You are on page 1of 18

1.

Pemilihan Pokok Hiasan

Untuk terus menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani
contohnya keindahan, kedamaian, ketenangan untuk mendorong manusia terus ceria, produktif
dan ceria. Lantaran itulah, mengapa tumbuhan hiasan diperlukan untuk menghiasi serta
menyerikan halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, kompleks membeli belah, ruang legar
hotel dan pejabat, taman rekreasi serta perkarangan bangunan.

Tanaman hiasan ialah tanaman yang di tanam di kawasan persekitaran untuk menghiasi
sesuatu kawasan. Tanaman hiasan ini di tanam samada di dalam bekas seperti pasu, atau di
tanam terus di atas tanah. Tanaman hiasan biasanya bersifat menarik dari segi bunga, daun
ataupun bentuk pokoknya.

Pada asasnya pemilihan pokok hiasan adalah berdasarkan kepada kegunaannya iaitu:

 Tumbuhan Dalam bangunan


 Tumbuhan Luar Bangunan

1.1 Tumbuhan Dalam Bangunan

Pokok-pokok yang sesuai untuk hiasan dalaman rumah/bangunan mempunyai ketahanan untuk
hidup dalam keadaan kurang mendapat cahaya matahari(keamatan cahaya yang rendah)dan sesuai
hidup di persekitaran tertutup. Bilangan tumbuhan yang boleh ditanam di dalam atau di persekitaran
bangunan adalah terhad jika dibandingkan dengan tumbuhan yang boleh ditanam di persekitaran luar.
Tumbuhan kumpulan ini biasanya mempunyai rupa bentuk yang menarik seperti bunga stawar,
tumbuhan kaktus dan juga tumbuhan bogsai atau mempunyai daun berwarna-warni seperti bunga ati-
ati. Tumbuhan hiasan dalam bangunan biasanya di tanam dalam pasu, bersaiz kecil serta sederhana.

Pemilihan tumbuhan ini dalah berdasarkan kepada ciri berikut:

 Pemilihan adalah dibuat berdasarkan keamatan cahaya

 Kebiasaannya mengunakan pokok hiasan berdaun

 Pokok digunakan mestilah telah besar/ pada saiz yang sesuai

 Penjagaan yang sempurna perlu bagi mengekalkan rupabentuk daun yang menarik

1|Muka
 Penekanan penggunaan tertumpu pada daun dan bukan pada bunga.

Contoh tumbuhan dalam bangunan

Nama Tempatan: Setawar Nama Tempatan: Aglaonema


Nama Saintifik : Kalanchoe pinnata Nama Saintifik : Aglaonema
Famili : Crassulaceac Commutatum
Famili : Araceae

Nama Tempatan: Resam Batu Nama Tempatan: Ati-ati


Nama Saintifik : Begonia Nama Saintifik : Coleus Blumei
sempervirens Benth
Famili : Begoniaceae Famili : Labiatae

2|Muka
1.2 Tumbuhan Luar Bangunan

Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan adalah lebih banyak dari segi pilihan jika
dibandingkan dengan tumbuhan hiasan untuk dalam bangunan. Tumbuhan ini terdiri dari
pelbagai jenis antaranya dari tumbuhan menjalar sehinggalah pokok besar. Pemilihan tanaman
ini untuk ditanam biasanya bergantung kepada ciri tanaman itu sendiri seperti keperluan
pertumbuhan, bentuk, warna, tanaman, dan tekstur tanaman tersebut. Walau bagaimanapun,
pilihlah tanaman yang senang ditanam, tahan penyakit dan mudah pula penjagaannya.

Tumbuhan hiasan untuk luar bangunan ini mempunyai nilai keindahan (estetik) tersendiri
dari segi rupa bentuk, warna dan tabiat pertumbuhan. Antara jenis tumbuhan hiasan dalam
kumpulan ini yang biasanya ditanam termasuklah;

 Tumbuhan Hiasan Penutup Bumi


 Tumbuhan Hiasan Renek
 Tumbuhan Memanjat
 Tumbuhan Piggiran Jalan dan Pembahagi Jalan

1.2.1 Tumbuhan hiasan penutup bumi

Pokok tutup bumi berfungsi untuk menghalang pertumbuhan rumpai dan mengelakkan
hakisan. Biasanya tumbuhan ini ditanam bersama-sama dengan pokok renek bagi menghasilkan
bentuk kawasan yang menarik. Tumbuhan ini berketinggian antara 15cm hingga 30 cm, terdiri
dari yang menjalar, berbunga atau tidak berbunga. Contoh tumbuhan tutup bumi ialah kekacang
pinto ( arachias pintoi ), wedelia/serunai laut (wedelia trilobata), kemunting cina (catharanthus
roseus alba) dan ros jepun(portulaca grandiflora).

Wedelia Kemunting Cina


(wedelia trilobata) (catharanthus roseus alba)

3|Muka
Kekacang pinto Ros Jepun
(Arachias pintoi) (Portulaca grandiflora )

1.2.2 Tumbuhan hiasan renek

Pokok renek mempunyai batang yang banyak yang keluar dari batang pokok dan
mencapai ketinggian kurang dari 5 meter. Tumbuhan ini dapat ditanam sendirian ataupun
digabungkan dengan tanaman lain. Tumbuhan ini berfungsi sebagai tanaman tumpuan, bingkai
rumah dan spesimen, disamping dijadikan tanaman pagaran dan bertindak sebagai latar belakang
pokok lain.

Terdapat tiga jenis pokok renek iaitu:

i) Pokok renek berdaun

Pokok jenis ini biasanya tidak mepunyai bunga tetapi mempunyai dauin yang menarik dan
berwarna-warni. Contohnya ialah pokok puding(codiaeum variegatum), dan pokok
akalipa(Acalypha wilkesenia var. macrophylla)

ii) Pokok renek berbunga

Tumbuhan ini mempunyai bunga yang menarik dan berbau harum. Ditanam secara tunggal dan
berkelompok. Contohnya ialah pokok siantan/jenjarum(ixora javanica), dan pokok bunga raya
(hibiscus rosa sinensis)

iii) Pokok renek pagaran

Tumbuhan ini mengeluarkan daun dari pangkalnya dan ditanam secara rapat-rapat dalam
barisan. Berfungsi untuk menandakan kawasan atau memisahkan kawasan. Contoh tumbuhan ini
ialah pokok daun teh(Ehrietia microphyla) dan pokok Eugenia(Syzygium campanulatum).

4|Muka
Pokok Puding Pokok Akalipa Pokok Bunga Kertas
(Codiaeum variegatum) (Acalypha wilkesiana) (Bougainvillea sp.)

Pokok Bunga Raya Pokok Bunga Corong Pokok Daun Teh


(Hibiscus rosa-sinensis) (Allamanda catartica) (Ehrietia microphyla)

1.2.3 Tumbuhan Memanjat

Tumbuhan ini biasanya mempunyai organ khas seperti tendril yang berfungsi untuk
memanjat atau membelit sokongan. Sangat sesuai bagi pergola untuk hiasan dan member
teduhan. Tumbuhan ini boleh ditanam secara berkelompok untuk menimbulkan kesan visual
yang padat dan bertumpu. Contohnya ialah pokok kembang pagi(Gloriosa superb), Akar
dani(Quisqualis indica) dan Tapak kuda(Bauhinia kockiana)

Pokok Kembang Pagi


(Gloriosa superba) Pokok Tapak kuda Pokok Akar dani
(Bauhinia kockiana) (Quisqualis indica)

5|Muka
1.2.4 Tumbuhan Pinggiran Jalan dan Pembahagi Jalan

Tumbuhan-tumbuhan yang biasa ditanam di pinggiran jalan atau pembahagi jalan adalah
terdiri daripada pokok-pokok besar yang boleh memberi teduhan dan akar-akarnya tidak
merosakkan jalan, serta daun-daunnya atau bunganya tidak mengotorkan jalan. Pokoknya
tumbuh merendang dan mempunyai kanopi yang padat dan lebih dikenali sebagai pokok
naungan.Contohnya pokok pukul lima(Samanea saman), pokok ketapang(Termanalia Catappa)
dan semarak api(Delonix regia).

Pokok-pokok jenis palma juga banyak ditanam di pinggiran jalan dan juga sebagai pembahagi
jalan. Pokok palma sesuai dijadikan tanaman pembahagi jalan kerana pokoknya tegak dan tidak
bercabang. Contoh pokok palma ialah pinang raja(Cryrtostacchys renda),pokok serdang/Chinese
fan palm(Livistona chinensis) dan pokok Cycas Jepun(Cycas revolute)

Pokok Pukul Lima Pokok Ketapang


(Samanea saman ) (Termanalia Catappa) Pokok Semarak api
(Delonix regia)

Pokok Serdang Pokok Cycas Jepun


(Livistona chinensis) (Cycas revolute)

Pokok Pinang Raja


(Cryrtostacchys renda)

6|Muka
2. Cara-cara penjagaan tanaman hiasan.

Ramai yang mahu memiliki laman yang cantik, baik dalam bangunan mahupun luar.
Namun kebanyakannya tidak mahu mempelajari dan memperaktikkan teknik yang betul untuk
menjaga tanaman hiasan mereka menyebabkan pokok mati dan lanskap idaman hanya bertahan
sebulan dua sahaja. Terdapat beberapa cara penjagaan tanaman hiasan yang perlu dititikberatkan
untuk mengekalkan agar tanaman hiasan menampilkan penampilan segar, cantik dan menarik.
Penjagaan tumbuhan hiasan melibatkan penyiraman, sungkupan, pembajaan, pemangkasan dan
perlindungan tanaman.

PENJAGAAN TUMBUHAN
HIASAN

Penyiraman Sungkupan

Pembajaan Pemangkasan

Perlindungan

2.1 Penyiraman

Penyiraman adalah membekalkan air pada tumbuhan. Air yang mencukupi merupakan
faktor penting bagi menentukan tumbuhan yang ditanam hidup subur. Pelbagai kaedah
penyiraman yang digunakan untuk menyiram pokok. Antaranya adalah mengunakan:

1. Hos Getah
2. Tong Penyiram
3. Penyiraman titisan
4. Penyiraman pancutan
5. Penyiraman kabus

7|Muka
Petunjuk yang bagus untuk menentukan samada penyiraman diperlukan atau tidak adalah
tanaman itu sendiri. Apabila daun kelihatan mula layu atau warna hijaunya semakin pudar itu
tandanya perlukan siraman.

Disamping itu, panduan lain penyiraman ialah dengan merasa bahagian atas tanah. Menyiram
diperlukan apabila lapisan atas tanah (sehingga 2.5 cm) didapati kering.

Menyiram yang cukup menentukan akar tumbuhan mengarah kebawah dan bukan dipermukaan
sahaja. Penyiraman yang berlebihan akan menyebabkan:

i) Tumbuhan akan menjadi bantut


ii) Akar tumbuhan mereput
iii) Pertumbuhan lumut di sekeliling tumbuhan
iv) Serangan penyakit

Manakala penyiraman yang berkurangan pula akan menyebabkan:

i) Tumbuhan tidak berdiri tegak (batang tumbuhan disokong oleh air)


ii) Tumbuhan kelihatan layu
iii) Tumbuhan kering dan mati

Ciri-ciri Penyiraman Yang Baik

 Masa
Dilakukan pada waktu pagi dan lewat petang (waktu pagi sebelum pukul 11.00 pagi,
waktu petang ialah antara jam 3.00 petang hingga 7.00 malam)
 Bekas Pokok
-pasu tanah liat berisi pasir perlu disiram lebih kerap
-pasu plastik berisi tanih gembur tidak memerlukan begitu banyak air
 Bentuk pokok
-daun-daun yang besar memerlukan lebih banyak air
-daun-daun yang kecil tidak memerlukan begitu banyak air

 Gunakan bekas penyiram atau hos yang


mempunyai muncung yang berlubang
halus
 Jika menggunakan hos getah, pastikan
hos getah itu berfaucet supaya aliran
airnya sekata
 Halakan muncung penyiram pada pasu
bukan pada sekitaran 8|Muka
2.2 Sungkupan

Membuat sungkupan bermaksud menutup permukaan batas/tanah dengan satu lapisan


bahan yang nipis. Sungkupan yang paling bagus adalah yang berasaskan bahan organic,
bertekstur sederhana halus dan tidak memadat. Tebal sungkupan yang sesuai adalah lebih kurang
3cm hingga 15cm diletakkan disekeliling pangkal pokok, luasnya melebihi sedikit dari kawasan
kanopi pokok. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sungkupan ialah:

1. Sabut kelapa
2. Pecahan tempurung kelapa,
3. Serbuk papan
4. Plastik /Politena hitam
5. Hampas sawit
6. Jerami padi
7. Sekam padi
8. Daun-daun kering
9. Batu-batu kecil

Kepentingan Sungkupan

i. Mengelakkan hakisan tanah akibat hujan


lebat atau penyiraman yang berlebihan
ii. Menstabilkan suhu tanah agar akar
terlindung daripada suhu yang ekstrim
iii. Menghalang pertumbuhan rumpai
iv. Bertindak sebagai baja organic apabila
mereput
v. Mengelakkan tanah menjadi sangat padat
kerana air akan meresap kedalam tanah
secara perlahan-lahan

Elakkan sungkupan yang terlalu tebal kerana

Contoh sungkupan pada tumbuhan ianya akan menggalakkan haiwan perosak dan
penyakit dan menghalang percambahan anak
benih 9|Muka
2.3 Pembajaan

Pembajaan adalah proses membekalkan kandungan nutrient yang mencukupi yang


diperlukan oleh tanaman untuk hidup subur. Nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan
ialah nitrogen (tumbesaran daun), fosforus (tumbesaran akar) dan kalium (tumbesaran bunga dan
biji/buah). Antara tanda-tanda tumbuhan kekurangan nutrient ialah

i) Daun kelihatan kekuningan (klorosis)


ii) Pertumbuhan tanaman terbantut
iii) Dahan tanaman mudah patah
iv) Tanaman mudah diserang penyakit
v) Bahagian tanaman terbentuk tidak normal

Nutrien tumbuhan dapat ditambah dengan menggunakan baja organik dan baja kimia (inorganik)

Baja Organik Baja Inorganik (Baja Kimia)


a) Didapati daripada reputan saki-baki a) Didapati daripada sumber bahan kimia.
haiwan dan tumbuhan Oleh itu, ia juga digelar baja sintetik
b) Contoh ialah tahi lembu, tahi ayam, b) Contoh ialah baja NPK dan urea
baja kompos dan air kencing c) Mempunyai dua bahagian
c) Dapat membekalkan nutrient dan Baja Tunggal Baja Sebatian
memperbaiki struktur tanah dengan
Mengandungi satu Mengandungi tiga
memperbaiki saliran dan
unsur sahaja unsur utama dan
pengudaraannya
Contoh sedikit mikro
d) Kandungan nutriennya adalah lebih
Baja Nitrogen (N) Contoh
rendah berbanding dengan baja kimia
Baja Fosforus (F) Nitrofoska 15%N
Baja Kalium (K) Welgro 15%P
Grosflas 17%K
2%Mg

d) Boleh bertindak dengan lebih cepat


berbanding dengan baja organik

10 | M u k a
Berikut menunjukkan kadar pembajaan tanaman hiasan seperti yang disyorkan oleh
Mustaffa Kamal (2002)

Jenis Tumbuhan Kadar Baja(NPK 15:15:15) Kekerapan Pembajaan


Setahun

Pokok besar 1.0 kg/2.5 cm garis pusat 2 kali


batang, ditambah 0.5 bagi
setiap tahun seterusnya hingga
tahun keenam. Pokok besar
melebihi 6 tahun tidak perlu
dibaja

Pokok renek 120 g/tahun 2 kali

Pokok pagaran 250 g/meter linear/tahun 2 kali

Tanaman penutup bumi 40 kg/100meter persegi/tahun 3-4 kali


(Syor Kadar Pembajaan Am Tanaman Hiasan. Sumber: Mustaffa Kamal(2002). Hortikultur
Hiasan dan Landskap, Kuala Lumpur: Dewan Bahas dan Pustaka)

Cara Melakukan Pembajaan

i) Tabur gaul
Bagi baja organik digaul dengan tanih. Manakala baja kimia ditaburkan di sekeliling
tumbuhan dan akan larut apabila tumbuhan disiram
ii) Semburan daun
Baja kimia dilarutkan dalam air dan disembur pada permukaan daun. Sembur pada
daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.
Daun mempunyai kebolehan untuk menyerap nutrient.

11 | M u k a
iii) Alur
Baja diletakkan di dalam alur kecil yang digali dibawah kanopi disekeliling pokok.
Kemudian alur tadi di kambus semula lalu disiram. Kaedah ini sesuai untuk jenis baja
berbutir atau debu.
iv) Poket
Lubang-lubang kecil digali dibawah kanopi disekeliling pokok dengan jarak kira-kira
45cm-60 cm dengan kedalaman lubang lebih kurang 15 cm. Baja diletakkan kedalam
lubang tadi akan ditimbus dan disiram. Kaedah ini sesuai untuk baja jenis berbutir,
debu dan kapsul.
v) Suntikan atau tebukan batang
Kaedah ini dilaksanakan dengan lubang ditebuk pada batang dan baja berbentuk
kapsul dimasukkan kedalam lubang tadi. Manakala bagi baja dalam bentuk cecair
boleh disuntik dengan alat khas kedalam batang.
Kesesuaian kaedah ini adalah pada situasi tertentu sahaja seperti berlakunya
kerosakan pada akar pokok yang menghalang pengambilan baja dengan baik.

2.4 Pemangkasan

Satu lagi aspek yang penting untuk menjaga tumbuhan hiasan adalah pemangkasan
pokok. Pemangkasan menyebabkan tekanan kepada pokok, jadi jangan pangkas jika tidak ada
tujuan spesifik atau tanpa idea kesannya.
Memangkas adalah memotong bahagian batang, dahan atau ranting untuk menggalakkan
pertumbuhan pucuk-pucuk, cabang, atau dahan selain dapat mengeluarkan bunga serta buah
yang sempurna. Bahagian tanaman hiasan yang mati, rosak, atau berpenyakit perlu dipangkas
juga untuk membolehkan cahaya matahari sampai kesemua bahagian tanaman. Tanaman hiasan
dipangkas untuk beberapa tujuan iaitu:
 Membentuk pokok kepada bentuk yang dikehendaki
 Membuang dahan yang mati / berpenyakit / dahan yang tidak diperlukan
 Merangsang pertumbuhan tunas / bunga / buah
 Memberi keseimbangan pada pokok

12 | M u k a
 Memperbaiki lingkungan pertumbuhan tanaman (mengatur penerimaan cahaya
matahari, pengudaraan & kelembapan)
 Meningkatkan nilai astetik tanaman
 Membuang percabangan / dahan yang mengganggu aktiviti manusia

Untuk menjalankan kerja pemangkasan, peralatan khas seperti sekatuer, pisau cakuk, gergaji
atau gunting pokok yang tajam hendaklah digunakan. Pemilihan peralatan yang betul sangat
penting untuk menentukan kerja pemotongan dibuat dengan sempurna. Semasa pemangkasan,
pastikan potongan adalah licin dan bersih, seeloknya jangan tinggal tunggul dahan dan elak dari
kulit terserkah.
Terdapat empat jenis pangkasan yang biasa dilakukan iaitu:
 Pemangkasan membentuk
 Pemangkasan kelaziman/rutin
 Pemangkasan pemulihan
 Pemangkasan penjarangan

2.4.1 Pemangkasan membentuk


Bertujuan membentuk tumbuhan kepada bentuk yang diingini dengan membuang tunas-
tunas sisi dan dahan yang tertentu yang tidak dikehendaki.

Pangkasan untuk pembentukan (pokok renek)

13 | M u k a
Bahagian hujung dahan dipotong

Sebelum dipangkas

Selepas dipangkas

Pangkasan untuk pembentukan pokok pagaran

2.4.2 Pemangkasan Kelaziman/Rutin

Bertujuan untuk mengekalkan sesuatu bentuk tanaman selepas cantasan membentuk


dilakukan. Kaedah ini dilaksanakan dengan membuang dahan atau ranting yang patah, mati atau
berpenyakit serta tunas air.

2.4.3 Pemangkasan Pemulihan/Memperbaharui

Bermaksud memangkas pokok hingga ke pangkal dahan-dahan utama atau batang utama,
10-20 cm dari permukaan tanah. Bertujuan untuk merangsang pertumbuhan baru yang lebih
cergas dan segar.

2.4.4 Pemangkasan Penjarangan

Untuk memperoleh bentuk pokok yang seimbang & cantik. Disamping itu membolhkan
peredaran udara & cahaya matahari dapat masuk kesemua bahagian pokok. Juga berperanan
mengelakkan musuh & perosak berlindung dan terhindar dari serangan penyakit. Sesuai
dilakukan ke atas pokok-pokok landskap yang mengeluarkan dahan utama dengan banyak dan
rapat

14 | M u k a
Pokok yang dikekalkan Pokok yang dipindahkan

Kaedah pemangkasan penjarangan

2.5 Perlindungan Tanaman

a) Kawalan Rumpai

Rumpai di taman hiasan landskap boleh dikawal secara mekanikal menggunakan tangan,
sungkupan (termasuk penggunaan plastic hitam atau fabric landskap) atau secara kimia
menggunakan racun rumpai. Racun rumpai pracambah digunakan untuk mengawal rumpai
diperingkat awal sebelum percambahan biji benih rumpai. Racun rumpai pasca cambah adalah
untuk menghapuskan rumpai yang telah established. Contoh racun rumpai yang biasa digunakan
untuk mebunuh rumput-rumpai ialah Gramoxone, Dowpon dan Dalapon.

15 | M u k a
Inilah contoh terbaik untuk mebuang
rumput(cara mekanikal), selain dapat
mengurangkan persaingan merebut
makanan air dan udara, dari segi
pemandangan kita nampak cantik dan
bersih

b) Kawalan Perosak dan Penyakit

Serangan penyakit dan perosak boleh membantutkan tumbesaran pokok dan


menyebabkan pokok mati.

Penyakit –penyakit yang menyerang tumbuhan hiasan adalah seperti bintik daun, seludang
kering, blast, penyakit merah, beliat bakteria, buku akar dan reput buah. Tanda tumbuhan hiasan
diserang penyakit ialah:

 Daun bergulung
 Daun bertompok-tompok dengan warna perang
 Tanda putih pada pokok

Jenis-jenis serangga perosak yang menyerang tumbuhan hiasan adalah seperti jengkerik,
kumbang, ulat bulu, kutu daun, ulanah, siput babi, belalang, kutu terip dan koya. Tanda-tanda
tumbuhan hiasan diserang perosak ialah:

 Pokok terbantut
 Tompok-tompok lutsinar pada daun
 Daun lekit
 daun menguning dan jatuh
 Bunga dan daun berkedut
 Bunga dan daun berlubang

Belalang Hama bintat Kutu daun

16 | M u k a
Ulat bulu Kumbang daun

Contoh serangga perosak tumbuhan

Serangan penyakit boleh dikawal dengan menggunakan racun kulat manakala serangan
perosak pula boleh dikawal dengan menggunakan racun serangga dan secara kawalan
organic/biologi. Kawalan organik ialah meletakkan serangga lain yang akan makan serangga
perosak pada tumbuhan.

Jenis-jenis racun serangga

Jenis Contoh Tujuan

Racun serangga DDT, Gamma BHC, Membunuh serangga perosak


Malathion, Sevin, Thiodan

Racun kulat Sulfan, Captan, Dithane, Mengawal penyakit kulat


Zaneb, Maneb

Racun rumpai Gramoxone, Dowpon, Membunuh rumput-rumpai


Dalapon

Umpan beracun Metadex, Zink Fosfid, Membunuh perosak lain


Warfarin, Tikumin seperti siput babi dan tikus

Selain daripada kawalan menggunakan kaedah meracun dan kawalan biologi. Berfikut adalah
antara panduan dan yang boleh diikut dalam mengawal serangga perosak dan penyakit:

 Gunakan bahan tanaman yang tidak mudah diserang serangga perosak atau penyakit
 Ikuti program pengurusan yang betul untuk menjamin kesihatan tanaman
 Awasi tanaman secara berkala untuk sebarang masalah perosak dan penyakit. Pengesanan
awal dapat menyelamatkan pokok
 Mencari kaedah diagnosis yang betul berdasarkan simpton seranmgan serangga atau
penyakit yang dilihat pada pokok.

17 | M u k a
Kesimpulan

Tumbuh-tumbuhan yang dikurniakan Ilahi sememangnya amat rapat dengan kehidupan


kita. Tanpa sedar atau tidak, pelbagai jenis pokok menghiasi kehidupan kita sehari-hari. Dengan
pelbagai fungsi semulajadi atau eksploitasi,adalah sememangnya datang dari Yang Maha Esa.
Mereka menyegarkan mata, menguasai perasaan, dan dijadikan untuk kita lebih mengenali dan
menghargai. Warna hijau pokok-pokok yang ditanam untuk menghiasi laman dan dalaman
rumah, bangunan komersial dan kawasan awam dapat melahirkan suasana kedamaian. Pokok
hiasan juga memainkan peranan penting sebagai penyaman udara di kawasan terbuka kerana
pokok-pokok berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang
mengandungi karbon dioksida kepada oksigen. Ada juga beberapa jenis pokok tertentu yang
dikatakan berupaya menyerap udara toksid.

Apa yang penting kita harus menghargai tumbuhan sekeliling kita. Ini adalah kerana
kemungkinan penghargaan kita itu akan dibalas dengan keindahan ciptaan seninya

18 | M u k a

You might also like