You are on page 1of 10

Fonetik -Penghasilan Bunyi Bahasa Melayu

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN
Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama.
Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan
bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.
Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi
vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat
didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Tidak ada bahasa
yang tidak mempunyai vokal kerana vokal ialah nadi bunyi dalam urutan suku kata.

1.2 Objektif
Kertas kerja ini dihasilkan dengan memperincikan beberapa objektif seperti berikut :
a. Mengetahui jenis-jenis vokal dalam Bahasa Melayu .
b. Menghuraikan bagaimana cara penghasilan bunyi-bunyi vokal Bahasa Melayu.
c. Mengetahui peranan alat artikulasi dalam penghasilan vokal dengan merujuk gambar rajah.

1.3 Kaedah
Kaedah yang diguna pakai di dalam menyiapkan tugasan ini ialah dengan mengguakan kaedah
kepustakaan. Beberapa buah buku, majalah, jurnal, artikel telah digunakan sebagai panduan dan
rujukan semasa menyusun atur tugasan yang diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi
daripada pelbagai sumber ini dianalisis dan disusun atur mengikut kesesuaian untuk dikelas serta
dikatogerikan di bawah sub-topik

1.4 Batasan Kajian


Dalam penulisan kertas kerja ini penulis telah mengambil kira beberapa batasan. Untuk
memastikan bahawa kajian tidak terpesong dari batasan-batasan yang telah ditetapkan penulis
menumpukan perhatian kepada jenis-jenis vokal bahasa Melayu serta menghuraikan cara
penghasilan bunyi-bunyi vokal bahasa Melayu disamping mengetahui peranan alat artikulasi
dalam penghasilan vokal bahasa Melayu.

1.5 Definisi Konsep


Dalam penulisan kertas kerja ini, penulis mengambil kira pendapat beberapa orang tokoh bahasa
dan penulis untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang jenis-jenis vokal dalam bahasa
melayu disamping cara penghasilan bunyi-bunyi vokal dan mengetahui peranan alat artikulasi
dalam penghasilan vokal Bahasa Melayu.

Menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood (1998:31):


“ Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi
vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat
didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.
Sementara Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) mendefinisikan vokal seperti berikut:
“ Bunyi suara yang dihasilkan dengan getaran pita suara, dan tanpa penyempitan dalam saluran
suara di atas glotis. Satuan fonologi yang diwujudkan dalam lafaz tanpa geseran adalah vocal.”
Terdapat juga beberapa definisi tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar
dengan sifat-sifat vocal yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengaliran udara tanpa sekatan
daripada paru-paru.
Danel Jones dalam bukunya ‘Outline of English Phonetics’ mengatakan:
“ Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan
tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-
bunyi geseran (Arbak Othman 1983:54)
Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam buku ‘A Course In Morden Linguistic’
memberi definisi vocal sebagai:
“ Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus
udara (Arbak Othman 1983:54)
Disamping definisi-definisi yang dikemukakan diatas Kamus Dewan (1998:1341) juga memberi
definisi seperti berikut:
“ Vokal tulin, huruf hidup atau huruf saksi ( a, e, é, i, o, u )
Daripada definisi-definisi ternyata di atas depatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi-
bunyi bersuara yang dihasilkan tatakala udara daripada paru-paru keluar berterusan melalui
rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi bersuara yang
dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan.

2.0 Vokal Dalam Bahasa Melayu

2.1 Jenis-Jenis Vokal Dalam Bahasa Melayu

Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu


vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] , [e] , [ĕ] , [i] , [o] , [u].
Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku
(standard) iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal
tengah [э] dan dua vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan
jenis seperti pada rajah di bawah.

Rajah Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu

Hadapan Tengah Belakang


Sempit
i

u Tinggi

Separuh Sempit c o
Separuh Luas є ɔ

Bahagian Luas a ɑ Rendah

Rajah dan kedudukan pada gambar rajah tersebut menunjukkan kedudukan mengikut
bahagiannya. Bahagian-bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah, di sebelah
kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di tengah pula merujuk kepada bahagian tengah
lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah
dinaikkan.

Dalam membunyikan vokal [i] dan vokal [u] misalnya lidah dinaikkan. Manakala bagi
membunyikan vocal [a] kedudukan lidah mestilah pada paras yang paling rendah.

2.1.1 Vokal Hadapan


a) [i] vokal hadapan sempit - Contoh dalam perkataan ibu, biru, ubi dan umi.
b) [e] vokal hadapan separuh sempit - Contoh dalam perkataan elok, kekok, kole, ekor, serong
dan sate.
c) [є] vokal hadapan separuh luas - Contoh perkataan dialek Kelantan dan bahasa pinjaman
daripada bahasa inggeris seperti; esok, belok, bule, ekpress, ekonomi dan sebagainya.

2.1.2 Vokal Tengah


a) [ə] vokal tengah pendek - contoh dalam perkataan seperti; emak, sentuh, emas dan lain-lain.
b) [э] vokal tengah panjang - vokal ini hadir dibelakang kata seperti; kitэ, rasэ, gulэ.
2.1.3 Vokal Belakang
a) [u] merupakan vokal belakang sempit - contoh dalam perkataan; ular, kuda, batu .
b) [o] merupakan vokal belakang separuh sempit - contoh perkataan; oleh, boleh, solo, foto.
c) [ɔ] merupakan vokal belakang separuh luas - contoh dalam dialek Kelantan; otak, botak, kito.
3.0 Cara Penghasilan Vokal
3.1 Vokal Hadapan Sempit / Tinggi [i]
Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hampir dengan bumbung mulut.
Untuk menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit proses berikut turut berlaku:
a) Bibir dihamparkan
b) Depan lidah dinaikkan tinggi hamper dengan bumbung mulut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah [i] dalam perkataan contohnya:
i) pada awal perkataan : ikut, ipar, ikan, ibu, itu.
ii) pada tengah perkataan : biru, bila, kita, sila, sikat
iii) pada akhir perkataan : tali, beli, beri, besi, guli.
Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [i]

3.2 Vokal Hadapan Separuh Sempit / Separuh Tinggi [e]

Bagi menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit perkara berikut turut berlaku;
a) Bibir dihamparkan separuh sempit.
b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara yang dihasilkan ialah bunyi [e] (lihat gambarajah). Cohtoh
kehadiran bunyi vocal ini dalam perkataan adalah seperti berikut;
i) pada awal perkataan - ekor, elok, ela, edah, elak
ii) pada tengah perkataan - berang, heret, leper, sepet
iii) pada akhir perkataan - sate

Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [e]


3.3 Vokal Hadapan Separuh Luas / Separuh Rendah [є]

Untuk menghasilkan bunyi vokal separuh luas proses berikut turut berlaku :
a) Bibir dihamparkan separuh luas.
b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui hidung.
e) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut;
i) pada awal perkataan - elok, esok, edoh, ejek
ii) pada tengah perkataan - beso, getek, gelek, pelek
iii) pada akhir perkataan - gode, bule, ude, tule

Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [є]

3.4 Vokal Hadapan Luas / Rendah [a]

Vokal depan luas ini boleh dihasilkan melalui proses seperti berikut;
a) Bibir dalam berkeadaan hampar
b) Hadapan lidah diturunkan serendah mungkin
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vocal hadapan luas hampar seperti dalam perkataan berikut.
i) pada awal perkataan - abang, ajar, asuh, adik
ii) pada tengah perkataan - satu, paku, bukan, lagu
iii) pada akhir perkataan - kita, bila, kuda, bias
Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [a]
3.5 Vokal Belakang
Sewaktu penghasilan vocal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian
belakang lidah. Bentuk bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal
belakang.
3.5.1 Vokal Belakang Sempit / Tinggi [u]
Untuk menghasilkan bunyi vokal belakang proses yang berikut harus dilakukan;
a) Bibir dibundarkan.
a) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin) ke arah lelangit lembut.
a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru
menggetarkan pita suara ke rongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal bundar [u].
Contohnya;
i) Pada awalan perkataan - ubi, usung, unta, undur
ii) Pada tengah perkataan - buka, bubur, suka, lupa
iii) Pada akhiran perkataan - satu, batu, labu, kuku, bayu

Gambarajah Penghasilan Vokal [u]

3.5.2 Vokal Belakang Separuh Sempit / Separuh Tinggi [o]


Vokal ini terhasil apabila;
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara dari paru-paru tidak keluar melalui hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar kerongga mulut menggetarkan pita
suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o] seperti dalam perkataan
berikut.
i) pada awalan perkataan - oleh, otak, orang,
ii) pada tengah perkataan - boleh, toleh, kotak
iii) pada akhiran perkataan - solo, koko, pidato
Gambarajah Penghasilan Vokal [o]
3.5.3 Vokal Belakang Separuh Luas [ɔ]
a) Bibir dibundarkan.
b) Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara
kerongga mulut.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [ɔ] seperti dalam perkataan-perkataan berikut.
(daerah Kelantan)
i) pada awalan perkataan - olok, otok, oren,
ii) pada tengah perkataan - pokok, sudoh, pecoh
iii) pada akhiran perkataan - kito, bilo, belako

Gambarajah Penghasilan Vokal [ɔ]

3.6 Vokal Tengah


Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vocal tengah ialah bahagian tengah lidah.
Keadaan bibir hendaklah dihamparkan bagi menghasilkan bunyi vokal tengah (pendek) [ə].
Untuk menghasilkan bunyi vokal tengah, proses berikut turut berlaku.
a) Bibir dihamparkan.
b) Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.
c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru kerongga mulut menggetarkan
pita suara.
e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang tengah pendek [ə] seperti dalam perkataan
berikut.
i) pada awalan perkataan - emas, emak, empat,
ii) pada tengah perkataan - penat, berat, cergas, kemas
Gambarajah Penghasilan Vokal [ə]

4.0 Peranan Alat Artikulasi Dalam Penghasilan Vokal


Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama.
Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan
bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.
4.1 Lidah
Alat artikulasi lidah merupakan kriteria penting penting dalam pembahagian jenis vokal. Lidah
boleh memberikan berbagai-bagai bentuk dan rupa bagi menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang
berbeza. Lokasi dan kedudukan lidah berasaskan kepada dua paksi iaitu yang mendatar dan yang
menegak.
Bahagian mendatar ialah dari depan kebelakang mulut. Tiga titik mendatar sebenarnya ialah
kedudukan depan, tengah dan belakang lidah. Depan lidah adalah bahagian yang bertentangan
dengan lelangit keras, belakang lidah pula bahagian yang bertentangan dengan lelangit lembut
sementara tengah adalah sempadan diantara lelangit keras dengan lelangit lembut. Contohnya [i]
adalah bunyi depan, [u] adalah bunyi belakang dan [ə] adalah bunyi tengah.
Bahagian yang menegak pula ialah dari lantai mulut hingga ke bumbung mulut dan dapat
dinahagikan kepada empat bahagian seperti berikut.
a) bahagian sempit / tinggi
b) bahagian separuh sempit / tinggi
c) bahagian separuh luas / rendah
d) bahagian luas / rendah
Tinggi atau sempit merujuk kepada kedudukan lidah yang hamper dengan bumbung mulut.
Contohnya [i] dan [u] . Sementara kedudukan rendah pula apabila lidah berada jauh dari
bumbung mulut. Contohnya [a] dan [ɑ], [e], [o], [є], [ɔ] adalah di kedudukan separuh sempit dan
separuh luas.

4.2 Bibir
Selain lidah, bibir juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalan penghasilan
bunyi vokal. Bibir mempunyai bentuk tersendiri. Bentuk bibir boleh dibahagikan kepada bentuk
bundar dan hampar. Bibir akan menjadi bundar apabila menghasilkan bunyi-bunyi vokal
belakang contohnya [u], [o], [ɔ], [ɑ] sementara bibir akan menjadi hampar apabila menghasil
bunyi-bunyi vokal depan.

Gambarajah Keadaan Bibir Semasa Menghasilkan Bunyi Volal

5.0 Penutup
5.1 Kesimpulan
Daripada isi yang telah dihuraikan di atas dapatlah di buat kesimpulan Vokal ialah bunyi-bunyi
bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak
dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri
kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas
dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi
kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] ,
[e] , [ĕ] , [i] , [o] , [u].
Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku
(standard) iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal
tengah [э] dan dua vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan.
Dalam penghasilkan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama.
Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan
bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting.

You might also like