You are on page 1of 4

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Saya telah menjalani dua fasa praktikum di dua sekolah pendidikan khas yang
berbeza. Fasa pertama selama 4 minggu manakala fasa kedua selama 8 minggu.
Dalam menjalani sessi praktikum ini, saya menghadapi beberapa masalah dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid – murid di kedua –
dua sekolah tersebut.

Antara masalah yang dihadapi ialah, murid – murid tidak dapat memahami
pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris. Murid – murid tidak dapat mengikuti
pengajaran guru seperti pengajaran penulisan ayat mudah. Murid – murid banyak
melakukan kesalahan bahasa seperti penggunaan ‘tenses’, kata ganti diri (pronouns)
dan struktur ayat. Terdapat juga murid yang menulis ayat Bahasa Inggeris dengan
menterjemahkan dari Bahasa Melayu yang memberi maksud yang berbeza.

Di samping itu, murid – murid juga mengalami masalah dalam menjawab soalan
pemahaman iaitu menjawab soalan berdasarkan sesuatu petikan atau carta. Murid –
murid menghadapi masalah dalam membaca dan memahami kandungan petikan yang
mengandungi perkataan yang tidak difahami oleh murid – murid bermasalah
pendengaran.

Selain itu, murid – murid juga mengalami masalah dalam membezakan bahasa
isyarat Bahasa Melayu dengan bahasa isyarat bagi Bahasa Inggeris. Murid – murid
sering menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu semasa pengajaran subjek Bahasa
Inggeris. Malah, sewaktu saya menggunakan American Sign Language semasa
pengajaran Bahasa Inggeris, murid – murid tidak memahami sign saya malah
menyalahkan saya bahawa say menggunakan kod tangan yang salah. Walaupun saya
telah menjelaskan dan memberitahu murid – murid bahawa pengajaran subjek Bahasa
Inggeris harus menggunakan American Sign Language (ASL), tetapi murid – murid
masih menggunakan Kod Tangan Bahasa Melayu ( KTBM) ataupun Bahasa Isyarat
Malaysia (BIM) semasa berkomunikasi dengan saya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.

Di samping itu, murid – murid yang sangat lemah dan ‘slow learners’ sangat
kurang berkomunikasi ataupun memberi respon kepada pengajaran saya. Mereka lebih
banyak bergantung kepada saya di mana mereka lebih suka jika saya mengaplikasikan
strategi pemusatan guru. Semasa saya mengaplikasikan strategi pemusatan murid,
mereka tidak memberikan sebarang respon dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pengajaran saya.

Tambahan pula, saya perlu mengajar sesuatu topic bagi tempoh masa yang
agak lama bagi memudahkan murid – murid memahami topic tersebut. Sebagai
contohnya, saya mengajaran topic ‘direction’ bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris
selama 3 waktu bagi murid – murid tahun 4. Walaupun saya telah mangaplikaska
pelbagai kaedah seperti main peranan, permainan dan sebagainya, murid – murid
masih menghadapi beberapa topik bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, murid – murid bermasalah pendengaran mengalami masalah


dalam pemahaman dan penulisan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Oleh yang
demikian, langkah bagi mengurangkan dan mengatasi harus dikaji. Seorang guru yang
berdedikasi harus mencari jalan penyelesaian agar masalah ini tidak berulang pada
masa akan datang.
REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN

Seorang guru merupakan orang yang menjalankan proses pengajaran dan


pengajaran kepada murid – murid. Seorang guru mempunyai ciri – ciri yang tertentu
bagi membimbing murid – murid dengan menggunakan strategi yang betul. Oleh yang
demikian, guru berperanan dalam mewujudkan satu suasana pembelajaran yang
sesuai bagi murid – murid bagi mereka dapat menyesuaikan diri dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.

Penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran adalah satu kaedah atau
strategi yang menarik minat murid –murid dalam sessi pengajaran dan pembelajaran.
Ellington, Percival dan Race (1993) menjelaskan bahawa penggunaan komputer dalam
pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih
berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan
peranan individu. Ramai penulis menyatakan kekuatan penggunaan komputer dalam
pendidikan adalah objektif pembelajarannya yang lebih luas; pembelajarannya yang
juga boleh dilakukan sendiri serta mendapat maklum balas segera melalui pendekatan
interaktif; dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara
terus. Pada pemerhatian saya, saya mendapti guru – guru di sekolah jarang
menggunkan kemudahan ICT walaupun kemudahan ini disediakan di sekolah.

Selain itu, Aziz Saleh (1993),menjelaskan,tanpa ABM proses pengajaran dan


pembelajaran menjadi tidak menarik. Hal ini adalah kerana murid-murid mudah berasa
bosan. Tumpuan yang mampu diberikan oleh murid-murid hanyalah sekitar 10 minit
awal sahaja. Selepas tempoh tersebut,tumpuan tersebut akan beralih ke tempat lain.
Pada masa kini, guru – guru jarang menggunakan bahan atau alat bantu mengajar
yang menarik bagi tujuan pengajaran. Ini menyebabkan murid – murid kehilangan minat
untuk menumpukan perhatian dalam pengajaran guru.
Di samping itu, murid memainkan peranan penting dalam pengajaran dan
pembelajaran.Aktiviti pemusatan murid menjadikan murid fokus utama dalam
prosespembelajaran. Murid – murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
pengajarandan pembelajaran (kaedah kumpulan, inkuiri penemuan, perbincangan,
penyoalan, penyelesaian masalah, bermain, simulasi dan lain – lain). Strategi ini
mungkin lebih sesuai apabila maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan
melalui strategi pemusatan guru dan apabila matlamat pengajaran merangkumi
kemahiran kreatif dan kritikal (Kamarudin Husin, Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Namun
demikian, pada masa kini, guru lebih menggunakan strategi pemusatan guru iaitu guru
hanya melakukan perhubungan sehala. Guru berperanan hanya memberi input kepada
murid – murid dan tidak mendapatkan sebarang maklum balas dari murid –murid.

Melalui strategi ini, Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak
diberiperhatian oleh guru. Akibatnya, dibawah strategi pemusatan guru, murid –
muridmenjadi kurang kreatif dan berinisiatif. Strategi ini menggunakan persembahan
bahandalam langkah – langkah kecil dan sistematik dengan hentian untuk
menyemakpermahaman murid. Strategi pemusatan guru mengandungi pengajaran
yangmempunyai langkah – langkah kecil yang menegaskan latihan amali murid
selepassetiap langkah. Peranan guru ialah menyampaikan bahan, membimbing murid
pada sesiawal latihan amali, dan membekalkan setiap muris dengan amali yang lebih
tinggi.

Seorang guru yang cemerlang haruslah mekasana sessi pembelajaran dan


pengajaran dengan menggunakan keadah dan strategi yang sesuai dengan tahap
murid. Oleh yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa guru melaksanaka satu
pengajaran yang ideal yang disediakan oleh pengkaji.

You might also like