You are on page 1of 5

PEMBAKARAN TERBUKA

Disediakan oleh : LISA A/P ALANG TUMPAT ( 205952 )

Pembakaran Terbuka

Pengenalan

Pada masa ini, di mana-mana negara sekalipun, baik di


negara membangun mahupundi negara sedang membangun ,masalah pencemaran udara sering berlaku.
Negara kita turut mengalami masalah tersebut. Namun begitu,hutan menjadi habitat bagi flora dan fauna,
kedua – duanya memainkan peranan dalam mengekalkan rantaian yang mengikut antara satu sama
lain.Flora dan fauna mewujudkan ekosistem yang sejahtera.Hutan yang tidak diusik atau tidak pernah
diterokai menyumbang kepada kestabilan iklim setempat.Iklim tidak berubah secara drastik kerana
kitaran alam semulajadi di persekitarannya tidak diubah.Begitu juga ,iklim boleh mempengaruhi
kemandirian flora dan fauna.Pembakaran hutan akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering
serta menjejaskan kesihatan kita.Manakala flora dan fauna pula kehilangan
habitat. Fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di
negara ini berpunca daripadapembakaran hutan secara terbuka bagi tujuan pembersihan
tanah pertanian disekitar Riau,Sumatera ,Kalimatan dan Indonesia.Fenomena tersebut kian mengancam
tahap kualiti udara negara sehingga paras berbahaya sekaligus menyulitkan jarak penglihatan
.Akibatbencana jerebu ,kerajaan telah mengisythirkan darurat jerebu bermula 11 ogos
2005.Memandangkan masalah ini membawa kesan buruk kepada penduduk,puncanya perlu perlu
dikenal pasti.

Punca-punca pembakaran terbuka

Punca utama masalah jerebu ialah pembakaran


hutan,ladang,dan bahan sisa pertanian secara terbuka untuk membersihkan kawasan pertanian dan
menyuburkan tanah selepas selesai kerja penuaian ,sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan
membakar sisa tanaman secara terbuka .Selain itu, hutan juga boleh terbakar akibat cuaca yang terlalu
panas. Sesetengah pemajuperumahan juga melakukan pembakaran bahan sisa pembinaan secara
terbuka .Semua tindakan ini merupakan punca masalah jerebu.Pembakaran hutan sering kerap berlaku
kerana sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar.Mereka hanya mementingkan
keuntungan semata-mata sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar.Malahan itu,akibat daripada
perbuatan mereka tersebut telah memberi pelbagai impak yang negatif dalam kehidupan seharian.Pakar
sains dan teknologi memberikan sumbangan penting dalam penemuan teknologi kitar semula.Banyak
bahan buangan dapat diproses semula untuk dijadikan tisu.Bahan sisa buangan juga dapat diproses
untuk dijadikan sumber tenaga pada kos yang lebih murah. Kini, alat pembakar atau incinerator telah
dicipta untuk proses pembakaran bahan sisa bagi menghasilkan sumber tenaga. Pembebasan asap
daripada kilang perindustrian juga menyebabkan masalah jerebu. Di bandar-bandar besar,kebanyakan
kilang menggunakan bahan api fosil sebagai sumber tenaga.Pertambahan kenderaan yang
menggunakan petrol dan diesel di jalan raya turut menyebabkan peningkatan asap di udara. Akibatnya
partikel terampai di udara bertambah dan seterusnya menurunkan kualiti udara. Seterusnya, masalah
pencemaran udara dapat di kurangkan melalui penemuan sumber tenaga yang bersifat mesra alam.
Petrol tanpa plumbum berjaya dihasilkan melalui proses kimia daripada bahan mentah petroleum.Petrol
tanpa plumbum lebih bersih kerana pembakarannya sempurna,dan dengan ini pencemaran udara dapat
dikurangkan. Sumber tenaga yang turut ditemui, misalnya sumber tenaga solar dan tenaga hidro.

Kesan-kesan pembakaran terbuka

Kesan jerebu yang paling membimbangkan ialah


masalah pencemaran udara.Keadaan ini disebabkan banyak partikel terampai yang terapung dan
terperangkap di udara sehinggamenyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini
boleh menjejaskan kesihatan orang ramai,terutama mereka yang alahan. Partikel terampai yang kotor
boleh menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan.Mereka yang menghidap penyakit asma
berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas,manakala mereka yang sihat juga mudah
mendapat jangkitan batuk,mata gatal dan sakit tekak.Pencemaran boleh menyebabkan batuk,
selesema,mata berair dan asma.Penyakit ini disebabkan pencemaran udara seperti peningkatan jerebu
dan habuk di udara .Udara yang tercemar mengandungi partikel terampai yang boleh menjejaskan
pernafasan, terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud
masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang
penyakit pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang
meninggal dunia.

Masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk.Tanaman tidak
dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas.Pokok tidak dapatmenjalani proses fotosintesis seperti
biasa kerana pancaran cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi, dan dengan itu tumbuhan
kekurangan cahaya. Jerebu diburukkan lagioleh ketiadaan hujan.dan cuaca yang lembap membantutkan
pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kualiti pengeluaran. Dari segi pertanian pula, hutan
ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini boleh menyebabkan pencemaran alam
dan seterusnya membawa kesan buruk kepada manusia dan persekitaran.
Langkah-langkah untuk Mengatasinya

Langkah yang paling berkesan ialah penguatkuasaan undang-undang pembakaran


terbuka.pengharaman pembakaran terbuka didalam negeri boleh memberhentikan kegiatan membakar
bagi menambah kepada masalah pencemaran udara teruamanya bagi kawasan- kawasan setempat
berlakunya kebakaran. Penguatkuasaan undang-undang tersebut akan menunjukan bahawa kerajaan
mengambil berat terhadap masalah pencemaran yang dihadapi. Langkah seterusnya ialah
mengurangkan penggunaan sumber tenaga daripada bahan api fosil, misalnya petroleum dan arang
batu. Penggunaan bahan api fosil, terutamanya minyak diesel sebagai sumber tenaga boleh
menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Keadaan ini disebabkan pembakarannya yang sempurna
semasa proses penjanaan tenaga.

Kesimpulan

Sebahagian besar masalah jerebu di negara kita berpunca daripada kegiatan penduduk negara
jiran.Kerjasama erat antara negara yang terlibat mesti diwujudkan untuk mengatasi masalah ini. Sebagai
masyarakat yang penyayang, kita perlu berkerjasama untuk menjagakebersihan kawasan
persekitaran.Kebersihan amat tinggi nilainya dalam kehidupan kita. Aktivit yang boleh menyebabkan
pencemaran udara haus dielakkan. Selain kerajaan setiap individu perlu mengelak daripada melakukan
pembakaran te
Punca-punca Pencemaran Udara
Tuesday, 22. February, 09:37
1. PENDAHULUAN

Bumi secara semulajadinya menerima beban pencemaran udara daripada


fenomena alam semulajadi seperti letupan gunung berapi, pembakaran hutan
akibat dari panahan petir dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Bumi
mempunyai 'kaedah semulajadi' bagi menangani pencemaran semulajadi ini.
Apabila manusia mula menjalankan aktiviti perindustrian mahupun aktiviti
harian, pencemaran alam sekitar semakin berleluasa dan Bumi tidak mampu
lagi 'memikul' beban pencemaran tersebut.

2. AKTIVITI PERINDUSTRIAN & PEMBANGUNAN

Perkembangan ekonomi Malaysia bergantung kepada industri pembuatan,


terutamanya elektronik, kimia dan juga getah. Namun kadar pengeluaran
yang kian meningkat telah menyebabkan penambahan pada pelepasan
pencemaran gas organik dan bukan organik, bahan kimia dan juga habuk.
Pelbagai jenis industri menghasilkan bahan cemar yang berbeza. Contohnya
industri kimia melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai kompaun
yang berasaskan nitrogen dan sulfur, manakala kilang penapis minyak
mengeluarkan asap yang mengandungi sulfur dioksida dan hidrokarbon.
Industri logam pula bertanggungjawab mencemarkan udara dengan sulfur
dioksida dan habuk toksik. Sesetengah bahan pencemar, terutamanya karbon
dioksida adalah merupakan gas rumah hijau yang amat memudaratkan boleh
mengakibatkan perubahan iklim seluruh dunia. Selain pelepasan bahan toksik
ke udara, pembangunan premis atau zon industri tanpa perancangan teliti dan
kawalan akan mengakibatkan pencemaran bunyi dan getaran. Aktiviti di tapak
pembinaan dan bunyi kipas ekzos di kilang-kilang adalah antara contoh-
contoh aktiviti yang menghasilkan paras bunyi yang tinggi. 

3. KENDERAAN MOTOR

Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti


kereta, lori dan keretapi. Setiap pergerakan kenderaan motor menggunakan
tenaga yang banyak dan hampir kesemuanya dihasilkan dengan membakar
bahan api fosil, yang menghasilkan asap dan bunyi bising yang membawa
kesan buruk kepada keadaan setempat. Kualiti udara persekitaran amat
bergantung kepada jenis sistem pengangkutan yang digunakan, jenis sumber
tenaga, tahap teknologi enjin dan juga jumlah tenaga yang diperlukan. Di
dalam sektor pengangkutan, kenderaan motor adalah penyumbang utama
kepada pencemaran udara. Penggunaan pengangkutan awam akan
mengurangkan impak pencemaran ke atas alam sekitar. Dalam tahun 2004,
14 juta kenderaan berdaftar digunakan di Malaysia, angka ini dua kali ganda
berbanding dengan sedekad lalu. Angka ini akan terus meningkat dari tahun
ke tahun dengan meningkatnya pendapatan, pemindahan luar bandar ke
bandar dan kekurangan kemudahan pengangkutan awam yang cekap.

4. PENJANAAN KUASA 

Hampir kesemua tenaga elektrik dihasilkan dengan membakar bahan api fosil
seperti gas asli, minyak dan arang batu. Loji-loji janakuasa jenis ini
mempunyai tahap kecekepan antara 35 dan 40 peratus di mana tenaga
selebihnya bertukar menjadi haba. Pada masa ini, Malaysia menjana 86
peratus keperluan tenaga elektriknya melalui loji janakuasa konvensional
manakala baki 14 peratus dihasilkan oleh stesen janakuasa hidro.

5. AKTIVITI HARIAN

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran melalui penggunaan tenaga


untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk. Peti sejuk dan
penyaman udara bukan sahaja menggunakan banyak tenaga tetapi alat-alat
ini juga mencemarkan udara apabila cecair penyejuk yang digunakan
melepaskan Klorofluorokarban (CFC) ke udara seterusnya menipiskan
lapisan ozon. Peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi
CFC juga adalah punca pencemaran udara.

6. PEMBAKARAN TERBUKA

Pembakaran pokok tua di kawasan ladang untuk tujuan penanaman semula


banyak partikel jelaga. Partikel jelaga ini boleh diterbangkan pada jarak yang
jauh oleh angin dan inilah punca jerebu yang kerap menyelubungi ruang
udara Malaysia. Api dari pembakaran ini bukan sahaja menghasilkan asap
yang mencemarkan tetapi ia juga memusnahkan segala fauna dan flora di
sekitarnya.

You might also like