You are on page 1of 6

AKTIVTI 5

Tajuk : Membuat jam matahari

Hipotesis :

Panjang bayang-bayang adalah paling pendek pada jam 12 tengah hari.

Inferens :

Panjang bayang-bayang pada jam 12 tengah hari paling pendek kerana kedudukan
matahari berada betul-betul tegak di atas kepala.

Pembolehubah :

Dimanipulasi kan - Masa


Bergerak balas - Panjang bayang-bayang
Dimalarkan - Jenis pensel

Radas/Bahan :

Pensel
Kertas A4
Plastisin
Pembaris

1
Prosedur :

Rajah 1

1. Panjang pensel diuukur dan pensel diletakkan di tengah-tengah kertas dengan


menggunakan plastisin (rajah 1).
2. Bayang-bayang pensel ditanda setiap satu jam dan diulang sehingga mendapat
8 bacaan.
3. Panjang baying-bayang diukur menggunakan pembaris.
4. Graf panjang bayang-bayang melawan masa dibina daripada keputusan yang
diperoleh.

2
Keputusan :

Panjang pensel ialah __cm

Masa Panjang bayang-bayang (cm)

8 pagi
9 pagi
10 pagi
11 pagi
12 tengah hari
1 petang
2 petang
3 petang

Graf panjang bayang-bayang melawan masa dibina berdasarkan data yang diperolehi.

Perbincangan :

1. Pada waktu bilakah bayang-bayang tidak kelihatan?


Pada jam 12 tengah hari sewaktu matahari berada tegak di atas kepala.

2. Pada waktu bilakah bayang-bayang menjadi lebih panjang daripada pensel?


Pada jam 8 pagi dan 3 petang.

Kesimpulan :

Panjang bayang-bayang dipengaruhi oleh masa (kedudukan matahari).

Pengetahuan Masteri

1. Apakah yang anda pelajari daripada aktiviti di atas?


3
Berdasarkan aktiviti 5 di atas, saya mempelajari tentang pengaruh masa terhadap
panjang bayang-bayang.

2. Di bahagian manakah di dalam Kurikulum Sekolah Rendah diajar tajuk ini?

Untuk Tahap 1, tajuk ini diajar di bawah tema (World Around Us) bagi Tahun 1
manakala untuk Tahap 2, tajuk ini diajar di bawah tema (Investigating The Earth and
The Universe) bagi Tahun 5.

3. Bincangkan bagaimana aktiviti ini boleh digunakan di dalam pengajaran dan


pembelajaran?

Bagi murid Tahun 1, aktiviti boleh dirancang berdasarkan Unit 3.0 : Mengetahui
tentang terang dan gelap ( finding out about light and dark). Mereka boleh di bawa
ke padang sekolah ataupun ke kawasan yang lapang di mana terdapatnya cahaya
matahari. Pembelajaran seperti ini dikenali sebagai pembelajaran luar bilik darjah.
Murid diminta membuat pelbagai bentuk bayang-bayang dan melalui aktiviti itu guru
boleh menerangkan kepada mereka bahawa murid boleh melihat bayang-bayang
kerana wujudnya cahaya. Justeru, cahaya dapat membantu seseorang untuk
melihat. Bagi murid Tahun 5 pula, guru boleh menjalankan aktiviti di bawah Unit
3.1 : Memahami bahawa cahaya bergerak di dalam garisan lurus (understanding
that light travels in a straight line). Murid diajar bagaimana bayang-bayang boleh
dihasilkan iaitu disebabkan oleh penembusan cahaya dihalang oleh objek yang
legap. Konsep lutsinar dan legap diterangkan kepada pelajar. Selepas itu, murid
diminta untuk menyiasat faktor-faktor yang mempengaruhi bentuk dan saiz bayang-
bayang. Murid harus mengenal pasti pembolehubah dengan baik agar aktiviti dapat
dijalankan dengan lancar. Akhir sekali, murid akan dapat memahami bahawa
apabila jarak objek dengan sumber cahaya semakin berkurang, maka saiz bayang-
bayang akan bertambah.
4. Kreativiti ialah elemen yang penting di dalam Bekerja dan Berfikir secara
Saintifik. Apakah ciri-ciri kreatif di dalam proses membuat inferens?

4
Melalui proses membuat inferens, kemahiran berfikir pelajar dapat dikembangkan.
Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman
terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang
dialami. Murid yang berfikir secara kritis dan kreatif akan dapat membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Mereka juga boleh mengaplikasikan
serta menghubungkait pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara
lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah. Di samping itu juga, idea atau
ciptaan yang kreatif dan inovatif dapat dihasilkan di samping dapat meningkatkan
aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka. Murid
yang berfikiran kreatif juga bersikap terbuka dalam menerima dan memberi
pendapat, dapat membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat
pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti yang kukuh.

5. Di dalam mengembangkan kemahiran befikir dan bekerja secara saintifik


kepada murid, terdapat beberapa teknik yang harus dilakukan oleh guru untuk
menggalakkan perkembangan kreativiti. Bincangkan.

Sebagai guru, strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar boleh dibuat untuk
menggalakkan perkembangan kreativiti murid. Strategi pemusatan pelajar ini
bermaksud pelajar memainkan peranan penting dalam pembelajaran di mana
pelajar bertanggungjawab terhadap apa yang diajar dan bagaimana ia dapat
dipelajari. Strategi ini dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. 
Sebagai contoh, melalui eksperimen. Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim
yang dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan
untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan
semasa eksperimen melibatkan kemahiran berfikir, kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif. Selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid

5
diberi peluang bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara
eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur, bagaimana
menganalisis data dan bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.
Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil. Kaedah
ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat
memperkembangkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Dalam strategi ini guru bertindak sebagai
fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar dengan memantau aktiviti yang
dijalankan.

You might also like