You are on page 1of 2

Tujuan Penyediaan Penyata Aliran Tunai

- Penyata Aliran Tunai merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam
penyata kewangan yang mana ia menerangkan tentang pergerakan aliran masuk
dan aliran keluar keserataan tunai.

- Melalui penyata ini, aliran kendalian, pelaburan, dan pembiayaan dapat


dikenalpasti secara lebih jelas.

- Penyata ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlaku


perubahan baki tunai yang dimiliki syarikat bermula dari tempoh permulaan
sehingga ke tempoh akhir dalam sesuatu laporan yang dibuat

Faedah Penyata Aliran Tunai kepada Pengguna

- Dari segi kegunaan aliran tunai, ia berfungsi menentukan masa dan jumlah
pinjaman yang diperlukan dan pembayaran balik pinjaman.

- Dalam masa yang sama, pengguna dapat mengawal jumlah pinjaman agar tidak
terlalu banyak dan terlalu cepat.

- Selain itu, ia membantu perniagaan untuk membayar hutang dengan cepat agar
dapat mengurangkan kos kadar bunga pinjaman.

- Kedudukan Aliran tunai yang baik, perniagaan dapat dimajukan dengan


berpeluang untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada pegawai dari
institusi kewangan dengan mudah.

- Ini adalah kerana penyata aliran tunai yang lengkap dan jelas akan dapat
memudahkan pegawai institusi kewangan untuk mengenalpasti kaedah terbaik
untuk membantu memajukan perniagaan tersebut.
- Bagaimanapun, penyata aliran tunai tidak dapat dijadikan rujukan bagi membuat
anggaran keuntungan yang bakal diperoleh kerana ia tidak menyatakan susut nilai
dan nilai inventori yang dimiliki syarikat.

Komponen Penyata Aliran Tunai

- Terdapat tiga elemen penting dalam penyata aliran tunai, iaitu:

a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian /operasi


 merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil perusahaan dan
aktiviti lain, selain dari aktiviti pelaburan dan pembiayaan.

b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

 Aliran masuk dan keluar tunai daripada pemerolehan dan


pelupusan aset jangka panjang, serta pelaburan lain.

a) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan –

 Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti yang


menyebabkan perubahan saiz dan komposisi modal ekuiti dan
pinjaman perusahaan

You might also like