You are on page 1of 17

LENCANA LOGO PPIM

PENGERTIAN LOGO

Logo PPIM dibentuk dengan suatu lingkungan bulat berwarna hijau diapit dengan lingkungan
berwarna kuning dan di dalam lingkungan hijau itu bertulis  ‘PERGERAKAN PUTERI ISLAM
MALAYSIA’. Di tengah logo tersebut terdapat satu bulatan PUTIH dan di  dalamnya ditulis dengan
huruf jawi. Permulaan daripada  perkataan“PERGERAKAN PUTERI ISLAM " [Pa Pa Alif]. Di bawah
logo ini tertulis perkataan :
 PUTERI - Bagi Ahli-Ahli Puteri
 PEMIMPIN PUTERI  -Bagi Pemimpin-Pemimpin

PENGERTIAN WARNA

Merah Samar : Melambangkan keharmonian dan kelembutan


Hijau : Agama Taqwa sebagai TERAS
Putih : Kesucian
Kuning : Kesetiaan dan ketaatan

BENDERA PPIM
Bendera PPIM berbentuk segiempat, berwarna merah jambu, dan ditengah-tengahnya terdapat
lencana pergerakan. Ukuran lencana adalah sepertiga daripada ukuran bendera. Penggunaan :
 Upacara rasmi
 Tatacara perjumpaan

Kedudukan Bendera dalam tatacara perjumpaan :

    

Bendera Negeri Bendera Malaysia Bendera PPIM

 
 
    

STRUKTUR ORGANISASI
PENSYARAH PENASIHAT :

KETUA PUTERI :

PENOLONG KETUA PUTERI :

SETIAUSAHA :

PENOLONG SETIAUSAHA :

BENDAHARI :

KETUA PASUKAN 1 :

KETUA PASUKAN 2 :

AHLI JAWATANKUASA (AJK) :

BENDERA MALAYSIA
JALUR GEMILANG

 Bendera Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula
dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah

 Melambangkan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri - Johor, Kedah, Kelantan,
Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor,
Terengganu, dan Kerajaan Persekutuan.

 Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah
yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia.

 Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia.

 Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

 Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-
raja.

 Maksud "Jalur Gemilang"

JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu,
lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus dan hala tuju yang sama
oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG- bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Bendera
Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan
sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.

BENDERA NEGERI KEDAH


 Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun temurun.

 Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.

 Anak bulan tanda negeri beragama Islam.

 Perisai pula maksudnya Raja (Kerajaan) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya dan
penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

 Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama Islam.
Perisai pula tanda kekuasaan.

SULUH KATA PPIM


P - Patuh kepada ibubapa

U - Ugama/ agama berteraskan Al-Quran dan Al-Hadith

T - Taat kepada Allah dan Rasul

E - Erat Ukhuwah Islamiyah

R - Rela berbakti kerana Allah

I - Iman dipupuk ilmu dituntut

I - Insaf diri- Ia kepunyaan Allah dan kepada Allah ia kembali ( َ‫)إِ َّنا هّلِل ِ َوإِ َّنـا إِلَ ْي ِه رَ ا ِجعون‬

S - Solat ditunai setiap waktu

L - Larangan Allah dijauhi

A - Akhlak mulia pengukuh keimanan

M - Muslimah Mukminah rakyat seperjuangan

LAGU PUTERI
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan


Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira


Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

LAGU NEGARAKU
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju.

Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.

Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta.

IKRAR PUTERI
Bahawa kami ahli-ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia,
berikrar akan :

Taat kepada Allah, Rasul, Pemerintah, guru dan ibu bapa

Memperkukuhkan iman dan memperbaiki akhlak

Membangunkan diri dengan sempurna

Mengukuhkan silaturrahim sesama puteri

Berkhidmat untuk keluarga,masyarakat dan negara

COGAN KATA/MOTTO PPIM


BERILMU, BERIMAN, BERAMAL

RUKUN ISLAM
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
  "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi
Muhammad itu adalah pesuruhNya".
Dengan Shahadah, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan dengan pengakuan lidah
bahawa Tuhan yang Mana Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu adalah
pesuruhNya.
   
SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
  Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah kepadaNya.Mulai
dari lidah membaca, tangan bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan rukun
sembahyang yang diajar oleh Nabi SAW.
   
MENGELUARKAN ZAKAT
  Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian dari harta milik
kita kepada mereka yang berhak menerimanya
   
BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
  Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah
dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan laranganNya. Ini secara langsung
akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt
   
MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
  Dengan mengerjakan haji, kita meyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan
mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya
sekali dalam hidup.
 

RUKUN IMAN
 
BERIMAN KEPADA ALLAH
Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya
  kepadaNya. Secara positif kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita
menolak segala bentuk pemujaan  selain Allah swt
   
BERIMAN KEPADA MALAIKAT-MALAIKAT
Dengan Iman, kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang
menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib
 
yang ditegaskan oleh Allah. Secara negatif kita menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak
dinyatakan oleh Allah.
   
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB
Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang
 
memimpin manusia, yang diakhiri dengan kitab AL QURAN
   
BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL
Dengan beriman kepada nabi-nabi dan rasul-rasul, kita mempercayai adanya manusia pilihan
 
yang diutuskan oleh Allah untuk memberi petunjuk, yang diakhiri oleh Nabi Muhammad SAW
   
BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT
Dengan beriman,kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih
  ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu disuatu tempat penentuan kedudukan
manusia sama ada di Syurga atupun di Neraka.
   
BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa disamping kita berusaha
  dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan
terletak di dalam kekuasaanNya
  

RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.

Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan
 Kedaulatan Undang-undang
 Kesopanan dan Kesusilaan

AL-FATIHAH
SURAH AL-ASR
TASBIH KAFFARAH
ASMA UL HUSNA

You might also like