari jauh dan bersifat
keterbacaan.

 Tujuan pengiklanan

i) Memberi pengenalan kepada barangan yang dikeluarkan dari segi jenis, jenama, mutu, dan
sebagainya.

ii) Memberi maklumat mengenai barangan, misalnya tentang kandungannya.

iii) Menggalakkan pengguna mencuba keluaran baharu, misalnya pengguna dapat mencuba dan
mengetahui mutu barangan.

iv)Menggalakkan pengedaran sesuatu keluaran, contohnya pengguna dapat membuat pesanan


setelah membacanya.

v) Menambahkan penggunaan sesuatu keluaran. Keluaran akan bertambah apabila pengguna sudah
meyakini dan mempercayainya.

vi) Kesetiaan jenama iaitu dapat memberi jaminan kepada pengguna.

 Elemen-elemen dalam pengiklanan

Kebanyakan iklan terdiri dari elemen-elemen berikut iaitu visual, head line, copy dan slogan.
Pelbagai elemen yang digunakan oleh pereka grafik antaranya ialah visual, merupakan imej yang
wujud melalui gambar foto, ilustrasi, tipografi atau sebarang kombinasi yang lain. Ramai orang
merujuk head line sebagai tajuk utama yang merupakan mesej utama lisan. Ia boleh diletakkan di
mana-mana dalam satu muka surat dan bukan hanya di atas sahaja. Copy keseluruhan merupakan
cerita yang menerangkan konsep pengiklanan dan menyediakan lebih maklumat tentang sesuatu
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
15

produk atau perkhidmatan. Slogan adalah mesej lisan yang mengaitkan dengan produk atau
perkhidmatan yang diiklankan.

 Konsep pengiklanan

Setiap orang bercakap tentang ‘big idea’ yang sering diungkap dalam bidang perniagaan dan
pengiklanan. Big idea itu akan meyakinkan setiap pengguna supaya membeli produk atau

perkhidmatan yang hendak dijual. Ia merupakan mesej iklan yang amat berkuasa dan kuat, yang
mempunyai kesan yang sukar dilupai juga unik. Idea adalah konsep pengiklanan yang merupakan
cara yang terbaik memberitahu pengguna mengenai keunikan atau kehebatan produk atau
perkhidmatan mereka. Idea dan konsep merupakan perkara yang berkesan atau cara yang sesuai
untuk menjual dan meghasilkan kejayaan jualan bagi produk anda.

Idea atau konsep menghubungkan, mengetahui, mengingati dan membeli produk anda.
Pengiklanan berada di sekeliling kita, biasanya kita dikelilingi oleh papan-papan tanda, poster-poster
di perhentian bas, keretapi, lapangan terbang, begitu juga di laman-laman web di internet dipenuhi
dengan iklan, dibanjiri dengan mel secara lansung dan cetakan iklan. Oleh itu, pengiklanan
merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga sebagai alat yang penting untuk
memperdagangkan sesuatu produk atau perkhidmatan dan boleh dikaitkan daripada kebudayaan
masyarakat secara amnya. Pengiklanan membawa keuntungan, sebaran am dan reka bentuk
kesenian popular yang unik dan disukai ramai atas faktor keberkesanannya.

Kita selalu melihat iklan televisyen dan cetakan iklan di dalam majalah-majalah dan surat
khabar dan pengguna merasakan ada kesan yang kuat dari iklan. Pengiklanan direka untuk
memberitahu, memujuk, menimbulkan dan merangsang pengguna untuk membeli sesuatu produk
yang diiklankan. Pengiklanan menggerakkan kita untuk membeli barang, memanggil kita kepada
tindakan dan memberitahu mengenai keluaran terbaru, perkhidmatan, acara atau majlis keramaian
dan sebagainya. Bagaimanakah pakar pengiklanan menghasilkan iklan yang berkesan?
Bagaimanakah mereka mencipta idea dan konsep iklan yang baru yang akan diterima dan menarik
pengguna.

Persoalan yang sering difikirkan oleh pengguna adalah apa gunanya pada saya? Inilah
persoalan yang sering difikirkan oleh pengguna iaitu apa gunanya pada saya? Adakah produk atau
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
16

perkhidmatan ini akan menjadikan saya lebih gembira, lebih sihat, lebih kaya, lebih menarik,
membawa ke mana saya ingin pergi atau menjadikan hidup saya lebih mudah? Pengguna berpotensi
inginkan faedah dari sesebuah iklan dan segala idea seharusnya dapat menghubungkan dan
mengaitkan gaya kehidupan yang moden dan serba canggih ini.

 Jenis-jenis pengiklanan

Terdapat tiga kategori major pengguna iaitu yang dikenali sebagai masyarakat atau orang

awam, perdagangan iaitu khusus kepada pakar atau pakar perniagaan dan perkhidmatan awam iaitu
khusus kepada barangan awam juga iklan untuk kebajikan atau yang tidak mengaut keuntungan.
Terdapat format visual komunikasi seperti poster yang turut dijadikan iklan, ianya juga dihasilkan
dalam bentuk cetakan seperti surat khabar, majalah dan sebagainya.

 Empat komponen dalam pengiklanan dan penghasilan cetakan iklan

Strategi iaitu merupakan point permulaan yang menetapkan potensi pelanggan dan
penentuan kepada produk pasaran, mesti juga ada konsep iaitu jawapan kreatif kepada
permasalahan pengiklanan, mutu konsep dapat membenarkan ianya berhubung dengan mesej,
faedah, mewujudkan tahap jualan yang unik dan sebagainya.

Rekabentuk dan visual iaitu menggambarkan konsep dalam visual atau perhubungan lisan.
Ianya terdiri daripada visual utama, bentuk muka surat, tipografi, gaya dan persembahan. Copy
writing iaitu bahagian lisan dalam pengiklanan jelas mudah difahami dan menggunakan bahasa
seharian.

Penghasilan cetakan iklan iaitu kajian tentang produk atau perkhidmatan pelanggan,
mengetahui maklumat dan kehendak masyarakat. Mengembangkan strategi yang menentukan
kaedah produk dan perkhidmatan juga kedudukan produk dalam saingan pasaran. Mengembangkan
konsep yang menghubungkan faedah dan pemujukan membeli barangan atau untuk menggunakan
suatu perkhidmatan, memikirkan garis panduan dan visual yang akan mengambarkan konsep anda.

Menulis teks utama iaitu penerangan keseluruhan konsep, maklumat dan faedah dan
mereka bentuk muka surat yang dilaksanakan sebaik-baiknya mengikut strategi dan konsep produk
dan sentiasa berfikiran profesional.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
17

 Contoh-contoh pengiklanan

4.4 Papan Iklan (Billboard)

Billboard atau papan iklan adalah salah satu struktur pengiklanan luar yang mempunyai saiz yang
agak besar. Ia lazimnya diletakkan dalam kawasan-kawasan trafik seperti jalan raya, lebuh raya dan
kawasan pejalan kaki. Visual dan tipografi yang dipaparkan adalah dalam saiz yang dapat dilihat pada
jarak penglihatan yang jauh dan biasanya diiklankan pada papan yang besar dengan slogan yang
menarik dan juga imej visual yang menarik perhatian. Media pengiklanan yang bersifat komersial
dan mesra penggguna ini mempunyai tahap kreativiti yang tidak terbatas. Hal ini kerana bersesuaian
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
18

dengan fungsinya sebagai media menarik pelanggan, menyampaikan informasi dan mempromosikan
produk syarikat mereka.

Papan iklan direka untuk menarik perhatian dan mencipta ingatan yang kuat dalam minda
pengguna secara cepat, ia bertujuan memberikan ingatan yang berkesan terhadap produk atau
perkhidmatan yang diiklankan selepas pengguna melalui jalan tersebut. Pengiklanan pada billboard
mesti boleh dibaca dalam masa yang singkat kerana biasanya maklumat dalam bentuk teks yang ada

pada iklan akan dibaca dalam waktu yang pantas semasa berada di jalan raya. Oleh sebab itu,
kebanyakan iklan hanya menggunakan beberapa perkataan sahaja, iaitu dalam saiz yang besar
supaya mudah dilihat dan juga dengan imej yang diilustrasikan dengan warna yang menonjol dan
menarik.

Selain daripada papan iklan yang biasa dilihat di jalan-jalan dan persimpangan, terdapat juga
billboard digital yang direka menggunakan program dan perisian komputer. Papan iklan digital boleh
direka untuk memaparkan teks yang bergerak, memaparkan beberapa iklan produk dan
perkhidmatan daripada syarikat yang sama, dan juga direka untuk memaparkan iklan-iklan daripada
syarikat yang berbeza melalui beberapa slot paparan dalam sehari. Oleh kerana papan iklan digital
berpotensi dan memberi impak yang besar kepada pengguna secara berkesan, ia menjadi satu cara
pengiklanan yang akan dikomersialkan di masa akan datang.

 Sejarah Papan Iklan

Papan-papan iklan awal adalah pada asasnya besar poster-poster pada bahagian-bahagian
bangunan-bangunan, dengan terhad tetapi masih nilai komersial ketara. Sebagai jalan-jalan dan
lebuhraya-lebuhraya kali, perniagaan papan iklan berkembang maju.

Papan-papan iklan pada peringkat awal adalah pada asalnya besarsaiz poster pada bahagian-
bahagian bangunan-bangunan, dengan terhad tetapi masih nilai mempunyai nilai komersial yang
ketara.

Dipamerkan disepanjang jalan-jalan dan lebuhraya-lebuhraya, perniagaan papan iklan ini


berkembang maju.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
19

• 1794 - Litografi telah direka, ini menjadikan poster lebih nyata.

• 1835 - Jared Bell membuat 9x6 poster untuk sarkas di Amerika Syarikat.

• 1867 - Yang paling awal mengendalikan sewa papan iklan (sumber: OAAA)

• 1872 - Bill Posters Association antarabangsa Amerika Utara telah ditubuhkan (sekarang dikenali
sebagai Outdoor Advertising Association Amerika) seperti sebuah papan iklan kumpulan yang
melobi.

• 1889 - 24 helai cadar pertama papan iklan telah ditunjukkan pada Paris Exposition dan kemudian
pada 1893 World Columbian Exposition di Chicago. Menawarkan pelbagai jenis pengiklanan,
terutamanya bagi sarkas, menjelajah persembahan, dan filem-filem.

• 1908 - Automobil Model T diperkenalkan di Amerika Syarikat, pertambahan jumlah penduduk yang
menggunakan lebuh raya terdapat papan-papan iklan disepanjag lebuh raya tersebut.

• 1919 - Syarikat gula-gula Jepun Glico memperkenalkan bangunannya dengan merentangi papan
iklan, Glico Man.

• 1925 - Burma-Shave membuat papan-papan iklannya sekitar lebuhraya-lebuhraya itu.

• 1931 - Papan-papan iklan mengenai dadah mula meningkat diseluruh negara

• 1960 - Dimesin papan iklan Kani Doraku adalah terbina dalam Dotonbori, Osaka.

• 1965 - Akta Highway Beautification diluluskan setelah banyak berkempen oleh Lady Bird Johnson

• 1971 - Akta Public Health Cigarette Smoking mengharamkan iklan-iklan rokok ditelevisyenkan dan
radio, dan ia mula bergerak perniagaan itu kepada papan-papan iklan.

• 1981 - Mahkamah Supreme mengubah satu papan iklan yang dikeluarkan oleh San Diego larangan,
tetapi meninggalkan bilik membukai kota-kota lain untuk mengharamkan papan-papan iklan
perdagangan.

• 1997 - Iklan tembakau tidak lagi dibenarkan untuk dipamerkan dengan menggunakan papan-papan
iklan luar di Amerika.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
20

• 2007 – Pihak Industri mengambil satu keping plastik kepingan penggantian poster untuk menukar
poster kertas papan-papan iklan dan bermula fasa akhiran PVC vinil fleksibel, menggantikan ia
dengan eko plastik seperti politena.

 Aspek penting dalam perekaan papan iklan

i) Keterbacaan, iaitu dapat dibaca dengan sekali pandang.

ii) Ilustrasi atau gambar yang menarik dan mudah difahami.

iii) Saiz papan iklan dan ketinggian mesti sesuai dengan jarak penglihatan.

iv)Penggunaan warna sebaik-baiknya kontra dengan persekitaran dan dapat menjadi tumpuan
pandangan.

v) Kreativiti dan keaslian ideanya sesuai dengan dan beridentiti.

vi)Reka letak atau susunan ilustrasi dan huruf yang sesuai akan menarik perhatian pemerhati.

vii) Lokasi yang sesuai atau diletakkan di tempat tumpuan awam.

viii) Menggunakan bahasa yang betul.

ix) Amaran

 Contoh-contoh papan iklan


SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
21

4.5 Papan Tanda (Signboard)

Papan tanda adalah papan yang membawa maksud tanda atau notis. Kebiasaannya papan tanda
digunakan untuk pengiklanan produk, majlis, rumah untuk di sewa dan sebagainya. Papan tanda juga
turut digunakan sebagai tanda amaran atau bertujuan untuk pendidikan. Papan tanda juga adalah
sebagai alat untuk memberi maklumat atau petunjuk. Menggabungkan bentuk, warna dan simbol
kecuali maklumat yang berupa tulisan.

 Sejarah

Pada tahun 1389 King Richard III of England telah meyakinkan atau memberi tahu pemilik premis
untuk meletakkan tanda di luar premis mereka. Pada adab ke 19, sesetengah pelukis seperti Austro –
Hugarian dan Demeter Laccataris telah menghasilkan lukisan papan tanda. Masyarakat Rom
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
22

dahulunya menggunakan batu dan tanah liat untuk menghasilkan papan tanda. Masyarakat Mesir
juga antara masyarakat yang tahu dan telah mencipta papan tanda dengan menggunakan media
mereka sendiri.

 Kegunaan dan Fungsi


i) Penunjuk arah
ii) Penunjuk lokasi
iii)Menyampaikan maklumat
iv)Memudahkan atau melancarkan perjalanan
v) Mempromosikan sesuatu produk

 Jenis-jenis Papan Tanda


i) Industri / Syarikat
ii) Pendidikan
ii) Lokasi
iv)Jalan
v) Banner syarikat
vi) Keselamatan
vii)Notis
viii) Iklan

 Jenis-jenis seni reka papan tanda


i) Seni reka papan tanda tempat
 Signboard ialah papan tanda yang menunjukkan sesuatu tempat
 Signboard lokasi biasanya menunjukkan lokasi tersebut sudah semakin hampir
 Untuk mempromosikan syarikat mereka
 Merupakan signboard yang mempunyai tanda korporat
 Penggunaan jenis tipografi yang jelas
 Mudah dilihat dan dibaca
 Penggunaan warna yang kontra supaya mudah dilihat

ii ) Seni Reka Papan Tanda Industri atau Syarikat


-Merupakan papan tanda yang digunakan oleh syarikat-syarikat atau kilang.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
23

-Menggunakan papan tanda untuk mempromosikan nama produk mereka. Seperti Toyota, Honda,
Panasonic dan sebagainya.
Ciri-ciri
-Biasanya papan tanda ini diletakkan pada hadapan bangunan milik mereka.
-Penghasilan papan tandanya ialah menggunakan tipografi dan ilustrasi yang telah dipermudahkan.
iii) Seni Reka Papan Tanda Pendidikan
-Papan tanda pendidikan merupakan papan tanda yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
- Golongan sasarannya ialah murid, guru, dan ibu bapa

Ciri-ciri
-Berunsurkan ilmiah
-Memberi pengetahuan yang berguna
-Mesej yang ingin disampaikan tepat dan ringkas
-Biasanya terdapat dikawasan sekolah
iv) Seni Reka Papan Tanda Jalan
-Papan tanda jalan merupakan tanda yang berada di tepi- tepi jalan.
-Papan tanda ini juga dikenali sebagai perabot jalan.
-memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya
Ciri-ciri
-Menggunakan simbol, anak patah atau tipografi

-Menunjukkan arah dan jarak kejauhan sesuatu tempat

 Contoh-contoh papan tanda


SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
24

4.6 Logo

Logo ialah lambang bagi sesebuah syarikat, pertubuhan, kelab atau persatuan. Syarikat perniagaan
menggunakan logo sebagai tanda perniagaan dan identity (trademark) supaya mudah dikenali. Logo

direkacipta berdasarkan objek alam semulajadi, objek buatan manusia huruf dan angka. Rekaan logo
biasanya bersifat ringkas dan mudah, mewakili identity organisasi, mempunyai keaslian,
menggunakan warna yang minimum, dapat menyampaikan mesej, mengekalkan asas seni reka serta
kemas dan menarik. Biasanya logo terdapat pada dinding bangunan, bahan bercetak seperti kepala
surat, sampul surat dan sebagainya.

Logo boleh dilihat di mana-mana sahaja seperti yang biasa dilihat ialah logo syarikat, logo
organisasi atau pertubuhan. Untuk menghasilkan sesebuah logo yang baik, logo itu mestilah jelas
dan mudah dibaca. Selain itu, pereka grafik perlu memastikan logo yang direka adalah memenuhi
permintaan pelanggan dan kena dengan produk dan perkhidmatan mereka.

Apabila merekabentuk sesebuah logo, cabaran yang akan ditemui ialah logo yang direka
mestilah berbeza dengan logo yang lain maka, sesebuah logo mestilah mempunyai keunikan, mudah
diingati dan boleh dibezakan. Sesebuah logo juga mestilah direka mengikut kesesuaian terhadap
syarikat itu. Sebagai contoh, logo syarikat insuran adalah tidak sesuai bagi logo syarikat kereta.

 Ciri- ciri logo yang baik

Untuk mereka logo yang jelas, ia mesti mudah diingati dan mudah dibaca dan juga memastikan logo
itu memenuhi permintaan pelanggan. Mesti juga mempunyai perbezaan dalam produk dan
perkhidmatan dengan syarikat lain. Ia perlu sesuai untuk perniagaan pelanggan dan boleh menunjuk
atau melambangkan produk, perkhidmatan dan syarikat yang mempunyai keistimewaan yang
tersendiri serta menggunakan ‘graphic impact’ untuk meghasilkan sesebuah logo.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
25

Logo boleh dihasilkan dalam 4 jenis iaitu logotype yang menggunakan nama dan Alphabet untuk
menghasilkan logo. Pictorial visual yang mempunyai gambar dan gambar itu akan menunjukkan
produk dan perkhidmatan syarikat yang diwakili. Ketiga ialah abstrak visual iaitu logo yang tidak
mempunyai gambar, initial ialah perkataan pertama terhadap nama tersebut serta kombinasi iaitu
campuran terhadap mana-mana jenis logo di atas.

 Jenis-Jenis logo

i) Logo Huruf

Logo Huruf menggunakan huruf ringkas (initial), misalnya UPM, A&W, dan lain-lain. Logo huruf juga
menggunakan keseluruhan perkataan seperti AVON, PANASONIC, PHILIPS dan sebagainya.

Sesetengah logo huruf hanya menggunakan huruf dan imej, contohnya TV3 dan 7UP.

Ciri-ciri logo huruf termasuklah:

i) Reka bentuk huruf yang berkesan untuk menunjukkan mesej.

ii) Mengandungi unsur-unsur seni supaya rekaannya menarik.

iii) Berasaskan bentuk atau rupa satu huruf atau gabungan lebih daripada satu huruf.

ii) Logo Representasi (Pictogram)

Logo representasi menggunakan imej semata-mata, misalnya logo oleh syarikat minyak Shell,
Petronas dan Maybank Berhad.

Terdapat juga logo representasi yang menggabungkan imej dan huruf, contohnya Pizza Hut dan
MAS.

Punca idea logo representasi adalah berdasarkan rupa objek alam sekeliling dan objek yang
dipermudahkan (bersifat 2D), misalnya motif flora dan fauna.

Logo representasi masih mengekalkan bentuk asal, tetapi disesuaikan dengan ciri logo.

 Contoh-contoh logo
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
26

4.7 Reka Bentuk Korporat (Stationery)

Korporat identiti bermaksud reka bentuk grafik untuk membuat imej sesebuah syarikat atau
organisasi supaya dikenali oleh masyarakat umum dan boleh menarik perhatian pelanggan untuk
mengingati syarikat atau organisasi tersebut itu. Korporat identiti biasanya terdiri daripada kepala
surat (letterhead), sampul surat (envelopes), kad perniagaan (business card). Letterhead dan
business card mempunyai logo syarikat, nama pemilik atau pekerja dan jawatan yang disandang.
(Alamat e-mail dan laman web, nombor telefon dan faksimile adalah dikecualikan dalam sampul
surat).

Korporat identiti selalunya adalah salah satu bahagian yang penting dalam melambangkan
identiti visual sesebuah syarikat perniagaan. Kebanyakan pereka menempatkan maklumat di
bahagian paling atas halaman surat. Oleh itu, kita memanggilnya letterhead. Semua gubahan boleh
digunakan asalkan ia berkesan. Anda boleh merekabentuk apa sahaja yang anda inginkan asalkan ia
dapat mengatasi masalah komunikasi visual masyarakat umum terhadap sesuatu syarikat.

Pemilihan kertas untuk letterhead, envelopes dan business card juga penting kerana berat
kertas yang dipilih untuk letterhead dan envelopes mesti dapat ditaip, dicetak, ditulis dengan pen
dan marker. Kertas letterhead mesti boleh dilipat dan business card haruslah tebal supaya boleh
dimasukkan ke dalam dompet. Kertas dan sampul surat perlu dalam bentuk saiz ukuran yang
standard. Kualiti yang lebih baik daripada kualiti standard adalah lebih mahal. Rekaan seperti untuk
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
27

mengatur elemen-elemen, ciptaan hierarki visual, kegunaan logo, pilihan warna-warna, dan jenis
permukaan biasanya adalah konsisten dalam tiga bahagian korporat identiti. Semua sistem rekaan
sama ada korporat identiti atau satu program identiti visual yang luas mesti mempunyai
kesinambungan iaitu persamaan dalam rupa dan warna. Satu rekaan yang baik boleh memberikan
ingatan jangka panjang kepada audian.

Beberapa perkara perlu diingatkan oleh pereka baru walaupun semua peraturan grafik boleh
diubah asalkan dengan adanya kreativiti yang tinggi dan besesuaian dengantema syarikat atau
organisasi yang terlibat. Rekaan letterhead baruslah dilengkapi ruang yang mencukupi untuk
keserupaan dan keserupaan itu tidak patut diubah. Rekaaan yang digunakan haruslah boleh
berfungsi denga baik dalam semua bentuk korporat identiti. Antara berikut adalah cadangan untuk
penghasilan korporat identiti yang baik iaitu yang petama mengembangkan konsep yang unik, sesuai

dan menarik. Reka bentuk yang boleh dikenal pasti oleh penghantar dengan segera. Selain itu,
mengkoordinatkan letterhead (kepala surat), envelopes (sampul surat) dan business card (kad
perniagaan) denga mewujudkan suasana keharmonian atau kesamaan. Penggunan tipografi yang
dapat dibaca dengan mudah dan pantas. Menunjukkan alamat, nombor telefon atau faksimile,
alamat e-mail atau laman web yang jelas. Mengekspreskan jiwa atau personaliti syarikat atau
pelanggan.

 Contoh-contoh korporat identiti


SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
28

4.8 Risalah

Risalah merujuk kepada bahan-bahan edaran atau siaran. Risalah merupakan reka bentuk grafik
yang memberi maklumat dan penerangan terperinci tentang sesuatu produk berkaitan dengan
institusi yang diwakilinya. Kini, risalah menjadi salah satu bahan untuk sesebuah institusi
berkomunikasi dengan pihak awam. Risalah berfungsi untuk mempromosi dan mengiklankan
barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah institusi atau syarikat. Risalah dapat
dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan gaya mengikut cita rasa institusi berkenaan. Kebiasaannya,
risalah terhasil dalam bentuk sehelai kertas yang dilipat dua, tiga atau beberapa kali. Ini bergantung
pada kreativiti pereka yang menghasilkannnya.

Penghasilan risalah melibatkan kombinasi tipografi, ilustrasi dan rekaletak. Tipografi bagi risalah
biasanya bersaiz kecil, melainkan tajuknya. Ilustrasi yang digunakan mestilah berkaitan dengan tajuk
rialah. Reka letak yang digunakan mestilah menarik perhatian dan dapat memperjelaskan maksud
risalah.

 Jenis-jenis risalah

Risalah yang dihasilkan bergantung pada matlamat serta barangan dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis risalah:

i) Risalah perlancongan

Menarik perhatian pelancong (orang ramai) terhadap sesebuah tempat menarik.

ii) Risalah barangan

Memperkenalkan sesuatu produk dalam pasaran.


SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
29

iii) Risalah perkhidmatan

Memaklumkan orang ramai tentang perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan.

iv) Risalah perubatan

Memperkenalkan produk kesihatan (ubat-ubatan dan alat kesihatan) yang disediakan oleh seebuah
syarikat.

 Ciri-ciri risalah

Ciri-ciri risalah yang baik ialah

i) Gubahan sesuai dengan tema risalah

ii) Ilustrasi, gambar dan teks berhubung kait dengan tajuk atau tema risalah.

iii) Maklumat dan penerangan perlu ringkas, tetapi lengkap, jelas dan tepat.

iv) Lipatan kemas dan menarik.

v) Dilipat dalam pelbagai gaya, iaitu dalam bentuk sehelai kertas, lipat dua atau lipat tiga dan
sebagainya.

vi) Muka taip peraga bersaiz lebih besar dan mempunyai warna yang lebih menonjol sesuai
untuk tajuk risalah.

vii) Tipografi atau teks biasa bagi risalah bersaiz lebih kecil daripada teks peraga.

 Contoh-contoh risalah
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
30

4.9 Laman Web

Laman web merupakan bentuk komunikasi visual yang berkesan pada masa kini. Reka bentuk laman
web memerlukan kemahiran grafik dan kemahiran menggunakan perisian khas laman web.

Laman web yang menarik ialah laman web yang ringkas dan mempunyai malumat yang jelas.
Laman web terbahagi kepada beberapa jenis antaranya laman komersil, laman bisnes, laman
informasi, laman hiburan, laman atau blog peribadi.

Laman web boleh didefinisikan sebagai suatu dokumen dan informasi elektronik yang

dipaparkan di jaringan web yang mengandungi grafik, audio teks dan video. World wide web (www)
adalah jaringan laman web (link) yang dapat dilayari oleh setiap pengguna di seluruh dunia. Setiap
laman web yang bertalian dikenali sebagai website atau tapak web. Setiap paparan website
dimulakan pada titik permulaan yang dimulakan dengan homepage.

Ciri-ciri rekabentuk laman web

• Laman web yang mudah dan cepat dibuka

• Penggunaan imej yang ringkas

• Penggunaan butang yang mudah dan menarik

• Warna yang sesuai

• Saiz bukaan yang standard (640 x480 pixel)

• Jelas kepada sasaran (audien)


SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
31

• Mempunyai maklumat yang padat dan berkesan

• Menggunakan animasi yang minima

• Trend reka letak terkini dan tidak padat

• Butang kawalan yang jelas dan berfungsi dengan baik

 Contoh-contoh rekaan laman web

4.10 Majalah

Majalah merupakan penerbitan berkala, sama ada dwi-mingguan, bulanan, dwi-bulanan, dwi
tahunan dan sebagainya yang berisi bermacam-macam rencana dengan subjek yang pelbagai. Muka

majalah merupakan bahagian hadapan sebuah majalah. Ia mengandungi tipografi dan imej yang
menarik. Muka majalah mempunyai tujuan utama iaitu menarik minat pembaca dan pembeli.

Pada kebiasaannya, majalah dicetak berwarna dan menggunakan kertas yang lebih bermutu.
Majalah secara umumnya boleh didapati di kedai-kedai buku, gerai majalah, pusat beli-belah, pasar
raya, pasar mini, kedai runcit dan sebagainya. Majalah biasanya memiliki artikel mengenai topik
popular yang ditujukan kepada masyarakat umum dan ditulis dengan bahasa yang mudah difahami
oleh pembaca.

Majalah yang mengandungi penerbitan akademik yang ditulis dalam bentuk artikel yang
padat dengan ilmu dikenali sebagai penerbitan ilmiah atau jurnal. Majalah juga diterbitkan secara
dalam talian di internet. Bahkan sesetengah majalah mempunyai kedua-dua versi cetak dan internet
sekaligus. Terdapat juga majalah yang hanya mempunyai sama ada dalam versi cetak sahaja atau
pun versi internet sahaja.

 Ciri-ciri Majalah
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
32

Menurut Mus Chairil Samani (2000), ciri sesebuah majalah yang baik boleh dibahagikan kepada dua
faktor utama yang merangkumi faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman merangkumi ciri-ciri
majalah itu sendiri yang mementingkan aspek mesej, gaya bahasa dan persembahan majalah.
Manakala faktor luaran menekankan aspek kepakaran tenaga kerja, pengurusan kewangan dan
pengiklanan serta promosi dan pengedaran majalah.

 Diagram muka majalah

Diagram muka majalah adalah skema yang perlu ada pada setiap muka majalah seperti:

i) Nama
ii) Imej
iii) Logo
iv)Tarikh
v) Harga
vi) Kod bar
vii) Tajuk utama/ tajuk sampingan

 Contoh-contoh Majalah
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
33

4.11 Kad Jemputan

Kad jemputan merujuk kepada sekeping krtas atau kad yang dilipat dua, tiga atau dilipat berbagai
cara, direka dengan rekabentuk yang kreatif, dengan imej, grafik atau ilustrasi serta muka taip yang
menarik. Jemputan bermaksud mengundang, mengajak, atau mempersilakan seseorang datang. Kad
jemputan digunakan untuk mengundang orang datang ke sesuatu majlis atau perayaan.

 Ciri-ciri rekabentuk kad jemputan

i) Warna

Warna amat penting terutama dalam pemilihannya. Warna yang lembut adalah sesuai untuk
melahirkan perasaan maaf mahupun meluahkan perasaan gembira, teruja mahupun sedih.
Pemiklihan warna yang sesuai mampu menarik minat pengguna.

ii) Rupa dan muka taip

Terdapat rupa geometri dan rupa organik digunakan dalam membuat kad jemputan. Rupa digunakan
sebagai rekaan grafik untuk menghias kad. Muka taip ialah jenis rupa berbentuk huruf, dan ia juga
boleh dihasilkan dalam pelbagai gaya iaitu menggunakan font yang bersesuaian dengan tema kad
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
34

jemputan. Muka taip yang ringkas dan senang dibaca, dan juga muka taip yang berwarna warni atau
berkontra dengan latar belakang juga akan menarik perhatian pengguna. Keterbacaan ini akan
memudahkan penyampaian maksud sesuatu mesej dalam kad jemputan yang dihasilkan.

iii) Reka letak

Reka letak dalam kad jemputan merujuk kepada susun atur ayat dalam kad, ilustrasi dan juga bahan-
bahan tambahan seperti kolaj (Imej/Teks). Reka letak amat penting untuk memudahkan pengguna
memahami mesej yang disampaikan. Dalam kada jemputan, ayat yang ditaip adalah tidak terlalu
panjang mahupun padat dan sesak. Kad jemputan yang baik mestilah menggunakan ayat yang
ringkas tetapi penuh makna, mempunyai susun atur yang kemas dan ringkas sesuai dengan tema kad
tersebut.

 Contoh-contoh kad jemputan

5.0 Animasi
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
35

Secara umum, animasi merupakan satu perlakuan yang mana boleh ‘menghidupkan’ sesuatu atau
membuatkan sesuatu itu ‘bergerak’. Selain daripada itu, menganimasikan pula ialah menggerakkan
sesuatu objek itu supaya bergerak atau hidup. Membuat atau melakukan proses animasi merupakan
menggerakkan gambar atau lukisan, patung atau objek tiga dimensi dengan kiraan yang pantas agar
hasil daripada gerakan tersebut akan membuatkan gambar-gambar tersebut ‘hidup’.

 Definisi Animasi.

Animasi berasal daripada perkataan Latin yang memberikan maksud ‘dihidupkan’ atau bring to life.
Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, animasi merujuk kepada satu perbuatan atau proses
yang mana dapat menjadikan sesuatu objek atau benda itu kelihatan ‘hidup’ dan seakan ‘bernyawa’.
Mengikut kepada Computer Animation Dictionary, animasi boleh didefinisikan sebagai satu proses
membentuk ilusi perkataan di dalam sebuah filem atau video menerusi gabungan gambar-gambar
atau pun gabungan pergerakan yang direkod daripada kerangka-kerangka imej. Animasi berasal dari
dunia fotografi dan juga ilustrasi rekabentuk grafik atau komunikasi visual. Animasi juga merupakan
gambar yang lahir daripada dua disiplin iaitu filem dan gambar.

 Definisi Filem Animasi


Manusia ingin untuk membuat gambar atau imej yang hidup dan bergerak sebagai perantara
daripada pengungkapan atau expression. Perkataan animasi daripada perkataan yang berasal dalam
bahasa Inggeris iaitu animation yang diambil daripada kata dasar to animate bermaksud
menghidupkan (Wojowasito, 1997). Secara umum, animasi boleh didefinisikan sebagai suatu

kegiatan untuk menghidupkan, menggerakkan benda yang mati yang bermaksud suatu benda yang
mati jika diberikan dorongan kekuatan, semangat dan emosi akan membuatkan benda tersebut
bergerak atau hidup.

 Sejarah Animasi.
Seorang seniman dunia yang terkenal iaitu Leonardo da Vinci telah menghasilkan sebuah karya
ilustrasi anggota tubuh manusia dalam pelbagai posisi bertajuk “Vitruvian Man”. Gioto, iaitu seorang
seniman Itali juga melukis malaikat atau angle dalam posisi sedang terbang dengan pengulangan
pergerakan yang berlainan. Dalam sejarah, sebuah prinsip asas ditemui daripada karektor mata
manusia iaitu persistence of vision (teori pengekalan pandangan). Paul Roget, Joseph Plateau dan
Pierre Desvigenes berjaya membuktikan bahawa mata manusia cenderung untuk merakam urutan
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
36

gambar-gambar pada jarak masa tertentu sebagai suatu pola pengekalan dengan melalui peralatan
optik yang mereka cipta.

Gua Lascaux di Sepanyol Utara yang berusia 200,000 tahun lebih memaparkan pergerakan
binatang seperti khinzir atau kuda digambarkan dengan lapan kaki dalam posisi yang berbeza dan
bertindih-tindih. Orang-orang pada zaman itu menganimasikan pergerakan gambar binatang pada
dinding-dinding gua tersebut. Orang Mesir Kuno pada sekitar tahun 2000 sebelum Masihi
menghidupkan gambar mereka dengan melakarkan gambar-gambar pada dinding Piramid sebagai
satu hiasan dinding. Lukisan Jepun Kuno pula memperlihatkan suatu jalan cerita yang kelihatan
hidup dengan melukiskannya di atas satu gulungan kertas yang panjang.

Ilustrasi pada dinding Piramid.

Ilustrasi dinding di Gua Lascaux, Sepanyol Utara.

 Sejarah Filem Animasi.

Humorous Phases of Funny Faces (1906) yang dihasilkan oleh seorang kartunis surat khabar iaitu J.
Stuart Blackton iaitu salah seorang pemilik syarikat Vitagraph Company yang mana menghasilkan
filem animasi terawal. Filem kartun tersebut merupakan filem kartun terawal yang menggunakan
kaedah single frame dan dipaparkan dalam 20 frame sesaat. Di dalam filem tersebut juga, terdapat
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
37

dua bentuk wajah dilukis dengan menggunakan kaedah lukisan iaitu teknik garisan atau line drawing
yang mana telah dianimasikan pada sebuah papan hitam. Kedua-dua bentuk muka animasi tersebut
dilakarkan dengan karektor yang sedang tersenyum dan mengenyit mata. Manakala karektor pada
bentuk wajah satu lagi adalah orang sedang menghisap curut sambil menghambuskan asap terhadap
wajah karektor wanita. Karektor seorang lagi merupakan karektor seorang badut sedang membawa
anjing untuk melompat menembusi gelung. Seorang pembuat filem bioskop yang berasal dari
Perancis merupakan pencetus awal kepada perkembangan teknik filem animasi.

Pada tahun 1908, Emile Cohl seorang warga Perancis telah membuat sebuah filem animasi
secara sederhana. Rangkaian gambar-gambar black-line tersebut dihasilkan di atas lembaran putih
serta dimasukkan ke dalam negatif filem sehingga figura yang kelihatan menjadi warna putih dan
latar belakangnya menjadi warna hitam. Di Amerika Syarikat pada tahun 1909, Winsor McCay
membuat filem animasi bertajuk “Gertie The Dinosaur”. Bentuk di dalam filem tersebut berwarna
hitam dan berlatarbelakangkan warna putih. Di dalam filem McCay, beliau menggunakan 16 kali
pergerakan pada satu saat.

Awal tahun 1920-an pula iaitu tahun 1913, seorang pelukis animasi Amerika Syarikat mula
mengembangkan teknik di dalam filem animasi. Max Fleischer mengembangkan filem animasi
bertajuk “Ko Ko The Clown”. Pat Sullivan pula membuat filem bertajuk “Felix The Cat”. Fleischer dan

Sullivan telah memanfaatkan teknik animasi sel iaitu lembaran tembus pandang daripada bahan
seluloid atau celluloid yang disebut sebagai “cell”.

Pada tahun 1919, Lotte Reineger daripada Negara jerman mengembangkan dunia animasi
dalam bentuk bayangan. Tahun 1930-an pula, Bertosch daripada Perancis pula mewujudkan filem
animasi potongan dengan bentuk yang berasal daripada potongan-potongan kayu. Mengikut
sejarah, perintis awal kepada seni animasi ini ialah para pelukis komik di dalam surat khabar pada
zaman 1980-an.

George Pal daripada negara Belanda telah menggunakan patung sebagai figura dalam filem
animasi pendek pada tahun 1934. Pada tahun seterusnya, Alexander Ptuhshko dari Rusia
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
38

menghasilkan filem animasi patung dengan jangka masa waktu yang panjang yang bertajuk “ The
New Gulliver”. Pada tahun yang sama, Len Lye dari Kana
da mencipta filem berwarna bertajuk “Colour of Box”. Teknik filem animasi berkembang sekitar
tahun 1930-an dan menjadi tahun terpenting dalam dunia filem animasi. Bermula tahun 1928-1940-
an, filem animasi bersuara dirintis oleh syarikat konglomerat terkenal iaitu Walt Disney. Contoh filem
animasi yang dihasilkan mereka ialah “Mickey Mouse”, “Donald Duck” dan “Silly Symphony”.

Filem animasi berwarna pertama yang dihasilkan oleh Walt Disney pada tahun 1931
bertajuk “Flower and Trees”. Pada tahun 1938 pula, Walt Disney melancarkan filem animasi kartun
panjang pertama yang bertajuk “Snow White and Seven Dwarfs”.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
39

Humorous Phases of Funny Faces

 Sejarah Awal Penerbitan Animasi.

Sebelum wujudnya teknologi digital dan juga animasi menerusi penggunaan filem, teori pengekalan
pandangan telah lama diaplikasikan di dalam penghasilkan kesan animasi pada suatu masa dahulu.
Terdapat beberapa teknik atau teknologi yang telah digunakan bagi menghasilkan kesan animasi
yang berkesan dan berjaya.

i) Kineograph.

Kineograph atau flip book adalah satu-satunya cara untuk menghasilkan ilusi dengan menggerakkan
gambar dengan satu tahap masa yang ditentukan. Flip book adalah sebuah buku yang mempunyai

beberapa helai muka surat yang mana mengandungi imej yang sama tetapi memiliki pergerakan
yang berbeza. Apabila helaian tersebut dibuka dengan satu-satu masa yang pantas, imej yang berada
di dalam helaian tersebut akan kelihatan seperti bergerak dan timbul.

ii) Thaumatrope (1825).

Thaumatrope merupakan satu cara untuk membentuk animasi secara klasik yang hanya
menggunakan kertas. Di dalam cara ini, hanya dua helai kertas yang perlu digunakan. Imej yang
berada di dalam dua helai kertas tersebut adalah berbeza pada sisi yang berlawanan. Sebagai
contoh, apabila kita mahu membuat seekor burung seperti berada di dalam sangkar, imej seekor
burung dilukiskan di atas sehelai kertas dan sehelai kertas lagi dilukis dengan sebuah sangkar.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
40

Kemudian, dua helai kertas tersebut digabungkan dan diikat dengan tali. Apabila kertas yang sudah
mempunyai imej itu diputar dengan laju, maka imej seekor burung dan sebuah sangkar itu akan
bersatu dan membuatkan gambar tersebut seakan hidup.

Contoh Thaumatrope.

iii) Phenakistiscope (1830).

Phenakistiscope adalah merupakan alat animasi terawal sebelum Zeotrope. Alat tersebut telah
dihasilkan dan direka cipta pada tahun 1831 yang disimulasikan oleh Belgian Joseph Plateau dan
seorang warga Austria iaitu Simon von Stampfer.

Cara ini mempunyai beberapa kepingan cakera yang mengandungi siri imej yang berurutan.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
41

Contoh Phenakistiscope.
iv) Zeotrope (1834).

Zoetrope telah dicipta oleh William Horner yang berasal daripada negara England. Alat tersebut
berfungsi berasaskan kepada prinsip kerja yang sama dengan alat bernama Phenakistiscope. Pada
alat tersebut, beberapa siri imej yang berbeza telah diletakkan dan mempunyai kesan potongan

pada sekeliling dan dipasang pada satu alat pemutar yang boleh diputarkan.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
42

Contoh Zeotrope.

v) Praxinoscope (1877).

Praxinoscope merupakan alat yang digunakan dalam dunia awal animasi yang mana dihasilkan oleh
Charles Emile Reynaud dari Perancis. Alat tersebut berkonsepkan kepada konsep kerja yang
diperkenalkan oleh zoetrope dan phenakistiscope.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
43

Contoh Praxinoscope.

vi) Zoopraxiscope (1877).

Setelah teknologi fotografi diperkenalkan, teknologi animasi semakin berkembang. Alat tersebut
telah dicipta oleh Eadweard Muybridge yang mana beliau menggunakan gambar foto yang disusun
secara membulat pada plat kaca yang diputarkan. Antara contoh animasi yang menggunakan alat ini
ialah siri pergerakan kuda yang sedang berlari.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
44

Contoh Zoopraxiscope.

 Teori Pengekalan Pandangan (Persistence of Vision).

Teori ini memberikan gambaran bahawa retina pada mata kita boleh mengekalkan imej pada nisbah
satu per sepuluh sesaat sebelum memproses imej yang seterusnya. Peter Roget dalam artikelnya
pada tahun 1824 menghuraikan bahawa ilusi pergerakan boleh berlaku apabila wujud imej yang
dilihat pada mata manusia. Teori pengekalan pandangan ini juga boleh membantu dalam mencipta
dan digunakan dalam menghasilkan beberapa patung optikal yang wujud sebelum di dalam filem.

Teori Pengekalan Pandangan (Persistence of Vision)

 Prinsip Asas Animasi

Squash and stretch – aksi dalam animasi yang menampakkan ilusi berat dan nilai terhadap watak
yang bergerak dan digunakan ketika watak sedang berdialog dengan ekspresi wajah yang pelbagai.

 Anticipation – aksi sebelum berlakunya perbuatan. Sebagai contoh, permulaan untuk berlari,
melompat atau ketika menggambarkan perubahan ekspresi wajah.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
45

 Staging – setiap aksi yang dilakonkan seharusnya jelas berkomunikasi dengan penonton
sama ada daripada segi watak, mood watak dan juga reaksinya. Latar belakang kedudukan
watak seharusnya tepat dan juga bersesuaian.

 Straight ahead – iaitu aksi kepada aksi animasi yang mana ia berkaitan dengan melukis
lukisan pertama hingga lukisan seterusnya. Namun begitu, terdapat kelemahan kerana akan
berlaku kehilangan saiz nilai dan juga komposisi. Kelebihannya pula, lukisan akan kelihatan
lembut dan menjadi lukisan utama atau key drawing.

 Follow through and overlapping action – memberikan maksud iaitu aksi yang berlapis.
Apabila watak utama berhenti bergerak tetapi pada bahagian yang lain tetapi pada badan
watak masih terus bergerak. Sebagai contoh, tangan, rambut, pakaian, ekor dan sebagainya.

 Slow out and slow in – pergerakan secara perlahan atau lembut yang mana lukisan kurang
dengan pergerakan yang pantas.

 Arcs – merupakan garisan melengkung yang digunakan sebagai panduan lukisan atau guide.

 Secondary action – pergerakan yang wujud selain daripada watak utama. Sebagai contoh,
watak yang sedang berlari dengan rambut yang juga sedang bergerak.

 Timing and motion – jarak dan masa yang dirangka untuk menghasilkan lukisan animasi
supaya pergerakan yang dibuat kelihatan lebih semulajadi dan menarik.

 Exaggeration – aksi yang melampau dan juga tidak masuk akal.

 Solid drawing – seorang pereka animasi yang baik harus memahami prinsip asas seni.
Sebagai contoh, bentuk, rupa, ruang dan sebagainya. Maka, akan dapat menghasilkan
lukisan yang mantap.

 Appeal or commercial esthetica – setiap watak yang dicipta seharusnya mempunyai karisma
dan juga daya penarik. Di samping itu, watak animasi yang dicipta juga harus mempunyai
nilai komersial dan juga nilai estetika yang tersendiri.

 Gaya Animasi

i. Lukisan tangan.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
46

Lukisan tangan memberikan maksud iaitu lukisan yang dihasilkan pada kertas yang mana proses
tersebut ialah merakam sesuatu secara beriringan untuk memaparkan pergerakan. Cara tersebut
sebagai satu ujian pensel dan selepas itu ialah pembersihan. Penggunaan dakwat dan warna
diaplikasikan ke dalam lukisan tersebut dengan mereka komposisi ke atas semua lapisan dan latar
belakang dan rakaman ke atas filem di dalam satu frame pada satu-satu masa.

Contoh lukisan yang dihasilkan.

ii) Stop-motion.

Gaya animasi ini pula ialah menganimasikan sebuah model dan merakamkan posisi yang berbeza
pada setiap frame yang ada. Gaya animasi ini juga merupakan salah satu teknik untuk

memanipulasikan watak supaya dapat bergerak dengan sendiri. Ilusi akan berlaku apabila
pergerakan dimainkan dalam beberapa masa yang ditetapkan.

Contoh animasi stop-motion.

iii) Animatronics.

Gaya animasi ini pula ialah gaya yang dikawal oleh komputer yang mana boleh digerakkan pada
masa yang nyata. Komponen mekanikal dan elektronik yang disalut dengan kulit sintetik dapat
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
47

digerakkan dengan menggunakan enjin. Secara umum, animatronics digunakan dalam pembikinan
filem malah boleh juga digunakan di taman tema dan bentuk lain untuk hiburan.

Contoh gaya animatronics.

 Persembahan animasi.

Gaya animasi ini pula biasanya dikaitkan dengan patung atau puppetry. Pelakon ditugaskan untuk
mengawal karektor animasi yang akan dilakonkan agar kelihatan seperti hidup walaupun pada

dasarnya apa yang dilakonkan itu adalah watak kartun. Kebiasaannya, patung direka khas dengan
watak yang ingin disampaikan dan juga lengkap dengan memakai baju atau suit.

Contoh persembahan animasi.


SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
48

 Karektor animasi.

Animasi gaya ini adalah satu bentuk animasi paling berkualiti tinggi yang mana karektor tersebut
dapat menghidupkan karektor yang sebaliknya iaitu khayalan atau virtual. Beberapa pembangun
kepada karektor animasi ini ditugaskan dengan pengawalan pergerakan karektor, melancarkan
perjalanan pergerakan karektor serta menambah perberakan sekunder pada karektor. Animasi
seperti ini dibina dengan gabungan teknik inverse dan forward kinematics dan juga motion capture.

Contoh karektor animasi

 Kesan khas animasi.

Kesan khas animasi ini biasanya seperti menghidupkan semula fenomena semulajadi seperti api,
asap, angin, habuk, air dan pelbagai bentuk salji dan laut, kilat, baying-bayang dan sebagainya.
Namun begitu, penghasilan kesan khas tersebut perlu disesuaikan dengan latar belakang filem atau
jalan cerita tersebut. Teknik yang memberikan peluang kepada pereka animasi untuk mengawal
kepelbagaian unsur masa seperti sistem partikel dan simulasi dinamik.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
49

Contoh kesan khas animasi

 Kesan visual dan aksi langsung animasi.

Animasi kesan visual untuk aksi secara langsung adalah lengkap secara visual yang dipadankan
dengan pergerakkan, warna, pencahayaan, perspektif dan keadaan yang sebenar. Kesan ini juga
menarik kerana digabungkan dengan aksi yang disediakan dengan pereka sinematografi.

 Genre Animasi.

i) Aksi dan pengembaraan.

Genre ini mengandungi banyak aksi, plot cerita yang mendebarkan dan pada kebiasaannya
mempunyai satu hala tuju yang utama. Selain daripada itu, genre ini juga mempunyai beberapa

orang watak iaitu watak hero, heroin dan juga sekumpulan wira dan termasuk filem yang
berdasarkan kepada buku komik seperti aksi kejar-mengejar kereta, perisikan dan lain-lain.
Perwatakan juga diberikan dengan jalan cerita yang pantas, mempunyai aksi yang banyak dan
pergerakan yang menuju kepada sesuatu tujuan seperti mencari harta karun atau melarikan diri
daripada penjenayah.

ii) Komedi.

Di bawah genre komedi ini, terdapat beberapa jenis komedi yang lain iaitu seperti komedi tradisional
dan juga komedi romantik. Genre ini menggunakan situasi dan juga kelebihan sesuatu dalam rangka
cerita untuk menghasilkan unsur jenaka atau humor. Lazimnya, hasil respon atau tindak balas
manusia terhadap pelbagai perkara yang mengaitkan dengan kehidupan seharian manusia yang
mempunyai pelbagai ragam dan juga kerenah.

iii) Drama.
SSP 3053 REKABENTUK KOMUNIKASI VISUAL
50

Genre drama biasanya bercorak sejarah, epik, barat, timur, fantasi, fiksyen sains dan juga sukan.
Sebahagian daripada drama agak sukar untuk ditakrifkan sebagai genre drama kerana sifatnya yang
seakan-akan menjurus kepada genre yang lain. Lazimnya, genre ini agak kurang dengan karektor
tetapi sarat dengan plot dan juga lokasi termasuk apabila filem akan dimainkan. Kebanyakan filem
animasi yang termasuk dalam genre ini dihasilkan untuk kategori sukan dan drama yang menjurus
kepada personality dan memaparkan kehidupan seseorang.

iv) Seram

Genre ini mempunyai nama lain iaitu thriller. Genre yang mengarahkan kepada audien supaya
tertanya-tanya dan mewujudkan perasaan untuk ingin tahu. Genre ini juga akan mewujudkan satu
perasaan yang menyeramkan dan juga suspen dengan matlamat sebagai satu tujuan. Selain daripada
itu, genre ini mengkhususkan untuk mewujudkan perasaan takut, terkejut dan tidak percaya. Genre
ini juga melibatkan benda-benda tahyul seperti hantu, puaka, makhluk halus, makhluk asing, syaitan,
iblis dan apa sahaja watak yang menjurus kepada wujudnya situasi yang menyeramkan.

v) Fiksyen sains atau fantasi

Genre fiksyen seperti ini termasuk di dalam epik dan juga fantasi. Genre ini mengandungi dunia
fantasi dan boleh juga bergabung dengan dunia realiti. Di dalam genre ini, kemungkinan besar untuk

melihat haiwan yang aneh dan jalan cerita yang mustahil adalah tinggi dan kadang-kadang tidak
terfikir dalam fikiran manusia secara realitinya.

6.0 Penutup

Bidang rekabentuk grafik mempunyai peranan yang sangat penting dalam perkembangan dan
kemajuan kepada kehidupan seharian manusia. Ia adalah suatu bidang yang menggabungkan segala
fungsi visual dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan
persekitaran yang menarik, mempunyai nilai estetik yang tinggi disamping membina suatu ruang
yang kondusif iaitu melalui konteks persekitaran dalam kehidupan.

You might also like